Tuesday, 31 December 2013

2014..

Assalammualaikum U guys..
Assalammualika Ya Isteri kesayangan saya..


Sebelum u guys semua ni buzy malam kang dan dok sibuk cuti esok..I ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2014 pada semua pembaca blog dan FB Isteri I tu.. 2013 meninggalkan kita dengan seribu kenangan pahit dan manis. 2013 menjadikan kita lebih dewasa dan matang. Maka bermohon la pada yg ESA agar 2014, ALLAH senantiasa meletakkan diri kita semua, pada yg hidup atau pun yg telah "pergi",, meletakkan kita di dalam Pangkuan Kasih Sayang NYA...amin amin amin..

Pada saya, 9.55 pagi, 2 april 2013 adalah tarikh yg takkan luput dari ingatan, Tarikh saya kehilangan "permata hati" saya Namun gitu kenangan itu akan tetap hidup di hati ini. Kenangan ini juga akan menjadikan bekalan untuk terus maju ke hadapan sehingga "pertemuan" saya n Gee nanti InsyALLAH..

Sekali pada u guys, yg tetap juga menjadi "part of me"...HAPPY NEW YEAR 2014...InsyALLAH.


Monday, 30 December 2013

Sayang lagi tak!!??

Assalamualaikum U guyss..

U guys, so sorry ler lama tak update, sebabnya I dok sibuk sikit a week ago settlekan few things di Trengganu (Keluarga arwah Gee tu)..dan tengah arrange jadual January 2014 (Happy New Year!!) berkaitan Roadshow jualan buku I n Gee ni. InsyAllah bermula dari Utara ke Selatan then ke Pantai Timur. InsyAllah.

By the way jualan online masih berjalan dan berjalan lancar!! U guys pun boleh wsaap I untuk pembelian buku Warkah Buat Isteri I tu yea...Pas ni I akan update lagi, sharing maring! hahahahaha

oooo lupa, satu lagi,, U guys masih sayang tak kat DIM ni lagi!!?? hahahah hehehe hohohoho..

Umang aii!! Han..sem giler DIM ni!! hahahahaha...

Saturday, 21 December 2013

Untuk u Dear..


Assalamualaikum U guys.




video

Setelah dapat menyiapkan buku Warkah Buat Isteri, teruja I pula menyiapkan clip "Kenangan" ni pulak. Untuk info u guys, buku tu di hasilkan kerana Gee adalah Isteri saya.."Untuk u dear."..

Monday, 16 December 2013

Rindu arwah Menantunya

Assalammualaikum U guyss..
Assalammualaika Ya Fauziah Muhamad.

Today dapat sikit berehat2 di rumah bersama my whole family..Dalam diam, kita semua terperasan yang Mak I tu menitiskan airmata sambil membaca Warkah arwah Gee...Mak masih rindukan Menantunya tu..

Memang arwah Gee ni menantu kesayangan Mak I. Manjanya arwah dengan my mom ni sampaikan I sendiri pun tak boleh nak marah2kan Gee dulu. Kalau Mak I tahu I marahkan Gee, confirm I kena tegur ngan my mom tu.!! Mak akan membebellll jea bila tegur I masa tu..Pas tu Gee pulak akan senyum2 n tunjukkan ibu jarinya sambil goyangkan jari tu pada I n say "Very good, very good!!"..Pandai  Gee ngadu kat Mak Mertua dia ni. Dia 2 org tu memang "geng"...Nanti update akan datang I akan citer cmana Gee ambil hati my mom tu.



Mak I jarang baca blog atau FB, memandangkan buku Gee ada depan dia, so Mak pun mula la membaca dan baru mak tahu cmana I selalu melepaskan Rindu I pada arwah Gee melalui blog n FB..Yang jelas Mak masih rindukan Menantunya itu yg bernama Fauziah bt. Muhamad...

Friday, 13 December 2013

Botak tapi Hen..semm...

Assalammualaikum U guys...
Dearr, Assalammualaika Ya kesayangan saya..Fauziah bt Siti Esah..

Dah naik lenguh tangan dok 'otograf' buku dah ni..Tuu..kepala dah nak jadi padang jarak padang terkukur!!! NAMUN gitu...DIM tetap HEN...SEMM...hahaha hehehe hohoho..

Buku Buku Lelong lelong!!

Tuesday, 10 December 2013

"Dear, buku kita Dear"..

Assalammualaikum U guys..
Assalammualaika Ya Fauziah Isteri saya..."Dear, buku dah siap.."

Akhirnya buku Warkah Buat Isteri telah siap sepenuhnya dan U guys boleh la order dulu melalui "Online" di sini. ( klik pada website yg di sediakan di sebelah kanan tu ). Jumaat ni baru la bermulanya operasi mengedar. Buat permulaan, semua pembelian adalah melalui "online" yg di sediakan, sebelum Buku ni ke kedai2 buku. 

Dengan rendah hati juga, I bermohon sekiranya dapat la u guys membantu I mempromosikan/share akan penerbitan buku Warkah Buat Isteri ini samada di FB or blog u guys yea..I dan juga bagi pihak Gee,,kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala sokongan yg u guys berikan pada kami ini. Terima Kasih...terima kasih...

 Dear,,Hope u like it..

Monday, 9 December 2013

Nobody can love you like I do..

Assalammualikum U guys..

Assalammualaika Ya Fauziah bt Siti Esah. Moga awak sentiasa berada di bawah jagaan Cinta dan Kasih Sayang ALLAH..Sekiranya ada keizinan dari ALLAH, awak juga doakan lah suami awak ni pun senantiasa di ampuni dan di RahmatiNYA sehingga saya "bertemu" awak nanti yea Dear..
Dulu, I selalu bergurau berlagak dgn arwah Gee..I kata pada Gee "Dear, awak tau,,Nobody can love a women like I do tau!!"..dan Gee pun jawab bergurau, cm ni bumyinya.."Arrgghhhh, argghh Tuiii!!!".. hahahaha kurang asam punya bini!..But dalam masa yg sama selaluuu I kata pada arwah ni, "One thing for sure Dear, Nobody can love you like I do, betull!." Bila I cakap gitu ngan Gee, menjeling malu dan senyumm jea dia..."Saya katakan gitu, kerana Awak Isteri Saya tau.." emmm bertambah malu la Gee bila I berjiwang2 gitu ngan dia....Rasanya sekarang I dah buktikan pada u Dear bahawa benar la kata kata I dulu pada u..NOBODY CAN LOVE YOU LIKE I DO..! Saya berharap, dari "sana" awak akan selalu tersenyum sekiranya awak teringatkan saya yg masih di sini..

Tu dia ungkapan yg sering I ucapkan  pada Isteri I tu dulu dan I benar2 maksudkan. Pada para suami di luarsana, I sgt galakkan U guys pun selalu2 la ucapkan ayat di atas tu kat isteri2 u guys. Tak kira la pada bila bila waktu. Just ucapkan saja. Tengah sibuk bekerja pun, ambil fon tu call isteri sekejap dan cakap padanya that nobody can love her like u do. Nak tahu kesannya? Tunggu bila isteri tu bersua muka ngan u guys..Yg para isteri ni pulak jangan la dok fikir yg bukan2 bila suami tu luahkan kata2 romen...tik tu pada u all. Kadang2 tu yg si suami malas nak berjiwang2 ngan u all. Isteri mesti berasa bangga mendengar gitu dari suami. Bila bersua atau selesai saja suami kata gitu, u all (isteri) cium pipi dan tangan suami tu tanda "thank you" tau!!..I suka bila u guys semua dapat memahami dan merasai the PURE LOVE among u guys..InsyALLAH u guys akan faham nanti apa yg cuba I katakan di sini about that Pure Love..InsyALLAH..

By the way, buku Warkat Buat Isteri I ni dah siap, esok akan I updatekan...Dan nak u guys tahu, I membuku blog ini dan menerbitkan Warkah buat Isteri ni adalah semata mata kerana,, Gee Isteri I...


Friday, 6 December 2013

Apa pendapat U guys.??

Assalammualaikum U guys dan Salam Jumaat.
Assalammualaika Fauziah bt Siti Esah.


"Abg Abil tak teringin ke mencari penganti, nanti dia boleh jaga makan minum abg dan jadi teman abg."."En Abil elok la kawen, nanti ada zuriatnya.". "Saya nak pinang Abil boleh kee.."..Pertanyaan yg semakin galak I dapat dari u guys sekarang ni. ( nanti I ngadu ngan Gee!! )...Bak kata I sebelum ni, InsyAllah akan I fikirkan tahun depan, let me finish few things dulu ni.

"Kan patah tumbuh hilang berganti abg Abil." katanya..I jawab " Awak ingat bini saya tu pokok!". hahahhaha (Jawapan bergurau). Bukan bermaksud I tak mau menerima penganti Gee, tetapi belum terfikir lagi buat masa ni. Jangan risau u guys, tahun depan I akan fikirkan, I will..Dan kalau nak cari pun I akan pilih di kalangan u guys jea hehehehe..sebab cara tak langsungnya, u guys dah kenal I kat sini dan u guys pun kenal arwah Gee...Persoalan yang timbul nanti, boleh ke penganti tu "Bermadu" dgn arwah Gee I tu?? One thing for sure, Gee akan tetap di hati I for the rest of the time.!! amacam boleh!?

Bukan setakat u guys jea yg bertanya, mak mertua I tu pun dah bersuara suruh kawen lagi!!" Abil cari la ganti Kak Yah (panggilan keluarga mertua untuk arwah Gee), sporting Mertua I tu!.. ikhwan2 pondok I tu pun dah mula bertanya..kalangan family I pun ada yg bertanya..I jawab "Nanti nak tanya Gee dulu, klau Gee ok, Abil kawen la.!" hahahaha hehehehe hohoho...Tunggu la, next year Abil fikirkan yea..Next year baru I intai intaikan kalau2 ada yg sesuai, ok..Borang pemilihan calon akan di buka, so boleh la u guys mula isi borang.! hahahahahaha..cm pilihanraya la pulak. Kita tgk la nanti who can Break The Spell

Tersenyum I bila selalu org bertanyakan hal gini. Nak kata yea pun tak, nak kata tidak pun tak..Apa pendapat U guys? dan u guys rasa ciri ciri penganti Gee cmana yang I perlukan?? aaa nak dengar pulak pendapat U guys semua..Sila beri pendapat...Terima Kasih..



Cuba U guys tgk..tu rambut pun dah takde!! cmana nak kawen lagi,? DIM konon!!..



Thursday, 5 December 2013

Still in me..

Assalamualaikum U guys...Assalamualaika Isteri kerinduan sayaa..

Pelukkan dalam kenangan..Dear, walaupun awak sudah tiada di sisi saya, namun awak tetap hidup dalam hati suami awak ni..bersama semangat yang awak hadiahkan pada saya..Thank you Dear...

 Ni la dia pasangan yang paling romen...tik sepanjang zaman moden ni..!
kau ada!?? hahahahahaha



Jangan Mengeluh.!

Assalammualaikum U guys...DIM kembali bersiaran..

Pic bawah ni..lunch ayam kg kat cheras tu.. I sorang makan 6 ketul ayam, 2 pinggang nasi n satu pinggan ulam!! hahahaha hehehehehe hohohohoho..


Pertamanya, ingin I mohon maaf pada yg dok komen / mohon pandangan di inbox FB Dana Sinar Fauziah atau wsaap I coz adakalanya lewat I balas..cmana pun I akan tetap balas..Maafkan I yea sayang sayang semua..TETAPI sekiranya ada pandangan yg I minta u guys call I tu, u guys call jea ler sebab I malas nak taip panjang2, explain melalui fon lebih mudah, cepat dan lebih faham..ok..

Sooo...apa nak citer today..emm. Minggu ni I tiada apa2 sessi motivasion hanya focus pada Buku I yg hampir habis printing. Agak lewat dari jadual sepatutnya. InsyAllah bulan dah boleh di pasarkan melalui "on line" dulu. I akan updatekan minggu depan, n really hope buku Warkah buat Isteri I ni ada sambutannya..Seperti yg I katakan sebelum ni, Membukukan blog ni atas dasar Penghormatan dan tanda kasih I pada arwah Gee. Kerana Gee isteri saya..Bak kata orang, bukti n tanda CINTA ler..hehehehe jiwang la pulak bunyi nya.! I kehilangan Gee namun Gee selalu hidup dalam diri I ni. Semangat yang Gee tinggalkan pada suaminya ni, bagaikan satu hadiah. Semangat ni membuatkan I lebih rasa yakin meneruskan hidup tanpa Gee. Semangat yg kuat untuk menampal rasa kehilangannya atau rasa sedih. Dan dengan semangat yg di tinggalkan Gee untuk I ni juga ( atas izin ALLAH ) dapat I menceburi sepenuhnya dalam bidang I sekarg..Semangat Gee ni buatkan I rasa gembira dan lapang hati selalu. Syukur I pada ALLAH, Nabi s.a.w. dan my Dear, Gee...of course tqq pada my family dan U guys too..

Pada yang senasib I dulu ni atau ujian yg lain, nasihat I, tempoh Ujian Tuhan tu, cuba lalui dengan sebaik mungkin. Cuba tingkatkan kesabaran..JANGAN mengeluh!! Ujian tu akan membuatkan u guys jadi kuat, fizikal dan mental. Hati tu akan jadi lapang..Banyakkan berdoa dan berdoa dan bedoa. Quran jangan tinggal.Cuba sedaya upaya untuk lulus UjianNYA dengan keputusan cermelang. Nanti pasti TUHAN bagi hadiah istimewa kemudian hari..Yakin lah.!

Apabila kita di timpa kepayahan atau masalah, perkara yang pertama dan yg paling penting,,JANGAN MENGELUH.!! Cuba kita gantikan perkataan 'masalah' tu pada.."Oh, ini satu kerja penting yg perlu saya selesaikan dulu." Fikirkan jalan terbaik, dalam masa yg sama..(ini amalan I sebelum ni untuk hadapi perkara yg sulit).Dalam usaha menyelesaikan "masalah" cuba kita amalkan zikir ni, AL MATIN, salah satu nama ALLAH, yang Maha Teguh maksudnya. Amalkan lepas magrib, lepas subuh dan lepas Asar. Baca la seberapa banyak selagi hati tu rasa senang bila membaca namaNYA ni. Masa baca tu gambarkan "masalah" tu selesai dengan mudah..Cuba la. InsyALLAH. Apa saja masalah, InsyALLAH. Problem kewangan ke, keta nak kena tarik ke, org nak bergaduh ngan kita ke, suami/isteri yg degil ke..pasangan buat "Hal"ke.!! ( part ni ramai yg rajin amal.!!) macam2 boleh la..Asalkan kita rajin amalkan Asma ul Husna (99 nama ALLAH).Dan YAKIN!!..InsyAllah cepat nanti kita nampak jalan mudah dan terbaik untuk selesaikannya.

Jadi, tu la update dari Duda niii for today. Sampai bertemu lagi..I love u guys..and of course I love my late Wife too!! hahahaha hehehehe dannnn hohohohohohoho..

Tuesday, 3 December 2013

Luahkan...

Assalammualaikum U guys..
Assalammualaika Ya Fauziah, isteri kesayangan saya..


Sekali lagi lewat I update blog ni, biasa ler, agak sibuk sikit. Nak bercuti pun tak tau bila agaknya I ni. Keluarga I semua dah g bercuti sekarang ni so tinggal la I sorang2 kat sini, sepatutnya join sekali tetapi di sebabkan kerja yg belum selesai kena la I tangguhkan...aduhhhh..

Kalau u guys tengok blog ni tak update, u guys boleh ke FB 'dana sinar fauziah'. Sana pun adakalanya I update tapi I tak link kan kat blog ni. Kira update gak tu..Last week I di Penang membantu ex group I jalankan 'workshop' Preparing for retirement programme selama 3 hari untuk staff Petronas. Peserta ni datangnya dari seluruh pelusuk negeri dan bersama pasangan masing2..Ada 9 modul berkaitan simpanan, pelaburan, insurance, hibah, wasiat dan farait...juga kerohanian. Dalam sama yg sama gak I selitkan isu perhubungan suami isteri lepas bersara nanti..part ni memang keluar airmata dia org, samada sedih atau pun geli hati..jadi meriah kelas!!

Amacam, Hen..sem??

Nak sentuh sikit (ulangkaji bersama) pasal suami isteri ni. Bak kata I sebelum sebelum ni. Eratkan perhubungan tu, mesrakan perjalanan hubungan tu, manja manjakan bersama pasangan kita ni. Jangan simpan apa2 dalam hati, luahkan pada pasangan kita tu. Suami kita kan, isteri kita kan, apa nak malu dan tak perlu simpan apa2..luahkan! (kalau perkara yg boleh mendatangkan kemudaratan, boleh la kita diamkan.)..Ini selalu I dengar, terutamanya dari para isteri kita, lebih suka memendam rasa!.. arghhhh tuiii!!! Memendam rasa konon!! ( Nak buat apa simpan? nak buat sambal tumis!!?).Jadi suami tu apa gunanya..?? Luahkan pada suami tu apa yg u guys rasa kurang senang atau ada masalah. Jangan la kau simpan dalam hati tu, tak selesai la masalah atau kekurangan tu. aduhhhh..Memang la betul ada segelintir suami bila u all sedang luahkan perasaan, suami pulak cm takde perasaan nak mendengar. Ego suami cm tu la gayanya. TETAPI suami tu sebenarnya mendengar n mengambil berat perkara yg isterinya sampaikan, percaya la.( I lelaki, I tau la.) Dalam diam suami akan mencuba menyelesaikan. Hanya luahkan sahaja pada suami atau suami juga luahkan pada isteri. Tak mau simpan simpan lagi lepas ni, tau!!

Nak cerita kesan memendam rasa ni, tak perlu kut. U guys masing2 dah besar, akal dah matang dah. Dan u guys tau kan, memedam rasa ni tak elok, jadi kenapa buat?!! Yang si suami ni pulak..dengar ni. Pompuan (Isteri kita la! bukan yg simpanan!!)..Isteri bila dia bercakap ngan kita, dia org suka sekiranya suami bukan setakat mendengar dengan muka yg serius aje, dia org suka sgt bila mata si suami tu memandang mata isteri.(kalau bawa keta pandang depan!) Dan sedang dalam luahan isteri tu, bertanya padanya hal tersebut. Nampakkan kita memang benar2 nak mendengar. Isteri yg punya suami "A good listener" dia takkan memendam rasa atau perkara yg di sorokkan dari suami!..Suami, jadi la "suami yg mendengar". Itu juga adalah salah satu tanggungjawab kita buat isteri. Listen listen listen..!! Sebenarnya juga, isteri2 kita ni bukan la nak membebankan kita untuk menyelesaikan masalahnya tu, isteri ni hanya ingin meluahkan rasa hati, itu jea. Sedangkan dia org sendiri mampu selesaikan apa yg terpendam. BUT they just WANT U TO LISTEN. That all. Seperti biasa, habis jea isteri tu membebel,,peluk la dia..kan senang tu. Tersentuh hati isteri, lapang hati isteri tu kann..Jadi kukuh la benteng perhubungan kita tuu..emmm.

Pada yg nak kawen tu, pilih la pasangan yg punya ciri "Mendengar". Jangan pilih atas dasar cinta semata mata tau! Tengok kan solat dia, mengaji dia, hukum fekah dia, juga matang fikirannya..ada asas yg sebegitu, baru la ajak kawen..Ni nasihat jea dari I,,bukan I nak mengajar..nasihattt...

eh, ok la..nak mengemas rumah sekejap then nak ke kubur Isteri kesayangan I tu..( Oh my darling, I'm coming Dear..hehehehehe..) Petang nanti ke KL semula. Dan ada lagi nak update nanti..see u guys later then..bye bye..


Tuesday, 19 November 2013

DIM..stand for what?


Assalammualaikum U guys..Sehattt??

Layan pic dulu eh sebelum I buat sedikit sharing lepas ni ok sayang semua...

Seperti biasa ler, pic sessi Berbicara Bersama Abil Fikri Ahmad. Kali ini I di jemput ke Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya..sessi ni khas untuk staff Pejabat TPM jea. Sepatutnya sessi 2 jam sahaja, end up sampai ke petang..! 

 Ramai wanita yang hadir, yang kaum lelaki ada emergency duty di KLIA hari tu..Kerjasama yg di berikan dari staff  TPM ni very good. Puas hati beri Talk di sana..
 Rasa macam Menteri la pulak bila bagi Talk dalam bilik ni..Menteri DIM..!! hahahaha

Yang ni antara anak buah kesayangan I dan arwah Gee.. Gee dulu selalu manjakan dia ni. U guys tahu apa dia kata kat I.."Uncle Abil, nanti kalau ada girl fren, Sofia nak tengok dulu. Kalau ok, Sofia will give permission ganti aunty Gee."!!...I said.."okkkkk.". Payah la cm ni uncle nak dapat penganti, kena ada permission dari anak buah la pulak..!

Oh! by the way..ada beberapa orang yang baru mengikuti blog ni sms n tanya I, DIM tu stand for what?..Untuk info u all, DIM ni suatu penghargaan yang di berikan dari pembaca2 blog sebelum u all..Kata mereka, (Bukan kata I yea)..DIM tuu,, Duda Idaman Malaya..hahahaha hehehehehe hohohohoho..

Dearrrr, I dah jadi duda dah ni..Tolong Dearrr..( Dear, adalah pangilan I untuk arwah isteri kesayangan I tu )....Dearrrrr tolong....!! I miss uuuuuuuuu...........Sapa nak ganti tempat Gee?? pun kena dapat permission Gee dulu hahahahahahahahaha amacam boleh?!! hahahahahaha...esok I update lagi..

Monday, 11 November 2013

Al Fatihah..


Assalammualaikum U guys


AL FATIHAH.....Fauziah  binti  Muhamad
      

Wednesday, 6 November 2013

Azam baru kita..jom!. jom laaa...

Assalammualaikum U guys dan Selamat Tahun Baru...Alhamdulillah.

                                                Selamat Tahun Baru

Tahun baru, azam baru. Bagi yang belum selesaikan azamnya yg tahun lepas tu, sambung jea tahun ni sampai berjaya dan jom kita tambah 1 lagi azam sama sama., Mengaji selalu dan berazam khatam Quran setahun sekali sampai kita berhenti bernafas nanti!! amacam, boleh??..Jom la, kita kita ajea..cukup tahun kita tanya sesama kita dah khatam Quran ke belum....ok?? Seronok cm ni...

Nak sentuh sikit berkaitan Quran ni, sikit jea...Kita yang sukaaa dan minat membaca Al Quran ni kerana ALLAH semata mata, nanti bila kita di bangkitkan semula dari kubur masing2, kita akan di bangkitkan bersama senaskah Al Quran!!  (pendapat sesetengah Ulama)..Hebat rasa diri masa tu kan. Tuhan hadiahkan Quran bersama kita dalam perjalanan di Padang Masyar nanti..hebat hebat..Nabi s.a.w. tengok kita gitu, senyum bangga Nabi s.a.w. U guys rasa kalau gitu la keadaan kita, ada cann masuk syurga tak??!..I kalau dok citer pasal syurga ni memang teringatkan bidadari!!..Peghh, dengan cantiknya, dengan sexynya memakai 70 helai lapisan baju, tiap helai baju tu senipis kulit bawang la (gambarannya).. ooooo aii, tak tahan abg cm ni!! hahahaha....ehhh, tak lupa juga dengan arwah Gee masa tu..Sekiranya syurga Allah tempatkan Gee n I, maka Gee masa tu akan menjadi WALI pada semua bidadari..so Gee masa tu lagi sexy n cantik giler!!. Berkuasa Tongkat Ali I masa tu!!!!..haahahaha..INSYALLAH.

Yang org pompuan ni pulak, jangan cemburu sangat masa ni. Di syurga nanti U all pun boleh minta bidadara kalau nak, TUHAN bagi!..Semua Tuhan bagi, minta jea. Takde hukum lagi di Syurga tu nanti, semua boleh. Nak minum bir, boleh! nak buat parti liar, boleh! nak makan benda yg haram masa di dunia ni, boleh! apa saja u guys nak buat di Syurga, ALLAH kata.. oookkkk..(contoh bahasa)..U guys nak tahu, pada tiap hari di suatu waktu yg di tentukan, kita semua akan masuk ke satu dewan ni,( OOII Cantik dewan tu ) di sana Allah pulak hiburkan kita. ALLAH sendiri akan membaca KalamNYA..Al Quran. Kita pulak dengar suara ALLAH..!! ALLAH HU AKHBAR! Selama ni kita dok baca selalu Quran, suara tu jangan cakap la, yg sedap, sedap la..yang sumbang mambang ni cm I..aduhhhh...tapi yg penting bukan suara,,IKHLAS kita. Ikhlas kerana ALLAH. Tu la sedikit cerita syurga, nak cerita lebih2 panjang pulak entry ni jadinya kang..

Yang cerita orang2 yg kat sebelah kiri (NERAKA) ni pulak..Allah Hu Akhbar...takut rasa!!Ahli Neraka ni, belum masuk lagi, baru tengok jea pintu Neraka tu, semua akan berkata" Kalau cm ni la, aku tak lahir di sunia dulu pun tak pe!"..mengigil. Bila pintu pintu Neraka di buka maka nampak la Malaikat Malek!! (oooooooiii jangan minta jumpa dia!!!)...Nampak jea dia, ahli Neraka punya la takut sehinggakan dia org gigit dan kunyah daging org sebelah dia! Boleh u guys bayangkan ketakutan tu?..Allah. Allah...Moga Allah mengampuni kita semua..

Tengok, cerita pasal azam baru sampai syurga neraka I melalut..Jadi jom la kita tambah 1 lagi azam tahun baru ni, MENGAJI QURAN tiap hari dan KHATAM setahun sekali sampai la nafas kita berhentiii..Boleh gitu??..Sesama kita yang membaca blog ni dan pada semua bloggers, jom kita mengaji Quran tiap2 hari..InsyAllah.




Wednesday, 30 October 2013

Untuk "Orang Lama"..

Assalammualaikum U guys..Terutama pada "orang lama" another words..Old School guys..

Bagi Mereka mereka yang masih merindui zaman zaman hitam putih, persekolahan n zaman bujang dulu dulu, U guys should layan video clip ni. At least kita boleh ceritakan pada mereka yang new school tu or your anak anak zaman sekarang..

Hope U guys ( Otai otai ) enjoy clip ni...

video


Monday, 28 October 2013

Glad to be with you Dear..

Assalammualaikum U guys...
Assalamualaika Ya Fauziah bt Siti Esah.....Kesayangan saya.


Today takde kerja, kerja2 rumah pun I dah settlekan, agak boring so tadi lepas Zohor I dok melayan semua tayangan berkaitan arwah Gee dulu, dari soal wanita, nona, entry jameela, Tv9, MHI, WHI and so on.. (recorded)...Tengah tengah menonton kisah me n Gee tu, terasa Gee masih ada..kejap2 I jenguk bilik I jaga Gee dulu. The love that I had for Gee still remain strong! So bertuah I ni bersuamikan Gee dulu. Dear, I was so glad to be with you..... and will alway be..always..





Dear...

Saturday, 26 October 2013

Suami dan kain pelikatnya..

Assalammualaikum dan salam sejahtera U guys..


Sebelum ni entry G string ramai yang berminat, today pasal kain pelekat en. suami u guys pulak kita tgk ramai tak yg berminat. I ni puas memikirkan, kenapa kebanyakkan isteri / wanita suka naa tgk suami / lelaki memakai kain pelikat terutamanya bila berada di rumah...Pelik! Mana sexynya pun I tak tau..Pelik pompuan ni! 

Di antara subjek2 yang I suka belajar atau kaji sebelum ni, engineering kemanusiaan adalah subjek kegemaran I. Bila I dok borak2 ngan kawan2 pompuan I dah kawin ke belum selalu akan I tanya "U guys, can u tell me, apa yg membuatkan u all suka tgk lelaki pakai kain pelikat?". Macam2 jawapan I dapat. Tak boleh la nak jelaskan semuanya di blog ni..nanti kena band!! Sehingga la I kawen, baru la I faham bila arwah Gee explain kat I, tapi Gee dulu lain pulak citarasanya..( mana leh cakap, rahsia suami isteri tu! ).

Entry ni Untuk para suami pulak yg harus baca, sang isteri ontok ontok (diam2 laa)..Firstly, I minta maaf sekiranya entry ni membuatkan u guys kurang selesa, tapi ini juga adalah realiti hidup yg harus kita ulangkaji bersama. ..Gini.. Para isteri kita ni, (bukan semua) suka dan boleh mendatangkan "ghairah"nya bila memandang suami tu berkain pelikat terutamanya bila berada di rumah dan di waktu malam lepas isyak, lepas dinner dan selepas isteri tu melunaskan kerja2 rumah. Apa sebabnya jadi gitu? aaaa u guys (suami) kena tanya sendiri isteri masing2 sebab musababnya. Eh u all kena tanya tau. Isteri/wanita ni takkan cakap coz dia org masih ada perasaan malu walaupun dengan suami sendiri. Waktu yang paling sesuai u guys bertanyakan isteri tu ialah pada waktu nak tido malam (tgh dok baring2 berdua tu), caranya, u guys bertanya sambil berbisik!! OOOOO wanita ni sukaaaa gitu (pertanyaan berbisik namanya!). Takut belum sempat dia jawap, isteri ni dah "Terkam" kita!!! hahahahaha ( tu yg jenis ganas!!)..Waktu yang lain pula, selepas isteri habis buat kerja rumah, penatttt dia org, ciann dia..sambil isteri duduk meredakan penatnya, sekali lagi, suami tu duduk sebelah dia n berbisik bertanya. Cara gitu n pertanyaan gitu boleh terus menghilangkan penat dan boleh mendatangkan isteri tu "mood" dia. Dan isteri akan mula menjawap..dan akan memberitau apa, bila, bagaimana dan caranya untuk dia "melihat" suaminya!!!!!! Detail dia menjawab bro..cm dia membebel gak!! hehehehe

Pertanyaan di sini yang I maksudkan, selain dari kenapa isteri tu suka kita berkain pelikat, tanya juga pakaian yg bagaimana pulak yg isteri tu suka n boleh teransang bila melihat suaminya. TANYA!! Isteri kalau tak di tanya (termasuk pada waktu2 yg sesuai tadi) takkan dia cakap dea. Isteri tu akan simpan dalam kalbunya jea..U all kalau dengar isteri ni menjawab soalan2 keintiman gini,,mesti u all terperanjat!! Hebat sebenarnya isteri2 kita ni..Gambaran dan imiginasi dan fantasy dia org (para isteri) ni tang bab2 gini...mak oii!! Confirm para suami mengaru kepala! hahahaha. Jangan kita ingat suami saja yg hebat..dia org lagi teruk! Diam diam ubi kayu dia org ni bro!! Isteri juga ingin merasai "intro intro" suami juga sebelum ehem ehem..Di situ la datangnya "adil" pada isteri. Datangnya nafkah batin yang sempurna.emmm. Di antara cara suami membayar upah isteri,,hiburkan hati dan..apa bahasa yg lembut untuk mengantikan Nafsu? tapi gitu la hiburannya.. Jangan ambil mudah bro hal hal sebegini, I ni lelaki cm u guys gak..

Betul brooo..Tanya isteri kita tu bab2 keintiman bersama ni betul betul. Jangan u all terperanjat kalau isteri tu kata "Boring la bang, asyik asyik dlm bilik jea!!". yeaaa bro..dan ada lagi macam2 kehendak isteri kita tu. Jadi jaga la NAFKAH BATIN kita pada ister ni baik baik..Isteri ambil tanggungjawab "melayan",, suami pastikan sempurna "nafkah" tersebut..ADIL la kalau gitu..Pagi esok bangun, dua2 tersengeh cm kerang tak cukup umur!! hahaha hehehehe hohohoho...

So, itu la dia citernyaaaa..tak leh citer lebih2 kang ada yg kata I ni suka bercakap lucah pulak! Namun ini la realiti hidup yang segelintir kita ambil mudah, akibatnya, hubungan kita jadi kabur, malap..dan akhirnya mati pucuk! eh, silap silap..akhirnya rumahtangga kurang "senyuman"nya..Guyss. lepas ni pakai la kain pelikat yg jarang jarang,agar boleh nampak isi dalamnya!!! hahahahahahahahahaha...See u guys, bye bye....

Sekadar kain pelikat hiasan.







Thursday, 24 October 2013

Sapa nak ikut??

Assalammualaikum U guyss..ssssssss

 Gambar 1 dan 2 di atas ni masa Talk I di UITM Shah Alam last Sunday. Penuh dewan. Ada juga peserta dari Sek. Men. Wangsa Maju..Talk tu anjuran dari Konvensyen Al Fatihah. I ni di jemput untuk 1 jam sessi di sana, selain I, ada beberapa speaker yang hebat hebat. I ni tumpang selit selit jea ler...Actually ada byk lagi pic masa Talk n bersama peserta, dia org belum wsaap lagi kat I, yang ada 2 ni la dulu...
Yang ni pulak,( Anak Mak la kata kannn ) last Monday. My mom kena buat minnor operation kat Ampang Putri Hospital, di bawah tapak kakinya coz ada sedikit infection kata Doctor. So kita adik beradik semua jaga my mom ler tapiii yg tido sana I sorang jea. Bukan yg lain tak nak tido hospital, kami bising! takut menggangu pesakit2 bilik sebelah..Alhamdulillah operation ambil masa sekejap jea n Doctor kata boleh balik keesokkan harinya..My mom suka la tak lepak kat Hospital tu lama2...Dan berkat doa u guys, Allah berikan kesembuhan pada my mom, InsyAllah..n Alhamdulillah...thanks u guyss for the support n doa's..

Nampak tu!! bukan main suka my mom bila sampai rumah, senyum sampai hilang mata!! hahaha dapat berkepit semula dengan my dad..yang depan ni adik I, Lokman Hakim namanya..kurang la hensemnya kalau di bandingkan ngan I ni kan...

Selepas ni InsyAllah ada beberapa sessi Talk lagi then menunggu Buku ( membukukan blog ni ) "Warkah Buat Isteri" I siap, insyAllah seminggu dua ni, pas tu kena luangkan pulak masa untuk sessi menandatangani buku tu (kata pengurusan )....DAN lepas selesaiiiii semua tuu..I nak bercuti!!! I nak g cuti!! I nak g cuti!! I nak bercuti cuti!! cuti cuti cuti cuti....Sapa yang nak ikut?? I nak g Krabi, one of the pulau kat Thailand tu..nanti I akan minta my PA uruskan percutian I ni.........I NAK BERCUTI!!!!! Lama dah tak g mandi laut yang sejernih air paip tu..Relaxxxx...I nak g cutiiiiiii....cuuutiiiiiiiiii......

Friday, 18 October 2013

Bestnyaaa Merajuk !!

Assalammualaikum U guys...berjumpa kita lagi.


"Dear, today that's no lunch untuk u, u tengok jea I makan. Lepas makan kita balik rumah terus, tak payah nak g shoping2 kasut lagi..faham.." kata I dulu pada arwah Gee, ( I suka buat Gee merajuk ) isteri yang terlalu I cinta tu..Apa lagi terus merajuk la Gee!! ooowhh I terlalu suka tengok arwah ni merajuk ngan I. Tu la rupa wajah merajuk Gee dulu..Selama 5 minit I buat tak tau jea, Gee pun diammm, dengan muka merajuk dan rasa tidak puas hati ngan I...hahahaha hehehehe hohohohoho...


U guys tgk tu, makin merajuk makin lawa arwah isteri I..!!

Then lepas puas I tgk muka merajuknya, I pun pegang tangan Gee n cakap " Takkan la seorang suami tu akan berlaku zalim pada isteri dia. Tambahan pulak isteri yg cukup cantik di mata hati I ni. Kalau takde org kat sini (Restoran Cozy Conner) mau I french kiss u Dear..tiap hari I gerammm tgk U ni ". Menjeling Gee bila I kata gitu, maklum la isteri tgh merajuk!!.." Lepas ni kita g beli kasut u yea tapi kali ni I yg pilihkan, nak pilih yg sexy sexy!! dan satu lagi syarat, nak suap makan!". tambah I berkata. " Malu la org lain tgk, dah besar pun nak bersuap". Merajuk Gee mula hilang..." Dia org tak sayang bini cm I sayang u Dear, pasal tu nak makan suap, cepat! kang I tak nak makan kang!."..Terus Gee suapkan I makan lepas I kata gitu.. Orang keliling senyum senyum tgk perangai I n Gee. Selepas kita lunch tu, terus ke KLCC g shoping kasut arwah Gee, Gee ni kalau shoping,, naik ghirah dia!! hahahahaha merajuk tadi terus hilang entah ke mana.Syok bila Gee merajuk dulu..Kita boleh jadi macam budak budak bila proses memujuk ni..!

Kita ni, mesti faham, memang para isteri ni kejadiannya di buat siap dengan sifat suka merajuk, terutama dengan suami. Kadang kala tak kena mengena pun dengan kita, Isteri tetap akan cuba merajuk ngan kita. Tak caya!!?..Kaji yea contoh ni...Isteri kita marahkan anak, lepas tu bila kita balik rumah isteri tadi mengadu pada kita hal anak tadi..kita pun cakap " takpe la hal kecil jea, lagipun budak budak cm tu la." elok kan kita cakap tetapi cuba perhatikan isteri tu..terus dia merajuk! Jawab pun salah tak jawab pun salah, isteri tetap nak merajuk dengan menjawab " Tu la abg, manjakan sgt anak tu!." hahahaha pelik sungguh pompuan ni. Suami dah tergaru garu kepala," Eh, kenapa nk merajuk ngan abg sedangkan tak kena mengena pun perkara tadi ngan abg, abg baru jea balik rumah ni."kata suami,, dan masih blurr ngan merajuk isteri tadi...

Satu lagi contoh, Isteri bergaduh ngan kawan sekerja dia, balik rumah isteri ngadu kat suami..suami pun cuba tenteramkan keadaan dgn berkata." Alaa syg, perkara kecil tak mau la gaduh2, biasa la gaduh2 cm tu bila lama dah bekerja.." Isteri jawab " Abg ni,, semuanya biasa, semuanya biasa!." dengan muka seposen isteri merajuk!! hahahaha, blurr sekali lagi suami tu...MERAJUK ni adalah satu senjata sang Isteri, merajuk yang sebenarnya bertujuan nak dapatkan PERHATIAN KASIH SUAMI...itu saja.

Lain kali, bila isteri ni merajuk, perkara yang pertama harus di buat..PELUK dia dahulu,(Kalau di rumah ) cium dahi, cium2 pipinya dulu then baru kita memberikan pandangan kita. Bila isteri menjawab, kita peluk lagi.( Di luar rumah, sentuh hati isteri..peluk kang org keliling tgk! ) Cuba buat, tengok apa kesannya, I tak mau huraikan kat blog ni. Buat dulu then kita akan nampak hasilnya nanti, InsyALLAH...Hanya kita sebagai suami ni, faham la akan isteri kita tu, fahami la merajuknya tu. Ianya adalah satu kewajiban para suami. Jadikan sifat merajuk isteri kita sebagai "Penghibur hati" kita. Pandai kita pujuk, pandai kita sentuh hati isteri tu, maka akan bertambah "tersenyum" lah kehidupan rumahtangga kita nanti, InsyALLAH.

Apa lah yang I merepek ni, balik2 cita merajuk n peluk peluk, boring laa...ok la sampai sini jea sebelum I mengarut lagi. Bila ada kelapangan I membebel lagi yea..bye bye...bye bye...see u guys later..I love you guyssss....and I love Gee too....( pas ni I update pasal suami kena pakai kain pelikat pulak! )..hehehehe


Tuesday, 15 October 2013

Sebelum Aidil Adha..

Assalamualaikum U guys..

Layan jap pic berbicara bersama I  ni di Jabatan Perangkaan Putrajaya
Berbicara bersama Abil Fikri Ahmad @ DIM...Punya la Hen..sem! U guys tak berminat nak jemput I buat Talk ke?? hahaha hehehe hohoho.



Selesai ceramah, seperti biasa ler bergambar dengan tuan2 Putri di Jabatan Perangkaan Putrajaya. Dah macam James Bond rasanya! Di kelilingi wanita wanita jelita..
Selesai di Jabatan Perangkaan, kena beri ceramah Motivasi pula di HONG LEONG Financial Group di Petaling Jaya.Kebanyakkan peserta berbangsa Cina..very sporting perunding perunding kewangan di sana tu..

Sempat juga meluangkan masa Ke Klana Jaya menghantar Jemaah Haji..Ini juga my family frens..

Dan Pagi tadi I di IkimFm....

Dan kini tiba la masanya, I ingin mengucapan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA pada U guys yang sentiasa di hati I dan juga sentiasa dalam ingatan arwah isteri kesayangan I tu, InsyAllah..

Sunday, 13 October 2013

IkimFm.

Assalammualaikum U guysssss....sssss...ss


Entry ringkas jea ni..Esok pagi 14.10.2013 jam 9 pagi, I akan ke udara di IkimFm. Ada masa u guys luangkan lah masa sekejap dengar DIM ni memebebel yea..Tu jea la entry today..hahahaha hehehehe dan...????? u guys sambung.

.............................................................................................................................................................

Friday, 11 October 2013

G-String...

Assalamualaikum U guys...D.I.M kembali bersiarannn....hahaha hehehe hohoho.


Semenjak sibuk dengan membukukan blog tempoh hari, I jarang update blog ni kan. Starting today dah agak free.So sesiapa yang nak berdating dengan I, cepat cepat "book"!! hahahahahaha hehehehehe hohohohohoho...kang org lain kebas DIM ni kang rugi!! Perasan sungguh I ni kan..

OO yea,ada info sikit ni.. dalam prolog buku Warkah Buat Isteri tu nanti, I ada lampirkan kisah yg lebih jelas prihal I n my late wife, dimana sebelum ni belum pernah I ceritakan, baik dlm blog ni, di dada dada akhbar, majalah atau di siaran2 tv...Hanya di dalam buku itu sahaja. Harap prolog tu dapat menjawab beberapa teka teki yg selalu bermain di minda segelintir dari u guys sebelum ni.

Today jom kita  buat sedikit ulangkaji la. emmmm pasal 'G-String' dan baju tido U guys. Kali ini untuk tatapan wanita wanita sahaja. Yang lelaki diam jea n baca jea...I? I kan tukang cerita, so I talk u shut up!! hehehe..Ni nak tegur sikit pada yang berkenaan sahaja, bukan semua wanita. Apa yg bakal I sampaikan ni bukan bertujuan nak bersikap gatal atau lucah yea. I ni suka bercakap pasal realiti dan perkara yg selalu terjadi sehinggakan boleh menyebab pudarnya "KEINTIMAN" suami u guys tu..So wanita wanita yg I kasihi sekelian, baca dulu then fikirkan lah..I hanya cuba membantu.

Gini ceritanya...U guys ingat tak lagi (Wanita sahaja) pada malam pertama perkawenan dulu cmana u guys berpakaian tido. Ingat tak? Confirm sexy giler kan! Untuk menambat nafsu suami tu. Pada fikiran I yg gatal ni hehehe..tentu u guys pakai baju tido yg singkat n G string!! Suami atau lelaki ni (kebanyakkan) memang sukaaaa sangat bila melihat dan mula la datang ghairahnya pada Isteri masing2. Ingat yea, dalam CINTA memang terselit perasaan ghairah tu, memang ada. Bila u guys berpakaian gitu, "intro" keintiman jelas kelihatan. Intro ini yang sangat penting sebenarnya buat suami. Intro gini yang akan membuatkan keintiman pasangan lebih "MERIAH"!!Sedar atau tidak, Secara tak langsung 'intro' tu tadi menyuruh pasangan tu go step by step sebelum keintiman berat berlaku. (Ringan ringan dulu laaa). Dan I percaya, u guys akan menitik beratkan juga warna dan cutting baju tido yg sebagaimana yg perlu U guys pakai untuk suami tu tadi kan. Agar u guys tampak benar2 sexy di mata suami..Sekiranya u guys masih berbuat begini sehingga sekarang, InsyAllah perhubungan intim u guys bersama suami akan membuahkan kepuasan bersama, InsyAllah.

TETAPI,,malangnya bila tahun bertukar tahun, kebiasaannya dah ada anak atau dah 4,5 tahun berkawen..G string dan baju tido yg singkat n sexy tu tadi dah bertukarrrr....bertukar jadi baju kelawar!!! Pasal apa jadi gitu? Ataupun bertukar pakai kain sarung yg 3,4 hari tak basuh, dokkkk pakai bila nak tido bersama sehelai Tshirt buruk!! lagi sadis!..Rasa rasa u guys, pertukaran pakaian tido gitu boleh mendatangkan intro ghairah suami tak? Sebagaimana rasa ghairahnya suami tu pada malam pertama U guys dulu. Eh U guys jangan bagi alasan tak pakai g string tu tadi pasal badan U guys tu dah bertambah berat atau perut tu dah boleh lipat lipat cm lipat baju..! Jangan nak bagi alasan demi alasan kenapa tak dapat nak sexy sexy untuk suami!! Antara Tugas Isteri pada suami adalah LAYANAN!!! Faham tak huraian layanan dalam bab intim ni?? U guys pada awal awal dulu dah tahu bagaimana nak "ikat" suami tu..kenapa ubah??!! Suami / lelaki ni ada masanya nanti dia akan teringatkan waktu layanan isterinya pada malam pertama dulu dan mereka ni nak begitu kembali tetapi suami ni biasanya tak beritau. Terutama bagi mereka2 yg dah mula menjangkau usia perkahwinan antara 4 ke 8 tahun.(makin tua makin miang la kata org!) Waktu ini la biasanya terjadi perkara perkara yg tak di ingini oleh seorang Isteri. Jaga jaga.

Ini lah antara kesilapan yg di ambil mudah oleh U guys. I ulangi ANTARA!.Kesilapan gini yg membolehkan si suami tu mula lah tengok punggung pompuan lain. Mula lah si suami tu tadi kerap melayari web web lucah sensorang. Imiginasi suami tu mula membiak (dalam bab keintiman ni tadi ). Sebabnya suami ni dah tak nampak ke- sexy- an isterinya lagi. Ghairah suami tu mula pudar pada isterinya. Klau bersama pun, suami tu hanya nak membayar "Bil Air" jea. Hilang dah intro intro tu. Kebahagiaan rumahtangga ni seharus makin mantap dari masa ke semasa, bukan makin pudar. Ini la antara punca puncanya..

U guys bayangkan sendiri, patut ke dari baju tido sexy bersama g string (contoh sexy) u guys g tukar kepada baju kelawar then tukar lagi pada kain sarong yg tak basuh ntah berapa hari dengan sehelai Tshirh yg dah boleh buat lap kaki keluar jamban!! Patut ke? Gitu ke layanan kita pada suami?? Gitu ke u guys nak "ikat" suami?? Eh, jangan ambil mudah tau perkara ni! Tambahan pula kita ni hidup di hujung zaman...U guys mungkin gelak la bila I cerita pasal G string ni..tapi hakikatnya memang begini. Faham la akan huraian LAYANAN pada suami tu. Layanan bagus suami senyum..layanan berkurangan,,sendiri mau ingat!

Anggap la kita ni mengulangkaji sahaja, anggap la I ni seorang kawan baik u guys yg menegur. Entry ni bukan la teguran buat semua tetapi mana mana yg berkenaan sahaja. Jangan kita ubah perkara yg baik pada yg kurang. Kita suami isteri nak malu apa. Dan lagi satu, tolong la g bersenam pada mana mana u guys yg dah hampir menjangkau berat badan 1 tan tu!! tolong la.

Jangan la marah I ni, I hanya nak berkongsi idea jea supaya kita semua dapat menikmati kebahagian suami isteri sampai tua nanti. Mungkin kita tak sedar akan kekurangan yg kita dah buat. So kita ulangkaji laa sesama, itu sahaja. Dan rasanya dah panjang bebelan I ni, muak pulak U guys baca...I stop di sini dulu yea, bila ada masa I update lagi....Sehingga berjumpa lagi...jangan lupa beli G string!!!! hahahahaha hehehehehe hohohohohohohohohohoho..............

Wednesday, 2 October 2013

Ini kisah Me n Gee.

Assalammualaikum U guys...

Ellloooooo.....Lama I dah singgah kat ruang update ni. Hanya dapat menjenguk komen komen yg U guys tinggalkan dan sedikit blog walking kat blog u guys tu..

Ada yg beranggapan I dah hilang entah kemana, ada yg kata I g laksanakan Haji, dan ada yg main agak mengatakan I dah bercinta semula, tu yg hilang tak update blog dah!!..I tak g mana pun n Tak bercinta pun..aduhhhh, ..I dok buzy sikit buat Talk I sana sini dan agak sibuk menguruskan pembikinan membukukan blog Warkah Buat Isteri ni. Di jangkakan siap pada bulan lepas tetapi ada beberapa perkara yg tidak mencapai quality yg I nak so kena adjust lagi sana sini buku tu. InsyAllah buku ini akan berada di pasaran pada bulan Okt ni, InsyAllah. Akan I update bila siap sepenuhnya nanti, ini pun dah sampai final stage. Perkara2 gini yg buatkan I sibuk sikit. Today rasa free so I update ler blog niii....

                                Ini lah muka depan buku, Buku Isteri I..

I ni, apa saja yang berkaitan arwah Isteri I, I agak teliti. I tak mau ada any kecacatan yg timbul. I nakkan kesempurnaan buat arwah Isteri I( semampu I ) walaupun Gee dah tiada. Bila I katakan Gee tetap di hati I sampai bila bila (InsyAllah) bererti kesempurnaan Gee I akan jaga sehingga I berjumpa dia nanti. U guys anggap lah, buku ini sebagai peninggalan I n Gee buat U guys. Buku ini bukan satu buku novel khayalan atau sekadar fiksyen sebuah kisah kasih I buat Gee..tetapi ini la realiti dan hakikat kehidupan kami berdua. Kisah Benar kami.

I membukukan blog I ni juga kerana arwah Gee. I mau semua org tahu siapa arwah Isteri I ni. I harap "Al Fatihah" buat arwah Gee tak putus sampai bila bila,, tiap hari.! Sekurang kurangnya juga, buku ini boleh lah di buat panduan bagi segelintir dari U guys yg rasa ianya sesuai di praktikkan nanti. Dan ada sebahagian dari jualan buku ni nanti akan I sumbangkan pada pihak tertentu yg memerlukan ( pihak kami dah tentukan penerimanya nanti)..sumbangan itu I niatkan datangnya dari arwah Gee dan dari U guys semua. Secara tidak langsung, amal jariah buat kita semua kan.. InsyAllah.

I harap buku ni akan mendapat sambutan dari semua terutamanya pada pasangan suami isteri. Yang lelaki ni kurang sikit nak membaca blog I, jadi bagi dia buku ni suruh baca!! InsyAllah pasaran buku ni akan berada di semua kedai buku dan boleh juga U guys pesan secara online bagi u guys u guys yg jauh tu yea..Akan I update nanti ..InsyAllah. 

Kerana ALLAH, RasulNYA dan juga.....kerana Gee Isteri I. I berdoa agar semuanya akan berjalan lancar..InsyALLAH.

Sunday, 22 September 2013

Lelaki ini...


Assalamualaikum U guys yang di hormati.....

Just nak tanya...Apa pandangan U guys tentang Lelaki ini..??

Monday, 16 September 2013

For the rest of the time...



Assalammualaikum U guyss...
Assalammualaikka Ya Fauziah bt Siti Esah....Isteri kerinduan saya..


Dalam sibuk menguruskan proses pembukuan "Warkah Buat Isteri", sempat juga I siapkan video clip kenangan I n Arwah my wife,, Khas untuk tatapan U guy,..Hope kita semua tidak akan lupa siapa itu Fauziah binti Muhamad...Isteri, Sahabat dan juga sebagai Teman I sepanjang hayat...

I miss her dan I tahu ada di antara U guys juga masih rindukan arwah Gee ni...

                                                                    AL FATIHAH
video


By the way, terima kasih I pada my PA, cik Nor Aida yg banyak membantu menyediakan video clip I n Gee ini..Thank You...thank you.

Saturday, 14 September 2013

Kesian la Menantu tuu...

Assalamualaikum U guys..


Today moh kita menyentuh sedikit prihal MERTUA dan MENANTU ni semula (sebelum ni I ada update berkaitan ni ).. n dalam masa yang sama U guys pun boleh la beri pandangan berkaitan entry kali ni dalam komen U guys nanti, InsyAllah...

Selepas entry berkenaan tersebut diatas, (Mertua vs Menantu ) banyak komen I terima melalui blog atau sms...dan sehingga hari ni juga masih ada yg mengadu hal yg sama n minta pendapat.....Apa hal u guys ni (yg berkenaan ) tak habis habis lagi merajuk ngan mertua..! emmmm..Yang Mertua ni pun satu (segelintir sahaja ), jangan la dok "attack" menantu tu jea,,siannn dia. "En. Abil, saya ni puas cuba menjaga hati Mertua saya tetapi dia selalu aje mencari kesalahan saya dan memburukkan saya di belakang saya."..Keluhan pertama. "Saya dah tak tahan dok ngan Mertua saya tu, semuanya tak betul pada dia!!". Keluhan kedua. " Suami saya selalu marahkan saya coz Mertua saya suka cucuk suami saya.".." Apa perlu saya buat lagi En. Abil ngan Mertua saya ni..kang saya kata dia dah nyanyuk berdosa pulak rasanya!"...keluhan ketiga n ke empat...Banyak lagi yg I terima...Allah Hu Akhbar..

I ni hanya boleh memberikan cadangan sahaja. Nak settle kan masalah ni bukan kerja I sebab I ni bukannya pakar motivasi atau penasihat bertauliah atau seorang Ustaz...Anggap lah pandangan I ni sebagai dari seorang kawan atau seorang anak.

Mak mak Mertua sekelian, dengar la keluhan Menantu menantu tu..kesian dia org. Menantu ni pun selalu mengharapkan kasih sayang dari Mertuanya sebagaimana yg di berikan pada anak masing2 dan mengharapkan erat perhubungannya ngan Mertua...Lain la kita dapat menantu Hantu!! Menantu tak hormat, ,menantu yg kurang ajar atau menantu seorang penjenayah. Menantu gini tendangkan jea!! Tapi sekiranya menantu tu orang yg biasa biasa, Mertua ni berlembut la sedikit. Berikan masa dan ruang bagi menantu tu tadi menyesuaikan diri dengan Mertua. Jangan la dok mencari kesalahan demi kesalahan, mencari kelemahan demi kelemahan Menantu nya,kan anak juga tu buat mertua,,Anak Menantu namanya!!....Cuba bagi ruang pada menantu, jika ada lemahnya, Mertua tunjukkan ajarnya...Tu sebenarnya TUGAS Mertua!! Tunjuk ajar, cuba jadikan Menantu tu Menantu yg terbaik di pandangan org keliling..Ingat Mertua sekelian..Kiranya anda selalu mencaci atau melemahkan Menantu anda, Sebenarnya anda sedang MEMBAKAR DARAH DAGING ANDA sendiri...!!!! Maksudnya??..Kan menantu tu kawen ngan anak puan, dan memperolehi zuriat dari keturunan puan..Dan ikatan perkahwinan tu secara otomatiknya menjadi Keluarga puan. Mertua dan Menantu juga membawa tanggungjawab dalam soal "kebanggaan dan kesejahteraan" keluarga..Nak ke orang keliling pandang negatif pada menantu puan? Nak ke org lain kata menantu puan masakkannya macam taik!!.? Nak ke org kata Menantu puan tak pandai kemas rumah dan tak pandai layan suaminya?? nak dengar gitu??! Suka dengar kata kata gitu!??

Mana mana 'part' yg Mertua rasa kurang pada menantunya, beritau, tegur dia secara lembut tetapi tegas. Orang orang tua gak yang kata " budak budak sekarang ni tak cm kita dulu, kena banyak belajar lagi!." So tunjukkan caranya, "Latih" menantu tu. JANGAN la dok 'bantai' jea..Tu la tugas pada mertua yg Allah berikan. Tu la Ujian Allah pada Mertua sebelum Allah sambut Mertua Mertua ni di SyurgaNYA nanti..Cuba perhatikan dengan mata hati Menantu puan tu..Gini,, biasanya kita dapat pangkat Mertua ni bila kita dah pencen (kang kata dah tua kang,,marah pulak! ). Org pencen ni selain dari beramal, dia kurang dah tugasnya..Jadi untuk mengisi kekosongan dan ke "boring"an org pencen ni, Allah jodohkan anak dia supaya dia bermenantu dan bercucu..Dalam kekosongan tu la mertua ni mendidik menantunya pada yg lebih sempurna, cuba menjadikan menantunya buah mulut orang keliling dengan peribadi yg baik baik..Tunjuk ajar, nasihat dan rajin rajin la berbicara  dengan menantu puan tadi. Ni la tugas yg Tuhan berikan pada Mertua. Baru la kekosongan tu tadi dapat di penuhi dengan keceriaan HATI, kebahagian Keluarga puan, mendapat cucu yg baik baik, dan yg PENTING..kekosongan yg di isi sebegitu la yg membuatkan ALLAH bertambah Rindu pada Puan..!! Seronok kan kalau bila Mertua ni di kunjungi oleh menantu yg baik, yg sedap mata hati puan memandangnya..Kalau menantu tu puan pandai didik dia, dia akan jadi peneman atau ibarat good friend puan..Jadi Mertua mertua sekelian,,saya bermohon agar berlembut (tapi tegas sikit! ) dengan menantu2 puan ni. Kesian la mereka..Dan saya mohon maaf sangat sangat sekiranya teguran saya ni menguris perasaan puan puan. Anggap lah saya ni sebagai seorang anak menantu yg sedang meluahkan isi hati...Apa yang di harapkan oleh semua menantu tu hanya la untuk mendapatkan KEMESRAAN puan dan keluarga yg CERIA..itu sahaja,, InsyAllah..

Yang Menantu menantu ni pulak sila rujuk entry I sebelum ni bertajuk Mertua vs Menantu..kat situ bab tentang menantu perlu dan WAJIB ambil hati Mertuanya..Hormat Mertua kita, sayangkan dia org. Bersabar la dengan karenah Mertua ni..Sama sama bekerjasama membina SENYUMAN!!...Dan I tak mau dengar lagi Menantu ni memburuk burukkan pulak Mertuanya!! Pangkat MAK kan tu,,Wajib Hormat!!..Pas ni U guys pun selain dari hug pasangan u guys tu, HUG juga Mertua tu tiap kali jumpa...tau!..InsyALLAH..

Mertua2 dan puan2 sekelian sekali lagi ampun maaf saya minta kiranya entry ni agak kasar sedikit. Maafkan saya. Saya mohon puan puan dapat la kiranya mendoakan kebaikkan buat saya, anggap la puan mendoakan saya ini sebagai salah seorang dari anak anak puan..Sayangi la saya sebagai seorang anak juga..InsyAllah..Saya juga senantiasa mendoakan puan puan sebagaimana saya mendoakan kebaikkan buat IBU saya..InsyAllah..

Sehingga kita berjumpa di entry akan datang,,u guys take care dan selamat bercuti...Assalamualaikum..


Thursday, 12 September 2013

Spend Time di......

Assalamualaikum wahai U guys sekelian...

Really hope u guys sehat sehat selalu,,mana mana yg demam tu I doakan cepat sembuh..aminn. Yang sehat, jaga kesihatan pada yg lebih mantap lagi!! InsyAllah..

Today update gambar jea dulu, jadual jadual selepas demam tu hari..Layan ganbar dulu yea sayanggg semua,,nanti nanti abg DIM update entry sharing sharing sikit....pasal Mak Mertua kita semua  ni laaa..sure entry best!! sebelum ni pun ada citer pasal Mertua ni.,kali ni nak tegur sikit jeaaa..anak anak cm saya ni tegur sikittttttttt jea, tak kan tak boleh kuttt....yea, InsyAllah...

 La ni kita layan gambar dulu.........
Lepas baik demam, baby besar ni teringin sangat nak ke Zoo, tanpa berlengah masa, call member pompuan sorang ni (bogger gak, kuyacumi.blogspot.com) ajak teman,.kalau sorang2 memang malas la nak ke sana..
Ni pun member baik I ni, nak bela tapi perlu ada lesen pulakkk..nanti abg dapatkan lesennya ehh...nanti kita leh tinggal berdua ehh...
Sampai kat part ni I jadi confius..jadi keliru akal I...I tak tau mana satu yg perlu I tengok..cm sama jeaa!!! hahahaha hhehehe hohohoho...Ni member I yg teman g Zoo tu..Nor Aida binti Gajah.eh eh eh silap silap..binti Mohamad@Ismail...sorry naa...salah taip..

oooo sebelum tu, I ke Ikea temankan my sister yg bungsu n our family Friends..dia org la yg membelinyaa, I ni suka munch munch jea kat sana...Pancake n icecream!!

Yg jelir lidah tu, cik Wan, tengah mengandung !! (doakan yg terbaik buat dia yea)..yg depan ni Wawa..I panggil dia "2 tan!" hahahaha..terlebih berat!! berdua tu adik bungsu n adik ipar  I..
Then Last weekend berkejar balik ke Seremban menghadiri kenduri kawen anak Pakngah..(blogger Komensen.blogspot) bersama sama ngan blogger lain..Ni semua Blogger "Otai", banyak pengalaman n di hormati dek semua bloggers lain...Kakcikkk!! Ibarat kakak I tu, 2 dari kiri..Rajin datang ziarah my wife dulu..
 Yang ni pulak peminat DIM!! Bukan yg muda muda tuuu..yang sebelah kanan I tuu!! Lama dah Makcik ni nak jumpa I..at last dapat la jumpaaa..dia org datang ke rumah adik I kat Melawati...I rasa Seronok kalau dapat spend time borak borak cm ni...

So tu jea la gambar yg nak di share kan ngan U guys....  N3 (entry) lepas ni kita Berbicara bersama DIM berkaitan Mertua kita kita ni yea...So see u later guysss.....muahhh!!


Followers