Saturday 23 February 2013

Mohon Doa u guys...

Assalamualaikum U guys..


Just nak beritau u guys that Wife saya ni keadaannya agak lemah, tak seperti kebiasaannya. Sejak 2 hari lepas perubahan graf kesihatan Gee turun mendadak dan kakitangan GH Seremban yang datang membuat medical check up Gee Khamis lepas pun memberitau saya bahawa Gee agak berlainan dari kesihatannya sebelum ni. Namun apa out come nya nanti bergantung pada Tuhan kata pegawai perubatan tu..

Sistem penghadaman Gee pun mula tak berapa aktif..But secara fizikalnya, walaupun Gee begitu tetapi Gee nampak tenang sahaja....So...Tidak banyak yang mampu saya jelaskan di sini, Hanya saya bermohon doa u guys agar Allah mempermudahkan segala urusan Gee dalam keadaan yg terbaik buatnya..

Saya memohon maaf juga pada Gee dan u guys sebab tidak dapat nak update seperti biasa seminggu lepas. Saya kini hanya banyak meluangkan masa bersama Isteri kesayangan saya ini buat masa sekarang..Hope u guys faham dan hope u guys doakan yang terbaik buat Isteri saya ini....Thanks yea..Anything nanti saya akan update.....Terima kasih sekali lagi yea U guys..tq..


Thursday 14 February 2013

Sama Sama laaa...

Assalamualaikum Dear..
Assalamualaikum u guys.


Masih berkahak lagi u Dear, ubat di beri pun tak berapa berkesan lagi. Sekejap sekejap I kena buat suction keluarkan kahak u..Time I tido pun boleh terjaga bila mendengar gangguan nafas u tu. Buat suction kerap kali pun tak berapa elok coz boleh menjejaskan paru paru u, kalau tak buat pulak, nanti pernafasan tersekat2 ,,.Ini baru la u tido, dari semalaman u tak selesa nak tido...Me, tido? Cm ni la jaga org sakit, kadang2 cukup tido dan biasanya tak cukup...Cm tu la citanyaaa...

Ur graf kesihatan pun tak naik naik lagi nampaknya, u sekarang ni nampak agak lemah jea n makin kurus! Kurus giler!..I dah buat the best semampu I menjaga u Dear but berat badan u makin menurun...Tak pe la Dear, InsyAllah..Allah akan berikan The Best for u nanti..Dont worry...As long I ada, I tetap akan take care of u.For now, u tido dulu, semalaman tak tido kan..so tido puas puas today...

Sambil u tido I nak citer n sharing sikit berkaitan cinta sebelum kahwin ni...Ni permintaan kawan2 blog u la Dear, they all doakan u so bila ada hajat I cuba tunaikan...InsyAllah...Mana tadi., aa cinta sebelum kahwin n selepas kahwin...Cm ni, sebelum kahwin dulu bila seorg lelaki jumpa wanita yg memenuhi citarasanya ( lelaki ke pompuan ke sama jea, sini ambil contoh lelaki la yea ) Dia akan cuba sedaya upayanya untuk
mendapatkan DIRI wanita tu dulu. So apa yg lelaki ni patut buat?..Lelaki ni akan otomatik akan menjadi seorg yg romentik. Cara cakap pun nampak macho dan matang dlm usaha perjuangannya memenangi hati wanita tadi. Bila dah berjaya menjadikan wanita tu girlfren, maka bertambah la usahanya lagi untuk memiliki sepenuhnya diri dan hati wanita tuuu...Dalam proses ni, lelaki ni akan menunjukkan/mempamerkan cinta dia supaya girlfren tu nampak. Jadi kerap kali kan terdengar dialog.. " Tak tau bagaimana hati I ni boleh terpaut bila sekali saja memandang u" atau " I ni memang payah nak mencintai seseorg tetapi u ni syg, berjaya membuka kunci hati I" ( ee geli I dengar! ) atau contoh ayat2 power dari lelaki ni " I akan sentiasa menyanyangi diri awak sampai ke akhir hayat walaupun I terpaksa mengharungi lautan api sekali pun..I really love u from the bottom of my heart!" katanya sebelum kawinnn...

Lautan api konon,! Belum berenang lagi dah hangus dah bro!!..Itu antara ayat2 cinta yg selepas kawin nanti dah tak dengar lagi keluar dari mulut dia..Kenapa boleh jadi macam tu yea?,,Sebabnya,  perjuangan lelaki tu tadi adalah untuk mendapatkan DIRI wanita untuk dia sahaja. Segala usaha akan di curahkan dalam perjuangan tu tadi...Bila dah dapat ( Kawin la, bukan TU!! ), HATI lelaki tu akan berasa sangat lega dan mula berasa "letih"..Masih di awal perkahwinan kita nampak romantiknya lagi, lama kelamaan ianya akan pudar dan pudar dan pudar.....lama lama hilang, tidak kelihatan lagi bibit bibit cinta sebagaimana awalnya ( bibit bibit konon! arggg tuii!! )...Tiada lagi kata seperti diatas tidak nampak lagi plan plan selepas kawin..sebelum tu macam macam plan yg di sebut yg konon menjanjikan hidup bahagia selalu, plan nak belikan gelang tangan 1 kilo, gelang kaki 2 kilo, rantai emas yg bertatahkan berlian, zamrud, (contoh contoh ) rumah yg sangat selesa, siap ada akuarium besarrr boleh bela ikan jaws lagi.. Tv 180 inci dan macam macam lagi..Tu yg di janjikan sebelum kawin..Para lelaki semua sini I nak ingatkan, JANGAN berjanji ngan wanita ni sekiranya kita tak mampu melaksanakannya sebab kalau bab janji menjanji ni Pompuan ni takkan lupa sampai bila bila..! Biarpun dia kata " Tak pe la bang, gelang yg abg nak belikan tu tak jadi" kata dia, tapi di dalam hati membuak buak nakkan gelang tu jugak!!. Tak caya!? Cuba cari hal ngan isteri kita tadi, bila dia dah tak tertahan sakit di hati, habis semua citer dulu, janji yg tak ditepati akan di hamburkan keluar dari mulut dia..! hahahaha..Lelaki bila dah terperangkap dengan janji yg tak dikotakan tadi akan berasa marah! (bukan Malu, tapi marah)..samada dia diam dan terus keluar rumah g minum kat kedai kopi atau lebih dramatik...tuuu,,sampai lah flying kick ala samurai atau pelempang yg berbisakan ular tedung selar!!..Haru biru jadinya!

Dalam n3 saya yg lepas bertajuk "cari kunci itu" dan "kayakan hati" dah bagitau antara cara2 untuk mengekalkan suasana cinta, memperingatkan semula contoh cara mengilapkan semula kasih sayang yg mula pudar. Tu jawapan I kalau ada yg nak bertanya bagaimana cara nak mengatasi situasi sebegini..Kebahagian hidup ni tidak boleh dilaksanakan secara berseorangan. Ianya boleh di cipta/terhasil dari kerjasama kedua dua belah pihak. Kalau kita nak menjanjikan sesuatu pada pasangan kita, pastikan apa yg dijanjikan itu di praktik/di lakukan sama sama..Nak dapatkan rumah banglo, nak dapatkan barang kemas berkilo kilo, nak dapatkan BMW 10 bijik...Usaha sama sama...InsyAllah. Dari situ la Tuhan memurah dan memudahkan Rezeki bagi org yg dah kawin...Usaha sama!! Dan sekiranya tak dapat apa yg dijanjikan, isteri tu takde point la nak membebel sambil meronta ronta atas lantai!! coz kita usaha sama sama..yg Isteri tak de peluang la dapat flying kick tu tadi...Sama sama usaha, sama sama senang, sama sama susah...Nak Baby!? Pun kena usaha sama sama...

U guys, apa yg I sharekan ini, bukan untuk semua org, hanya pada yg menghadapi situasi sebegini saja..Masih ramai pasangan yg bahagia n memegang janji masing2, masih ramai..Dan masih ramai lagi lelaki / suami yg hebat hebat. Sebenarnya pada pandangan seorg Isteri, Suaminya la manusia yg hebat, macho, hensem, pandai dan POWER!!..Dan pada suami pula, Isterinya la satu satunya pemaisuri di hati walaupun suami ni kadang2 tak mempamerkan cintanya..percaya la wahai isteri isteri sekelian...Apa yg penting untuk mencapai kebahagian atau keGHAIRAHan hidup ialah...KERJASAMA..

So itu la sharing/ulangkaji untuk pagi ni yea...Faham murid murid??..Ok dah dah..g sambung kerja masing masing..I ni mata berat lagi (ngantuk) but kena jaga Gee yg dok berkahak semula tu..Anyway, sampai sini dulu esok esok kalau I teringat, I update lagi..Maklum la dah meningkat tua ni kadang2 lupa yg kita ada blog!! TAPIII., walaupun tua masih Hen..sem dan BerGETAH!! hahahaha hehehehe hohohohho..Ok Dear n u guys....Assalamualaikum.............Bergetah!!!!!!!!..


Tuesday 12 February 2013

Zoo dan laut..

Assalamualaikum Dear..
Assalamualaikum U guys.


Dear, just now u baru bangun tido then bila I kiss kiss u, u sambung tido semula..Sekang ni u ada trend baru, U ngangakan mulut jea.! Mulut u sentiasa ternganga, tido pun buka mulut. Biasa bila I pujuk u akan tutup mulut, sekarang ni tak mau dah..Tak lenguh ke Dear bukaaa jea mulut tu. Rimas pulak I tgk. Nanti nak bergambar tak cantik la rupanya sygg...

Today ramai lagi yg masih bercuti dan rasanya sekarang ramai dah otw balik rumah masing2 dari percutian..jam ler jalan!!..U guys g mana cuti panjang ni?..Seronok kalau Gee sehat ni boleh g romen romen...eh eh, salah salah, g jalan jalan berdua...( Salah taip la tadi ). Gee kalau cuti panjang, awal awal lagi dia dah plan g cuti...Suka berjalan Gee ni. Kalau tak bawa Gee jalan2, alamatnya dia ketuk I habis habisan g shoping dan beli kasut dan kasut dan kasut!!...Kalau Gee tak puas hati gak, balik rumah dia akan merajuk..Suami dah manjakan Isteri, cm tu la jadinya...Destinasi yg Gee suka g dulu..Penang, batu Feringgi dan Trengganu (Kampung Gee ler). Gee dapat mandi laut, dia akan tergelakkk jea, suka sangat.Katanya dulu" Mandi laut ni darling (Tu pangilan Gee pada I) boleh kurangkan sakit semput."..Suka layan kerenah Gee ni, sebab bila Gee suka hatinya dia pulak layan I macam King!..Jadi adil la. But sekarang kita berdua dok cuti cuti di rumah sahaja..Tiada jalan2 cari makan, tiada jalan2 gurau gurau, tiada jalan2 romentik romentik.....Yang tinggal sekarang hanya jalan2 dalam rumah sambil sambil melepaskan rindu dengan memeluk Gee setiap hari...Tu la percutian dan jalan2 kami berdua niii.......( Apa lagi tunggu u guys,. Nangis la!..suka na menangis..aiyaa)

Destinasi I pulak kalau cuti2 ni, I suka g zoo dan Museum. Tapi kalau nak ke tempat2 ni, kena bawa Gee jalan2 ke Destinasi dia dulu.." Darling, tak muak ke asyik asyik g zoo?" Tanya Gee..I kata " Oiii, seronok I rasa,, macam2 binatang boleh tengok, Terutama UNTA.!" Bila sampai jea di Zoo, I akan terus bawa Gee tengok unta dahulu. Then I kata " Sepanjang pandangan u kat unta ni, Tuhan beri pahala yg sangat2 besar! Sebab Allah yg suruh kita tgk unta, dalam Quran tu kan ada saranan ni." Gee dengar jea penuh khusuk.".Jadi lain kali bila U datang ke sini kalau saya dah tiada lagi, Dahulukan la tengok unta ni." sambung I...Sekiranya kita mengikut saranan Allah selalu, PASTI Allah akan makbulkan saranan kita pulak pada yg lebih baik. Setelah I terangkan secara detail, baru la Gee lebih faham kenapa I suka ke tempat2, sebegini kalau cuti cuti..Kalau nak mandi laut pulak selalu I ingatkan Gee betapa hebatnya Tuhan ciptakan laut dan I citer cmana Nabi Musa a.s. membelah laut dulu. I lakonkan babak tu sambil I percikkan air kat Gee baru la kita terus mandi...N sambil sambil mandi berdua dan mengajar Gee berenang tu I citer lagi berkaitan Nabi Musa bertemu Nabi Khidir (Nama sebenar Bulya bin Mulkan- catatan separuh ulamak) bertemu di laut, citer Nabi Yunus telan dek ikan..apa saja sejarah laut, I ceritakan...yang bestnya sambil cerita sambil ajar berenang tu I dapat laaa raba raba si Gee ni sampai menjerit2 Gee..hahahahahahahahaha...Bini aku, aku raba la!!..

Suami ni kalau nak mengajar isteri bab agama ni kena pandai cari masa dan tempat yg bersesuai dengan tajuknya dan sambil tu kena pastikan isteri ni suka mendengar dan hendak mendengar lagi dan lagi..sebab sambil mengajar dan mendengar tu,,boleh raba raba!! hahahahaha hehehheheeh hohohohohoho.... Pas ni ramai la Isteri ajak Suami mandi laut..Jangan DO IT in public dah ler..!!...Bukan nak cakap lucah maksud I di sini..Sekiranya sesuatu sejarah yg menyenangkan hati kita waktu itu, ianya akan kekal dalam ingatan. Sambil gurau2 tu kita input ilmu, isteri kita lebih senang mengingat... Ni antara cara2nya nak didik isteri dan jgn lupa para suami, input ilmu agama ni pada isteri adalah WAJID dan ini juga yg di katakan nafkah BATIN..! Bukan setakat malam Friday tu jea broo...Pesanan ini lebih pada yg baru kahwin, yang dah lama kahwin, naik bersawang tu, u guys dah pandai n lebih arif, jadi ini untuk ulangkaji sesama kita sahaja..

I ni selalu cm ni, mulanya nak update berkaitan satu permintaan ni..pasal kenapa masa bercinta lelaki kata I love u selalu dan plan macam2 dgn bakal isteri, bila dah kawin lain la jadinya..love tu ada tapi tak sehebat yg dinyatakan sebelum kawin, plan tu pulak cm nak tak nak jea proceed..Jadi kenapa begitu..Jawabnya,,tunggu la n3 akan datang.! Ingat tak penat ke taip patuk ayam ni, I penat dah....Cm ni la I, lain tajuk nak cita, bila mula menaip I akan ikut gerak di hati so jadi lain ceritanya...Sorry la yea pada yg minta ulangkaji tajuk sepatutnya,,next n3 yea..InsyAllah.

Pada yang nak balik rumah dari selesai cuti ni or sedang otw balik, hati hati di jalanraya, jangan jadi road bully..Input2 sikit ilmu tu masa memandu pada isteri n anak2..dan ceria ceriakan hari u guys selalu. Dengan ini I memohon mengundurkan diri dulu coz I LAPAR dah!!!..See u guys when I see u...Bye Dear, bye U guysss.......OOO,,remember Dear n u guys,, always love me yea....hehehehehe...






Thursday 7 February 2013

sometime sometime.....Lonely gak.

Assalamualaikum Isteri sayaaa..
Assalamualaikum U guyss sayaa.


Ni baru sat tadi balik dari menerima BR1M tu..RM500..! Aku kayaaaaa..! hehehehe Alhamdilillah. Rezeki Allah beri..Dear, nanti I g belikan barangan keperluan u lagi yea..Ni nak citer kat u Dear masa ambil BR1M tu di sekolah menengah yg dekat jea ngan rumah ni..Jogging jea, dah sampai..dekat.

Jam 9 tadi baru I sampai di sana,, mak oii! ramainya penerima bantuan kerajaan ni. Majoriti org2 dah berumur la..Org muda cm I ni kurang ler, yang Han..sem cm I ni langsung tak de, I sorang jea!! hehehehe lagi. Sampai jea daftar diri dulu then duduk jap dengar ceramah ringkas dari Dun sini..apa dia cakap pun I tak faham n tak dengar coz org tua2 ni suka sangat berborak2 sesama dia org...Macam2 bahasa ada, Melayu, cina, India dan lain2nya..kadang2 tersenyum hampir nak gelak pun ada dok dengar cerita dia org ni.."Den ni ado koncing manis, kaki dah habis potong..lamo lamo kolope (kemaluan) den pun doctor tu potong gak!!" citer lelaki tua sebelah I..hahahaha..Yg India kat depan I pulak cakap ngan kwn Cina dia " Apaa ini org ckp (Dun tu la)..tarak faham la. Tak payah lama2 cakap la, dia punya mulut bukan ada keluar itu wang 500!!"...I senyum lagi...Senyum I tadi sampai keluar air mata dok geli sangat hati ni dengar cakap2 org tua2 ni..Seronok I..! Yang dok borak pasal politik dan PRU akan datang niii jangan cakap la..Info2 dia org ni canggih2 macam dia org ada dalam Kabinet tu sendiri..!..

Tiba tiba ada seorang wanita yang agak cantik menyapa I.."En. Abil ke ni?"..Sebelum I jawap I tgk dia dulu dari atas sampai ke bawah..hehehe biasa la Dear, suami u ni pun gatal gak orgnya..Agak lawa n sexy..terus I jawab "Yea saya"..Kalau tak lawa tadi tentu tentu I kata " Makcik salah org ni!" hahahahaha dan dan tu jea panggil makcik walaupun muda!! hahahahahahahaha.....Then entah dari mana, tau tau saya di kelilingi oleh wanita2 dan Makcik2..aduhhhh penat menjawab soalan2 dia org pasal U dear...Dalam soalan2 tu terselit gak pertanyaan.."En Abil tak rasa nak kahwin lagi ke?..At least ada teman dan boleh membantu menjaga Isterinya."..I just senyum jea then I jawab.."Buat masa sekarang ni CINTA saya hanya ada pada Gee sahaja.".." Dan buat masa sekarg saya belum mampu nak membahagikan kasih sayang saya ni.".." "Sekiranya Allah lebih sayangkan Gee nanti,,InsyAllah saya fikir fikirkan yea."..Jawapan I tadi membuatkan airmata dia org ni nampak macam bertakung..aduhhhhh sekali lagi..Dalam hati I, jangan la korang nangis pulak, takut org keliling ingat lain kang..Sambung borak lagi.." Tuan2/Puan2..sekarang sila duduk sebab kami nak serahkan vouher." kata penganjur..So tamat la borak2 kami tu tadii....Ada yg minta no tel I, I berikan alamat blog!..

Selesai ambil vouher dan tukar pada tunai I pun gerak cepat2 tinggalkan dewan sekolah tu..Dalam jalan nak ke kereta tu pun ada yg tegur.."En Abil!!"..I just angkat tangan dan kata.." Nak balik ni coz time beri susu kat wife saya ni., bye bye jumpa lagiii.."..Cepat2 naik keta dan terus g bfast dulu,,makan 2 capati..Rupanya kat kedai makan tu pun ada kawan2 lama..makan sambil borak jap then terus balikkk...Cepat2 jenguk u, rupanya u tido lagii....

Kadang2 dapat bergaul dalam himpunan org ramai ni seronok jugak..Yea la, I ni dah lama dok rumah jea. Sometimes rasa sunyi terutama week days..Just u n me Dear..Kalau u tido,  lagi la sunyi I ni..tak de siapa I nak borak, tiada siapa I nak layan..Sesekali memang ada I rasa very2 lonely..I ni manusia biasa jea so patut ada la perasaan cm tu kan..Tak pe la, buat masa sekarang I perlu bersabar dan tenang tenangkan diri..InsyAllah, I pasti Allah akan memberikan ganjaran yg lebih baik pada kita Dear suatu hari nanti..One fine day...InsyAllah..Anyway,, today memang I rasa terhibur hati semasa di dewan sekolah tadi...Tqq Allah coz menghiburkan hati sayaa...tq tq..

Rasanya Gee pun dah bangun tu..oo ya, Gee masih kurang sehat, banyak kahak pulak minggu ni, demam tu dah ok..ciannn isteri saya ni..Jap Dear, I am coming...ok guyss see you soon ya...tata  titi  tutu.......Yes Dear..I'm comingggg...!!!

Tuesday 5 February 2013

Jangan Biarkan...

Assalamualaikum Gee..
Assalamualaikum U guys..


Pagi ni baru la u nak tido Dear selepas 3 hari tak tido!! 3 hari tak tido!! U guys boleh tahan tak tido tido 3 hari?..Lepas baik dari demam u tak tido, tak tau kenapa. Puas check apa yg tak kena, puas pujuk pujuk..bukan I jea yg pujuk, adik beradik I n kawan2 yg datang pun pujuk2 gak...Pun tak mau tido..last last lewat malam tadi kena marah ngan I, aaa baru la nak tido..lena pulak tu.! Aiyaaa amoiii...Mau malah balu lu mau titun....
Ada banyak lagi gambar org yg dok pujuk u, letak satu jea coz si wawa ni selalu bergambar dengan u tapi tak pernah I upload sebelum ni...Wawa ni antara family frens rumah ni..

Memang ada masa masanya u akan berkelakuan sebegini, just tak tido sambil keras keraskan badan..Pada peringkat awal u sakit dan u buat perangai cm ni tension giler I..tak tau apa masalahnya, tanya doctor pun dia tak tau..Bila buat medical check up, semuanya ok..Macam2 I usahakan sampai solat2 sunat yg sepatutnya tapi tetap cm tu..Bila dah lama ni, I pun dah cukup faham ngan u sekarang so tak de la I risau atau tension lagi..I tau dah apa yang patut buat bila u buat perangai cm tu.....Dear..Dear..

U ni akan bangun lewat today, dan malam kang akan tido awal seperti biasa...Tido la Dear. Let me bercerita cerinti sikit ngan kawan kawan semua ni......Bila lama I tak update seperti biasa ramai yg bertanya kenapa..Ada gak yg minta share kan tajuk2 tertentu untuk mendapatkan tips..Tapi harus ingat yea, I ni bukan seorang penasihat yg bertauliah, apa yg I share ni hanya la berdasarkan pengalaman atau apa yg I belajar sahaja..Sekiranya ada tips yg serasi untuk di lakukan /di amalkan, go ahead. 

Kadang kala ada yang bertanyakan hukum hakam sesuatu perkara,. (saya pun bukan ustaz yea.) Mana yang saya tahu saya akan jelaskan. Ada yang tanya pasal tips tips hidup harian, dan selalunya I akan syorkan amalan dari Asma Ul Husna tu sebabnya ia mudah diamal dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat..Kalau nak syorkan amalan yg lain tu I perlu kenal orgnya dahulu, takut ada amalan yang tak serasi nanti. Kita ni kalau nak nasihat atau nak syorkan sesuatu pastikan ianya bersesuaian atau serasi pada individu yang bertanya tu. Jangan main bagi jea..Takut kesan atau jawapan yang di terima dari amalan tu tak tahan untuk di tanggung. Pada I, melalui sharing di blog ni cukup ler I syorkan amalan nama2 Allah tu dan baca la Al Quran tu tiap hari. Dapat kita khatam Quran tu setahun sekali SEKURANG kurangnya kira bagus la tu. Ini bila tanya setahun khatam Quran berapa kali?...Dia jawab.."Emm masuk ni baru sekali masa mak kita hantar ngaji masa kecik2 dulu."...."umur sekarang berapa tahun?" tanya I.."Umur kita masuk bulan ni dah 35 tahun."...Umur dah 35 tahun, dah berkahwin, anak ada 3,4 org..sekali jea khatam Quran!!!! Tak pe la kita tolak 15 tahun sebab masa tu kecik lagi....Ada 25 tahun hidup Allah bagi nafas yg baik, rezeki yg baik, hidup secara asasnya kita tgk pun baik baik jea..SEKALI jea khatam Quran!!  Kang kata gila kang, marah pulak.!

Selama 25 tahun tu awak buat apa selain dari yg fardu?! Dalam rukun iman yg 6, kita wajib percaya pada Al Quran, betul tak?..Huraian percaya tu, bukan setakat percaya,. kena ngaji, kena baca  sambil kita tatap Quran tu.." Oo saya agak sibuk sikit, pagi g kerja, malam kang jaga anak2, lewat malam kang nak layan ehem ehem pulak isteri/suami.." Tahuuu semua org sibuk dengan DUNIA ni..tak kan la takde masa dalam 10 minit tiap hari baca Quran...Tak boleh luangkan 10 minit dalam sehari!!?..10 minit sehari baca Quran tentu tentu kita khatam setahun sekali..InsyAllah..Rasa rasa Allah tu CINTA tak kat kita?. Rasa rasa kalau Allah tu cinta, DIA beri tak perhatian tambahan pada kita?..Apa salahnya malam sebelum kita nak update blog (contoh,contoh)..kita buka Quran tu jap then baca 10 minit..Ada masalah? Berjam jam kita boleh layan blog, Quran kita tak boleh tatap 10 minit,,Please laa, jangan kata depan I "Saya memang sayang sangat pada Nabi s.a.w. dan saya takutttt sangat pada Allah."..Pleasa laa...Masing masing check la umur u guys..Puluhan tahun hidup..Tak malu ke?..kemaluan tu memang la ada, tak tercicir mana2 pun..tapi rasa malu tu mana??!!

"Alaa abil..cukup la kita buat yg fardu jea..".Hallo!! sahabat2 Nabi tu pun ngaji tau dan ada sahabat2 yg di jamin syuga semasa hidup, pun masih Ngaji!! Ulamak2 besar pun ngaji tau, ustaz2 pun ngaji tau, imam2 pun ngaji tau...Tuu, rakyat Palestin yg berperang tiap hari, tiap masa pun ada masa ngaji tau!!..Bukan nak suruh jadi hebat macam golongan2 di atas..hanya I syorkan NGAJI QURAN jea...Tak perlu ada alasan alasan benggong dah, ngaji jea..Manjang sibukkkkk kerja.(kerja pun ibadat juga)..Masalahnyaaa, Dalam KUBUR tu nanti ada soalan pasal QURAN niii.....!!!! Tau dalam kubur tu cmana? Tau?!..Kita sorang jea, tak de lampu,   hanya KITA, 2 MALAIKAT tu, KAIN KAPAN dan TANAH sahaja...Tu jea..Nak lebih lebih, atau nak renovate rumah Kubur kita tu nanti,,aaa buat la sekarang..! Sekarang la masanya..So bagi yg kata tak de masa tu, pandai pandai la cari masa...Jangan la letak jea Quran tu kat rak rumah jea dan jangan biarkan berhabuk!!..Cuba khatam setahun sekali, tak reti ngaji g la belajar..Sekiranya dah tua sangat n masih tak tau ngaji..cuba khatam mendengar sebulan sekali..InsyAllah Tuhan sayang....

Zohor dah ni, perut pun lapar dan lapar..Eh korang tak de hati ke nak post durian crepe ke, belanja makan ke kat I ni..Penat dah taip taip ni..I tak malu de, kalau malu tak dapat..hahaha hehehee dan....u guys sambung...Ok la, tu jea sharing untuk hari ni..I nak solat n keluar jap, dapatkan barangan keperluan Gee ni..Sampai kita jumpa lagi tolong kirimkan salam Saya n Gee pada kelurga masing masing yea...Bye bye sayang semuaaaa...........


Followers