Friday 2 December 2016

Hello,,ISTERI saya ke ni??

Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah, Cinta Hati Hamba.
"Hello, ni Fauziah bt Muhamad ke?"
"Yea saya.."
"Oooo, ini Isteri saya la ni.."
"Yeaa laaa.."
" Oh Isteri kesayangan saya, malam ni nak masak apa untuk Suami hen..sem awak ni?"
" Oh, mlm ni rebus ubi kayu jea cicah gula, sempena mengenang zaman pemerintahan Jepun dulu." sambil gelak Gee menjawab panggilan fon saya..
Gitu la tiap kali saya rasa agak boring atau semangat kerja kureng sikit, saya akan call Isteri kerinduan hati saya tu..mengusik2 dia dan Gee pun cerdik gak dlm menjawab usikkan Tiap kali boring jea mesti saya rasa RINDU kat Gee. Tu yg dok call dia. jap jap saya call dan Gee layan jea klau dia tak sibuk time tu.
Bila ptg saya jemput Gee dari tempat kerja, dia akan terus mengusa janggut saya sebaik masuk keta.." tadi call tu tgh boring ke atau rindu kat saya? tanya Gee..
"Dua dua la, dan termasuk lapar sekali.." kata saya then saya pun dok citer la "keboringan" pada Gee. Tu 1 perkara yg say suka buat, apa2 saya suka ngadu kat Gee sebab Gee ni seorg pendengar yg baik, bukan setakat tu jea..sampai jea kat umah sampai duduk tu Gee akan bukakan stokin saya sambil saya dok membebel lagi.( time saya boring jea dia bukakan stokin, hari2 lain buka sendiri laa)
Then dia akan masakkan dgn cepat supaya hilang lapar saya dulu. Perut saya dah kenyg ilang la boring..Terror sungguh Isteri saya ni. Tahu jea apa perlu buat untuk mengisi kebosanan saya.
INI BARU LA ISTERI NAMAnya!!!!
Perangai Isteri yg cerdik PASTI Suami akan sentiasa dan sentiasa SAYANG!!
ISTERI mesti menjadi seorg pendengar yg baik untuk Suami.
ISTERI mesti pandai dalam menangani jiwa Suami.
Antara tanda tanda yg kita ni seorg ISTERI yg Hebat di mata Suami adalah pabila Suami tu sentiasa mengadu hal2 berkaitan dirinya dan tidak suka berbohong pada ISTERInya..
Yg Suami lak, jadikan la ISTERI tu sebagai sandaran dan tempat kita nak bercerita bagai,, KERANA ISTERI adalah di antara sudut yg TERHEBAT bagi mengisi keceriaan hati kita para Suami..!!
InsyaALLAH..



Thursday 10 November 2016

Selamat Pagi Malaysia

Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah,. Cinta hati hamba..
Tadi lepas solat Asar, rasa lapar la pulak so saya g mkn mee goreng mamak kat Tmn Melawati ni, Dok mkn kawan call saya, tiba tiba saya gelak geli hati..
"Apa hal ko gelak ni.?" kawan pun gelak bilamana dgr saya gelak..
" Takde apa la, esok pagi (Jumaat, 11.10.16) aku di jemput ke program Selamat Pagi Malaysia di RTM, segmen pukul 9.15 pagi secara LIVE. Isunya mengupas dan mengatasi Kesunyian hati or kekosongan jiwa bagi org2 yg rasa gitu..ko free esok pagi tgk la.."
kata saya yg dok masih gelak2 lg..
"Yg ko gelak lagi ni kenapa??"..tanya member tu..
"Aku ni pun makan sorang2 takde teman,..ada teman dah aku kebumikan,,Sunyi gak rasa.!! Jiwa kosong rasanya!!"..lagi gelak saya menjawab soalan kawan saya tu..
Bla bla bla kita sambung borak...n masih saya gelak!!
Tu jea citer ptg niiii, hahahahahahahaha.. esok kalau free U guys tgk la program Selamat pagi Malaysia tu ehh...
InsyaALLAH.

Friday 21 October 2016

ILMU PENUNDUK..!


Assalammualaikum U guys..
Assalammualiki Ya Fauziah, Kasih hati hamba.


"Today apa gosip kat ofis Dear.?" soalan yg kerap saya tanya arwah Gee dulu dan dia selalu share ngan saya. Agar saya tahu tahap mana domba2 Isteri saya tu supaya tak melampaui batas..pompuan kannn....emmm

"Awak nak tau..bla bla bla bla.." beriya iya Gee citer hari tu, Pasal ilmu penunduk yg dok kena kat rakan ofis dia..
"Apa buat kerja tak semunggah cm tu, buat dosa jea!!" jelas saya.
" Emm Suami dia pun melampau sgt, " jawab Gee.

"Klau yea pun, buat la cara lain, ini cari dosa..banggang apa." jelas saya lagi. . Gee terdiam sekejap, then Gee tanya..
" Cmana pulak kalau saya nak menundukkan awak, ada kaedah yg tak dosa?..

Saya pandang Gee atas bawah.."Habis semua RAHSIA saya awak nak tahu,,teruk la saya nanti."..senyum menjawab soalan Isteri Kesayangan saya tu..Dan Gee tahu saya takkan menolak hajat dia. Saya hanya diam kan saja dan beralih pada subjek lain,,subjek Mlm Jumaat.!! hahaha hehehe hohoho..

Habis Magrib bersama, Gee g masak dinner, saya dok sambung mengaji. Selesai mengaji, saya panggil Gee yg pun selesai masak.
"Dear, come here girl." "Meh duduk sebelah saya jap." Gee pun masuk bilik dok sebelah saya..

"Tiap kali kiranya kita bergaduh, dan awak nak MENANG dan nak "TUNDUKkan" saya, buat la apa yg saya suka ni." Sambil saya tunjukkan Al Quran depan saya. Eh ada 2, 3 kali kita gaduh besar tau..kes kes cemburu la, apa lagi..Saya tak nak kalah, Gee pun tak nak low down. Gee dengar jea tak jawab apa, cm faham dah apa yg saya ajarkan tu...

Then pada suatu hari Kita Gaduhhhh...Dua dua tak bercakap, dua2 hati panas time gaduh. Gaduh2 pun Gee tak pernah sekali meninggi suara, hanya text ngan sms jea.! menjela jela dia text, saya jawab dia text lagi..gitu la cara saya n Gee gaduh. Malam tu saya masuk bilik sebelah, dia masuk bilik sebelah..

Dalam kul 2 am gitu saya dengar Gee MENGAJI.!! Terus saya dok depan pintu bilik Gee yg berkunci mendengar Gee ngaji..tersenyum2 saya dok dengar," byk lagi kena belajar ngaji ni " bisik hati saya, namun gitu...
"RUNTUH" jiwa panas saya, "HANCUR" marah saya pada Gee. "TERLERAI" ego jantan saya...Habis Gee ngaji, dia Kuar bilik nak g toilet..saya terus peluk Gee n said, "Dear, Im sorry". terperanjat gak Gee tgk saya depan pintu n peluk dia..tak ckp apa Gee.

Hanya balasan peluk saya di balas baik Gee..Dan berakhir la pergaduhan kita malam tu..hanya kita berdua sambung dgn "Gaduh" yg dapat pahala..hahahahahahahahahahaha

Nak "menundukkan" pasangan kita ni, tak yah la susah2 nak g jumpa bomoh2 ke atau pakai tangkal bagai, buang masa jea. U guys sepatutnya yg lebih terror mengenal pasangan masing2..U guys patutnya tahu mana kelemahan, kekuatan pasangan masing2, Kalau tak tau tanya terus pada Suami, tanya kat Isteri.

Yg si SUAMI ni lak, cakap la kat bini tu..
" Syg kalau abg tengah marah buat cm ni..bla bla bla"
"Isteriku tercinta, kiranya saya nampak ego bodoh/ angkuh bangang, buat gini dan gitu.."..Ajar la Isteri tu. Kita ni SUAMI, kita ni Pendidik,Guru buat Isteri kita tu.Tugas kita mendidik, untuk kebaikkan kita gak kan..

Dan ILMU PENUNDUK untuk Isteri kita pulak,,emmm senang sgt sgt.."LUAHkan Cinta" kita(suami) padanya,Kerap katakan dia(Isteri) nampak "CANTIK"dan "SEXY".. "PELUK" Isteri tiap tiap hari. "PUJUK PUJUK" Isteri bila merajuk DANNNN senang2kn lidah tu say "SORRY" walaupun bukan salah kita ni ara SUAMI..Senang kann, bukan kuar duit punnnn...

Nanti kita akan nampak betapa TAAT dan SETIAnya Isteri kita tu nanti...Silap silap, untung nasib kita baik,, Isteri rela sign borang untuk kita pasang 1 lagi..!!!!!!!! hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

I LOVE my late wife..Do u guys LOVE ur WIFE???



InsyaALLAH.

Tuesday 20 September 2016

Hajjah Fauziah bt Siti Esah..

Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah..Kasih hati hamba.


" Kuku ni pun bukan hak kita Dear," sambil saya kiss kiss tangan n jari jemari Isteri saya tu sewaktu dia terlantar sakit dahulu. " Kita ni just menjalankan tanggungjawab dan "Kehendak" ALLAH selagi kita dok kat bumi ni." sambung saya lg. Faham ke tidak si Gee dulu, saya tak tahu. Mata Gee terkebil2 pandang atas bila mana mendengar suara saya..

Dan ni kisah yg tak sempat saya nak share rabu lepas dalam program Labaikallah di Tv Alhijrah tu....gini citernya...ni waktu Gee terlantar sakit.

Habis jea saya mandikan Gee n kemaskan dia, saya pun kata " Jadual kita berdua hari ni kita kena buat Umrah Dear!!" So saya pun dukung Gee G "Tawaf" 7 pusingan. Dok pusing beanbag, tempat duduk Gee tu..(tak tau bean bag tu apa, g tanya tuan haji Google!)..sambil tawaf tu saya saya ngaji n zikir2. Gee tak tau apa pun, hanya dok diam jea dalam dukungan saya. Hanya matanya terkebil2.

Habis tawaf tu, "Sekarang kita Saei lak Dear!." Saei kita tu dari pintu depan umah sambil pintu Belakang umah. hahaha. Habis jea Saei terus saya dudukkan Gee kat Bean bag tadi. "Oookkk dah habis dahhh Umrah." Sambil peluk n kiss kiss lagi Gee, naik rimas dia!!..Penat gak dukung dia gitu walaupun Gee masa tu dah kurus sgt. Saya pun borak2 la ngan Gee.Saya sorang jea yg bercakap, Gee sakit gitu bercakap pun tak boleh, apa pun dia tak tahu. Brain Damage kan..Borak punya borak, tahu tahu jea Gee dah lelap!! Aiyooo amoi, rupanya dia dah tido!!

Saya dukung semula Gee n baringkan dia atas katilnya. Saya duduk sebelah Gee sambil memerhatikan Isteri, Kekasih dan kawan baik saya ni tido lena,,penat umrah tadi kut. Airmata saya mengalir tiba2 bilamana tgk Gee terbaring gitu.

" Airmata ni Dear bukan setakat rasa hiba saya, malah ini bukti betapa saya CINTAkan awak. Selagi saya bernyawa, selagi tu la saya akan di samping awak. Jangan sesekali awak terdetik rasa risau, jgn rasa takut, jgn rasa bimbang sebab saya janji saya tidak akan tinggalkan awak, InsyaALLAH." bisik saya pada Gee yg sedang lena. Last2 saya pun terlena sama. Maklum la Umrah tadi, penat kauuu..!

U guys nak tahu selang beberapa minggu pas tu, ada rezeki lebih ALLAH bagi maka dapat jua akhirnya saya buatkan Badal Haji untuk Gee, Alhamdulillah. So U guys kena panggil Hajjah Fauziah tau.!! hahaha. Hajjah Fauziah cinta hati hamba.

Kita ni para Suami pastikan yg Isteri kita tu rasa selesa dan yakin pada kita. Jangan biarkan Isteri kita ada was wasnya pada kita.Bab cemburu tu takde ubat, tu memang "spek" kejadian Isteri. Selain dari tu pastikan Isteri kita sentiasa berasa yg dia di dalam "PELUKAN' kita selalu. Yakinkan Isteri kita tu bawasanya kita ni adalah seorg SUAMI....SUAMI 1 DLM SEJUTA baginya..!!

InsyaALLAH..



Yg ko org ni para ISTERI, pastikan diri tu ISTERI 1 DLM SEJUTA gak!!

Wednesday 24 August 2016

Sapa Wanita ni.?



Asalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah, pengarang jantung hamba.
Minggu lepas, seminggu hati saya ni rasa kurang senang, rasa gundah, rasa tak bagus, tak tau pasal apa. Rasa cm nak meninggal pun ada!!.
Selidik punya selidik pun tak jumpa punca. Tiap masa doa/ngaji. Habis amalan saya usaha..tak mau gak hati ni lega. Tambah risau ada la..Isnin lepas sebelum tido saya doa, " Ya ALLAH, ampuni la dosa2 saya, legakan la hati saya." tu jea doa saya..
Dan saya bermimpi.........Saya berada di 1 tempat yg lapang tapi ramai org. Semua tak tau mana nak pergi. Saya lagi la blur time tu. Tiba2 datang seorg wanita bawa saya jln ke sebuah rumah. Simple jea rumah tu tetapi penuh dengan ketenangan. Saya rasa hati ni relax jea, tenang jea...Malangnya saya tak nampak wajah wanita tu. Namun dalam hati saya mengenali Wanita ni. Saya pernah rasa setenang gini dulu sewaktu Gee bersama saya. Then Wanita tu hilang gitu jea dan saya terjaga dari mimipi.
Terjaganya saya waktu tu, hati terus rasa tenang dah, hilang dah rasa gundah gelisah seminggu lalu. Tido saya mlm tu rasa sgt sgt puas, lena selena lenanya...
Dah 2 kali semenjak Gee meninggal, saya di datangi Wanita ni bila mana saya rasa so call 'di ganggu' atau tak tenang. Dan 2 kali ni la walaupun tak nampak wajah n susuk tubuh wanita ni saya di "kaburkan", Namun saya sangat kenal sentuhan dan ciri2 ketenangan yg Wanita ni "hulurkan"...sangat saya kenal...Hanya Gee yg selalu berikan saya gitu sewaktu hidupnya..
InsyaALLAH
.....gitu la cerita untuk hari niiiii....clap clap clap..Oii!! tepuk la tangan!!

Wednesday 10 August 2016

Uniknya HADIAH ALLAH.


Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah, Cinta hati hamba.


"Darling, awak tak kuar ngan ikhwan2 pondok g minum malam ni?' tanya Gee suatu tika duluuu. Dalam hati saya tau dah, Gee mesti nak tengok drama ni.

"kang jap lagi nak keluar la ni. G minum kedai depan. Anything nanti awak call yea." kata saya..."Okkk darlinggg" jawapan ngan suara ceria Gee.

Gee tau saya tak berasa suka bilamana Gee kerap tgk cerita2 drama melayu ni. Bukan saya boikot drama2 kita tetapi ada sebab2 tertentunya.Memandangkan Isteri kesayangan saya tu nampak suka sgt so saya tak cakap apa la pasal dia nak tgk drama tu walaupun dia tak cakap. kang kalau tanya mesti dia berdalih kata bukan nak tgk drama..dah jadi menipu lak Isteri saya tu nanti so saya tak tanya lagi elok.

"Dear, kita ni kan kiranya selalu dengar lagu2 sedih atau kita kerap tengok cerita2 sedih dan kita hayati lagu/cerita tu, suatu hari nanti pasti kita akan terjerumus dalam kisah cerita atau lagu tu. Sebab takkala kita dok hayati, penghayatan kita tu secara tak langsung menjadi satu DOA." Doa" gitu la yg kita kena hindarkan." Dok tengah baring2 sebelum tido saya terangkan pada Gee.

Satu sifat Gee ni bila Suami dia ni sedang terangkan sesuatu, Gee tak pernah potong cakap saya. Dia akan dengar dulu. Dan khusyuk dia mendengar.

"Mana awak tau!?" atau "Yeaa Ke?".."alaa bukan selalu tengok pun." atau.." tu pun tak boleh tgk!.".."alaaa awak niii."...dialog2 gini tidak pernah keluar dari mulut Gee waktu sedang saya menjelaskan sesuatu..Ni satu sifat yg buatkan saya sebagai SUAMI sangat sangat sangat MENCINTAInya..

"Tuhan tak suka kita tgk cm tu yea darling?"Dah selesai baru la Gee akan bertanyakan kebenaran penjelasan saya tu. Penjelasan mesti ada berlandaskan "Dalil". So bla bla bla bla bla saya jawab soalan Gee sampai dia puas..Ni satu pulak perangai pompuan ni,, Suami pastikan jawapan kita tu mesti sampai tahap PUAS Isteri..

Dan sang Suami sekelian, mesti tau yg Pompuan ni kalau dia dah tanya sekali dan kita pulak dah jawab, JANGAN INGAT dah SETTLE.!! Esok2 dia tanya lagi kauu!! Dia org (pompuan/Isteri) ni ada 1st round, 2nd round dan 3rd round..!!!..(Oii ni bukan citer Mlm Jumaat punya round la, ni citer sifat Isteri2 kita..aduhhhh!!!)

Tu Sifat Isteri kita. Mesti ramai Suami dah lalui saat gini, Isteri dookkk berulang2 ungkit pertanyaan yg sama dalam hal2 yg dia rasa kurang puas..Biasa la tu Bro..layan jea la, ISTERI kita kann..hehehe Agak2 malas nak dengar soalan berkaitan yg sama, PELUK dia, dia tanya jea, Peluk,..dia nak tanya lagi PELUK lagi!!..dan akahirnya ISTERI kita tu akan...DAN MASIH bertanya!!! hahahahahahahahaha..Ini la 1 sifat Wanita yg TIADA Ubatnya..BERTANYA dan BERTANYA..Unik sungguh Hadiah ALLAH ni pada SUAMI..

Dan kita Sebagai pasangan SUAMI dan ISTERI, jangan sesekali berhenti dari MEMAHAMI. Selagi nyawa ko org bawa ke hulu ke hilir, Selagi tu la senantiasa pandang dan MEMAHAMI pasangan masing2..Suami dan Isteri ni adalah HADIAH ALLAH yang sgt2 UNIK....

InsyaALLAH..

-by t way, buku "Warkah Buat Isteri" rupanya ada lagi 16 naskah (ingatkan habis). so call cik AIda tu 017 9395172 untuk beli buku online. Tu jea yg tinggal 16 naskah.



Wednesday 6 July 2016

Aidilfitri....yg ke 4.

Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah, Iseri keRinduan hamba..
Salam Syawal, Salam Aidilfitri..
Dah Aidilfitri ke 4, Gee tiada bersama kita. Sudah Aidilfitri ke 4 jua saya kena gosok baju raya sendiri..aiiyaaa!!!
InsyaALLAH Dear, one fine day, just one fine day, nanti kita "raya" sama sama ehhh...InsyaALLAH.
Ok la, ni, duda hen..sem pic kat bawah nun nak sangat mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Dan terima kasih juga saya pada U guys coz masih sudi meluangkan masa di page Fb (dana sinar fauziah) dan blog saya n Gee ni.Terima kasih jua coz masih sudi mendoakan kesejahteraan Arwah Isteri kesayangan saya ..tq tq tq.
Pada yg berhajat nak beraya kat rumah saya di Seremban ni, datang lerr tapi call dulu eh. ni no. fon saya 016 2634258.
Selamat Hari Rayaaaa.
-InsyaALLAH
And by t way, tolong sampaikan salam saya pada keluarga U guys yea..DAN g cium pipi pasangan masing2 lepas baca ni.


 Klau nak cium pipi duda kat atas ni, masuk la meminangggg..
hahahaha hehehehehe hohohohohoho..eee maluuu...-

Tuesday 21 June 2016

Terima Kasih Dear..cukup ke??

Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah, cinta hati hamba.

Bulan Ramadhan kita puji ALLAH ke tahap maksimum, kita lahirkan kasih pada RASULLULAH s.a.w. setinggi tingginya then baru la yg seterusnya...

Puasa ni tak lapar dahaga sgt tapi dok RINDU rasa kat arwah Gee...Tiap kali bulan puasa mesti Rindu lebih kat Gee ni..emm

Isteri kita kannn..rindu lerr.

Masa Gee sehat dulu, tiap ptg bulan Ramadhan jea, cukup Gee suka g pasar ramadhan ngan saya,,tapi kena naik motor tu la. Helmet pun dia takkan pakai.."Puasa2 ni polis tak larat tulis saman!!." katanya..Happy sungguh Gee naik motor jln2, Suami ni layan jea la..(dapat peluk2 naik motor puasa2 ni, jadi laa)

Balik tang pasar ramadhan, Gee terus ke dapur masak..seperti biasa 4,5 lauk akan siap dlm tempoh kurang sejam.! dan SEDAP!!!..Mak saya tak pernah risau pasal makan kalau Gee ada, " Menantu den ado, tengok kang, kojap yo siap la lauk2 eh tu". Mak saya syg sungguh Gee ni.

Dlm pada yg sama saya dok perhati arwah Isteri kesayangan saya ni..perhatikan jadual ramadhan dia. Setelah beberapa hari perhati, baru saya sedar BETAPA HEBATnya WANITA ni..

U guys tengok eh, (U guys ni untuk SUAMI/LELAKI).. TERRORnya org Pompuan ni,..

Balik tang kerja, DIA (ISTERI/WANITA) siapkan makan..habis berbuka, DIA kemas meja makan. Dah tu siap2 mandi nak solat n nak Terawih..Habis meluangkan masa dgn TUHAN, DIA siapkan pulak pakaian kerja dia dan Suami untuk esok..Dalam masa yg sama Suami minta buatkan air minum dan dalam masa yg sama tu la masa nak borak2 ngan Suami dia..Siap punya siap layan suami lg, dah kul 1 am. Tido...Klau Suami dok kenyit2 mata pulak, tak tau kul berapa selesainya untuk tido!! (Puasa kann, mlm jea la..hehehe)..Kang kul 4 pagi bangun pulak, siapkan sahur. Dan org pompuan ni tido 2, 3 jam pun dah ok, masih boleh bangun awal pagi,,LELAKI tak semua dan tak ramai yg boleh..(terror pompuan ni!!).. Dah tu kejutkan Suami/anak .. ALLAH, NABI dan MALAIKAT laaaa yg tahu betapa seksa nak kejutkan dia org ni..yg Suami pun sama cm anak2, punya la liat nak bangun walaupun akhirnya berjaya gak bersahur,,

Selesai sahur DIA kemas sekali lg meja makan tu. Then mandi (samada sunat atau Wajib tadi tu!!)..Solat, siap g kerja/ anta budak2 g sekolah ke.....pas tu bermula la Jadual Ramadhannya sekali lagiiii......Berapa org SUAMI yg mampu buat gini jadualnya?? Tak kira la MENTERI ke, Ketua pengarah Ke, adun sana sini ke..Ustaz ke..Rasa2nya berapa ramai SUAMI yg mampu buat sepertimana ISTERI kita berkhidmat di dlm bulan Ramadhan gitu..??!!

Tiap kali malam nak tido saya suka memicit kaki Gee, n said "Thank You Dear"..( kadang2 jea "picit mandi wajib".) Dlm masa yg sama terasa betapa kurangnya saya membalas jasa Gee dulu..Jasa seorang ISTERI..

Dalam bab jadual Isteri bulan puasa gitu, sampai ke hari ini saya tak tau bagaimana cara yg tepat untuk seorg SUAMI tu nak berterima kasih pada ISTERInya..

Cuba para ISTERI beritau kami (Suami) cara yg sesuai untuk kami berterima kasih...Kami Suami2 ni ingin sungguh tahu..

InsyaALLAH..

- Al Fatihah buat arwah Gee dan pada mereka2 yg telah kembali ke Rahmatullah-







Wednesday 11 May 2016

Sapa yg berani??,,angkat tangan..



Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya FAuziah, Cinta Hati Hamba..


Sebelum saya beredar dari Pentas Perdana Tampin, N. Sembialan baru baru ni dalam sessi Soal Jawab rumahtangga, saya pulak minta izin untuk bertanyakan 1 soalan pada hadirin..

"Suami ni Hadiah dari ALLAH..Setuju??"
Isteri pun Hadiah dari ALLAH...Setuju??"

Persoalannya,, Sapa di kalangan hadirin di sini yg BERANI, merosakkan Hadiah ALLAH ini??!!

InsyaALLAH..

Tuesday 12 April 2016

Biul namanya tu..

Assalammaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah, Isteri Kesayangan Hamba.

Baru baru sedang bantu adik saya di Pasar mlm Melawati, tiba2 seorg wanita dtg bertanya..

Ini En. Abil kan,,dah 3 tahun arwah Gee takde, masih sayang kat dia lagi tak?.
Senyum saya mendengar soalan tu, sambil pandang wanita tu atas bawah, (boleh tahan lawa! hehehe).

"Selagi Gee tu ISTERI saya hatta Arwah ISTERI sekali pun, InsyaALLAH dari hari ke hari KASIH saya bertambah, dan tidak pernah kurang."..jawab saya.

Terdiam sebentar wanita tu and terus order sotong crispy 1.(adik saya jual sotong crispy, saya tukang gunting sotong tu.) Bila takde jadual ceramah saya bantu adik saya tu.

Mengekalkan Kasih Cinta kita ni pada Suami, pada Isteri bukan kerja main main tau, Ini TANGGUNGJAWAB namannya. Bukankah masa nikah dulu di lafazkan, "Aku terima nikahnya anu bt si anu (contohh nama). Dan Isteri pulak setuju dgn lafaz Suami tadi. Bila dah terima dan bila dah setuju, maka jalankan jea la Tanggungjawab masing masing, di antaranya KASIH CINTA tadi tu la.

EH, tapi kan, berbuat mengekalkan perkara di atas ni, yang si Isteri tiada masalah nak buat,,yg agak payah sikit kita kita ni bro (Suami) termasuk la aku!!. Jadi kiranya nak membantu Suami mengekalkan dan menambah baik Kasih dia kat Isteri..ni kaedahnya...

Kaedahnya terletak pada Isteri,.. terutama layanan Isteri pada Suami.
Keduanya, ni PENTING!!.. Isteri kena betul betul pandai menjaga penampilan FIZIKAL..jaga berat badan, jangan sampai berat mencecah 2 tan,! perut tu jgn sampai boleh lipat lipat cm lipat baju,! berpakaian tu biar cantik dan sexy di mata Suami (ikut syarak berpakaian) Untuk pakaian tido tanya Suami tu betul2, pakaian cmana yg dia suka tgk U guys pakai, Solek muka santek santek, pakai la tepung gandum kalau perlu pun..hahaha.

Ketiganya, PERTUTURAN mesti baik, biar bila bercakap tu kedengaran cerdiknya ISTERI. Senyum selalu ngan SUAMI ada masanya yg tertentu kenyit mata biar nampak "kegatalan" Isteri pada SUAMInya.!! eehhh, betul la, kau buat jea la jgn banyak soal!!..Then biar pandai sikit berkaitan General Knowledge, so seronok sikit bila borak borak ngan Suami atau kawan kawan..

Dan jgn lupa menjaga , SENTIASA menjaga PERUT Suami. Masak mesti sedap dan enak. Mesti pandai perbagaikan masakkan, tak reti, BELAJAR, boleh tanya Tuan Hj. Google resepi2nya..JANGAN doook pandai Wsaap dari subuh sampai subuh jea!!

Kiranya kaedah diatas di buat UNTUK SUAMI, InsyaALLAH mudah la dia kekalkan, bertambah dari hari ke hari Kasih CINTAnya pada u all..taapiiii kalau berhias supaya org keliling pandang lawa, nak bersexy untuk dapat pujian kawan kawan, masak sedap sedap untuk tetamu saja..bila berbork ngan kawan gitu mesra, ngan Suami hampehh emmmm payah la gitu..U guys jgn risau, buat tu semua untuk SUAMI nescaya org keliling secara otomatik akan puji u all bahkan ALLAH akan berikan KasihNYA pada both of u..Bila TUHAN dah bagi, tiada siapa yg boleh gugat!! faham!

Dan kiranya Isteri dah buat semua tu untuk Suami dan Suami masih buat tak reti jea ngan Isteri,,maka itu lah BIUL namanya..Dan U guys siapkan lah hujah hujah ko org depan TUAHAN nantiii.....






InsyaALLAH.

Followers