Monday 15 December 2014

Takde Mood ehh..!


Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah, lepas subuh tadi rasa terlalu rindu la pulak kat Isteri saya ni..Al Fatihah.

Ni DIM nak beritau sikit, Lelaki ni / Suami Suami ni ada masanya kita org akan di datangi dengan "Takde Mood" tiba2..eh memang ada laa!! Kalau Isteri tanya " Kenapa bang?" jawapan biasa kita para Suami ni.."Takde apa la!" atau sunyiiii jea, takde jawapan dari Suami..

Dah yg pompuan ni pening kepala, pompuan ni pulak tiba2 takde mood tgk Suaminya gitu, tambahan pulak pompuan ni tak dapat jawapan dari soalannya tadi...jadi muka masing2 dah jadi cm punggung kambinggggg..!!

Kita ni bila tgk Suami gitu jgn tanya Suami tu byk, jgn ulang soalan berulang kali..Lelaki tak suka gitu. So nk buat cmana?? Buat gini wahai sang Isteri.

Perkara yg sgt2 penting bila jadi gitu, Ko org (Isteri2/pompuan2) KENYANGkan dulu perut Lelaki ni dengan hidangan yg ringan (BUKAN ringan ringan tuuu!!!)..makanan yg simple dan sedap sedap. Terbaik ko org sediakan/buat sendiri, contoh buat kueh ke, bagi buah buahan yg elok elok ke..whatever la..dan pastikan hidang tu Suami suka. Time tu Suami tak ckp la sedap, kan mood dia takde.

Dan jgn lupa masa tgh2 nak hidangkan makanan tu baca "AL WADUD" berulang2 dan senyap2..Masa Suami tgh makan pun jgn di tanya apa2, hanya layan jea dia makan. Malam kang tgh2 baring tu baru la tanya, tanya dengan lembut.."Abg, ptg tadi abg letih sgt ke?" atau " Abg , tadi tu abg bukan marah syg kan.?"..Baru la dia akan terangkan kenapa, what happen,,Dan kebiasaannya takde apa pun, hanya Lelaki ni adanya dia suka diam..tu jea. Takde sebab. Yg penting, bila perut Suami tu di jaga dengan baik maka suami tu akan rajin la bercakap2 ngan Isterinya..

Dan Suami2/Lelaki2 sekelian, Kita pun kena faham yg Isteri2 ni pompuan2 ni, bukan sahaja Tamak Haloba, dia org ni pun ngan suami tergesa2/tak sabar gak..Wanita kalau bertanya sesuatu, dia perlukan jawapan masa tu gak!! Kalau kata kita jawab esok, emm pagi2 buta sebelum takbir Subuh dia org akan tanya lagi..!! Tu la sifat Isteri2, Walaupun gitu sifatnya NAMUN dia org la pendengar setia keluhan Suami, dia org la penyejuk hati Suami pabila kita kita suami ni takde mood...kerana dia org ni adalah ISTERI kita..!


Friday 12 December 2014

Cuit cuit..peluk peluk..


Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah bt Muhamad..ptg kang saya ziarah awak eh..

2, 3 malam kebelakangan ni saya dok mimpi bergasak ngan 'syaitan yg di rejam'. Bertumbuk bagai! lepas sekor sekor yg dtg menyerang..Sambil bertumbuk tu saya dok baca la surah surah. (ada yg nak cuba test test ni yea!!)..INGAT, syirik tu!!

Kena malam yg ke 3 tu tengah2 bertumbuk tiba tiba ada satu "cuitan" di lengan kanan saya bagaikan suruh terjaga dari tido n mimpi tu..dan "cuitan" tu sgt sgt saya kenal..terus terjaga beriqtifar. Bangun saya tu terus mencari cari org yg mencuit la kononnya, sampai ke dapur saya mencari...mencari arwah Gee! coz sentuhan tu saya tahu, sentuhan yg saya kenal..Sentuhan Gee!!

"Dear, Dear..??" sambil mencari saya memanggil. Tiada jawapan. Terus saya tersenyum sorang2 n ambil wuduk..

Semenjak dari sentuhan tu tiada lagi mimpi2 syaitan ni, Alhamdulillah. Walaupun tidak pernah dapat mimpi arwah Gee, namun amat cukup sekali dia datang (InsyaALLAH) "mencuit" Suami dia ni suruh bangun..sampai la ni masih terasa cuitan tu di lengan saya..


Harap harap u guys ni semua pun boleh kenal sentuhan pasangan masing2, Kiranya main tutup tutup mata tu kita boleh agak dengan tepat sentuhan tu datangnya dari pasangan kita..Peluk selalu pasangan kita tu tiap tiap hari (Bukan peluk malam jumaat tu! Bukan!)..Pagi peluk sekali, petang peluk sekali..saja saja..amalkan, InsyaALLAH badan sehat, penyakit was was pada pasangan tu berkurangan,,InsyaALLAH

Dear kesayangan hati hamba..

Saturday 6 December 2014

Bukan org lain punnnn...


Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah, penyejuk jiwa saya..

Citer lagi dan lagi sikit pasal arwah Gee ni..

Gee ni kalau memasak memang terror giler! nak makan apa, citarasa apa, apa saja dia boleh masak. Sedap, enak dan laju kalau dia masak, kejap jea siap! Perut saya tidak pernah kosong masa Gee ada dulu.

1 perkara yg sgt2 saya suka lakukan pabila Gee tgh masak..Saya akan ke dapur dan cium bahu sebelah kanannya."Nak mengusik jea kerja dia kan!!, g depan jgn kacau saya masak ni, nak cium cium malam kang!" kata Gee..Dan sekali lagi saya cium bahu dia n beredar..

Lepas sebulan 2 gitu baru la Gee tanya " Nape awak suka cium bahu kanan saya tiap kali saya masak.?

"Dearrr, tiap kali awak sedang siapkan makanan untuk Suami awak ni, setiap masa tu la Rahmat/keberkatan Tuhan tu turun untuk awak. Dan tiap kali tu la saya akan cuba "curi" sikit Rahmat/Keberkatan tu. n tu juga tanda terima kasih saya coz awak menjaga kelaparan saya.." jelas saya.. Terus Gee cium pipi saya n kata " Saya pun nak "curi" keberkatan Suami saya ni tiap hari..

Org catering masak kita bayar, bibik masak kita bagi gaji tiap bulan,
Apa laaaa salahnya kita cium pipi Isteri, peluk Isteri kejap berterima kasih coz penatttt dia org jaga perut perut kita ni para Suami selama ni.

Dan kita ni pun dah tahu/faham yg Isteri kita ni memang TAMAK HALOBA!! Pompuan ni tak cukup kalau kita cakap jea Thank you atau I love u. Dia org nak kita Suami ni buktikan pulak..So kita penuhi/buktikan la "Ketamakkan" Isteri tu dgn ciumn dan pelukkan...Senangkan kan kan..Isteri kita, bukan org lain punnnn.....


Followers