Wednesday 22 April 2015

Jemput Hadir..


Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah..Darling marling hamba.
U guys, ni,, 30hb April ni sesiapa yg ada kelapangan jemput la ke UPM Serdang..mula jam 10 pagi - 12 tghari..masuk free jea ni n terbuka pada semua..DIM nak membebel..
Belon love atas kepala tu yg tak tahan DIM tgk!! hahahaha jiwang gilerr!!..Nanti nak jumpa tukang buat poster ni..!!
Datang lerr ramai2....Gee pun ada!!!!!!!!!.


Monday 20 April 2015

Gila.!!


Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah..ISTERI hamb
Suatu pagi hari Sabtu ke Ahad (tak ingat la pulak) Arwah Gee diam jea kurang bercakap ngan saya lepas siapkan bfast.
"Kenapa Dear?, cm takde mood jea." tanya saya.
"Takde apa." jawapan yg KEGEMARAN para Wanita bila di tanya termasuk la si Gee ni.
"Nak kata awak marah saya, rasanya takde salah yg saya buat. Awak rasa boring yeaaa??" sambung saya lagi " Ada masanya kita akan rasa BOSAN giler tapi tak tau mana puncanya kan kan..Kita rasa sama jea jadual hidup tu tiap2 hari..Bangun pagi mandi, solat, g kerja, balik kerja masak, tgk tv, awak tgk saya, saya tgk awak, borak yg hampir sama subjek2nya tiap hari, tido..Mlm Jumaat jea kurang rasa boring n mlm2 yg sewaktu dengannya, tu pun kadang2 boring gak, sama jea "perlakuannya"!!. N sebenarnya pun saya pun tengah rasa Boring gak ni..Hari2 tengok muka awak, cm tu jeaa, tambah boring!!" usik saya.
" Ooo boring tengok saya yea!! g la cari pompuan lain kalau berani!!" .. " Darling, awak pun boring ehh?" tanya Gee n betul la sangkaan saya yg Gee Isteri kesayangan saya tu tgh BOSAN.
" Yea la Darling, asyik benda yg sama jea bertahun2".."Bla bla bla bla bla bla.." Gee mula explain kebosanan dia.
Pendekkan citer, saya ajak Gee g Sogo hari tu. Buat perkara yg tak pernah dia lakukan..G main game tembak Hantu!!..Mula2 dia cakap cm budak2 jea...At last duit saya habis rm100++ (masa tu takde GST)..Beriya2 dia main ngan saya sampai last stage!!..Terus hilang Kebosanan Gee hari tu..Happy betul Gee, dlm keta nk balik dok citer pasal game tembak Hantu tadi..
Ada 2 perkara yg patut kita lakukan bila pasangan tengah boring tak tau punca cm citer di atas..Boring dtg begitu saja!!
1. Kita katakan yg kita pun rasa benda yg sama WALAUPUN kita tak rasa bosan supaya pasangan kita rasa ada org yg "senasib" ngannya, jadi mudah la dia nak explain kenapa dia rasa bosan gitu..So tau la kita.
2. Ajak pasangan tu sesekali..buat perkara yg jarang jarang dia buat atau dia tak pernah buat. Sebelum nak ajak tu jgn beritau dia. Biar dia tertanya2 " nak g mana ni?, nak buat apa?..Biarkan perkara yg nak di buat tu jadi tanda tanya dia..
Ada masanya kita kena ubah jadual hidup kita. Ada masanya kita buat sesuatu yg "gila" (gila yg baik2!!). Sesekali kita ubah la jadual untuk menghilangkan Bosan tadi, So jadi la "GILA" kejap!!..dan jgn lupa sesekali kena ubahkan "Perlakuan Mlm Jumaat" tu gak,..ehhh ko org jgn ingat aku nak ckp lucah2 tau!! tu Sgt sgt sgt penting..TRUST ME!!!!.
So U guys, jadi la "Gila" supaya kita tak Bosan Giler!!! hahahahahahahaha... U guys "Gila" tak?


Friday 17 April 2015

Nakalnya Isteri kita..


Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah..Isteri kerinduan hati hamba
Awal2 perkahwinan me n Gee dulu, Gee suka bertanyakan soal hukum hakam fekah kat saya. Kononnya nak kena kan Suami dia ni. Pada mulanya saya akan jawab salah semua soalan dia atau saya kata " Alaa,tak tau la".." Alamak laki saya ni kurang Ilmu agama rupanyaaaa., takkan la soalan senang pun awak tak tau." usik Gee sambil senyum senyum..
Saya senyum jea..Ada perkara yg saya tak ceritakan pada Gee sebelum kahwin..."Dear isteri kesayangan sayaaaa, Suami awak ni dari umur 16 tahun lagi dah mula dok mengaji pondok." berubah muka Gee bila saya terangkan. "nape awak tak cakap pun sebelum ni??" tanya Gee..jawab saya "awak tak tanya punnn.." senyum saya.
"Then kenapa jawab salah soalan Fekah tadi?".."Dear, bila awak tanya tadi, saya tau awak nak "kenakan" saya. Dan saya suka tgk awak senyum suka..apa la salahnya kalau saya biarkan awak "menang". " terang saya..."alaa sekarg saya rasa malu dah!!" kata Gee..Terus saya pegang n cium tangan Gee.
Sejak dari hari tu, tiap kali dalam kereta, Gee minta saya 'berceramah'.."Darling,kenapa Surah Al Baqarah tu maksudnya Sapi (Lembu)?..ni bukan nak kenakan awak yea,,nak tau."
Then mula saya berceramah n terangkan satu persatu.."Cmana roh kita di cabut nanti" tanya lagi si Gee ni..saya terangkan,,bla bla bla bla..Dan Gee ni kalau bertanya gitu kena jawab secara detail, baru dia puas..Gitu la jadual kita bilamana me n Gee dalam kereta driving..
Para Suami yg saya hormati, kadang kala Isteri kita ni ada "Nakal"nya nak kena kita, ada kalanya Isteri ni nak kita dengar kata2 dia, adakalanya Isteri ni nakkan "Kemenangan" dlm perbualan..Dan kita sebagai Suami, kita puaskan la "Kenakalan" Isteri kita tu walaupun kita tau dia nak kenakan kita atau cakapnya tu salah (Kita betulkan kemudian)..
Yg penting, kita hiburkan hati Isteri sebab sepanjang hari penat Isteri kita cuba menghiburkan hati kita kita ni para Suami..So kita Suami ni, kita "bayar" la kepenatan Isteri kita tu dengan mengiyakan "Kenakalannya."..InsyaALLAH.
-sesiapa yg dah baca entry ni, kang g kiss pipi Suami U guys tu



Sunday 5 April 2015

Nak berbini lagi??!


Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah..Kasih hati hamba
 ( entry
ulangan  ni..)
"Darling, apa pandangan awak lelaki kawen lebih sorang?." Tanya Gee suatu ketika dulu.
" ALLAH dah beri keizinan dgn syarat2 tertentu so ok la, boleh la kawen 2, 3 ni." Jawab ringkas saya..Gee diam jea. Dia kalau diam jea gitu maksudnya Gee kurang puas ngan jawapan Suami dia ni..so saya sambung lagi...
" Jarangggg sgt kita ni (Suami suami) dapat Isteri yg perfect 100%. Kebiasaannya bagus bagus pun ada la 80% jea, jadi kurangnya 20% jeaa. Fitrah lelaki ni kan suka tgk pompuan tak kira bujang, dah kawen atau duda ke, kita org suka tgk pompuan.
Dan kadang2 tu kita (suami/boyfren) ni terjumpa la pompuan yg ada 20% tadi dimana Isteri takde...jadi bermula la hati si suami tu tersentuhhhh...(haaaah, tak tau..!!)
"Suka la si suami tu dapat 20% yg selama ni dia tak rasa dari Isterinya tu, benda baru seronok la dia,( tu yg handfon sampai ke jamban si suami ni bawa!) ...TETAPI syg seribu kali syg, si Suami tu tak sedar yg pompuan tu hanya ada 20% jea, yg 80% ada kat bini dia!!"...Gee mula nganguk n senyum. "faham, faham." kata Gee.
"Sanggup ke kehilangan 80% berbanding 20%??. Bila si suami ni tersedar hakikat ni, terhegeh hegeh pulak si suami ni dok memujuk semula Isteri 80% tu kembali...yg 20% tu dah mula dia nak tinggalkan pulakkkk..emmm kelam kabut punya jantan!! So fikir dgn akal yg waras sebelum nak berbini 2,3 ni. Bukan tak boleh tapi pastikan betul2 ikut syarat TUHAN tentukan, betul2 ikut Sunnah.
Ni nak top up handfon pun duit tak cukup, nak kawen lain konon! Dah cukup ke nafkah zahir Isteri di beri? Faham tak Nafkah zahir untuk Isteri tu camana? Yg Nafkah "batin" tu cukup ke? Kalau setakat "5 minit" jea ngan Isteri yg ada tu,,toksah la nak berbini dua..bak kata org kalau "kailnya" 3, 4 inci jea jgn nak duga "lautan dalam!!"....Cukupkan dulu syarat syarak, jaga dulu hati Isteri sebaik baiknya, isi dada Isteri ngan ilmu...then pandai2 la kau fikir nak tambah bini..
Yg sang Isteri ni pulak, jadi la Isteri yg baik, isteri yg taat. Isteri mesti sentiasa menjadi penghibur hati Suami. Jgn dok pandai membebelllll jea siang malam! Jgn degil tak tentu pasal! Merajuk ikut sedap kau org jea!! ALLAH arahkan para Isteri melayan dan menjadi penghibur Suami..FAHAM??!!
Para Isteri, cuba letak tangan kanan tu kat dada then tanya.."Adakah aku ni seorg ISTERI??"....InsyaALLAH.

-kemaskan arwah lepas mandikan dia masa Gee sakit dulu-
Kemaskan dgn 1000 kali kasih!! InsyaALLAH.

Saturday 4 April 2015

Pasar Malam


Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah..Penyejuk hati hamba.
"DIM, tadi saya g pasar mlm di Taman Dagang, Ampang,saya nampak org ni muka sebijik DIM tgh masak ayam crispy.Nak tanya saya segan" kata si gadis ni..
"Bukan serupa muka, memang saya la tuu. Biasa klau takde apa jadual kerja petang2, Takde ceramah hari tu ke, saya tolong ler adik lelaki ni niaga pasar malam. Saya ler yg jadi tukang goreng ayam crispy tu." jawab saya.
Ptg ni pun saya takde any jadual so saya akan berada di Pasar Mlm Tmn Melawati, tolong adik saya niaga..Datang lerrr..
esok saya update citer Gee lagi ehh..nak update mlm ni tak sempat coz DIM ni nak masak ayam crispy.!!
-DIM yg masih botak tapi...Hen..sem!!! hahaha hehehe hohoho.-

Thursday 2 April 2015

2 tahun dah...




Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah Muhammad..Isteri hamba di sini dan di "sana"..InsyaALLAH.
AL FATIHAH.
2 April genap la 2 tahun Gee meninggalkan kita semua. 2 tahun Gee sehat sebagai Isteri saya, 2 tahun Gee sakit sebagai Isteri saya dan 2 tahun dah Gee di alam Barzah "menunggu" saya..InsyaALLAH.
"YA ALLAH segala puji pujian bagiMU, demi kemulianMU yang Maha Agung, demi zatMU yang Maha Agung dan demi keberkatan ke atas Rasulullah s.a.w keluarganya dan para sahabat Baginda.Dengan serendah rendahnya diri ini, saya bermohon, saya merayu padaMU YA ALLAH semoga ENGKAU menempatkan isteri saya Fauziah bt. Siti Esah di dalam golongan hambaMU yang senantiasa mendapat keampunanMU dan kasihMU. Dan pertemukanlah kami berdua kelak dalam keadaan yang ENGKAU redhai. Aminn.."
InsyaALLAH for the rest of the time saya akan letakkan Gee di suatu sudut yg sgt istimewa di HATI saya..InsyaALLAH.
-(pokok tu pun elok jea tumbuhnya selama 2tahun ni.)

Followers