Friday 28 September 2012

Training timee!!

Assalamualaikum my Queen a.k.a. my sleeping beauty...
Assalamualaikum n salam Jumaat u guys...u guys no cleeping cleeping, go to work!!


Hari ni kita training lagi Dear ok...jangan malas2...Sejak semenjak ni, I dah mula latih u duduk tanpa I pegang. Dan masa yg sama I latih u mengenal sendi2 badan u juga...Mulanya memang payah la latihan ni, I akan dudukkan u then I akan lepas pegangan I,,Of course ler u akan rebah, cepat2 I pegang u semula...Tegakkan balik posisi duduk u dan I beritau u agar tegakkan badan n I sentuh sendi2 u supaya u faham training ni...Berulang2 kali I akan buat perkara yg sama hingga u boleh cuba mengawal diri, mengawal kestabilan badan u....Semalam I nampak hasilnya, u dah mula cuba duduk tegak tapi u tak berani nak goyang2 badan hanya dok senyappp jea... walaupun belum nak sempurna lagi but nampaknya u mula mencuba....Good girl u!!

Next week, insyAllah wheel chair akan sampai, I dah order untuk u..nanti bila dah boleh duduk so senang la I bawa u jalan2 pakai wheel chair baru u,,suka tak.? Kalau u suka, lagi la I suka...Today lepas jumaat nanti kita training lagi..Ada masanya it"s up to u, u pun kena ada sedikit usaha sendiri to get well..I akan terus bantu u..sekurang2nya buat masa ni u boleh duduk, I am very the happy one. N masa u duduk pulak u akan cuba meluruskan kaki u yg agak bengkok tu..Sebab tu I akan memberitau u dengan memegang sendi2 u, jadi u akan faham apa fungsi sendi2 u....Tak pe Dear, kita buat slow n steady, emm..Ni la dia tambahan jadual penjagaan u sekarang,,training timeee!! Eye of the tiger dear, never give up!,, U guys biasa dengar lagu Eye of the tiger tak??...cm tu la I nyanyi bila latih Gee ni..terpingga2 Gee dengar I nyanyi lagu omputih..hahahahaha  ( apa! u guys ingat Prof. Abil ni tak pandai nyanyi ke..!!? )....I kalau nyanyi, u guys pun akan terpingga2 cm Gee gak,,tauuu...

Ni nak share sikit pasal nyanyi ni aaa.....ada jea sharing si Prof. Abil ni a.k.a ustaz Abil a.k.a Man of Power n a.k.a T-Rex my wife hahahahaha banyak na a.k.a nya..hahahaha Prof. konon!!  arghhh tuii!!! ehhh, dengar ni..Kita ni, kena gak selalu menyanyi untuk pasangan kita, dia org suka. Terutama si suami nyanyi untuk isteri...ooooo perempuan sukaaa...mungkin mula2 tu isteri ni akan gelak2kan kita, kata suara macam katak la, suara macam ikan tembakul la..tapi semasa isteri dok kutuk2 tu sebenarnya dia org suka dan dia org rasa tersangat la malunya...yeaaaa bro..jangan la lu org nyanyi lagu ba ba black ship atau seangkatan dengannya..Nyanyi lagu yg berunsur jiwang2 sikit, berunsur kecantikkannya, kelembutannya walaupun isteri kita ni Queen of membebel dan garang macam ...macam..macam mana yea...tu lu org pilih la sendiri...nyanyikan betapa cintanya suami ni pada isterinya...Isteri kita ni bro, memang ghairah bila mana suaminya menyanyi untuk dia...Depan kita dia org kadang2 tak tunjuk gak, tapi bila g kerja si isteri ni memang kecoh ngan kawan2, dengan bangganya dia org akan bercerita n puji si suami ni...Dan nyanyian kita ni juga insyAllah akan menjadi pembakar semangat isteri dan ianya boleh mencipta rasa cinta yang baru / fresh buat suami.....EEHH!! apa pulak kau orang tak caya,,cuba buat,, tapi kena buat kerap kali la baru jadi...!

Kita suami2 ni try dulu, lepas 3 hari cuba tgk manja n mengada2 isteri tu, jangan terperanjat pulak tgk isteri kita bertambah manjanya, Jangan takut, dia tak bela hantu deaa!!...kesannya nanti lu org sendiri la mau tau, kang I cita lebih2 ada yg kata I ni ckp luucahh jea..Hallo, ni buat suami isteri jea tau..yg belum kahwin tutup mata!..PERINGATAN,,Jangan,,di ulangi Jangan nyanyi lagu sedih2, lagu cerita putus2, mati2, tengah menonggeng frust...aaa ni semua tak mau, ianya akan mendatangkan musibah nanti..kalau nak dengar pun, dengar cm tu cm tu jea, Jangan hati / perasaan kita mengikut sekali lirik lagu2 sebegitu..Ni buat semua,! yg dah kawin, belum kawin, dah terlepas kawin, yg terlebih kawin or yg tak nak kawin2...Jangan buat begitu yea,,takut bila dengar lagu2 seperti perkara di atas, hati kita pun ikut sama melayan perasaan,,ianya akan menjadi doa yg bakal di makbulkan Allah...nak!!? So suami2 sekelian pandai la menghafalkan lagu buat isteri, selain dari menghafal Quran..Tu pun kena gak hafal2 kan....ok, ok, dah, dah, dah....kita tgk gambar Gee training pulak.....layannnnn.......



Ni masa mula latihan duduk, lepas jea pegangan I, u mula nak tumbang. Cepat2 I pegang semula.
Tegakkan u semula dan cuba beri u arahan dengan sentuhan, Duduk tegak Dear. Sambil tu I akan sentuh sendi2 u agar u faham apa fungsinya.
Tu, pandai punn,, cuba mengawal diri supaya tak rebah,,U dok diamm jea.
Cubaan demi cubaan akhirnya ada kemajuan sedikit...so dapat la hadiah Cap Harley Davidson ( Ori ok! )...Yo, yo..what"s up bro!! hahahahahaha
Selepas penat bertraining2...letih dah,,kemas2kan u, beri ur meal, pujuk2 sikit dan u terus tidooo...Cantikan isteri saya...emmm cm permaisuriii.........Really Love U Sayang..


I akan teruskan usaha2 buat u Dear..Semoga segala usaha2 ini akan membuatkan Allah lebih sayang pada kita...InsyAllah...Semoga Allah memberikan u rahmatNya, berkatNya dan keampunanNya...amin, amin, aminn......

Wednesday 26 September 2012

Permaisuri sayaaa...

 Assalamualaikum permaisuri saya.
Assalamualaikum kepada semua yang kami sayangi.



Ni sedang melayan u sebelum u tido, kena membaca buku untuk u, then borak2 pasal what happen masa rakaman Tv Alhijrah kelmarin, baca2 doa n last sekali kena pujuk2, nyanyi2 sikit  supaya u tido....begitu la tiap hari jadual u sebelum u melelapkan mata....kan macam permaisuri tuu namanya....Dan sebetulnya, awak memang layak menjadi permaisuri saya..





aaa ,, Ini dia Wanita yang di hormati ramai..Prof. Muhaya bersama "Prof." Abil Fikri.. hehehehe. Dua dua ni terror bagi motivasi!! Dont play play!


Di sini pula bersama Penerbit dan pembantunya..Amacam, ada gaya James Bond tak? di kelilingi wanita2 jelita!! ( aa,aa, jgn tanya..dua2 tu dah kawin. )

 Selain dari wanita2 tu semua dari Tv Alhijrah,,yang jantan dua org tu, tetamu menyibuk namanya..sebelah I, adik saya sorang lagi tu sahabat karib saya...
 Semua di atas ni sessi bergambar selepas selesai rancangan....Ai, jantan mana pulak ni? tadi kita berempat jea dalam Soal Wanita...
Ni masa break, ada iklan, masing2  lepak jap, bila camera ready, masing2 duduk secara formal semula...


Agaknya kan Dear, Tv Alhijrah ni memang ambil pekerja yang lawa2 jea...Semuanya cantik2 dan lembut2 pulak tu tapi sayang seribu sejuta dua juta kali sayang,,semua dah kawin!! hehehhehe Cmana pun Dear, u sorang jea di hati dan di jantung I ni tau...I always and will always love you Dear....Actually masa selesai rancangan tu patutnya kita semua di sediakan juadah untuk minum2 dulu but I katakan pada dia org, I tak pernah jauh dari u selama sebegini dan rasa rindu sangat kat u, so I minta diri dulu tak dapat nak join...Cepat2 I balik ke seremban, sampai jea di rumah, terus hug u n baring2 jap ngan u...Rindu pulak rasanya..

So, itu la dia up date untuk tatapan u dear for today...Really, really hope that U akan membaca n menatap setiap n3 dalam warkah yang tinggalkan buat u ni sayang....InsyAllah...InsyAllah...


P/S : sesiapa yg ingin menonton soal wanita, dia permaisuri ku,,boleh ke Youtube.....tqq..

Tuesday 25 September 2012

For u Dear....PT 2.

Assalamualaikum Dear.
Assalamualaikum to all of you...


Setiap kali I up date warkah buat u ni, sememangnya u sedang tido. Pagi ni u tgh tido, I dok usik2 u, walau pun mata u pejam erat tapi u akan tersenyum bila I kiss pipi dan dagu u...Bila tgk u tersenyum bersemangat ler I mulakan tugas harian seperti biasa..Rasanya hari ni u akan bangun lewat sikit kut coz semalam puas I bergurau ngan u selepas I mandikan u, sure u letih giler kan....Pagi ni I bangun, dah terasa rinduuu kat u. Bertambah lawa pulak I tgk u pagi ni......Mesti la lawa kan Dear,,tgk la husband dia...hen..sem!! hahahaha..

Lepas up date ni, I nak keluar untuk mendapatkan bekalan keperluan u dan bekalan air zam zam u tu..Setiap 1 minggu u akan habiskan 2 bekas besar air zam zam buat minuman n susuan u. Kita yg sihat ni pun tak selalu minum air zam zam ni,,hebat betul u, tiap hari minum air zam zam dan Alhamdulillah berkat pada air ni, juga niat meminumnya, sedikit demi sedikit nampak kesan positifnya pada u..kesihatan u pun nampak ada kemajuannya. N for ur info dear, malam ni Persatuan Al Falaq akan mengerjakankan solat hajat buat u dan saya berterima kasih atas sokongan yang di berikan pada isteri saya..tq tq..Juga berterima kasih saya pada jemaah2 haji yg sudi mendoakan isteri saya di sana nanti...Alhamdulillah..

Hope semua usaha  selama ni akan membuahkan hasil terbaik untuk u Dear. Dan baru2 ni u tau kan, I ke studio Tv Alhijrah membincangkan prihal u secara langsung. I masuk Tv dearr..! hehehehe pakai songkok hitam lagi cm ustaz la pulak...InsyAllah sihat nanti u tgk yea coz I ada record. U tau Dear, hampir semua yg ada kat studio tu, wanita, terasa cm James Bond I ni hehehehe dan masa sessi pertama perbincangan tu dia org tunjuk rakaman gambar kita berdua semasa di rumah, yg dok kemas2kan n sayang2 u..tiba2 I perasan di sebalik camera, ada org sedang agih2kan tisu,,rupa2nya semua sedang nangis termasuk la Prof. Muhaya!!..I pun mula rasa sedih la pulak, tu yg part I cita berkenaan dongak ke langit tu bergenang gak airmata James Bond u ni....tapi control, control...ego la kata kan..hehehehe...Alaaa, u guys yg tgk pun nangis jugak!! bukan I tak tau...tak malu, dah besar2 pun nangis.....Memandang masa yg agak terhad so jawapan I beri bila di tanya pun terhad ler..2 pengacara jelita tu pun tak bagi I soalan bocor sebelum ke udara coz dia org nak I jawab secara spontan / natural...Nasib baik ler suami u ni dear berpengalaman sebagai speaker motivasi semalam 11 tahun dulu selain dari menjawat perunding kewangan hahahahha pandai ler sikit membebel depan camera...Hanya ada kesilapan info sikit bila di nyatakan yg u ni mengalami stoke dan angin akhmar, sedangkan u mengalami brain damage akibat dari asma....

Tapi kan Dear, Prof. Muhaya ni memang terror la, bila dia duduk sebelah I jea, I boleh rasakan aura "ke..terror..an" Beliau. Rasa bertuah bila di gandingkan bersama Prof. Muhaya. Prof., sekiranya Prof membaca n3 ini, mohon doakan isteri saya yea Prof. N pada semua krew, juga Tv Alhijrah, saya dan bagi pihak isteri, ingin mengucapkan terima kasih byk2 atas sokongan yg di berikan pada kami berdua di sini..terima kasih...Pada yg meluangkan masa dan mendoakan kesejahteraan isteri saya juga di ucapkan ribuan tq...tooche, tooche..( cakap cina la! ).

Ingat yea dear, I ni bukan mencari publisiti diri I,,tapi apa yg I buat ni semuanya for u syg, I akan buat apa saja usaha yg bersesuaian to bring u back. Only for U, kerana ALLAH. I hanya mengharapkan yg terbaik buat u dan mengharapkan ALLAH memberikan kelulusan atas ujian yg di berikan pada kita ni. InsyAllah Dear, kalau tidak di dunia ni, di sana nanti kita akan bersama semula, lagi best Dear., selama2nya. U tunggu I tau di sana nanti, jangan u merayau2 pulak,,puas lak I nak cari nanti!! hehehehehe.....InsyAllah, InsyAllah...

Dear, petang ni hari urut u tau, kena urut2 badan u, dan..gosok gigi!! part ni yg selalu u kena marah ngan I, malas gosok gigi la u ni..tolongggg la beri kerjasama hari ni. Malam kang kita tgk tv lagi ok...suka la tu coz kena dukung n berkepitt jea...Tapi,,lepas tu kena tido tau, jangan emm emm emm nak dengar I borak. Waktu tido kena tido,,Nanti I dodoikan u yea....macam baby la u Dear....Lepas n3 ni, I akan up date gambar2 tetamu n pihak media sepanjang minggu lepas so u akan kenal n tau siapa yg datang menziarahi u...so Dear, I nak mandi manda n bersiap keluar for ur keperluan nanti, I akan balik secepat mungkin. U tido dulu sambil dengar cd mengaji I pasangkan......( Gee akan tau I tak de bila dgr cd mengaji ).

Ok dear, ok guys,,Prof. Abil Fikri nak mandi ni...kalau ada nak jemput untuk mendengar bebelan motivasi sila buat temujanji dulu aa..hahahahahaha Prof. Abil fikri konon!! hahahahahaha.......


Friday 21 September 2012

Padan Muka I..!

Assalamualaikum Dear..
Assalamualaikum pada semua sahabat dan pembaca...


Sudah bermulanya jemmah2, bakal2 haji bersiap sedia n bertolak ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan kewajiban rukun Islam..Dengan ini, saya bermohon sekiranya ada kelapangan atau teringatkan kami berdua di sini sewaktu tuan/puan di sana, DOAkan la kebaikkan buat kami dan DOAkan isteri saya Fauziah binti Siti Esah moga Allah memberikan keputusan yg terbaik buat beliau...InsyAllah. Saya juga mendoakan semoga segala urusan tuan / puan diberkati Allah jua di permudahkan,,selamat pergi dan balik..aminn..

Ok, back to ur up date Dear..Setelah puas agaknya u emm, emm, emm ngan I, 2 hari berturut2 yang lepas u tido jea, terlalu penat agaknya asyik bergurau. Tido u tu tu macam orang kerja kontrak hehehe..u akan hanya terjaga dalam setengah jam jea pas tu sambung tido, that is good for u, hanya tugas I nak mengemas u ler terbantut sikit. I perlu menunggu u terjaga n I ada setengah jam untuk mengemas u. I dok stand by jea, u terjaga sahaja cepat2 I lap u, urut sikit n tukar pampers, seperti masuk pertandingan melawan masa! Selesai jea, u tido semula.....Tu satu hal la, hal yg keduanya, I lak yg rasa boring giler bila u asyik tidooo jea, kebiasaannya I akan borak2, bergurau2 n dukung u tapi 2 hari lepas memang terasa cm tak de kawan la pulak....Sebelum ni u asyikk nak berkepittt jea I complain, ni u tidooo jea I boring pulak,,padan ngan muka I!!...

But sekarang ni lebih kerap u tersenyum bila di manjakan n u lebih kerap memberi signal bila u kurang selesa..good improvemant, n I rasa ur brain ni dah mula nak berfungsi walaupun very very slow...Agak berpuas hati I. Sekarang pun I kerap mengajar u dengan cara sentuhan, nak explain ngan words payah sikit, nanti la InsyAllah bila u dah sembuh sepenuhnya I akan beritau...Yea la, hidup u ni berdasarkan perasaan coz brain u masih lum berfungsi lagi so akan I didik u dengan menyentuh perasaan u..U faham tak? tak faham?.. ( I pun tak faham!! hahahaha )...InsyAllah satu hari nanti u akan faham...Today is ur mandi day, hope petang nanti u bangun tido boleh la I dukung u kat bilik air n mandi..oo u tak beralaskan bantal lagi bila duduk mandi, I dah belikan tempat duduk u yang lebih selesa n kalis air waktu mandi nanti, memang lembut giler sure u suka sangat...I will do anything, anything untuk buat u selesa..Then esok hari Sabtu I akan ke KL yea for rancangan Soal Wanita di Tv Alhijrah jam 8.35 mlm. Mak mertua kesayangan u n Mak Uda akan menjaga u sementara I tak de..Berat gak hati I nak tinggalkan u walaupun untuk beberapa jam but hajat org sometimes I perlu tunaikan. Jasa org perlu I hargai..U jangan nakal2 bila I tak de pulak tau. Kejap jea, I pergi n cepat2 I akan balik, ok Dear...

For ur info Dear, sabtu ni juga kisah kita akan ke udara di Akhbar Berita Harian dan juga akan menjadi Iklan untuk Pusat Zakat Negeri Sembilan rasanya. 2 hari lepas wartawan akhbar datang interview I n semalam Pusat Zakat datang buat pengambaran untuk iklan mereka nanti, InsyAllah..Semua ni rezeki Allah kirimkan buat kita, Alhamdulullah. Terima Kasih juga pada semua pihak media yg banyak membantu kami, terima kasih..

Dear, I ingatkan sekali lagi dan akan terus mengingatkan U, bila u sedar nanti, tolong ucapakn jutaan terima kasih pada semuaaa pembaca, pada pihak media, pada pihak yg membantu, coz selain dari bantuan yg di berikan, DOA mereka selalu untuk u..Ingat pesanan I ni sayang...

Dan sekali lagi, saya Abil Fikri suami kepada isteri kesayangan saya, Fauziah binti Siti Esah, bermohon pada jemaah2 haji kita agar dapat la sekiranya menDOAkan kebaikkan kami di sini, terutamanya untuk kesejahteraan isteri saya..Saya dahului dengan ucapan terima kasih, terima kasih dan terima kasih.....Pada yg belum dapat ke sana tu, doakan kami juga yea..........dan jangan lupa..." Saksikan Soal Wanita esok jam 8.35 malam hanya di Tv Alhijrah, Segalanya bermula di sini.".....hahahahaha amacam, ada gaya jadi tukang Iklan tak? hahahahahaha....Apa kata u guys beritau I, pakaian cmana yg perlu I pakai esok ni..kalau ikut I, I pakai seluar tido ngan singlet jea ahhahahahaha.....Bukan apa, I ni rabun warna dan selalunya Gee yg siapkan pakaian I ataupun tu, adik bungsu I yg aturkan pakaian I ni..di sebabkan dia pun tak de coz g out station bekerja jadi u guys la tolongkan...Kalau tak sesuai pakaian I esok!!,,I ngadu ngan Gee, U guys tak tolong I!! emmm...padan muka...

Oppss..Gee dah terjaga tu kena kemas dia ni..ok guys, nanti I up date lagi ok.........yeaa sayanggg, I datang nii...I datang, I datang...................bye Guyss....

Sunday 16 September 2012

No, No, No, No..

Salam dear n Salam pada semua..


Tuu,,Gee baru nak tido!! Pukul 3.30ptg baru nak tido! Dari semalam nak berkepittttt jea kerja dia, nak dukung la, nak dengar I borak la...Nak di layannn jea non stop..U guys larat tak nak buat cm ni kalau ur pasangan nak di layan cm ni sepanjang waktu dan saat,,boleh?? I ni  "Man Of Power" dah rasa nak tergolek dah, di buli dek Gee ni..

Gambar kat atas tu,, semalam dukung u dok depan tv, menonton sama2..U diammm jea, faham ke tidak tonton tv tu, I tak tau, yang penting bagi u, I ada di samping sepanjang masa..sepanjang masa!! ...Hoi! Fauziah, orang lain pun kena tido la, nak rehat juga...Nanti kalau I jatuh sakit tak cukup rehat sapa nak jaga u semanja ni?? Tido la dear, esok siang kita jalan2 kat rumah lagi yea,,Cm tu la dok pujuk2 u suruh tido sambil tonton tv semalam...Masih juga tak tido sampai la pukul 4 pagi..At last I buat tak tau jea, I g tido bilik sebelah,,biar pun u dok panggil2 emm emm emm, I terpaksa buat tak tau gak,,sekiranya I ikut kehendak u, confirm2 u tak tido,,bila u tak cukup tido confirm2 pulak u akan demam lagi n lagi...Demam, lagi payah la u nak tido, pas tu kena bagi ubat lagi...ambil ubat banyak2 pun tak berapa elok for u ni..So hope u understand, kenapa ada masa I tak layan u. I want u to have good rest dear..emm.


Sekarang ni baru la u tido, nasib baik I dah kemaskan u,,but malam nanti pun kena tido tau..Baru la I dapat buat kerja2 rumah. 4 hari tak dapat sapu rumah n basuh baju. Selapas ni kena tegas sikit ngan u ni, kena buat jadual dah kalau tidak jadual kerja2 lain tertangguh..Kena garang sikit ngan u..Hepp! babab kang!

Gee dengan I dulu pun suka sangat nak berkepitt jea bila dia tak de kerja..Kadang2 I tanya Gee,," U tak bosan ke nak berkepittt jea?" Gee tanya I " awak bosan ke?" Ai, kita tanya dia, dia tanya kita balik...Tu pasal la Gee selalu kena geget punggung ..!..Isteri ni sifat dia memang begitu,,bila suami bertanyakan sesuatu dan mengharapkan jawapan, yg si isteri ni akan pusing balik pertanyaan suami n isteri pulak yg bertanya..Terutama pertanyaan yg melibatkan perasaan atau kasih sayang..( aa, jgn tak ngaku yg isteri2 ni )..I bagi contoh soalan dari suami pada isteri..." Ayang, lama dah kita kahwin, awak masih sayang saya tak, cm mula2 cinta dulu?"....Isteri : " Kenapa tanya macam tu bang? Abg rasa kurang dah yea sayang Ayang ni?"..Nampak tak, cmana isteri beri jawapannya tu,,dengan bertanya balik! hahahaha hallo,hallo para isteri sekelian,,ngaku jea la..Kalau kata saya ni salah, u all tanya la para suami masing2 betul tak..hahahhaha ada yg tak ngaku tu,,eeee tak maluu, tak ngaku,,eee yek yek....aghhhhhhh tuiiiii!!! hahahahha ( kebiasaannya, tak semua )

Ngan Gee selalu I kata, bila I bertanya, u jgn sesekali pusing pertanyaan I n u pulak yg bertanya,,Dear u mesti make things easy. Bila I tanya, u jawap soalan tu, bila u tanya I pulak yg terus menjawab,,senangkan. Jimat soalan, jimat masa dalam setiap soalan. So selepas ni, para suami, sebelum bertanya, cakap ngan isteri tu, "Saya nak tanya ni, awak jawab jea tau. Kalau awak tanya soalan saya tanpa jawapan, saya tak kan tanya lagi, ok"....Then baru kita suami2 ni bertanya..Terutamanya, saya ulangi, terutamanya bab soalan berkaitan perasaan or kasih sayang tadi..Walau macamana pun isteri kita ni memang begitu kejadiannya, kita ni suami la yg patut bentuk isteri kita. Yang isteri ni pulak, bantu la suami kita tu dalam proses membentuk u all pada yang lebih dan lebih baik lagi,,,Ingat pasangan kita hanya 80% jea, so lagi 20% tu biar la kita bentuk pelahan2..( ingat tak n3 80% - 20% sebelum ni )....Dan selalu ingat, I ni bukan mengajar,,kita ulangkaji sama2...

Dear, lepas ni kalau lewat malam u dok emm emm emm I lagi, I will say no, no, no,no...I takkan layan, hanya I akan pujuk2 u supaya tido, ok, Really hope u understand. Waktu borak, kita borak, I akan dukung u ke hulu ke hilir, tgk tv,etc etc...but tiba waktu tido kena tido, yea dear..Degil jugak nantiii,,I babab!! 

Oooo ada org bagi salam..jap yea..........................................Ada tetamu ni,,so dear nanti I up date lagi, Tak pe dear let me layan tetamu2 ni, u tido dulu..N guys, see u all up date akan datang...aa,aa,!jangan tak ngaku wife2 kita ni hehehehehe...........


Friday 14 September 2012

"Hallo, dah makan telur?"

Sayanggggg....Assalamualaikumm..
Assalamualaikum U guys..


Makin hari bertambah manja rupanya u ni, semenjak raya nampak ada perubahan yg positif walaupun very very slow.....Yea la, sakit ni datang macam ribut, bila nak pergi macam semut, Tu perumpamaan org tua2 kita kan..Tapi masih ada in between tu graf kesihatan u tu menurun but kurang ler sekarang ni...Namun begitu, manja u yg tak tahan nak layan dear,,,oii sekarang ni tak boleh la I hilang kejap dari bilik u, sure u dok panggillll jea...sometime sometime I buat tak tau jea coz I ada kerja rumah lain nak buat dear n perlu keluar jap beli makan n keperluan u everyday....Dear,,dear...

That day pagi, I dok urut2 ur whole body pakai Habautus Sauda, then petang I dukung u ke bilik air, guting rambut u yg cepat panjang sekarang ni pas tu mandikan u....makin cantik kulit u,, u pun makin cantik pada pandangan mata I ni...fuyoo macam putri Sentubung@ mayang di umbuk!!...masa urut, gunting rambut n mandikan u, I pun dok bercerita pasal kita masa cinta cinta pas nikah dulu..u pun dok diamm jea mendengar walau pun muka tu nampak blurr jea bila I membebel bercerita...bercerita kejap pas tu I nyanyi, then sambung cerita,,cm tu la I layan u sampai selesai semua kerja2 tu,,lagu "Lelaki Ini"..u suka la dengar I nyanyi kan....Ingat tak dear,,waktu u tgh bekerja dulu, kejap2 I akan call u, kejap2 I call..tak de apa pun, hanya suka mengusik u jea..kadang2 tu sampai u rimas, baru la I stop call u.....for that day jea,,esok buat lagi, sampai semua staf yg bekerja ngan u dah faham dah, asalkan fon u berbunyi tak lain tak bukan mesti Man Of Power u ni yg call,!heheehe

Dengan suara buat2 sengau i " Hallooo,,dah makan telurrr" u pun jwb ngan suara yg sama.." Lum lagiii, sebab masih rasa kenyang dari malam semalam" ( telur dadar! ) " okeyy pye pye " I kata ...U kata " jgn lambat jemputt petang nantiii".....Selang sejam I cal lagi.." Halooo, ni pn Fauziah ke, isteri kemanjaan saya?" U jwb..." Oh! ni suami saya yg selalu ganggu saya waktu kerja yea?..I : " Ok, pye pye cayang,,jgn lupa dongak ke langitt" U: "Dah naik lenguh tengkuk asyik pandang langit bila ingatkan u,,ccc uuu"....Macam tu la setiap hari kita ni, dok call jea..biar pun masing2 sibuk ngan kerja masih gak kita akan call n usik mengusik....Seronok I beristeri kan u..Kadang2 pulak,, waktu nak tido pun kita ber sms, pada hal baring sebelah menyebelah jea tu. Selagi kita berdua tak lelap selagi tu la kita sms atau berborak2 sampai salah sorang terlelap...Pernah u tanya I satu soalan ni.."Katakan la 1 hari kita bergaduh besar, awak lempang saya tak?"..Dengan selamba I jwb " Bukan setakat lempang jea,,tumbuk, pijak rusuk u 16 kali, tendang cm bola n last sekali bakar u!!" hahahahaha I gelak...u siku perut I dan nak I jawab betul2....Dear, mana la I tau I lempang ke tidak..harap2 I tak la sampai cm tu zalim pada isteri I ni,,jwb I..U diammm jea...Then I pun kata lagi,,InsyAllah, tak kan I buat cm tu,,malahan pukul di muka ni adalah larangan keras Allah..aa mula la I ceramah kat u...Pukul di muka haram hukumnya ( Fatwa jumhur Ulama )...coz di muka la terletaknya pancaraindera kita, di muka la letak kecantikkan kita Allah cipta dan kulit di muka ni yg halus...Kalau kita memukul muka pastinya mencari kemurkaan Allah,,,I tak berani nak buat cm tu....Agaknya subjek ni memikat hati u, dari posisi baring terlentang u, u mula menukar posisi mengereng mengadap I, ( ada yg tersenyum bila kata tukar posisi ni, kenapa1?? ).. nak dgr lagi keterangan I ni....

U guys pun dengar ni,,(,U guys tak payah la baring mengereng adap I, duduk jea n baca n3 ni,,) aduhhh...Katakan la kita dah pukul muka tak kira la sapa2, then berlakunya kecederaan pada yg kena pukul..Walaupun selepas tu kita minta maaf dan org kena pukul maafkan kita, ianya masih belum settle lagi pada pandangan Allah. Contohnya patah sebatang gigi kawan tu, kita ni wajib bayar pada kena pukul, seekor unta!! Tu denda pada hukum syarak..Kat Msia ni tak yah la bagi unta, mana nak cari,,yg kat Zoo tu jangan ambik!!...bayar jea harga seekor unta.( pendapat sesetengah ulama ). Tu kalau sebatang gigi!! kalau koyak muka? buta? pekak?...amacam,,ada duit nak bayar,? kat akhirat nak jawab apa pada Tuhan? Nanti Tuhan tanya, " Kenapa pukul muka,? Kan AKU dah larang!" Apa u guys nak jawab?....Kalau yg tukang tanya tu nenek ipar kita, boleh la kita kelentong2 jawab....ni ALLAH sendiri yg tanya!!....Ingat yea, cmana marah kita ni, JANGAN pukul muka sesiapa,,tidak boleh....Tetapi ada pendapat Ulama mengatakan memadai kita berbuat baik selepas itu pada yg kena pukul...( rujuk la pada mana2 ustaz )..

Bila puas I ceramah bab tu kat u, bila I toleh tgk u....rupa2nya dah lelappp u ni..Itu tandanya u yakin yg I tak kan mengasari u...tersenyum I bila menatap wajah isteri saya yang sedang tidur waktu tu...sehingga kini pun I akan tersenyum setiap kali I memandang wajah u bila u dah tidur...kadang2 I senyum sambil menitiskan airmata....Tak pe yg sayang,,sabar yea ngan ujian ni..InsyAllah, InsyAllah, Tuhan mengembalikan kita kasih sayang semula suatu hari nanti...InsyAllah...

Pada suami2 di luar sana termasuk la saya ni..Tolong la hargai isteri kita. Jangan la kasar atau memukul isteri2 kita ni..Cukup la kita baca di akhbar, tgk kat tv tu berkaitan hal2 sebegini..CUKUP!! Mengasari isteri ni sebenarnya boleh menghilangkan KELAKIAN kita,,hilang jantan nya..( oi! bukan anu nya, sifat jantannya!!...aduhhh u guys nii )..Please,,stop abusing.....Dear, cukup sampai di sini dulu yea for today. Bila berkesempatan I up date lagi ok dear..

Perut pun dah lapar, tak tau apa nak makan ni......Oh ya!! Mc D buka lagi so boleh order 2 beef lagi!!! yahooo...ok guys wa mau cau dulu, lu org pandai2 la baca n3 wa ni...ok bro, ok sis, ok Dear....cau cincau campur soya bean!...

Wednesday 12 September 2012

For u dear..

Assalammualaikum.. isteri, teman hidup, sahabat, buah hati, tempat bermanja ku...Fauziah bt. Muhamad.
Assalammualikum pada semuaaaaaa semua smua pengunjung blog, warkah isteri saya ni...

Lelaki  ini  yang  selalu  mennyintaaaii  muu....( nyanyi ramai2.....oii nyanyi la!! ).......berkilat kepala la pulakk...aduhh...namun begitu tetap HEN>>>SEM!

Malam ni baru la dapat nak berehat awal I ni dear..Tu yg ambil peluang up date blog untuk u pulak..2 hari lepas u demam lagi sebab 2 hari sebelum tu u tak nak tido. U asyik nak dengar I berborak ngan u jea dari subuh sampai la ke subuh!! Pujuk2 suruh tido pun tak jalan gak, emm apa lagi, u ni kalau tak cukup tido confirm2 akan demam. I ni kan doctor u, I tahu la... Today demam u dah ok dah, u pun dah tido awal tonite,,that"s good dear...So esok pagi u bangun I akan urut seluruh badan u pakai minyak Habautus Sauda..Biar badan u rasa fresh2, rasa sihat. Tak nak nanti u sengal2 badan n sendi2...Ok tak, suka?... Abil Fikri ni yg urut sapa yg tak suka kan!! hahahaha aaa ada yg nak urut? mari, mari abg boleh urut2kan..tapi wanita sahaja laa hahahahahha....jgn marah aaa gurau2 jea...I hanya urut u and my mom jea la dear,,,

Dear, minggu ni actually kita berdua ni dok sibuk shooting2 tau..Semalam n today dok shooting for TV9 dan TV ALHIJRAH....oh yea wawancara pulak ngan Majalah Harmoni, artikal untuk pusat zakat n majalah,,majalah..emmm alaa lupa la pulak. Semenjak kepala ni dah berkilat dok lupa jea..aduhhh...ada la majalah tu nanti I ingatkan balik yea syg....Tapi semestinya BUKAN majalah Playboy atau yg sewaktu dengan nya,,dont worry dear, dont worry...TV9 ni akan ke udara dalam masa terdekat ni kut coz penerbit belum beritau I lagi waktu siarannya..yang TV ALHIJRAH secara live I akan ke sana pada 22 sept ni jam 8.35 malam.....U tunggu kat rumah tau sekejap ngan mak mertua u and mak uda. ( Mak Uda I ni, x staff nurse ). I g sekejap jea ke studio ALHIJRAH, by 11pm I balik ok.....Akbar2 Sinar yg dok cita pasal kita pun I dah simpan keratan nya dalam bilik kita ni yea....Macam2 cita la kita ni kan...Alhamdulillah kan dear..Tengok, Allah nak bantu kita ni, berbagai bentuk caraNya. Alhamdulillah, Alhamdulillah dan juga Sealawat ke atas Nabi kita, keluarga dan para sahabat.....

Jangan u fikir yang bukan2 tau dear. I bukan mencari publisiti atau nak promote diri I ni sebagai suami Mithali,,bukan, bukan...Rezeki yg Allah beri ni  dan segala usaha ni coz of u dear, bukan untuk I..Lagipun I ni hanya suami yg biasa2 jea, tak de mithali nya mahu pun hebatnya..I just nak jaga u n berusaha mencari penawarnya untuk u dear..Ungkapan, "semua penyakit pasti ada ubatnya". Memang I yakin. Persoalannya,, mana satu ubat untuk u ni??......Tahu? mana satu ubatnya?!............Sebenarnya, ubat u ni ada di dalam AL QURAN ni rupanya, dan mesti di sertakan dengan doa2 yang mustajab. Sssoooo, yang Al Quran tu ( Syifa" ) I yang selalu menguruskan,,yang bab untuk doa yg mustajab ni pulak perlu banyak...Then baru la I nampak kenapa Allah membuka hati I untuk mencipta blog ni selain dari warkah untuk u nanti ( InsyAllah ), di sini la datangnya doa2 yg banyak....Doa2 dari keseluruhan pembaca2 dari serata dunia, baik dari blog ni, dari FB, dari akhbar, penonton2 TV3, TV9( insyAllah,) TV Alhijrah (insyAllah).......Dan InsyAllah berkat doa mereka2 ni la datangnya penawar untuk u, datangnya keputusan Allah yg terbaik buat u n I ni...IsyAllah dear, InsyAllah...Anggaran pembaca2 warkah ni pun dah mencecah lebih satu juta orang dear,,u ada 1 juta doa...mana la tau ada di antara doa2 yang pembaca2 ni hulurkan secara sangat2 ikhlas dan juga di iringi airmata memohon pada Tuhan,, Allah makbulkan....Ni la antara tujuan2 usaha yang sedang I jalankan for u dear, for u...Of course, di samping tu juga I memang sedang mengumpul dana untuk perubatan dan keperluan u juga,,,Dengan rasa rendah diri, saya ABIL FIKRI mengucapkan terima kasih dan terima kasih pada u guys semua yg menghulurkan doa, sokongan n sumbangan buat kami berdua di sini....Terima kasih. Moga Allah membalas baik jasa u guys n family dan moga Allah memberikan kesihatan yg baik sehingga ke akhir hayat pada kita semua..amin,amin,amin Ya Allah...

Sygg,, u isteri I, sememangnya itu la usaha2 I yg mampu..Sekiranya nanti ada kesempatan u membaca blog u ni atau akhbar2 yg I dah simpankan tu dan u akan tgk ada juga cemuhan yg I terima dari segelintir pembaca,,Ingat, JANGAN sesekali u marah atau terasa pedih hati tau,,jangan... Mungkin dia org kurang faham sedikit keadaan I ni yea. Mungkin masa dia org komen tu, dia org ada masalah ke, atau apa saja dia org rasa,,u jangan marah..I nak u maafkan sekiranya u rasa mereka yg bersalah, dan I nak u doakan mereka yg baik2 sahaja yea...INGAT! tu pesan I..Walaupun komen tu menyakitkan hati namun Allah tetap sayangkan dia org,,so siapa kita nak marah2kan mereka...Dia org tu tak sengaja...yea dear.. Kalau u nak marah, u pandang la I ni, bagi la I muka sikit,,I tak marah pun malah mereka tetap I doakan kebaikan dalam tiap solat..Kita yg memilih sifat baik mana yg perlu kita gunakan. ( ingat tak pesan I dalam n3 yg lepas2 ).

Buat masa sekarg I nak tumpukan pada penjagaan u dear, soal rezeki jangan risau,,Allah ada, YAKIN la, kita yg sedang menjalankan ujianNYa, sudah pasti la Allah bantu kan..yakin dan yakin..Tgk tu,, u dah jadi famous amos serata dunia,,ramai yg kenal u, ramai yg jadi teman2 baru u nanti..I ni dok tumpang jea hehehehehe jadi la kan....bagi siapa2 yg nak menumpang boleh ler kita meriahkan tumpang tumpangan,,best ooooo hahahaha....Actually up date kali ni, I pun tak tau apa yg I merepek kan ni, main up date jea..U guys ok ke ngan up date blog I kali ni?? Kalau agak2 boring, I am sorry ok....yea la sometime sometime I ok, sometime2 I aaaa I..emm I ok alsooo....u guys no happy u go there sleep2. Me also after this go Mc Donald ask burger 2 beef..not 2 cows laa...2 beef, ( double cheese burger ) yes that the name...oh my english! so hornyyy ehh silap silap aaaa so harmoni...hehehehehe

ok la guys tomorrow tomorrow I taip again in my blog this....see u soon.. and a bit later later... I love my wife...I love u guys....French Kiss everybody....Nite nite.


P/S : oopss..lupa pulak, komen2 dalam n3 emm emm emm akan saya balas, hanya mohon sedikit masa yea..tak sempat 2 hari yg lepas agak sibuk n agak letih sikit..maafkan saya yea.....

Saturday 8 September 2012

Emm, Emm, Emm...

Assalamualaikum dear and u guys...

Emm emm emm lagi syg I ni..dan lagi, dan lagi emm emm emm..Tergolek I ni dah, u dear memang tak nak lepaskan I dari hari tu...U asyik nak berkepitttt dan nak I borak tak henti2 ngan u, pagi, petang, siang malam.....and subuh!!!.....Tolonggggggg....help me, help me..Oh my english..!! I no talk u, u go there n sleep sleep, no disturb meee...oooooo my english againn!!!...



Tu nampak gambar di atas tu,,cm tu la sekarang ni u nak I layan u..sentiasa n seluruh waktu..I akan pangku u tiap kali u bgn tido n then tiap petang terutama sebelum I g jogging kat padang berdekatan rumah. Time ni memang I akan borak2 ngan u berkaitan perkara semasa, pasal kisah2 cinta dolu dolu, pasal kesihatan u..sikit2 pasal prono!! hehehehehe..cita sikit then cium pipi u, cita sikit cium pipi u,,tu latihan supaya u tersenyum n ianya berhasil..tiap kali i kiss u, u akan tersenyum sikit. Walaupun sikit n sekejap jea senyuman u, pada I itu satu kejayaan yg besar dalam usaha untuk mendapatkan u kembali ke pangkuan I dalam keadaan sihat..Sekiranya u berkesempatan u melihat nanti keadaan fizikal u seperti gambar di atas, sudah pasti u sendiri tidak akan percaya that is u..Bayangkan dulu berat badan dlm 78kg, but now is about 30kg!..kurus sangat u dear, raut wajah u pun dah berlainan dari wajah asal u..tulang belulang u pun dah nampak jelas bila I duduk kan u...sendi2 u membengkok, biarpun I selalu melakukan urutan serta fisio. Sendi2 u akan lurus sekejap but secara perlahan2 ianya pula akan membengkok semula....Itu la keadaan fizikal u buat masa sekarg ni.

Setiap tetamu yg datang baik wanita atau lelaki pasti akan menitis airmatanya bila melihat fizikal akibat brain damage u tetapi pada waktu yg sama mereka pasti memuji kecantikkan u, kehalusan kulit u dan kebersihan u..ehem,ehem..tgk ler siapa jaga ehem ehem...( oi!! puji la sikit! dah ehem,ehem byk kali nii!! )..Tadi tengahari Kakcik n family dtg melawat kita...alaaa kakcik,,kakcik,,kakcikseroja.blogspot tuuu..Kira kakak blog kita tu dear, banyak memberi sokongan pada me n u dear..Tadi dok excited borak n sesi bergambar, I lupa pakai camera kita, semua tu dok guna camera kakcik..nanti I akan celok gambar kita dari blog kakcik hehehehehe...sapa2 yg nak usik2 kita dear, kita leh ngadu kat kakcik, emmm....oooooooii kakcik ni ada silat gayung! campur sikit ngan Tomoi siam tuuu...ooooiiii jgn main2 oo!! Nak jadi bodyguard kena ambil lesen ngan kakcik ni dulu..Relax kakcik, relax..saya ni dok promote kakcik laa hehehehe

So dear, jadual bersama u kini lebih intim lagi. Tak boleh la I keluar dari bilik u kejap, tentu2 yg akan berbunyi EMM, EMM, EMM...memanggil I la tu..kadang2 I terpaksa buat tak tau jea coz I nak kemas rumah, nak basuh baju etc etc nak keluar beli makan n keperluan u lagi. Syg u jangan marah yea bila I tak dapat layan u in certain time..hope u boleh faham yea. U pun need to sleep bila dah lewat malam, tak boleh asyik nak dgr I borak jea nanti u tak cukup tido u akan mengamuk n keras2kan badan pas tu tentu2 u akan berkahak again n again. Malam ni u tido awal yea sayang. Kang I pujuk2 u, u tido tau, okey dear...Eventhough keadaan fizikal u tu amat ketara perubahannya NAMUN ianya tidak dapat merubah / mengurangkan cinta, kasih sayang, kesabaran, ketabahan,,I terhadap u. Saban hari yg berlalu, makin bertambah semua naluri2 tersebut..Sebabnya.....u adalah ISTERI pada seorang suami yg bernama Abil Fikri..( I ler tu.! ) Dari mulanya akad nikah kita sehingga la sekarang ni I tetap memeluk u sebagai seorang ISTERI.. Bertuah saya apabila Allah menjodohkan saya dengan U dear,,Alhamdulillah..Semoga Allah memberikan keputusan yg terbaik buat kita berdua..aminn.....Adakah u rasa gembira / bertuah bersuamikan I ni, dear..?

Tuan2 dan Puan2 sekelian,,dengar la kata2 saya ini.......Puas sudah saya menceritakan prihal kami berdua buat hari ini,,sekali lagi jam di dinding menunjukkan pukul 7.30 pm adalah lebih baik saya pit stop dahulu untuk solat Magrib..Saya akan ke udara semula pada esok hari untuk membuat pengumuman info yg terkini....So syg dear, intan payung, putri sentubung@ umbuk mayang di umbuk saya ni, esok I up date lagi yeaa..tunggu tauu, jangan main skiping2 tau...n u guys, manja2 n baby2,,jumpa esok.....INSYALLAH.

Thursday 6 September 2012

Manjaa nyaa...

Salamm sygg...
Salam u guyss..

Jam kat dinding tu baru pukul 9.05pm, u dah tido dengan nyenyaknya. Awal sungguh malam ni u tido, elok la tu tapi pampers u lum tukar lagi ni, kang kalau usik u, tak elok pulak, mengamuk u nanti...cmana..Tak pe la, esok pagi la I tukarkan yea dear. Lagi pun kualiti pampers yg I gunakan for u tu memang elok, cmana lembab pun pampers tu namun kulit u tak basah...so dont worry, u tido la dulu.

Sejak 3 hari kebelakangan ni dear, u nak I sentiasa dekat ngan u n u nak dengar I membebel jea. Bila I tak de dlm bilik u, u akan berbunyi emm emm emm, cm memanggil I. Semalam sehari suntuk u panggil I sampai subuh!! Aiyaa amoi, saya pun sudah mau titun, lagi u mau saya borak2 sama u aa..Sampai subuh I dok melayan u borak, asalkan I terlelap, u tak dengar suara I walaupun I dok baring sebelah u jea, u akan emm emm emm...tersenguk2 I u buat...Macam2 cita I borakkan, raut wajah u dear macam serious mendengar..Sebelum ni memang la I dok borak2 n teman u cm biasa, hanya 3 hari kebelakangan ni jea agak berlainan sikit, u nak I sentiasa sebelah u jea n u nak dengar suara I..Kalau cm ni terus, bila masa I nak buat kerja2 lain. So semalaman u tak tido, tu yg tonite u tido awal...legaa I rasa, I leh tido awal gak lepas bagi susu u at 12 nanti...Dear, u tido sampai esok tau, jangan I dah lelap kang u emm emm emm!! aduhhh..

Cm tu la perubahan u dari masa ke semasa, ada kala perubahan yg positif n ada kalanya negatif...up n down graf kesihatan u sekarang ni..Apa pun dear, I selalu mohon pada Allah yg terbaik...Ohh! then lagi satu ni, sekarang ni pulak I selalu dukung u bawa jalan2 sekitar dalm rumah, bawa g ruang tv, ruang tetamu, dapur n depan umah, pas tu kita lepak kat sofa n borak2 jap dlm 10-15 minit. Bila I tgk u cm dah mula letih, i baringkan u semula kat katil u..At least tak la u boring dok baring n terperap dlm bilik jea kan..Agaknya sebab I ni dah manjakan u sangat, tu yg jadi emm emm emm tu yeaa,,dear,dear..Whatever it is, u isteri I kan, mesti la manja2kan, terutama u sakit ni lagi la I manjakan u.. Eh dear, I"m not complaining tau just nak cita jea kat u.

Wanita yg dah bergelar isteri ni memang begitu, asyik nak di manjakan jea dek suami terutama bila keletihan. Tu yang kadang2 dok membebelll tak tentu pasal jea kalau tak dapat ubat manja! hahahaha yang si lelaki yg dah bergelar suami pulak, tak kira la misai dia melenting ke, nampak garang cm rimau ke,, akan menjadi macam baby,  nak shu shu, nak shu shu  dengan isteri ( hepp! sapa yg otak kuning tu,! perangai tu cm baby laa )..cuba perhatikan betul tak kata saya ni. Tak semua la tetapi kebiasaannya..Kena pulak bila umur dah meningkat 40 tahun ke atas, lagi bertambah nak di manjakan dan lebih nak di baby kan...( alaa nak malu2 pulak mengaku,, ahhh tuii!! ). Sekiranya pasangan  faham situasi sebegini, tu yang sampai ke tua kita leh nampak mereka berpimpinan tangan melintas jalan. Pernah tgk tak pasangan tua buat cm tu? Seronok kita tgk kan..Romentik... oppps, yg lum kawin no pegang2 aa!!..Maka oleh tu, pandai2 la manjakan isteri n pandai2 la baby kan suami...Buat!! jangan dok bacaaa jea n3 ni..! ( bukan marah,, nasihat. )

Back to ur story dear..Esok hari mandi u n sekali lagi I akan dukung u ke bilik air, di mana berat u I anggar kan dlm 30kg jea dah ni so agak senang ler I angkat u dan kita akan mandi bersama lagiii, sabun menyabun, syampu rambut, gosok gigi...oh no! gosok gigi! sekarg ni pulak u malas nak gosok gigi, bila nak gosok u tutup mulut tak pun silap2 u gigit jari I! Malas eh, babab nanti!! jap u buka mulut, jap u tutup. Memang ambil masa sikit tang gosok gigi ni, Degil sungguh...Esok confirm kita akan bergaduh bila gosok gigi, haiiyaa..I kecik2 dulu pun tak degil cm u..hahahaha. N I kena nyanyi dah sekarg ni bila mandikan u, tak nanti u tak dok diam. U tak emm emm emm, u akan aa,aa,aa..! ( siapa yg lum faham aa,aa,aa tu sila rujuk pada n3 aa,aa,aa ) Macam2 la u ni dear oii..Nasib baik ler suami u ni masih boleh bersabar n masih tersenyum melayan kerenah u ni..Bak kata I, u isteri saya kan..semua kerenah u tu I pandang sebagai penghibur hati I walaupun hati ni ada masanya terlalu hiba melihat u berkeadaan begini....I tetap sayang kan u, I tetap rindukan u...

Jam di dinding dah 12.30 sudah tiba masanya untuk shu shuuu...( tadi pertengahan n3 stop jap, dinner ) lepas tu I nak tidoo. Semalam tak cukup tido I u buat so malam ni nak berdengkur ngan air liur!! Kalau isteri di katakan sedap makanan coz air tangannya kan,,aa si suami ngan air liur waktu tidonya, hahahaha..sapa nak? boleh I simpankan nanti buat "tangkal", sapa nak? jangan la ramai2, tak cukup kang, sorang dua jea boleh la..hahahahaha..ok dah, dah, stop di sini dulu. Esok2 I up date lagi yea....gnite manja2 n baby2 semuaaa.....nak shu shu, nak shu shu....hehehehehehehhe..


Sunday 2 September 2012

Penggumuman, penggumuman..!

Assalammualaikum Fauziah bt. Muhamad, isteri kesayangan sayaa...
Assalammualaikum kepada semua sahabat blog ini...Me n Gee love u guysss....


Tadi baru jea selesai melayan tetamu bertandang raya n menziarah u dear,,Sheikh  Nordin n family yang datang tadi, beliau ni antara sahabat2 karib I, lama tak berjumpa. Maklum lah I tak ke mana2 menjaga u, Sheikh Nordin sibuk ngan jadual2nya mengajar n ceramah..U kan kenal coz pernah beberapa kali dulu I bawa berjumpa beliau di Keramat..Ingat tak dear?..Nak tunjuk gambar tak sempat nak ambil n terlupa sebab tadi bukan main rancak both of us berbual2. Termasuk subjek berkaitan u gak kita bincangkan tadi..Lama tak jumpa seronok ler borak2...

Sebenarnya n3 kali ni hanya nak beritau u all pasal hari Isnin ( 3/09/2012 ) ni me n Gee akan ke udara di MHI TV3 antara jam 7-9 pagi..Tak de la maksud kami berdua ni nak promote diri, just to beri info saja bagi u all yg ada masa atau kelapangan nak melihat Gee di kaca tv nanti..Sekurang2nya pada yang jauh dan pada yg selalu mendoakan Gee boleh tgk dia secara dekat lagi kan..Harap2 bertambah ramai la nanti mendoakan yang terbaik buat isteri saya ni yea..Tu jea la nak bagi tau...emmm,, tak ada lagi dah nak cakap..n3 paling ringkas yg pernah I buat, n3 ni la..

So nanti luang2kan masa sedikit menonton kami isnin ni yea...Gnite n sweet dreams from me n Gee...

I bersama en. Helmi, pengacara MHI nanti, juga bakal pembaca berita Bulitan Utama pada 17 sept dan abang camera man kita..

Followers