Saturday, 1 April 2017

ISTERI yg menerima..

Assalammualaikum U guys
Assalammualaiki Ya Fauziah..Kasih Hati Hamba.

Tengahari Sabtu suatu tika dulu me n arwah Gee nak Kuar lunch n jalan2..saya dah bersiap dan panaskan enjin keta..Si Gee ni tak siap2 lagi, dok mekap2 lagi..biasa la pompuan kann, time nak kuar tu la dia lewat sikit..aduhhhh..Why aa???

Saya masuk bilik jenguk Gee, masih lagi mekap2 betul2 tudung bagai..saya pun terus duduk mencangkung sandar dinding n letak dua2 tgn kat pipi tgk Isteri kerinduan saya tu bersiap..

"Jap eh darlinggg" sambil senyum Gee kenyit mata.
" Cuba tgk bawah ketiak saya ni, dah bersawang dah dok tunggu awak ni."..gurau saya.

"Nak mekap cantik2 ni untuk awak la darling. Nanti cantik, org cakap cantikkk bini si Abil tu, awak gak dpt nama.." pandai menjawab bini aku ni..(Pompuan ni bab jawab menjawab bagi kat dia!)..pas 15, 20 minit siap dah Gee..

Dalam keta Gee tanya.."Awak marah ke tunggu saya siap tadi?"
Senyum saya "Dok belajar bersabar tadi tu. Kalau ilang sabar, saya terajang jea awak!!"..

"Tak baik..mana boleh tendang Isteri nanti masuk surat khabar baru tau!"

" Nak marah awak tadi tu buat apa. Awak kan nak cantik2 untuk saya saya suka laa. Tadi tu saja jea nak tgk cmana awak pakai lipstick, bedak muka bagai, kita lelaki mana tau." then sambung saya lagi..

"Saya nak marah awak pun payah gak." lum habis ckp Gee tanya.."Kenapa payah??"

"Hanya awak ni Dear dlm dunia yg ni ada 1 perkara, 1 benda, 1 perkataan yg org lain takde di sisi saya..." ..."apa dia?" tanya Gee lg.

"ISTERI"...jawab saya.

Perkataan ISTERI ni punya la tinggi nilainya, tinggi martabatnya di sisi Suami. MAHAL harganya.Nak dapatkan perkataan ISTERI tu beribu duit habis, Kena akad, kena soal ngan wali nikah, cm2 kena lalui..baru dapat ISTERI..Dan sangat2 luas ruang ISTERI ni untuk Suami meletakkan macam2..Suami letakkan kepercayaannya, Suami letakkan kasih nya, Harapannya, permintaannya, rasa mengada ngada cm babynya (cuba suami tu demam, cm baby tak perangainya ngan Isteri..isteri jea nampak kann)..apa lg..macam2 dia letakkan/masukkan pada hati/diri ISTERInya..

Dan ISTERI kita ni hanya diam MENERIMA, sudi MERERIMA, berbangga MENERIMA semua tu..contohnya..

Suami rajin peluk Isterinya...ISTERI terima.
Suami suka ckp I LOVE U...ISTERI terima
Suami rajin cal/text isteri time kerja...ISTERI terima.
Suami suka suruh Isteri masak, siapkan pakaiannya, mengemas bagai...ISTERI terima.
Suami luah masalah dia kat isteri..ISTERI terima
Suami sakit, isteri takde complain jaga...ISTERI terima.

Dan Suami layan hebat isteri Malam Jumaat...ooooooooo aiiiiiiii LG ISTERI TERIMA!!! hahaha hehehe hohoho..

See ISTERI kita dok terima ngan baik n redha apa yg kita letak dan masukkan pada dia..ISTERI kita...Takkan la nak marah kalau Isteri tu lewat sikit bersiap, nak cantik2 untuk kita ni para SUAMI. Sikit2 nak marah, tu nk marah ni nak marah..agak agak laaa bro..(Yg ISTERI2 ni jgn cari kemarahan SUAMI.!!)

Tatap la segala PENERIMAAN Isteri kta tu..Hargai la ia..

Perkataan ISTERI tu saja dah sgt2 MAHAL..kerana ISTERI ni dia HADIAH UNTUK PENYEGAR JIWA PARA SUAMI DAN hadiah ni datangnya terus dari ALLAH...

InsyaALLAH.







Friday, 3 March 2017

Pasti akan diuji..

Assalammualaikum U guys..yg saya hormati.
Assalammualaiki Ya Fauziah..Cinta Hati Hamba.
Hanya nak berpesan pada diri saya n U guys..Ingat dan INGAT pesanan saya ni..
" SETIAP SUDUT KEHIDUPAN KITA, PASTI AKAN DI UJI MUTUNYA"
Jangan gusar, Jangan bimbang, jangan mengeluh, jangan putus asa sama sekali, DAN jangan berputus harap dari PERTOLONGAN TUHAN bilamana ujian datang tak di undang..Masa ni lah kita buktikan bahawa kita ni "layak" menjadi umat RASULLULAH saw..
Kiranya kita tiada bahu sesiapa untuk mengadu NAMUN kita punya lantai yg sangat sangat LUAS UNTUK BERSUJUD..!!
InsyaALLAH.
(ni bukan ceramah, nak beritau jea la.)

Thursday, 2 March 2017

Mana Kayanya..

Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah, Kasih Hati Hamba.


"Mr.DIM, apa pandangan DIM kiranya seseorg yg beribadat tapi buat yg Wajib jea, perkara sunat cm mengaji, zikir dia tak buat." baru baru ni ada yg bertanya.

"Alhamdulillah yg Wajib tak tinggal, bagus la gitu..." jawab saya.
" Hanya, bila tak di tambah ngan yg Sunat gitu sedangkan galakkan Sunat tu sgt kuat, di Ibaratkan org tu "mengilap tembaga menggunakan sabun". Lambat la bersinarnya."..sambung saya.

Arwah Gee ni dulu, pada awal kami berkahwin dulu, saya hanya galakkan dia isqamah dgn Asma Ulhusna dan ngaji Quran selain yg Wajib.

"Dear, awak amalkan gitu, bagus tau. Nanti awak leh jadi kaya raya cm Millionair." senyum saya pada Gee.
"OOOO selama ni awak buat pasal nak kaya la yea!! tak la IKHLAS kat TUHAN."..Gee kenakan saya. "Sebab tu la tak kaya kaya" sambung Isteri saya tu..

" Heyy Dear, sebab saya Ikhlas la TUHAN tu KAYAkan saya tau." saya menjawab.
"Mana, mana kayanya??"..menjawab Isteri saya tu. Biasa la gitu kann..pompuan ni klau berdebat ngan Suaminya memang gitu,Suka MENJAWAB!! emmm

Sambil senyum saya pegang dua2 bahu Gee dan saya "bagi" balik soalan Gee tu..
" Awak la Dear KEKAYAAN saya.".." Saya berasa kaya bilamana saya dapat seorg pompuan yg bergelar ISTERI..kan dah saya katakan ISTERI ni HADIAH DARI ALLAH..Hadiah dah beri kat saya maka kaya la saya."..ada lagi saya sambung bila Gee terdiam..

" Tgk Isteri saya ni, Hadiah ALLAH ni,,Putih, Lawa, lengkap anggotanya, ( saya pusingkan badan Gee) Tgk tu Punggung yg menggiurkan saya!! cm itik pulang ptg dan sangat2 POWER kalau membebel!! hahahahahahahahahah".. senyum2 malu arwah ni dulu bila jawapan saya gitu.

"Malam ni saya masak ikan 3 rasa ehh." Terus Gee ckp nk masak untuk saya. (tu maksudnya suka la tu saya jawab puji2 dia.) Malam tu Gee masak Ikan 3 rasa sambil suapkan saya makan.. Bini kita suapkan kita Emmmmmmm ..ko ada!!?

Kekayaan ni dtgnya berbagai bentuk, duit, harta, anak2, kerjaya n sebagainya..namun KEKAYAAN sebenarnya adalah pabila ALLAH mengurniakan "KEKAYAAN HATI".!! Hati yg sentiasa tersenyum.

Senyum selalu pada ISTERI
Senyum selalu pada SUAMI.

INSYAALLAH...

Monday, 27 February 2017

BerWUDUK dulu.!!


Assalammualaikum U Guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah..Cinta Hati Hamba.


"Dear..tolong alihkan Quran tu jap, saya nak kemas meja ni" mohon saya kat Gee dulu lepas solat Zohor coz wuduk saya terbatal.

Gee pun ambil sehelai kain nak buat alas pegang Quran tu..
"Ehhh Dear, wuduk awak pun batal dah ke?..."Haah" jawab Gee.

"Aduhhh kekasih hati sayaaa, kitab fekah mana pulak yg awak pakai ni main boleh pakai alas2 pegang Quran niii???" saja2 saya tunjuk muka mengeluh panjang sambil tepuk dahi.

"Bukan ke boleh kita pegang Quran dgn alas klau takde Wuduk?" muka serious Gee tanya.
" Wahh, bukan main serious muka awak..setakat serious muka cm tu saya buat jadi umpan ikan keli jea tau.!!"..gurau saya.

"Awak duduk atas katil ni, dgr saya ckp dan INGAT pesan ni sampai bila2.." kata saya. Gee bukan duduk malah dia terus baring tgk muka saya coz dia tau saya nak mula "ceramah"..baring sambil main kelip2 mata.!! Bertuah punya bini..!!

"Hukum n adab Quran ni kena jaga elok2. Quran ni hanya boleh di sentuh dgn kita ni BERWUDUK. Tak boleh main pakai alas2 kain ke apa ke bila kita tak berwuduk. Alas atau tidak MESTI BERWUDUK.!!..Kecik kecik dulu malas belajar hukum dah besar besar ni main lanyak jea hukum, main dgr ckp org jea. Klau org yg ckp tu faham hukum boleh la ikut..Ni dia pun 2x5 cm dia gak..Bodoh bergelombang!!

Sama gak la kitab YASSIN yg awak dok baca tu, Mesti ada WUDUK. walaupun kadang2 ada tafsirnya di bawah ayat.

Tiba2 Gee tanya.."Kitab Tafsir Quran tu cmana?

"Kitab tafsir lak kita kena tgk mana yg lebih banyak, tafsir tu ke atau ayat Quran tu..Kiranya huruf2 Quran tu lebih banyak, kena kita Berwuduk. Jgn kata kitab Tafsir tu,contoh lainnya.. Kalau kita ambil sehelai kertas dengan niat nak tulis ayat Quran, baru jea kita tulis 1 huruf tiba2 terkentut, kertas tu kita dah tak boleh sentuh dah, g ambil wuduk semula then baru sambung.

Jaga elok2 hukum n adab Quran ni,,Ni bukan buku atau kitab pak sedara kita..!!" ..bebel saya kat Isteri kerinduan saya suatu tika dulu

"Faham Dear?" tanya saya lg pada Gee..Time2 tu la dia buat2 terlelap bagai..dengan tiba2 la pulak saya pun Terkentut.!
"Oii..kurang asam punya laki." Gee terus bangun dari katil, n cubit2 saya.

Kita Suami ni kena dok tanya Isteri kita tu pasal hukum Fekah ni, selain dari fardu yg lain. Kena spot check bini bini kita ni tahap pengetahuan fekah dia. Dah la dia dok jaga anak2 kita. Kang anak tanya hukum kat Ibu, Ibu pun dok belasah jea pakai "hukum" dia.

Yg Isteri lak, hari2 tanya sekurang2nya 1 soalan Fekah kat Suami tu. Dan pastikan jawapan tu betul. Tak reti gak, Google ler.. Ni main whatsapp/Instagram 5, 6 jam sehari...Bila tanya Isteri RASULLULAH ada berapa org n siapa nama2nya ikut susunan, mula lah muka tu buat2 cm terlupa konon.!!..Padahal langsung tak tau!!..aduhhhhhh..Kang ckp BODOH kang marah, (Bukan U guys tau, org lainn)..

Ni ada umur dah cecah 30, 40 malah 50 tahun, Jumlah Isteri NABI saw kita dia tak tau..Tu lum tanya lg setahun qatam Quran berapa kali..

INGAT pesan saya ni..SUAMI tolong spot check Fekah ISTERI kita tu.
ISTERI selalu2kan bertanya pasal Hukum kat SUAMI tu..Dan ngaji Quran tiap2 hari, jgn sampai Quran tu berhabuk kat umah..Quran tu bukan karangan kita..INGAT!!

InsyaALLAH.

Saturday, 28 January 2017

Dah 28 January dahh..

Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah,,Cinta Hati Hamba.
Hari ni 28 January kan...Maka hari ini jua la Harijadi sayaaa..Happy Bdayy to me laaa..U guys doa doakan saya ni ehh..
Semenjak Gee takde, kureng la sikit rasa nak Bday Bday ni..Maklum laa ISTERI penghibur hati saya dok tunggu "Jauh" di sana...
Anyway tu jea la update hari ni..esok esok abg update ehh..
Lupa lak..rasa2nya berapa dah umur saya??
InsyaALLAH.

Wednesday, 18 January 2017

Seronok seronok dan SERONOKKKKnyaaaa..

Assalammualaikium U guys..lamaaa tak jumpa
Assalammualaiki Ya Fauziah, Cinta Hati Hamba selamanya,,InsyaALLAH.


ujan ujan ni teringat saya waktu Gee n saya basah bersama,! (basah kena ujan laa)
Kan sebelum ni saya citer kadang2 saya g jemput Gee pas kerja naik motor, terutama time kita gaduh2 dulu, naik maotor senang sikit nak pujuk,,leh peluk peluk emmm..

Satu ptg tu nak g jemput Gee saya bawa motor la, time kuar umah tu ok jea cuaca but time otw balik dari jemput Gee, Hujannn...Kuyup kita berdua. "Nape la tak bawa kete tadi, basah dah saya niii.". Habis jea Gee ckp gitu terus secara spontan saya nyanyi lagu Tamil kuat2, hahaha.
"Aduhhh, malu la org dengar." sambil Gee cuba tutup mulut saya n pukul2 manja belakg saya. Lagi la saya nyanyi..jap lagu tamil jap lagu cina jap lagu melayu kita ni. Lagu cinta cinta laa.

"Oi awak tak malu eh??" bising Gee lagi sambil tekap muka dia belakg bahu saya. Org lalu sebelah tersenyum2 tgk kita berdua.
Sampai kat trafic light lampu merah, ada akak dlm keta dok sebelah kita ni pun senyum dgr saya nyanyi, saya pun tanya akak tu.."Kak, cuba tgk Isteri saya ni, Cantik tak??'.."Cantikkk" jwb akak tu..emm lagi malu la Gee. hahaha

"Dgr tu Dear, awak ni Cantik tau tu pasal la saya nyanyi lagu Cinta untuk awak, I love u oh my darling.!!" usik saya lagi, Gee hanya menjawab.."Aduhhhhh"..

Sampai jea kat umah, turun terus dia buka helmet saya..
" Laaaa laki aku rupanya, mati mati ingatkan org gila terlepas dari hospital tadi.!!" Gelak saya Gee ckp cm tu. Pas tu dia ngadu kat mak saya..Mak saya pun marah saya..marah2 gitu jea la..

Gee ckp ngan mak say, "Mak kita tak leh marah org gila mak, nanti dosa!!"..kita semua dlm umah tu gelak..hahahaha..

Punya la seronok dan seronok dan SERONOK hidup berumahtangga ni. Kita yg dah kawen ni kiranya pandai mencuri masa untuk berseronok ngan pasangan kita tu, ehh kekal tau kenangan tu sampai bila2. Keseronokkan berumahtangga ni buatkan Jiwa dan Mental kita lebih kuat. Terutamanya Tenaga Batin kita, eh eh silap2..silap taip daaa..
Terutamanya tenaga dalaman kita. Hormon kita ceria, antibody kita kuat..iyaaa, tak caya tanya doctor!!

Bagi yg masih ada pasangan tu, jaga la dia sebaik2nya, seronok2kan lah jiwanya, BERCINTA la ngan dia setiap hari..kerana..........Dia adalah SUAMI kita dan Dia la ISTERI Kesayanagan kita....INGAT,!!CINTA ni adalah antara HADIAH dari ALLAH yg sgt sgt ISTIMEWA..so jgn sesekali kita lali dari BERCINTA ngan pasangan kita tu..JANGAN dan JANGAN kita rosakkan CINTA pemberian ALLAH tu..!!!!

InsyaALLAH.


Oh my CINTA HATI..

Followers