Thursday 30 October 2014

BFF...


Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah..cinta hati hamba.

"DIM, cmana nak tau klau si dia tu sesuai untuk kita eh?". pertanyaan masa saya berceramah.
"Mana aku tau! saya tak kenal pun si dia awak tu." usik saya..

Gini, antara caranya., Setiap org tu baik baik jea, apa yg perlu kita cari dan perhatikan adalah sifat yg kurang baik si dia (dimana setiap org pun ada)..Sekiranya sifat kurang tu boleh kita terima dan yakin boleh kita ubah dan bentuk kemudian hari then terima la dia.

Sekiranya kita tak boleh terima dan rasa payah nak ubah si dia then terima la dia sebagai sahabat jea. Jgn kita berlandaskan ngan rasa suka/cinta jea, keserasian perangai ngan kita tu penting coz ianya boleh memanjangkan usia perkahwinan nanti. Bukan tu saja malah si dia tu boleh jadi "gang baik" kita lepas kawen..InsyaALLAH

Yg dah kawen lak, jangan la selalu "pandang" pasangan kita tu "Suami Isteri".. Mesti pandang sebagai kawan baik, kawan lepak lepak, kawan sekiranya kita ada rahsia atau masalh boleh kita gosip2kan bersama...sepertimana kita ngan kawan2 ofis atau kawan baik kita yg lain..Layan pasangan kita cm tu paling best!! Ni dah kawen kita dah tak nampak yg pasangan kita tu sahabat baik kita. U guys faham tak apa yg I cakap ni??..Faham tak!!?

Bila kita pandang Suami/Isteri kita cm kawan atau BFF, eh, best ooo..setiap hari ada jea benda kita nak gosip bersama, ada jea tempat kita nak lepak atau jalan2,boleh lepak2 kat kedai mamak sampai layan bola ke apa ke ngan kawan2 yg lain (balik kang pun boleh layan bola!! hahaha heheheh hohohoho).. byk tajuk conversation yg boleh u guys borakkan tiap hari..tiada rahsia di antara U guys.

Pandang lah suami atau isteri tu sebagai U guys punya BFF, kawan baik, kawan gosip, kawan nak lepas geram ke, kawan lepak ke...whatever la..Tapi jgn pulak kao org pandang dia cm kawan bila malam Jumaat tu!! hahahahahahaha..bahaya!!

Suami kita Bff u guys, Isteri pula sahabat baik para Suami...baru la cunn!!..

Saturday 25 October 2014

Tidakkah tu CINTA namanya???

Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah..Isteri, sahabat dan kekasih hati hamba.

Salam Maal Hijrah.

I nak cerita sikit pasal arwah my Dear Gee ni, coz masih ramai yg bertanya soalan yg sama. "Apa keistimewaan arwah Gee hingga DIM sehingga hari ni masih terasa cintanya?"

 Jawapan 'Keistimewaan' yg dok la I ulang2 beritau sampai hari ni dan di mana2 jea I berceramah..Gee ni adalah ISTERI saya! Isteri dari hadiah ALLAH untuk saya. Hadiah ALLAH berikan ni melalui jodoh. Jodoh yg di ikat dengan perkahwinan. Hadiah TUHAN yg WAJIB I limpahkan dengan Kasih, limpahkan dengan ilmu kebaikkan, limpahkan dengan keselamatan...dan limpahkan dengan penuh penjagaan sekiranya ISTERI bersusah hati atau sakit. Dan dlm limpahan gitu harus I sertakan dengan sifat yg tegas untuk membentuk Isteri I..Tegas dlm kelembutan.

Dan Gee ni punya sifat TAAT dan sanggup berkorban untuk Suami dia ni. Sepanjang tempoh 2 tahun perkahwinan me n Gee sebelum Gee jatuh sakit dulu hingga la Gee meninggal, tidak pernah..I ulangi, TIDAK PERNAH Gee cakap "Tunggu dulu." "Jap yea" atau "alaaa awak nii" bila mana I minta buat sesuatu untuk I. Contoh, I ni ada masa memang kuat makan tak kira masa. 1 mlm I terjaga dari tido dlm kul 4 kut, Gee pun perasan I terjaga, "Kenapa darling?" tanya Gee. "Rasa lapar la." tu jea I ckp. U guys tau, Gee terus betulkan pakaian tidonya terus bgn ke dapur n gorengkan nasi untuk I. Nasi goreng pulak Gee hiaskan cm kat hotel tu, dengan susunan timunnya, nasi di bulat cantik, ada telur, pokok kelapa, bunga raya dan bermacam hiasan lagi!!..hahahaha ( maksudnya cantik dia hias la nasi tu) untuk Suami dia ni makan.

Semasa I makan pulak Gee hadap I dgn senyuman dan bertanya " Sedap? nak tambah lagi tak..?". Dan dia pastikan Suami dia ni tido lena kenyang. Tidakkah itu KASIH namanya dari Gee.

Contoh lagi satu, 1 ptg I balik kerja, Gee dok sembang rancak dng member2 dia, I tang pintu tunjukkan isyarat nak minum..dan sekali lagi tanpa ada suara tapi dengan senyuman saja Gee terus bangun ke dapur sekali lagi buat minuman dan sekali lagi dan SENTIASA saja akan menghadap Suami dia ni minum atau makan sehingga Suami ni rasa puas n tersenyum kenyang, lepas tu baru la dia sambung borak....tidakkah itu ISTERI namanya.??''

Sebelum keluar dari bilik air tiap hari, pakaian kerja I tersiap untuk di pakai di atas katil. Dan sekiranya I terlambat hantar dia g kerja, tak pernah Gee marah tapi Gee akan merajuk sebab dia tahu Suami dia ni suka sekiranya dia merajuk..Tidakkah Gee ni memahami kesukaan Suaminya dlm apa jua situasi.?? Walaupun situasi tu boleh menyinggung perasaan dia sendiri..To Gee, HUSBAND COMES FIRST!!

Tidakkah PURE LOVE yg Gee berikan tu WAJIB saya limpahkan dengan perkara2 yg I sebutkan diatas..?? Itu yg membuatkan I terasa bangga pabila I menyebut perkataan ISTERI. Itu yg membuatkan limpahkan 1000 kali ganda kasih dan sayang pabila Gee terlantar sakit dulu. Dan kerana itu juga membuatkan I senang meletakkan Gee dalam hati I ni..sehingga la ke hari ni, InsyaALLAH.

Itu juga la di antara nikmat ALLAH yg Agung berikan pada kami berdua,,sewaktu sehat atau sakit.
Nikmat KASIH SUAMI ISTERI.....

Tu la jawapan dari soalan di atas yg dokkkk la berulang2 kali bertanya...dan berulang2 kali saya jawab tanpa jemu. kenapa tak rasa jemu??...Kerana Gee adalan ISTERI saya!!!!.

Tidakkah itu CINTA namanya????..



Dear, terpisah kita ni sementara saja, InsyaALLAH, 1 hari nanti kita akan melepas rindu ini for the rest of the time...InsyaALLAH..InsyaALLAH..


Thursday 23 October 2014

Peringatan ringkas..Hfon.


Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah..yg belum sekali pun ziarah saya dalam mimpi!! (bunyi merajuk tu.)

Kita ni bila mana pasangan minta tgk handfon kita, terus bagi jea. Jgn tanya pun untuk apa nak tgk, terutama bini kita tu yg suka semak2 fon..kan kan..

Ni bila minta tgk, dia tanya untuk apa la, nak padam benda2 yg tak semunggah dulu la, tiba2 jadi marah la, muka mula naik pucat la..Kenapa?? ada sesuatu nak di sembunyikan dari pasangan kita sendiri??

Jangan kita pudarkan "kepercayaan" pasangan kita dgn perkara remeh gitu. Pasal hfon boleh jadi gaduh besar sehingga pada kemudaratan Suami Isteri. ..aduhhhh mengarut!!

Bentukkan kepercayaan sesama pasangan bermula dari perkara2 yg kecil....Faham??!

Tu jea untuk petang ni..Nanti balik kerja kang tolong sampaikan salam saya buat pasangan masing2 yea..Tqq

Monday 20 October 2014

Terima Kasih Orang Johor.


Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah bt. Muhamad.

Terima kasih org Johor, sudi datang beramai2 tempoh hari di Angsana mall bersama saya. Terima kasih Kopitiam Istana, Angsana Mall meraikan saya bersama sup gearbox!! power oo!!

"Wahh pandai en. Abil promote buku Warkah Buat Isteri yea." kata peminat.

"InsyaALLAH, selagi saya hidup dan ada kemampuan, selagi itu la akan saya ceritakan kisah Isteri kesayangan saya. Akan saya usahakan mendapat sebanyak2nya AL Fatihah dari u guys untuk Isteri saya. Akan saya ushakan agar U guys kenal Isteri saya walaupun tidak pernah bertemu. Itu la jua tanggungjawab saya sebagai suami. Kerana saya ingin sangat menjadi suami Gee dunia dan akhirat." Terang saya lagi..

"Ni juga usaha saya mencari rezeki, dan dapat juga saya berterima kasih pada u guys yg sentiasa memberikan sokongan pada saya n arwah Gee. InsyaALLAH."




Thursday 16 October 2014

Jumpa di Johor yea..


Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah..cinta hati hamba.

InsyaALLAH, Sabtu 18 okt. ni bertempat di Angsana Mall, Johor Bahru (Expo buku), saya akan berada di sana untuk sessi ceramah jam 5 ptg. Jika ada peluang ingin saya bertemu dgn U guys di sana. Boleh ler borak2..

"Abil, bagi la Talk sikit!"...mohon kawan2 semasa menghadiri jamuan hari jadi tempoh hari. ( yg dlm pic tu.)..



Followers