Friday 28 December 2012

Soalan Bocor !!

Salam Dear..
Salam u guys..


Sebelum I lupa Dear, ni nak beritau u ni..Hari Ahad ni 30.12.2012  I akan ke studio Radio Salam fm jam 7.20 pagi bertempat di Angkasapuri Kuala Lumpur untuk menghadiri segmen bertajuk "Keluarga Bahagia" secara live...91.1 frequensi nya..Nanti u dengar yea. I akan suruh my mom and adik beradik I bukakan radio. U guys mana yang bangun awal n biasa dengar salam fm tu boleh ler join sekali mendengar dan rasanya Dj Farhana ( Dj pompuan tu..! Semanagat ler abg Abil ni!! hahaha ) tu akan terima panggilan org ramai untuk berkongsi segmen..rasanya la..

Dont worry Dear, I g kejap jea, U tunggu yea, mak n my sisters semua ada jaga u nanti. Lagipun time2 cm tu biasanya u masih nyenyak lagi beradu...Tapi Dear, lepas selesai tu, bagi la I rayau2 jap kat KL ngan my brother Lokman Hakim. Lamaaa tak jalan2 kat Kl tu..ok Dear..Tqqq sayanggg...

Gee ni sekiranya cuti hari Jumaat, dia kan tanya apa tajuk Khtubah Jumaat selepas I balik rumah dari masjid..Kali pertama dulu dia tanya I, terus I peluk Gee. " U ni antara isteri yang terbaik " kata I. "Jarang sekali I dengar seorg isteri bertanyakan khutbab Jumaat kat suami dia, Hebat isteri I ni ! " sambil peluk Gee lagi...sambil2 peluk tu jugak, tangan I akan cubit punggung Gee! hahaha sambil menyelam minum air!! hahaha.....Masa duduk for lunch I akan ceritakan perihal khutbab tadi..Kali pertama subjek khutbab yang dok citer ngan Gee tu prihal Mati..Gee bab2 tauhid ni dia suka sangat mendengar. Macam2 soalan Gee akan tanya I...Cmana rasanya mati? cmana Malaikat Izrael cabut roh kita? Pastu roh kita kemana? cm tu la soalan2 Gee dan ada lagi...Kadang2 tu penat gak nak layan soalan dia..but memandangkan Gee ni  ISTERI I yang sangat2 baik dan pandai ambil hati suaminya ni..rasa penat tadi bertukar jadi terhibur..Hebat Gee ni, pandai dia menghiburkan hati I....

I kata ngan Gee, pertamanya, nama Izrael I tak jumpa di dalam Quran atau mana2 hadis.(Kalau u guys terjumpa, beritau I yea) Hanya yang di sebut Malaikat Maut. Nama malaikat Izrael ni di namakan oleh ulamak2 besar dahulu, so kita ni boleh la guna pakai sebab Ulamak2 tu semuanya berilmu dan bernasabkan pengetahuan dia org tu terus ke Rasullullah s.a.w. Sekiranya ada pengetahuan atau ilmu tidak bernasab Nabi s.a.w. ( Hadis dan Al Quran ) kita harus rujuk pada yg lebih arif (Ulamak ). Contohnya cerita malaikat Harut Marut tu.,ianya berdasarkan riwayat saja di mana kalau berdasarkan riwayat kita boleh mendengar tetapi tidak boleh di bawa berbahas. Ini pendapat2 seseparuh ulamak2.....Aaa soalan u tadi Dear..Kesakitan menghadapi kematian ni I tak tau la coz I belum mati lagi !! hahahaha...tetapi gambaran yg di berikan, rasanya amat la sakit, kata org tu seperti sebatang dahan yg penuh duri ada dalam tubuh kita ni, then di tarik keluar tanpa ada ubat bius !! amacam, sakit tak? tu gambaran sahaja yg nak beritau mati tu sakit ! Jangan sesekali u takut mati Dear, takutkan Allah sahaja, InsyAllah kesakitan tu Allah akan bantu..Bila kita di ambang mati, Malaikat Izrael tu akan berada di kepala kita. Nanti ada sekumpulan malaikat yg lain akan datang untuk menolak roh kita dari tapak kaki sampai ke lutut then malaikat tu akan beredar, pas tu datang yg lain pulak tolak roh kita dari lutut ke perut then beredar, datang yg lain tolak dari perut ke leher..aaa sampai jea di leher kita ataupun di sebut halkum Pintu taubat di tutup untuk kita dahhh (aa aa tak tau !!)..masa tu juga kita akan nampak Malaikat Jibrail dalam rupa asalnya di antara langit dan bumi. Untuk apa? Untuk menunjukkan tempat kita selepas mati nanti. Malaikat kan ada sayap, so sekiranya sayap kanannya di perlihatkan, maka elok la tempat kita tuuu..ada peluang syurga la tu..TETAPI sayap kiri yang kita di perlihatkan maka.....tak dapek den nak nolong doh!!..Harap harap ada la belas kasihan dari Allah dan harap2 yang hidup ni sentiasa menghantarkan permohonan yg baik untuk kita nanti.....harap harap laaa...

Selepas tu baru la malaikat Izrael tadi mencabut roh yg berada di sekitar leher n kepala kitaaa..tak sampai sesaat roh ada kat Izrael, di ambil pula oleh malaikat lain untuk di bawa ke langit untuk sessi pendaftaran masuk alam Barzah..Kena catit nama siapa, apa amalan yg telah di buat, dosa berapa banyak then di tanya ada HUTANG tak?...Kalau ada maka tergantung la proses tadiiii...bak kat org, K.I.V. dulu..sudahhhhh, roh pun tergantung la dia di antara langit dan bumi dalam keadaan yg sangat huru hara dan tempoh yg di tetapkan Allah. Sebab tu yg hidup ni kena la settlekan hutang tu untuk si mati,....Ok, selesai jea sessi pendaftaran tadi, kemudian roh di hantar semula ke jasadnya dimana jasadnya dah pun berada dalam liang lahad. Dia dengar la org baca talkin, org bercakap2, tapak kaki yg beredar meninggalkan diaaa...Eh, dia dengarrr...THEN tiba2 si mati tu bangun duduk dalam keadaan sebagaimana dia hidup dahulu..maksudnya jasad dan roh, cm sekarang ni kita hidup..sambil membelek2 kain kapan yg dibaluti tubuh dengan muka confius( mau tak confius, dok sorang2 tak tau apa tempat tu, kena la gelap gelita )...laaa dah mati aku rupa rupanya kata si mati...Masa yang sama datang 2 malaikat yg sangat2 di risau..ii oleh semua org..Nungkar dan Nangkir.. Paras rupa dia org bergantung pada amalan kita di dunia dulu, samada dia org datang berwajah berseri atau, atau..eee takut nak cakap !!seorng bertanya, seorang lagi tukang belasah sekiranya gagal menjawab 7 soalan cepu emas..7 Soalan yg telah di bocorkan lebih 1400 tahun dahulu..kalau tak dapat jawab gak.....sekali lagi, "Tak dapek den nak nolong doh!!"..Sendiri mau ingat la apa akan terjadi....Mana2 yg lulus peperiksaan 7 soalan tadi, dia org boleh relex2, lepak2, siap ada rezeki makan dan minum lagi...masa tu Besttttt jea rasa lepas mati...mana2 yg gagal menjawab....jawabnya seksa la dia, di mana seksaan Alam Barzah ni tidak dapat di ertikan/ di ungkap/ tiada kata2 yg boleh di ceritakan secara tepat setepat tepatnya betapa sakitnya seksaan tu..( Baca la kitab2 seksa kubur tu ) Masalahnya kita dah tak boleh mati lagi dah lepas tu, tanggung jea laaa.....hebatnya seksa ciptaan Allah ni. ALLAH HU AKHBAR.. Dear syg,Apa yg I ceritakan ni I berdasarkan pendapat2 dari golongan ulamak2 besar..mungkin juga ada pendapat yg lain...Roh tu rahsia Allah kan..hanya sedikit jea yg kita tahu..

So, cmana Dear, cmana u guys dan cmana I gak ni...Boleh tempoh saat2 mati n 7 soalan tu..? Rasa rasa bila kita nak mati, tahu? Tahu tak?..Kalau tak tau ikut jea la apa yg Tuhan suruh, jauhkan apa yg Tuhan larang..jangan fikir panjang2, buat jea...InsyAllah kita mati sambil tersenyum nanti..InsyAllah...

So Dear tu dia khutbab untuk Jumaat..Oh ya Dear, malam ni pukul 10 sampai 12 hari futsal I seperti biasa tiap Jumaat...Kat ngan rumah jea tempat futsal tu..Dari bujang sampai la sekarang jadual futsal tak berubah..Dah kemas n susu u baru la g main n mak pun ada tu jaga u jap tau...Dan u guys jangan lupa Salam fm nanti..dengar la suara lelaki hen..sem ni yea....hahahaha Esok lusa up date lagi ok...bye dear, bye  guys..bye bye....byeee....bye ...bye.......byeeeeeeeee........................................bye.


Thursday 27 December 2012

HOT DOG...

Assalamualaikum n Gnite Syg...
Assalamualaikum n are u guys having a good nite?..


 Sessi pujuk memujuk my Dearest wife supaya tido. Cm ni la tiap malam sehingga u lelapkan mata.(Gambar kabur la pulak)...Bed time story.
Bila mata u mula kuyu seperti gambar di atas, I akan keluar dari bilik u tanpa ada apa2 bunyi..kalau berbunyi jea tapak kaki ni, mata u buka luas semula,(Gee ni pendengaran dia tajam, tapi dia tak faham apa yg di dengarnya).. masa tu cepat2 kena pujuk balik. Tutup lampu bilik, pasang lampu tido u n on aircond sekejap biar suasana nyaman.....I pastikan suasana bila u tido tu benar2 selesa...Amacam, U guys ada tidokan pasangan masing2 cm ni ?? Ada!?...Baru la..That's is my Permaisuri namanya. Hope u mimpi I yea Dear...

Tonite I nak ceritakan kat u Dear, berkenaan seekor anjing ni. Peristiwa ni berlaku few months back..Hari apa I dah lupa coz selepas tu tak pernah nak ingat untuk beritau u sehingga la teringat semula last week...Cm ni kisahnya....(U guys, mulut tu ternganga jea kenapa? tutup sikit, nyamuk masuk kang )..Satu pagi, dok kemas2 rumah dan masa tu nak buang sampah kat belakg, nampak seekor anjing dewasa ni dengan basah kuyupnya mati kat tepi tangga belakg rumah ni...Dalam hati I "Aduhhhhh,,satu kerja lagi nak buang bangkai anjing ni pulak, kenapa laaa mati kat sini!!"...So I pun pakai glove, ambil surat khabar n plastik sampah., Baru jea I nak pegang anjing ni, dia gerakkan badan..! Laa tak mati rupanya,,tapi nampak sangat2 tak bermaya. Malam sebelum tu hujan lebat, tu yg badan dia basah..Tiba2 hati ni rasa kesian sgt kat anjing ni..Bawah badannya semut api mula hurung..Cepat2 I ambil Ridsect, alihkan anjing tu sikit n sembur semut tu..Then ada kain buruk n paper tadi I lapkan badan dia supaya kering..Anjing tu diammm jea, dia biarkan I uruskan dia agaknya..Lap badan dia, lap ekor dia n lap muka dia, bila I lap muka dia, nampak cm dia say thanks pulak !!.."kesian kau ni aku tgk, apa sudah jadi?" Sambil lap2 badannya tu I dok tanya anjing tu,,cm la dia boleh jawab  !!...

Cuaca makin gelap, rasanya cm nak hujan lebat jea..Takkan nak bawa anjing ni masuk rumah..Secara kebetulan ada kepingan papan n plywood rumah jiran sebelah, tak pakai lagi, nak buang..tanpa buang masa, I pun buatkan pondok buruk untuk anjing ni kat tempat dia terbaring tadi..Masa tu tak fikir banyak dah, yang penting nak selamatkan anjing ni dari dia bertambah teruk sekiranya hujan lebat nanti..Bila siap tempat berteduh anjing tu, I angkat badan dia n alaskan kain buruk n paper lama tadi, biar la selesa sikit anjing tu..Badan dia dah kering, pondok dah siap..apa lagi? ooo makan dia..I samak dulu diri ni bersih2 then I rebuskan Hotdog untuk makan dia...Tengah2 rebus hotdog tu, hujan pun turunn, lebat.! I bergegas tgk dia, kalau2 kena hujan, Alhamdulillah pondok tadi memang sesuai untuk dia berteduh..Hotdog dah siap I pun capai payung dan sekali lagi g kat anjing tu bersama makanan dia..Dengan berpayung sambil mencangkung sebelah anjing tu,temankan  dia makan...Anjing tu makan tapi pelan2 jea coz masih tak bermaya..Lepas dia makan, dia pun lelap...I pun sambung la kemas2 rumah...

Lepas Asar, I g tgk anjing tadi..Mata dia mula dah kelip2.."Kau ni dari mana?" I tanya..dia diam jea tak respond langsung..Tak faham kut, mungkin cakap cina dia faham tak..."Wei, Lei hang lo, ngo oui tai lei hang, tak hang mo??..maksudnya " Wei, kau jalan, aku nak tengok kau berjalan, boleh berjalan tak?"...I ni boleh berbahasa cina dan tamil, tak la terror..setakat bahasa2 pasar jeaa......Anjing tadi terus cuba bangun!! Dia berjalan setakat jarak 5 kaki then dia patah semula ke pondok tu!!!..Anjing tu faham i cakap!!!!!..Suka I tengok dia beransur pulih.." tan sin, ngo pei lei hotlog (hotdog) " maksudnya.."tunggu, aku bagi kau hotdog lagi"...I bagi makan dia lagi..Dan makin cergas dah nampaknya.." Lei que mey meng?" maksudnya "Apa nama kau?..Anjing tu pandang jea muka i sekejap, pas tu dia sambung makan...Senyum jea I...Hari itu, anjing tu menghiburkan hati I rasanya...Rasa puas dapat selamatkan dia...Menjelang Magrib bila I jenguk dia, anjing tu dah hilang, kemana dia dah pergi I tak tau, puas gak cari2 dia sekitar kawasan tu.. dia dah pergi dari pondok tu...Sehingga la ke hari ini, I tak pernah nampak dia lagi....I tak kan lupakan anjing tu,..Kepuasan hati terhadap anjing tu, boleh I rasa tiap kali I teringatkan dia..Anjing siapa, dari mana dia datang,.Persoalan tu tak penting untuk I siasat atau fikirkan, yang penting dia  dah sembuh seperti sediakala dan anjing ni juga hamba Allah, jadi tanggungjawab kita gak tak aniayakan dia...........Tu laa citernyaaa......( Tepuk la tangan!!, dah la baca blog ni free jea! tepuk la tangan!!...OI ! Tepuk!!)..

Seperti biasa la I ni, nak menaip lagi dah malas rasanya, n mata pun ngantuk dah nak lelap ni..ada lagi sebenarnya nak share, but..esok2 jea la I update lagi..Dear, u pun dah lelap, u guys pun ada yg dah berdengkur..ada yg tgh update blog dan pastinya ada yg "bermalam Jumaat"! hahaha hehehe hohoho..(Jangan Bising2!! org sebelah nak tido!!) hahahahaha..... Sehingga bertemu kita di Warkah Buat Isteri pujaan ramai ni lagi...Love u Dear...n Love U guys too...Nite nite..sweet and wet dreamssss.....hehehehe...






Monday 24 December 2012

Siapa orangnya ??..

Salam Dear.....yang masih nyenyak tido lagi..
Salam U guys..


Lama rasanya tak post gambar u Dear kat warkah ni. Tak pe nanti u dah bangun kita posing2 ambil gambar berdua yea..Kemaskan u dulu, mekap cantik2, then baru snap gambar n I akan post kan kat n3 akan datang, ok syg...Sejak kebelakangan ni u banyak menghabiskan waktu ngan tido jea. Biasanya kalau bangun lewat, mesti malam tu susah nak tido, but now u akan tido juga malam tu...Walaupun secara fizikalnya u nampak bertenaga tetapi u are getting weak,,lemahhh jea...Walaubagaimana pun u tok sah nak bimbang2 sangat, u know why?..Coz I ada lagi untuk menjaga u Dear..

Baru2 ni ada tetamu dari Shah Alam datang menziarahi u, memandangkan tetamu ni tak biasa drive jauh so tetamu ni dengan kakaknya naik komuter sampai Seremban then I g jemput la. Cm biasa la, bila tgk u, ramai akan tersentuh hati dan biasanya menangis la. Setiap tetamu yg datang ziarah u, I akan menerangkan keadaan u seperti biasa. Punca u jadi cm ni, usaha2 rawatan u, jadual harian u etc etc...So tetamu akan lebih faham situasi sebenar. Dan tak kurang juga yg dok puji2 suami u ni coz sanggup menjaga u. Bab bila dia org memuji ni, I diamkan diri saja la. Sekiranya pujian tu berpanjangan, I akan tegur supaya berhenti memuji lagi. Bukan tak suka dengar pujian, hanya I takut nanti kena "Ain" ( bahasa org tua2..kena mata ). Maksudnya, takut Allah tambah ujian pada I lagi bila terlalu org memuji dan I risau gak kalau selalu mendengar pujian, nanti I jadi riak pulak...So biasa I kata, sekiranya nak memuji kami berdua ni, puji la dalam hati masing jea..Ingat, I ni hanya seorang suami yg biasa biasa sahaja. Tiada apa2 kelebihannya. Hanya seorang suami yg sedang menjaga isteri saya yg sedang sakit,. itu sahaja...

So berblik pada cita tetamu dari Shah Alam tadi..So cm biasa la kita borak2, berbagai2 soalan yg di ajukan dan berbagai jawapan I beri...Then I pulak bertanya satu soalan cepu emas..." Boleh tak puan berikan saya 1 nama, hanya 1 nama..Sekiranya..sekiranya puan sakit terlantar siapakah yang boleh dan PASTI akan menjaga puan sebaik baiknya??"..Bukan saya nak puan jatuh sakit,,tidak langsung niat di hati, hanya ingin bertanyakan soalan ini..."Siapa puan?" I tanya semula..Tetamu tu hanya mendiamkan diri jea...Dalam diam tu nampak riak mukanya cm sedih dan tersentak dengan soalan I tadi..coz dia kata "Saya tak de jawapan"..Puan, mungkin apa ujian yg saya alami ini adalah satu peringatan untuk orang ramai di luar sana agar lebih bersedia. Jangan ambil mudah sakit yg Tuhan turunkan pada kita...Betull,,sakit ini pasti ada, hanya berat ringan saja. Memang betulll kita ada Hospital yg canggih2..Tetapi sekiranya sakit kita tu menbuatkan kita terlantar dan pihak hospital masa tu tak dapat nak mengubati kita lagi dan kita harus di bawa balik untuk di jaga....SIAPAKAH GERANGAN ORANG YG AKAN/PASTI MENJAGA KITA??? Cuba u guys berikan 1 nama...HANYA 1 nama......Soalan yang perlu kita jawab semasa kita sehat ni, soalan yg perlu kita jawab  agar kita ada ketenangan hati sekiranya terjadi sakit sebegitu..Memang betul hanya ALLAH yg lebih mengetahui.. dan dari sudut kemanusiaan kita,  perlu kita bersedia dan kita perlu yakin bahawa org ini akan menjaga kita...Soalannya,,SIAPA org tu?...Fikir fikirkan.....( aaa, termenung masing masing !!!)..

Dari pengalaman I ni, banyak perkara yg I nampak jelas dan banyak perkara I lebih faham..Contohnya, I lebih nampak betapa ikhlasnya perhubungan keluarga semasa musibah melanda, I lebih nampak betapa hebatnya perhubungan sahabat2 I..,Dan juga I nampak siapa yg hanya "ketawa" bersama tetapi tidak "menangis" bersama..( u all fahamkan maksudnya )..Juga I lebih faham kenapa ada pihak yg lari dari menghadapi tanggungjawab sebegini...Sehinggakan I mengatur semula nama2 dalam hanfon I. Banyak nama "so call" sahabat dulu I padam...bukan putus siratulrahim tetapi hanya I berpendapat ni bukan sahabat tetapi hanya kawan2 biasa sahaja...Bak kata org, kawan "hai, hai" "bye bye..."..I lebih nampak juga betapa hebatnya keprihatinan kita sebagai Rakyat Malaysia !..Sebenarnya keprihatinan kita semua ni masih di tahap Hebat lagi..Dan I n Gee berterima kasih atas keprihatinan u guys pada kami..Terima kasih sekali lagi...

Apa la I merepek pagi2 ni...Actually, up date n3 ni I nak cita pasal seekor anjing, (cerita betul la )..memandangkan dah agak panjang I menaip so kita sambung dalam n3 akan datang la, boleh I uploadkan gambar Gee yg terbaru sekali. Alaaa esok lusa I update lerrr..Eh, u guys..I minta maaf yea, sekiranya soalan yg I ajukan tadi agak keterlaluan. Maaf kalau ada yg tak berapa suka soalan tu..I hanya ingin u all fikir fikirkan saja...Namun begitu, I senantiasa mendoakan U guys mendapat kesihatan yg baik sehingga ke akhir hayat...InsyAllah....Panjang la pulak penutup n3 ni...Dah la,,bye Dear..U guys pun bye bye gak...See u guyssssss....kiss sikit!! hahahahah hehehehe hohohoho....




Friday 21 December 2012

Gurauan...

Assalamualaikum Dear..
Assalamualaikum guysss..


Tiap hari Jumaat my mom balik Seremban, Sunday mom balik ke KL semula, so 3 hari my mom ni akan masak mengikut kehendak selera I ! Maklum la my Dear tu lum nak bangun lagi...Tu, baru nak update, my mom sampai dah ni, siap bawa nasi ayam for breakfast I..bagus, bagus, good job mom !! hahahahaha..Sekarang mak g dapur, masak for lunch...Jangan lupa pakai apron cm Gee selalu pakai bila masak. Cepattt! masak sedap2 !! hahaha hehehe hohoho...suka usik org tua ni..

I ni memang suka mengusik my mom ni, kadang2 tu bila I rasa boring jea, mula la mak I jadi mangsa usikan..Pernah sekali tu, org tua tu tengah masak, I g dapur n kata "Mak tau tak, anak mak ni Man Of Power!"..Mak I ni kadang2 suka cakap bahasa Negeri.." Eh, kau poi sano la, jangan kacau Dan (den) masak!"..."Ooo Degil yea org tua ni" kata I sambil I dukung my mom ni, dan I letak dia kat tengah jalan depan rumah!! hahahahaha Siap dia tengah pegang senduk lagi.. "Turunkan Dan, turunkan Dan" hahhaha I gelakkan dia macam jin...Bila I turunkan jea kat tengah jalan tu, jiran2 semua ketawa coz dia org pun tau I suka usik my mom tu...Satu rumah my mom kejar I ngan senduk!! "Dan bantai kau kang"...hahahahaha..Mak mana boleh bantai Man Of Power ni..."Dah la, Dan tak nak masak!"..hehehe dah tua pun nak merajuk..alaa cayang bucuk bucuk..Pas tu I pujuk la org tua tu,,my mom senyum jea n sambung masak, I pun temankan my mom masak n borak2.....Cm tu kadang2 I usik my mom...dan cm tu jugak la I usik Gee dulu kalau Gee tgh masak...

Gee pulak, bila dia dulu leka masak, I masuk dapur diam2 cm pencuri sambil merangkak, Gee tak perasan I..Bila I ada jea kat belakang dia, apa lagi,,I jadi T-REX n geget punggung Gee!! hahahaha terperanjat Gee, tiba2 dia pulak ketuk kepala I dengan senduk secara spontan..Sambil kata "TOYOL!!"..pas tu Gee pulak kejar I keliling rumah ngan senduk, kalau my mom ada  "Bantai Dio Gee, bantai Dio! Tu la kojo eh si Abil ni,  usikkk jo org tongah masak!"....Seperti biasa la Man Of Power akan lari lebih laju sampai Gee tak dapat nak tangkap..Dan seperti biasa gak, lepas tu I masuk dapur balik n hug my wife tu sambil kata  "Hehehe, Darling, pas makan ni I belanja u kasut 2 pasang, ok Dear"..Gee dengar beli kasut jea terus hilang la marah dia tu..!! "Pas tu nak g PD pulak, makan ikan bakar" kata Gee ( Konon ugut la tu..ugut makan ikan bakar! hahaha apa punya bini!! hahaha)....Okkkkk Darlingggg, no problemmm...Sambil cium pipi Gee..hahahahaha puas hati I bila dapat mengusik 2 insan yg paling I sayang ni...My father tu tak dapek la nak usik cm tu...Bukak silat dia kang n halau I dari rumah nanti!! hahahahaha ...Bukan selalu buat cm tu, sesekali sahaja...Sekurang2nya itu semua boleh I jadikan kenangan terindah.....Sampai sekarang pun I masih jadi TREX my wife tu....Kenangan2 sebegitu juga membuatkan rasa kasih pada Gee makin kuat dari hari ke hari...

U guys ada gurau2 cm tu ngan ur mom n ur pasangan..? Ada?....Sesekali kita ni kena bergurau, nak gurau selalu pun lagi elok tapi biar la kena masa yang sesuai...Bergurau ni boleh mengurangkan stress, boleh membuatkan kita terasa macam budak2 dulu...Coz setiap org masih ada sifat kebudak budakkan di dalam jiwa masing2...(Tok sah tak mengaku laaa, I tahuuu,,!)..Bila bergurau, kita ketawa tersenyum..awet muda namanya..hati terhibur...menghilangkan resah namanya...Dan juga boleh mengeratkan lagi silaturahim dan perhubungan tu bertambah kasih n sayangnya.....Terutamanya hari Jumaat ni selepas Malam Jumaat tadi.! hahaha hehehe hohoho...Selepas selesai bergurau tu, ambil la kesempatan untuk berbincang sekiranya ada apa2 masalah atau ada perkara2 yg penting tersimpan di hati,,bawa berbincang,,,sebab kebiasaannya selepas kita bergurau ni,.  mood, hati dan telinga tu tengah terbuka untuk mendengar, fikiran tu fresh untuk membuahkan cadangan atau penyelesaian permasalahan yg timbul...Cara kita bercakap pun masa tu pun elok nadanya, elok segi permilihan bahasanya...Kalau tak de apa2,,teruskan lagi gurauan tu sampai penat!!..

Oiii dah pukul 12.30..nak siap siap ke masjid ni,,ok, ok..nanti bila ada senang lagi I update yea Dear, ada rezeki kita lagi, InsyAllah kita akan sambung gurauan semula, kalau tak de rezeki di sini, di SANA nanti I akan tetap usik u !! InsyAllah....Ok guyss ..Assalamualaikum...


Wednesday 19 December 2012

Sayangkan anak...

Salam Dear..
Salam U guysssss...


Di adun dengan buah durian D24 yang terpilih, di gaul bersama santan kelapa yang suci bersih, di tambah kemanisannya bersama gula melaka secukup cukupnya...Dan di masak beralunkan zikir zikir Asma Ul Husna serta selawat dan salam buat Junjungan Rasulullah s.a.w. keluarga dan sahabatNya...Maka tercipta la Pengat Durian Kasih Sejati oleh chef. Abil sekali lagi............hahahaha hehehehe hohohoho......

Ini la chef Abil yang malas nak masak, hanya tahu masak pengat jea dan di makan dengan roti Gardenia...Few days ni rasa malas nak keluar makan dan ada rasa bosan dah, asyikkkkk makan kedai jea, so nak luangkan masa bila kekasih hati I dok tidooooo jea tu, I pun masak ler..Pagi makan pengat, tengahari, petang sampai la dinner..Pengat n roti, sampai kencing pun dah bau durian !!...Dearrrrrrr bangunnnn laaa, masakkk...bila nak bangun daaa !! Tak pe, tak pe, u tak bangun I cari girlfren!! aaaa padan mukaa...cari girlfren pandai masak....aa aa tak tau,, lebih baik u bangun cepat...!!

Petang kang nak mandikan u, ni u masih bom bom lagi....Sekarang ni asyik tidooo jea kerja u Dear, petang baru bangun, pas tu malam lewat sangat tido, pukul 2, pukul 3 baru lelap...aiyaaa..Nak buat cmana kan, dah u sakit cm tu...Tido la dulu, biar I update sikit ni...Guysss, so apa bikin time2 cm ni..? Yang bekerja tu, tentu tentu kerja la,,yang tak bekerja ni buat apa? U guys pun update blog gak yea..Hari ni I dok blogwalking,, tgk si Boni Kacak kita tu berlakon berlagak..hahahahaha terhibur gak hati..yang update pasal keputusan PMR pun ramai, sampai ada yg nangis! bukan anak dia yg cemerlang, anak buah dia ! tu pun dia leh nangis,,pun I gelakkan dia gak hehehehehe...Tapi yang si Aida ni (Kuyacumi. blogspot), dok update blog dia, time kerja yea!! Dia ni suka cita makannnnn jea..hari ni pasal Cempedak..Cempedak pun leh jadi cita!! apa la.. hahahaha...Yang I ni dok gelakkan semua orang pulak,,jahat betul si Abil ni..!

Alang2 I dah update ni, nak share sikit la pasal anak u guys tu, I ni tak de anak lagi, tak tau la bila boleh I menimang anak, teringin pun ada ni, maklum la usia pun makin meningkat,,Bulan depan Bday I..28.01 1969...44 tahun..U guys jangan buat2 baca jea cm silent reader pulak nanti...pandai2 la poskan hadiah Bday I tu...( Memang tak malu pun mintak hadiah !)...Yang tak de anak, teringinkan anak, yang ada pulak seronok la rasa di hati tu...Walaupun anak2 ni kadang2 nakal jangan kita pukul dia ikut kepuasaan u all pulak..Few days lepas I baca ada BAHLOL bahlol ni pukul anak sampai mati, pukul macam tendang bola..Ini apa ni !! Takde akal ke!?..Bila dah kena tangkap, baru dia tahu menyesal kononnn...Buat2 muka sedih...Masuk Tv tu jangan kaburkan muka dia, pampang jea biar semua org kenal jahatnya sifat dia tu..!! Budak tu ahli syurga, tak kira apa bangsanya..kau org pukul ahli syurga!!...Memang tahap Bahlol la lu org ni...Tak beramal, tak tau cmana nak kawal nafsu,,tu la akibatnya...Astagfirullah Al Azim...

Kita kecik2 dulu pun nakal, memang ada ibubapa kita yg pukul tapi tak la sampai mati atau tahap dera cm tu...Nama pun budak2,,semua perkara dia ingin tahu..bukan dia tahu berkemas pun, hanya tahu nak bermain n bersukaria jea...Ibubapa kena la tahu dan faham anak2 ni semuanya sama..Jangan selalu marah, takutkan dan pukul anak2 tu..Nak pukul gak, bolehhh..tampar tapak kaki dia, tak pe...Budak2 ni kalau di cubit atau di pukul angota badannya, kesannya, dia akan mempunyai sifat degil yg tinggi, sifat melawan atau kurang ajar pada ibubapa bila dia mula akhir baligh..Bukan maksud dia nak balas dendam, bukan...Pukulan kita tadi yg mencipta sifat2 anak cm tu nanti...Kadang2 I ada gak tgk kat shoping2 complex, terutamanya bila ada di kedai mainan, si ayah tadi tak nak belikan mainan, anak pulak meronta2, tergolek3 atas lantai tu n nangis2 ngan suara yg memang ramai tak suka dengar..(.aduhhhh, bingit telinga di buatnya)...Apa perkataan yg keluar di mulut ayahnya tadi.."Aku bantai kang! bangun!"...Bila mak budak tu datang, ngan mak2 budak tu kena marah ngan si ayah.....Rasa2 betul tak tindakkan ayah tadi tu?..Kalau rasa salah, kenapa buat?.."oo saya rasa marah masa tu"..kawal la kemarahan tu.. Baru la hebat namanya seorang ayah.!" Alaa Abil,kau tak de anak lagi, senang la kau cakap.."..Sebab perkara tu senang di lakukan, sebab tu I cakap...Nak menang jea si Abil kalau bercakap....Ai, dalam azan pun di ajak kita ke kejayaan/kemenangan...Amacam?..

Dah, dah..bukan nak menang cakap atau nak rasa diri ni jea betul,,bukannn..Nak ajak ke arah menjadi tunggak keluarga yg lebih baik, biar kita ni nanti jadi kebanggaan anak2, menjadi contoh ibubapa yang hebat..Jangan la marahh...Sekiranya kita ada anak yg agak nakal atau malas dengar kata..Tiap kali bila buat air minumnya si anak tu, baca la nama Allah ni..Al Muqit (nama yg ke39 ikut turutan Asma Ul Husna) berulang ulang dan hembuskan pada air minum tu. Kalau mulut tu bau petai, bau durian, bau ROKOK!! jangan buat, hilangkan bau tu dulu.... InsyAllah, lama kelamaan elok sungguh budak tu, tak la dia nanti dok golek2 atas lantai cm tadi...Dan bagi mengelakkan anak2 dari kemalangan/kecederaan, rajin2 bacakan nama Allah ni pulak..Al Barr..(Sumber segala Kebaikkan, nama yg ke 79.) berulang2 dan tiupkan di kepala anak tu...Kena la kita rajin2 sikit buat amalan tu..Ini di antara amalan2 ringkas yg ada untuk anak2....Sabar dengan anak2 ni, suatu hari nanti pasti Allah membayar upah dari kesabaran kita melalui anak2 kita nanti....Berbaloi bayaranNya pada kita...Cukup la, jangan la lagi pukul budak2 tu..Kalau marah sangat pun, denda la anak2 tu..cm, suruh dia berdiri kat sudut dinding tu dan baca fatihah 10 kali ke, Denda tak bawa jalan2 ke..Denda tak dapat mainan ke...Denda denda cm tu jea la...Sabar dan curahkan kasih sayang tu pada anak2...mak ke bapa ke sama jea tugas dia... TETAPI Jangan lupaaa,, si ayah dah curahkan kasihnya pada anak2...pada mak budak tu jangan lupa lak curahkan apa apa yg patut !!! hahahahahahaha hohohohoho.. 

Aaa cita pasal curah mencurah pada mak budak ni...Pada pasangan yang nak bermalam jumaat tu (ehem ehem )..Apa senyum2 u all ni!!!!....oooo bab ni bukan main sukaaa yea!!!...Dengar ni,,Sekiranya lupa membaca doa atau lum hafal lagi, Sebelum memulakan aturcara ehem ehem tu tadi, baca la nama Allah yg ke10..Al Mutakabbir (Yang Mulia ) berulang2, dalam 10kali ke...InsyAllah, akan di anugerahkan nanti seorng anak yg solehhh...InsyAllah......APA !! ubat tahan lama!!?? Tu g tanya dengan 'PapaBlogger' kita tu..dia pandai..Saya mana tahu,,lagipun dah hampir 2 tahun puasa so agak lupa dah,,!!...aiyaaaa, tak de soalan lain..Arghhh tuiii  !!

Ok la, setakat tu jea..kang cita panjang2 kang, ada yg ajak pasangannya balik awal pulak..! dah, dah..I nak mandikan Putri I yg baru bangun tido tu..U all rajin2 la amalkan apa yg di share ni dan sayang sayangkan la anak2 kita tuuu.....Yang belum ada anak, rajin2 la sayangkan Abg Abil u all sorang niiiii...hehehehehehehehe..Abg abil Hen..semmm..hehehehe ok Dear, jom mandi..Guysssss, see u laterrrrrrr..byeeeee.....



Monday 17 December 2012

Proud Of u Dear...

Assalamualaikum my wife..
Assalamualaikum u guys..


Dengan membaca ayat2 suci Al Quran then serangkap nyanyian berbunyi.."Namun membiarkan ingatanku luput dari mengenangmu, Itu sama sekali tak kan ku lakukan.." membuatkan u terus tido malam semalam dengan lenanya...Begitu la antara kaedah2 memujuk u sebelum u tido...

Semenjak kebelakangan ni pula, u banyak 'termenung' memandang ceiling sahaja, u hanya akan tersenyum bila i mencium pipi u. Setiap malam bila I terjaga dari tido, pastinya I akan menjenguk u secara dekat. Memerhatikan u sejenak. Kadang kala menitis juga airmata suami u ini melihatkan keadaan diri u yang hanya terlantar dan tidak tahu apa yang terjadi di sekeliling u. Tiap kali I menatap wajah u, tiap kali itu la hati I akan berbisik.."Ini la isteri saya"....Wanita yang berjaya menambat hati Abil Fikri ini, Wanita yang menjadi penghibur hati suaminya setiap masa, Wanita yang menjadi teman berbicara...Dan isteri ini la menjadi sahabat baik saya...Dear, secara jujurnya, rasa kasih I ni makin bertambah dari masa ke semasa pada u sehingga la saat ini. Jangan u risaukan tentang I, jangan u ragukan tentang kasih sayang suami u ini. Dan jangan u katakan bahawa u hanya mendatangkan kesusahan pada I menjaga u selama ini..U tahu kenapa I katakan Jangan berasa semua itu..? Kerana I ini adalah SUAMI u Dear...Biar lah I merasa bangga bila I menyebutkan perkataan SUAMI pada u..Juga sehingga hari ini I masih ingin tahu apakah maksud atau ertinya sebenar  seorang yang bergelar Suami. I ingin berlajar lagi menjadi seoarang Suami...

I yakin u ni ada sesuatu keistimewaan pada padangan Allah. Sehinggakan Allah juga memberikan semangat pada I setiap hari untuk menjaga u. Moga keistimewaan itu akan menempatkan u di suatu sudut yang amat baik di sisi Allah satu hari nanti. Semoga dengan keistimewaan itu jua Allah akan memberikan keputusan yg terbaik buat u..InsyAllah. Harapan I agar Allah sentiasa memberikan perhatianNya pada doa2 dan rayuan I selama ini untuk kebaikkan u and I..Dan I berharap agar Allah juga akan memberikan kelulusan pada ujianNya untuk kita berdua Dear..Tawasul saya juga pada Nabi Muhammad s.a.w.

Dear, kadang2 I rasa malas nak update Warkah ini terutamanya bila graf kesihatan u tiada tanda2 perkembangan. I rasa malas nak memceritakan keadaan u sebegitu tiap masa..Malas..malas...Di sebabkan I telah mulakan warkah ini so ada masanya perasaan malas tu I ketepikan. U harus tahu juga keadaan u dari masa ke semasa sekiranya u berpeluang membaca warkah ini. Dan sekiranya Allah lebih menyanyangi u, warkah ini akan terhenti jua di satu masa yang telah di tentukan...Sehingga setakat itu sahaja, InsyAllah..

Namun dalam keadaan sebegini, I rasa puas hati gak kerana secara tidak langsung u ni Dear, di kenali oleh ramai org. Siapa yang tidak kenal Fauziah bt. Muhamad !.Ramai yang sentiasa mendoakan kebaikkan buat u sehingga hari ini, ramai yang datang menziarahi u..(.Macam artis la pulak bini aku ni !!..) Macam aje laa...Bukan tujuan I membuatkan u di kenali, bukan tujuan pun untuk meraih simpati orang di luar sana..Hanya I ingin meninggalkan WARKAH BUAT ISTERI kesayangan saya ini sahaja...Hanya I nak memberitahu u yang I telah menjalankan tugas seorang suami sewaktu u sakit sebegini. Nak memberitahu u, suami u ini selalu di sisi u..Nak memberitahu u, suami ini mengotakan lafaz pernikahan kita pada 13.03.2009 dahulu....Bertuah saya dapat memperisterikan u syg,..I am proud of u Dear..!!..

Dah malas nak menaip lama2 dah ni..Sekali lagi dan lagi dan lagi..I kena ke Senawang untuk mendapatkan air Zam Zam untuk u. Lepas tu nak kemaskan u, pas tu nak basuh apa yang ada dalam washing mesin tu, pas tu, pas tu, pas tu...macam2 nak buat...Dah, dah, dah...kesat airmata tu...asalkan baca jea, nangis, asalkan baca jea bertakung airmata....aduhhhhh, tolong laaa, hingus tuuu lap!! aduhhh...Tu yang malas nak update warkah ni....Ok la Dear, see u bila I rasa rajin nak taip lagi yea...N guyss,, tolongg laa sambung kerja tu balik..Tahu dek boss u all,,! jangan nak salahkan I yea...ok, ok, bye bye....






Wednesday 12 December 2012

Kayakan Hati tu...

Salam Dear...
Salam u guys...


Sakit pinggang I dah hampir sembuh sepenuhnya, hati pun rasa senang sikit, so petang nanti rasanya I boleh dukung u untuk mandi...Seperti biasa sekarang ni u sedang tido lagi, jadi I pun ambil ler kesempatan masa ni untuk update warkah u Dear..

Dear, dalam 2 tahun perkahwinan, (masa u sehat) tak banyak perkara yang dapat I tunjuk ajar pada u. Dengan adanya warkah ni, dapat la I tinggalkan beberapa perkara untuk u amalkan nanti..InsyAllah. Today nak ajar u amalan untuk meredakan hati yang sedang resah / gundah, marah atau yg sedang rawan (gelisah)...Hati ni kalau dah 'sakit', mula la cadangan tindakkan seterusnya di biarkan pada perasaan untuk menentukan. Biasanya cadangan tindakan dari perasaan ni tak berapa elok coz syaitan pun mula ambil peranan. Tu yang dari perkara yang kecil boleh menjadi besar n serious. Contohnya, isteri minta suami buat pengat durian jea asalnya (contoh, contoh).., "Abanggg, abg buat la pengat durian untuk dindaaa, nak rasa air tangan suami dinda la.." minta si isteri....Yang si suami pulak tgh layan game angry bird.." Alaa esok2 jea la buat, abang penat ni, dinda nak rasa air tgn abg? aa tunggu abg basuh tgn kang, ambil la air tu minum!!. Tak pun minta si Abil tu buatkan untuk dinda!!"...Dari situ mula la si isteri ni tadi rasa macam tak di perdulikan lagi..Maklum la, kawin dah bertahun2, bilangan anak pun dah boleh ganti pasukaan Harimau Malaysia kita tu...Hati isteri mula la melayarkan gambaran2 keburukan suami tu sebelum2 ni..perkara yg baik di buat suami hilang dah dari gambaran hati.....DAN bermula si isteri tu membebelll tak henti2...Suami tiba2 naik marah dgr bebelan merdu si isteriiii...Jadi la pergaduhan/peperangan....berpunca dari pengat duriannn!! Tu namanya BODOH bergaduh cm tu.....

Jadi untuk meredakan hati, ni antara kaedah2 yg boleh di buat....Kita g dapur buat air minuman yg paling kita suka minum..Bila nak minum tu tarik nafas dalam2, lepaskan nafas sambil sebutan ALLAH perlahan2 (bismillah dulu) hirup minuman tu. rehat sekejap..hirupan kali kedua pun sama, tarik nafas then sebut ALLAH sekali lagi pelan2,,Kebiasaannya masuk hirupan yg ke3, hati kita insyAllah akan berasa lapang dan reda...Tapi jangan kita minum depan pasangan kita tadi, g minum sorang2...Senang kan kaedah ni..

Dan bila hati tu dah reda, sekiranya ada masa terluang, ambil 2 helai kertas kosong, then tuliskan semua KEBAIKKAN pasangan kita dahulu pada kertas yang pertama..Tulis sebanyak yang boleh..Selesai tulis semua perkara baik yang telah pasangan buat untuk kita dan keluarga then kertas yg kedua tulis pula KEBURUKKAN pasangan kita tu...Selesai saja tulis, cuba bandingkan kebaikkan dengan keburukkan tadi..Nescaya kebaikkan tu selalu mengatasi keburukkannya...Jangan kita dok ingat jea dalam otak tu, kena tulis ! Bila tulis, kita nampak jelas...Hakikatnya semua orang tu baik2 belaka dan banyak perkara2 baik yg telah di buat hanya jarang2 jea buat perkara tak baik, so jangan la kita focus sangat pada keburukkan,,Ingatkan bebaikkan selalu, ianya akan menutup padangan hati kita pada keburukkan org lain atau pasangan kita tadi....Tu caranya kalau kita nak rasa nikmat hidup kat dunia ni, Nikmat rumahtangga, nikmat bekerja, dan segala nikmat2 yg ada (Nikmat Malam Jumaat boleh ambil kira tak !!?)....Enjoy your life !! Bila hati kita lapang, hati rasa reda,,kita la org yang paling kaya di muka bumi ni. ANTARA kekayaan kita terletaknya di HATI..So Dear, lapang2kan hati dan kayakan la hati u selalu...InsyAllah...

Sebenarnya banyak lagi cara yg nak di kongsi gelapkan bersama, memandangkan I ni agak malas nak taip panjang2...setakat tu jea. I suka berikan yg ringkas2 so senang nak di praktikkan oleh semua golongan...Ada satu lagi amalan ringkas untuk anak2 yang agak degil gak nak di share kan....tunggu la, nanti sekiranya teringat, I update....Rasanya petang nanti I nak buat pengat durian lagi untuk di makan sorang2 !! hahaha hehehe hohoho...Kalau ada tetamu yg datang I bagi air suam jea hahahaha..pengat I sorokkan !!hahahahahahahaha...(Jahat si Abil ni !)...

Memandangkan karangan ni dah panjang,  sebelum u Dear n u guys bosan membaca lebih baik I stop kat sini dulu...Moga kita di ketemukan lagi, semoga hari ini 12.12.12 di rahmati Allah pada kita semua...sampai bila2 pun mohon di rahmati Allah.....Ok guys cau cincau campur pengat durian !!!!! hahahahahahahahaha

Tuesday 11 December 2012

Allah..sakitnyaaa....

Assalamualaikum Pn. Fauziah..
Assalamualaikum tuan2/puan2..


Ahad lepas hari mandi u seperti biasa, I dukung u ke bilik air, menguna air suam buat mandian kita bersama..Dudukkan u kat bean bag, sabun2, syampu rambut then gosok gigi...Sedang I membongkok badan memberus gigi u, tiba tiba urat pinggang I terseliuh!!..Allah, Allah, Allah...cm tu la sebutan menahan sakit yang teramat sangat...

Tak tau mana silapnya boleh terseliuh urat tu...satu badan rasa macam kena kejutan elektrik voltan tinggi, kaki terus jadi kebas dan tangan ni hampir2 melepaskan u..Dalam menahan kesakitan yg teramat sangat tu, I masih pegang u supaya u tak rebah..Duduk melutut I selama 3 minit nak mengawal kesakitan pinggang I ni. I leh rasa anak2 peluh I keluar dan masih menyebut Allah, Allah,Allah...(bilik mandi umah ni tak de jamban,)..Dah lama tak rasa sakit yg sebegini,,sakit giler !!..Bila dah dapat mengawal rasa sakit tu sikit, dengan perlahan I selesaikan tugas mandikan u. Mau atau tidak, I juga terpaksa mendukung u semula ke bilik. Bayangkan bagaimana I dukung u dengan kesakitan belakang badan yg serius ni..I tarik nafas dalam2, tahan nafas, terus I angkat u dengan muka yg berkerut tahan sakit, terus ke bilik u. Rasanya, cm tu la tenaga yg terakhir I. Dapat saja meletakkan u di atas katil, terus I terbaring di atas lantai dan masih menyebut Allah....Mak I ada masa tu tapi dia sedang solat zohor. Terbaring I selama 15 minit rasanya. Masa terbaring tu, I iqthifar 10 kali then I sebut AS SALAM 160 kali sambil mengosok2kan pinggang I. Terus kesakitan tu lega sedikit. Bangun semula dan terus selesaikan tugas mengemas u walaupun masih sakit lagi. Pas tu I pulak yg mandi, start keta terus ke klinik keluarga I ni. 

Sampai saja di klinik, doctor nampak I jalan terbongkok2 terus dia suruh masuk n baring. Betul2 doctor u check belakang I. Coz doctor Raj  (namanya) ni, tahu, sekiranya I rasa benar sakit yg amat sgt baru I akan ke klinik or Hospital. Check punya check, doctor tu kata..Ur lucky, sebab tak melibatkan tulang dan urat utama. Hanya bak kata org, terseliuh urat dan kekejangan otot. Doc terus bagi I satu injection dan ubat tahan sakit yg baik...'Abil,,no jogging for 2 weeks, jgn angkat berat..REST !!" Ok doctorrr" jawab I. 

Seharian dok baring jea I. Bangun untuk susu u n solat jea...Selepas makan ubat mengikut jadual, Hari ni rasa hilang dah sakit ni...Alhamdulillah...Tetapi masih ingat pesan doctor tu kelmarin..Lepas ni I kena lebih berhati2 bila mandikan u, terutama bila nak membongkokkan badan I. Syukur, masa I kena tu, tangan ni masih memegang u. Kalau la u jatuh hari tu...tak tau la cmana..Ingat Dear, bila kita terkena musibah sebegitu, kita Iqthifar 10 kali dan sebut nama Allah, AS SALAM 160 kali sambil usap2kan bahagian yg sakit. InsyAllah, ianya akan meredakan sakit dalam tempoh yg singkat. Pas tu g la klinik ke, hospital ke atau cari la tukang urut yg sesuai....Oh ya, kalau rasa demam2 atau panas2 badan minta la sesiapa buat cm ni....Fatihah sekali hadiah pada Rasulullah, then tadah tangan cm berdoa, baca surah Qulhuallah 3 kali dengan satu nafas, hembuskan ke tangan tadi, Kemudian sapukan tangan (umpama menarik demam) bermula dari hujung kepala sehingga hujung kaki dengan membaca Bismillah atau selawat berulang2..Buat sebanyak 3 atau 4 kali, insyAllah yg demam tadi akan cepat reda...ubat pun kena ambil juga tau !! Tu kaedahnya kalau sakit2 biasa...U kalau demam, I lakukan seperti tadi, InsyAllah dalam 2 hari u dah reda dari demam..

Tetapi, kadang2, org yg dok menolong kita menarik demam tadi pulak yg demam. Sekiranya jadi cm tu, senang jea..G jogging sambil membaca 3 Qul berulang2 (Fatihah la dulu) sehingga peluh tu betul2 keluar, Niatkan demam tadi  atau bisa2 badan gugur dari tubuh kita zahir dan batin..InsyAllah selesai jea jogging dalam 20 minit tu, badan akan berasa ringan dan selesa...Cuba la. 

Dear, sekiranya nanti u sempat membaca apa yg I tinggalkan ni, U amalkan tau..Jaga kesihatan tu baik2...U guys pun sama..rajin2 beramal. Jangan dok sibukkkk nak cari duit jea ! Beramal dan jaga kesihatan tu elok2..Zaman sekarang ni dah tak boleh nak ambil mudah pasal sakit2 ni,,macam2 penyakit ada,,  sampai pihak perubatan pun tak tau nak bagi nama apa penyakit2 baru ni.....Ingat !! beramal rajin2 sikit ! Ok Dear, ok Guys....Pesanan ni pun untuk diri I gak ni...

Oii dah pukul 4 ptg dah, nak ke senawang sekarang untuk dapatkan air Zam Zam u Dear...nanti I update lagi berkaitan,,,emmm berkaitannn,,aaaa..jap yea fikir jap...emmm.....Ehhh,!! nanti la I fikirkan. Nanti kita jumpa lagi yea.......C uuuuuuuu......

Saturday 8 December 2012

Maksudnya....

Assalamualaikum Dear
Assalamualaikum semua..


Dah hug hug kiss kiss n beri air epal, u tido semula. Nampak gaya tido tu sampai pukul 2 or 3 petang nanti ler baru u bangun..Cuaca dalam bilik u tu pun sedap2 jea, tak suam n tak terlalu sejuk..Suhu bilik memang I jaga betul supaya u senantiasa rasa selesa. Tambahan musim hujan ni dapat ler I jimat pakai aircond sikit. As long suhu bilik u sesuai.

Dua 3 hari lepas, I blogwalking kat semua blog u guys. Hanya ada yg I tingggalkan komen ada yg sebagai silent reader jea. Macam2 info leh dapat. Sambil blogwalking tu byk gak sms I terima, tanya khabar dan beri semangat. Terima kasih pada semua yg menghantar sms pada kami berdua ni, Saya sangat2 menghargainya. Dan pada yang datang menziarahi kami juga, Saya berterima kasih dan u guys adalah penghibur hati kami..tq tq.

Gee dulu pernah bertanyakan I ni pasal mimpi. Satu pagi Gee tanya berkaitan mimpi pasal ikan. So Gee bercerita la mimpinya tu...I tanya "Jumlah ikan dalam mimpi u seekor atau banyak?". Gee kata "Banyak".."Dalam mimpi tu u tangkap tak ikan ikan tu?" "Tak" jawab Gee...Mimpi ikan yang banyak maksudnya Rezeki. Seeloknya u tangkap ikan2  supaya rezeki tu u dapat. Maksud rezeki di sini, adalah rezeki bonus, selain dari rezeki setiap hari yg u dapat..."Alaa rugi la I tak tangkap ikan2 tu.." Gee ckp. I gelakkan dia dan suruh dia cuba tangkap sekiranya bermimpi ikan2 tu lagi..Tetapi, sekiranya kita bermimpi ikan tu seekor sahaja, maksudnya dalam diam2 ada orang yg suka kat kita...Dengan pantas Gee tanya I "Awak ada mimpi ikan seekor tak?".."Selalu I mimpi !!" jawab I tanpa ragu2.."Gatal yea !!"sambil Gee cubit2 badan I..Hahahahaha..Ai! Dear, bukan I yg minta mimpi tu, dia datang sendiri.,pun u kata I gatal ! Gee tanya di mana I belajar tafsir mimpi ni, I kata, kan banyak kitab2 yg boleh di baca tapi sebaiknya kita berguru la pada yang arif lebih baik dan sekiranya ada kemusykilan lagi senang kita nak bertanya pada guru tu..Setakat membaca ni ok ler,..membaca dan berguru lebih baik dan lebih afdal dan lebih senang kita huraikan tafsiran tu. Kebiasaanya, mimpi yg membawa maksud hanya bila kita jaga adab tido dan bermimpi di malam hari sehingga sebelum subuh saja. Mimpi di siang hari, biasanya tak bermaksud apa2 pun..

Sekiranya mimpi ular cmana pulak? Oi Dear, berapa banyak mimpi nak tanya daa! Mimpi ular, sekor ke banyak ke, maksudnya kurang baik. Tafsirnya, samada fitnah akan melanda atau ada yang niat tak baik kat kita, terutamanya ada yg nak sihir kita. Bila dapat mimpi sebegini, kita mohon la doa agar jauhkan dari musibah2 tadi. Dan jangan la kita ambil berat sangat pasal mimpi2 ni. Baik kita ambil berat amalan harian kita jea...Bila Gee nak tanya lagi, I terus kata, Nanti I dapatkan kitab yang sesuai untuk u baca pasal tafsir mimpi ni. I ni pun bukan pandai sangat, sikit2 tu boleh la...Satu lagi, kalau kita mimpi kita bersetubuh dengan seorg yg tidak kita kenali,( Seronok oo kalau dapat mimpi cm ni tiap2 hari !!).. maksudnya, satu hari nanti kita akan mendapat kebaikkan/pertolongan melalui org yg tak di kenali tadi tanpa kita sedar...Harus di ambil kira juga, tafsir2 mimpi ni tak selalunya tepat..anggaran sahaja selainkan tafsir tu datangnya dari kata2 ulamak2,,,,I ni bukan la ulamak, hanya dari apa yg I belajar jea...

U guys kalau nak tahu pasal mimpi, g dapatkan kitab tafsir  Nabi Yusuf  dari pengarang2 yg sesuai ler. jangan dok tanya I..Hari sabtu ni, lepas g kenduri kahwin tu ke, singgah la jap kat kedai buku agama tu. Kalau tak faham gak tanya la pasangan masing2, terutamanya pada suami u guys tu. En suami semua ni pulak atau lelaki bujang, tambahkan rajin tu dengan mengisi ilmu2 sebegini. Pompuan dia suka bab2 ni. Boleh la jadikan modal subjek kalau dalam perjalanan jauh2 tu, borak2 dalam keta, tak la mengantuk. Anak2 pun suka dengar, betul tak?..Yang bujang2 ni pun jadikan di antara subjek borak2 bila berdating tu. Ada masanya si bujang kena la juga tunjukkan skill ilmu yg ada dalam dada tu, baru la bakal pasangan ada confident lebih nak buat teman hidup.Pada yang dah nak plan kahwin pulak, tambah ilmu fekah banyak sikit. Zaman sekarang ni kena titik beratkan bab2 fekah ni. Contohnya, bab HAID, suami WAJIB tahu semua persoalan/permasalah haid ni.Jadi senang la isteri nak bertanya pada suami dia pasal haidnya, dari isteri g tanya org lain, kan malu rasanya.. So sebelum kahwin bro2 kita ni rajin la menimba ilmu. Pompuan selalu kata, mana ada lelaki yg perfect lagi zaman ni,(memang la tak de, NABI jea yg perfect) jadi u guys (lelaki2 ) cuba jadi yg terbaik kalau tak perfect pun..ok bro....

Penat dah menaip ni..lain kali sambung lagi...Lepas zohor kang nak tido jap, mana la tau dapat mimpi ehem ehem..hahahaha hehehehe hohohoho...Oopss, nanti Gee baca, merajuk pulak puteri sentubung saya tu..! Ok guys..ok Dear cayang bucuk....pye.. pye..






Thursday 6 December 2012

Masak !!

Salam Dear..
Salam U guys..

Dear, how are u today? Hope u dah rasa selesa bila nak yak yak coz sekarang ni menu minuman  tiap pagi I akan berikan u minuman pisang atau epal. Sesi kedua minuman u I akan blend kan pisang/epal ngan air suam saja dan nampaknya ada kesan yg baik pada penghadaman u. Ubat yg I katakan sebelum ni, I tak bagi u sebabnya I nak cuba kaedah natural ni dulu, Air Pisang atau Air Epal..!

So far, nampak berkesan di samping tu juga I mengikut nasihat seorng pembaca blog ni mengsyorkan dan mengajar I urut perut u tiap hari pelan2, pun nampak kesannya...TQQ sharekan tips tu untuk saya, tq tq tq....Alhamdulillah hal sakit perut u dah settle, InsyAllah..Tido u pun dah kembali normal hanya graf kesembuhan u jea tak naik2 lagi. Tak pe Dear, I ni hidup lagi, so u dont worry.....Ni nak cita kehebatan suami u ni..Tak la sehebat u but hebat juga ler...Suami u ni MASAK..!! hahaha hehehe hohoho....Masak pengat durian jea. Bertahun tak masak, di sebabkan desakkan adik2 I ni nak rasa masakkan pengat durian I so terpaksa la mengalahhh...Hajat adik2 I...Kalau u terror masak Dear,suami u ni pun terror gak, hanya u tak berkesempatan merasa masakkan I jea..dan masakkan I memang sedap !! hahaha hehehe hohoho..

Tu ! Masterchef Abil yang hen..sem tgh masak...Siap apron lagi.

 Dalam setengah jam siap dah....Sila, sila......sila tgk jer ler..

Dear, husband u ni kalau nak masak, barangan masakkan tu I suka beli sendiri. Durian yang gunakan mesti yg terbaik (semampu I ler ). Kelapa di parut hanya isi putih sahaja, jangan ada kulit tempurung walaupun sikit..gula melaka secukup manis. Kita ni nak hidangkan makanan pada tetamu atau pada keluarga sendiri mesti beri yg terbaik. Tapi jaga2 makan masakkan I ni, I dah jampi serapah !! hahahaha..Tu yang habis licin tu, I sendiri dapat rasa semangkuk kecil jea. Makan ngan roti Gardinia. Ingat, jangan lupa, zikir untuk membuatkan makanan tu rasa bertambah sedap dan tahan lama rasanya...

Tu jea la citanya, pasal I masak. I ni memang pemalas giler nak masak. Tetapi bila I masak pulak, I tak suka ada orang kat dapur, hilang focus masak ni. Keluarga I memang tahu ler perangai I bila memasak sebab tu dia org tak tolong melainkan I yg minta bantuan..Gee pulak, masa dia masak dulu, I suka kejap2 masuk dapur dan cium bahu sebelah kanan dia..Bila Gee tanya kenapa suka cium bahu kanan dia, I kata " Ni tanda terima kasih dan tanda kasih, lagipun jarang ada suami yg suka cium bahu isteri dia, Ini kelebihan u yg org lain tak kan dapat dari I" Mendengar penjelasan cm tu, bertambah sedap ler Gee masak..Lamaaaa dah tak rasa u masak lagi Dear....uhuk uhuk uhuk..Gee ni memang hebat bila tang masak masak. Tak pernah I tgk Gee masak rujuk mana2 buku masakkan. Kata Gee dulu, dia selalu ikut kata hati bila masak. Hebat isteri I ni ! Dan Gee ni selalu menjaga perut I. Gee tahu, pasal makan I tak ambil mudah, terutama bila I lapar atau berkeinginan sesuatu masakkan tu. Dan bila I makan Gee suka hadap I atau suapkan I, cm baby ! hehehe bila I ajak makan baru la Gee makan sekali. Tengah2 suapkan I tu, ada jea Gee minta kat I,,seperti biasa, apa lagi kalau bukan nak beli kasut baru !! Perut I dah berisi, kena pulak isteri yg suapkan,,memang I tak pernah nak menolak apa sahaja keinginan dia. Pandaikan Gee ambil hati I....Seorang ISTERI yang baik.!

Lepas makan pula, pinggang semua I yang basuh. Lagi satu bab, kemas mengemas rumah ni, I tak bagi Gee pegang penyapu pun. Rumah I kemas, masa tu I akan suruh Gee rehat2 pulak. Masak memasak..Gee. Kemas mengemas..I. Basuh baju...Washing mesin..!! Ampai pakaian..gilir gilir. So tu la dia jadual kerja kat rumah kita berdua..hanya selama 2 tahun 3 bulan sahaja..Lepas Gee sakit, I ler buat semua tuuu....

Sampai di sini la dulu cita untuk hari niiii....nak siapkan susu untuk u Dear, nak mandi, solat and then lunch..Apa menu lunch hari ni tak tau lagiii...Up date akan datang nak buat ulangkaji sikit ler..apa subjek? U guys la berikan idea masa romen nantiii...eh eh silap silap..masa beri Komen nanti ! hehehe sorry yea u guys, sorry yea Dear,,hehehe salah taip.......komen romen!!!! hahahahahahahahaha....(Sukanya Abilll !!) hahahaha bye bye komen romen semuaaaa...hahahaha hehehehe hohohohho.....












Saturday 1 December 2012

Me and Gee...


Assalamualaikum wife kesayangan saya...
Assalamualaikum to all of u guys.....

Dear, di sini I tinggalkan clip video berkenaan u and me. Hope u akan lebih faham akan apa yang telah kita alami berdua..Sehingga kini jua la I masih di samping u,,Dear....Just click di sini.. http://www.youtube.com/watch?v=9G8Ffkh4ApU&feature=youtu.be  ........saksikan sehingga penghujung video....Love u Dear.

Wednesday 28 November 2012

Ghost Raider n the Geng..!

Assalamualaikum Dear.
Assalamualaikum u guys..


Doa punya doa, mohon punya mohon pada Allah dan pada Allah tempat mengadu hal, akhirnya Allah makbulkan doa yang di pohon..Punca sebenar ketidak selesaan u Dear yang dok aa,aa,aa kembali hampir seminggu tu I dah dapat jawapannya.....Semuanya kerana u sakit perut nak yak yak...2 hari lepas, selepas I mandikan u dengan doa mohon keluarkan punca sakit terjawab bila I nak pakaikan pampers u.

Setelah selesai I letakkan lotion badan, tukar tracky u and nak pakaikan pampers, I nampak cm yak yak u nak keluar tapi tak boleh, terus hati I berkata bahawa u dah tidak boleh meneran lagi....Apa lagi, suami u ni a.k.a. Dr. Pakar Abil, pakai sarung tangan, letak lotion sikit, I pun tolong u keluarkan yak yak u tu, Dont worry, I dah belajar cmana nak korek yak yak tu dulu masa di Hospital Ampang dulu..Rupanya punya la banyak, boleh buat kek !!...Maksudnya yak yak tak keluar n dok dalan usus u hampir 5 hari lamanya, patut la u sakit perut dan tidak selesa....Habis selesai I kerjakan yak yak u then habis kerja kemas u semula, U terus tido..deep sleep.! Masa tu punya la lega hati I ni bila dapat tahu punca sebenarnya. Alhamdulillah..Dari raut wajah u bila u tido tu pun I dapat gambarkan betapa leganya u rasa Dear..Baru la u dah tak aa,aa,aa lagi selepas tu....Syukur I pada Tuhan..Terima kasih juga pada u guys yang mendoakan. Alhamdulillah dan terima kasih.

Sekarang I dah tau yg u tak reti or tak boleh nak meneran lagi bila u nak yak yak,,so I pun terus meminta pandangan beberapa doctor n pakar perubatan untuk menyelesaikan masalah ini yg akan timbul akan datang..Puas bertanya sana sini dan semalam pegawai perubatan dari GH seremban pun datang, semuanya mengsyorkan I gunakan ubat Lactulose. Sebelum u tido I akan berikan ubat tadi sebanyak 15ml supaya nanti bila nak yak yak lebih mudah....Lepas zohor nanti I akan dapatkan ubat tu untuk u yea Dear..Dr. yak yak Abil is here, u dont worry syg..! Dalam masa yang sama, I akan cari jalan n cara bagaimana nak ajar u supaya boleh meneran lepas ni...InsyAllah I carikan caranya...

Memang I rasa berlega hati bila u dah selesa semula. U ni Dear kalau tambah sakit atau u tak selesa, I tak senang duduk, tido pun tak lena..selagi I tak dapat puncanya selagi tu la agak serabut sikit akal ni memikirkan..Now dah lega rasa I....U pun lega gak rasa kan...Alhamdulillah..

Nak beritau u Dear, dari minggu lepas ramai yang datang menziarahi u ni. Antaranya group superbike, wakil dari Yayasan Tuanku Jaafar (Matan Yam Tuan NS), Kumpulan jejak asnaf dari Pusat zakat dan Baitulmal...Dari pusat zakat pula, dia org ni ada sampaikan untuk kita VCD berkaitan kisah kita ni Dear. Cara mereka mengatur cerita kita tu,,memang TERBAIK la Dear..Nanti up date akan datang I akan uploadkan. Bagi u guys yg nak tgk rakaman VCD tu nanti, siapkan tisu banyak2, I pun bertakung air mata bila saksikan cita sendiri ni..N ianya mengambil masa hampir 15 minit kut....Siap ada lakonan semula, bagaimana u kena serangan asma pada tahun lepas tu..So nanti I kan uploadkan, InsyAllah...Comfirm ramai yang nangis siap kuar hingus laaa....

Ni I lampirkan beberapa gambar tetamu tetamu yang hadir menziarahi u Dear....



Group superbike bersama u yang dok aa,aa,aa....


Di antara superbike dia org, ada lagi gambar motor ni, tunjuk sebahagian jea...Purata kelajuan motor ni..300ksj..laju!! cm motor Ghost Raider tu..Bro, hati2 di jalanraya...
 Yang ni pulak, Group dari Pusat Zakat, Baitulmal, wartawan2...Senator Dato Najib dan tetamu2 lain..
 I ni Dear dok hidangkan nasi lemak seramai 15 org, ingatkan tak ramai, rupa2nya yg datang dalam 60 orang! Alhamdulillah, berkat doa kedua ibubapa I, makanan tu cukup siap ada lebih lagi untuk I..Hebatnya Allah kalau memberkati rezekiNya pada kita..
 Sebelum tetamu2 sampai, pihak zakat siapkan layar perak dalam rumah, cm panggung wayang! ada sedutan cerita kita berdua la Dear..pas dia org tgk tu, ramai yang kesat mata ngan tisu..! ngan I sekali..! uhuk uhuk uhuk...

Nanti rakaman tu I uploadkan yea..tungguuuu dengan sekotak tisu !! hahahaha hehehee hohohoho..
Setakat ni saja lapuran untuk hari ni, Buat isteri saya, I LOVE YOU buat u guys pun I love you...........................Oiii..! Nobody love me ke !? Merajuk kang baru padan muka u all semua.! ok ler, babai, c u kat next n3.....


Monday 26 November 2012

SIHIR..!!

Salam Dear..
Salam pada semua tetamu blog kami ini...

Aa, aa, aa, u Dear kembali lagi..! Sekarang ni pulak, u susah nak tido. U akan berjaga 2 hari n tido sehari. Asalkan bangun dari tido u akan aa, aa, aa semula macam sebelum ni...Berbagai usaha I mencari sebab musababnya...I tak jumpa jawapan, tanya pada pegawai perubatan, katanya agak susah nak menjangka tingkah laku dan perubahan pada pesakit2 cm u ni Dear...N pada rawatan syifa (Quran dan Doa2) belum dapat meredakan aa,aa,aa u tu....So I sabar jea n teruskan penjagaan u seperti biasa. Buat masa sekarang itu saja yg dapat I lakukan...Hope the best for u n me Dear.....

Sesekali tu ada juga I perhatikan u ni, mana la tau kalau2 ada gangguan gangguan sihir atau jin2 yang jahat2 ni...tak de pulak, semua ok..Agaknya u suka buat aa,aa,aa tu....Dear, Dear,,kadang2 tu geram gak I tgk u buat cm tu, rasa nak babab jea!! kadang2 tu I senyum jea...Ada masa I pujuk2 u pun tak jalan gak, masih  u aa,aa,aa...Tak de yg tau apa yg u nak sebenarnya sekarang ni..I berdoa jea pada Allah, dan pada Allah saja la sekarang ni I mengadu hal....Tawakal jea la, dalam masa yg masa I tetap menjaga u seperti biasa....Pada semua tetamu blog ni, saya mohon doa kalian, Tolong doakan moga Allah memberikan keputusan yg TERBAIK buat isteri saya dan untuk saya juga yea....Tqq.....Jadi tu la keadaan Gee yang terkini....aa,aa,aa, kembali n graf kesihatannya tiada peningkatan lagi buat masa sekarang...

Kang nak bersedih hati dok cita keadaan Gee ni, ramai pulak yg nangis pulak so mari kita mengulangkaji sedikit prihal Sihir ni, ok..? Pada suatu hari, apabila saya menjemput Gee dari kerja, beliau ada bertanyakan saya berkenaan sihir menyihir ni...(cm karangan sekolah!)...Katanya, suami kawan dia ni dah berubah laku sejak kebelakangan ni. Suami tu jadi murung, malas, bila waktu nak solat jea dia menyorok bawah katil..! So I tanya Gee." u nak bercerita ngan I ke atau minta pandangan?"..Gee kata. "Dua dua.".."Dear u ingat I ni bomoh ke..!" Bila I kata begitu, mula la Gee dok tersenggeh n Gee suka usap2 janggut I..Satu perangai Gee ni, kalau dia mula usap2 janggut I, tu tandanya samada Gee nak kan sesuatu atau nak minta tolong dari I la tu..Gee tau mana letaknya lemah hati suami dia..bila Gee usap janggut I, I mengalah la....Hanya Gee SAJA yg boleh buat cm tu, Itu satu kelebihan isteri I..

So, perkara tadi..I kata ngan Gee, "suruh la isteri dia panggil org yg pakar dalam bidang perubatan sihir ni..Saya bukan orgnya".... Sebabkan u dah usap janggut I ni, I bagi amalan untuk sihir ni. Bukan setakat untuk isteri org tadi, untuk u juga..Dear, selain dari solat yg kita jaga, Al Quran tu jangan kita tinggalkan, Asma Ul Husna jadikan makanan rohani kita dan amalankan selawat ke atas Nabi s.a.w. kita sebanyak 100 kali sehari. Boleh?....Sekiranya kita rajin amalkan perkara2 yg sangat mudah ini, InsyAllah org nak sihir kita payah, jin nak ganggu kita dia fikir 16 kali dulu...Kalau u tanya kenapa I selalu tekankan pada amalan Asma Ul Husna, jawapnya..Allah sangat2 suka, dan ianya ANTARA zikir2 yg Allah Cinta...Lagipun, kan mudah kita nak hafal n amalkan, manfaatnya, fadilatnya merangkumi semua hal..Contohnya, nak mendapatkan kasih sayang sejati, baca  'AL Wadud', tak nak dapat kecelakaan cm lemas, mati kemalangan, elak kebakaran atau kecelakaan yg sewaktu dengannya, baca la 'Al Wakil'..Ada hajat yg besar, kehendak yg baik baca la, 'Al Latif '....lagi satu, cuti2 hujung tahun ni, kita kan rajin keluar rumah, kadang2 berhari lamanya, rumah yg kosong dan gelap, jin suka tumpang, kalau dia berminat, Jin tu dok lama la kat rumah kita atau ada org nak sihir, dia akan tanam 'barang' kat rumah kita...cmana?...Jadi sebelum kita keluar rumah, kita baca la 'Al Wali ' sekurangnya 10 kali dan hebuskan kedalam rumah...InsyAllah, jgn kata kan jin, sihir, pencuri pun tak masuk dah...InsyAllah. Kalau terkena jugak, redha jea la...hahahahahaha...SEBAB tu la I selalu kata, amalkan nama2 Allah ni...Mudahkan..tapi berapa org yg amalkan, berapa org yg hafal, berapa org yg faham huraian maksud Asma Ul Husna tu...zikir yg mudah tak nak amalkan,,doa2 yg panjang lagi la tak nampak nak baca...!! Isi dada tu, baru la rasa gah rohani, bila rohani kita gah, gangguan dan sihir ni payah nak berkesan...Faham?

Baik la, kalau dah terkena sihir, selain dari kita berubat ngan tokoh2 yg pakar dalam perubatan ni, cmana kita sendiri nak berubat atau kata org hapuskan sihir ni..? Macam ni,, Sekiranya kita terjumpa "barang" sihir, samada di tanam kat rumah, (kebiasaannya la)..atau di letakkan berdekatannya kita, contohnya di meja tempat kita kerja (dengki pasal kerja)..atau jumpa kat mana2 yg kita tahu ni la barang dia..aaaa..Ada dua cara...1.Kita ambil "barang"tadi dan letakkan dalam bekas yg boleh di tutup rapat,(berkunci lg bagus, jgn kasi terlepas keluar) eloknya campurkan sedikit garam kasar yg telah di bacakan 3 Qul. Then kita buangkan di sungai yg mengalir n baca la 3 Qul sekali lagi..maksudnya kita buang la sihir tu...Cara ke2.. Ini ramai yang suka ni,..Jumpa jea barang tu, terus masukkan dalam tin yg boleh ditutup. Tutup rapat2.!! Mohon pada Allah, lindungi kita dan jangan la sihir ni berulang lagi...baca la 3 Qul..then kita bakar tin tadi buat sementara, kita panaskan dia .Hahahha hehehee hohohoho  Org yang jahat tadi, yg dok suka sangat aniaya org lain, dok suka sgt sihir org lain,,akan terasa berbahang badan dia bila tin berisi "barangan" si jahat ni terbakar..!! aaa rasakan, sedapkan!..tak yah g sauna,!...Kaedah ke 2 ni bagi mereka2 yg benar sakit hati saja..Tetapi sebaik baik iman seseorang itu, jangan la kita bakar tin tu, kita buang jea la kat sungai, kita maafkan jea.....kalau nak panaskan sekejap tin tu dengan niat supaya si jahat tadi berhenti buat syirik pada Allah dan aniaya org lain, apa salahnya kan...hehehehehehe....Setelah tu, lepas solat kita zikirkan ayat 137 surah Al baqarah, Kalam yg berbunyi Fasayaqfi kahamullah (pertengahan ayat 137, buka dari awal ayat) sehingga habis ayat 137 tadi...Boleh faham tak?..Cuba kita baca tafsir ayat tersebut, tgk apa maknanya....(.Apa lagi tunggu!! bukak la tafsir Quran tu!!)...Hanya jangan kita baca terlalu banyak kali pulak, coz zikir ni agak panas sedikit, baca 70 kali cukup la..nanti kita boleh rasa anak2 peluh keluar dari badan kita..cuba try..!...PERINGATAN..serahkan urusan sihir tadi pada Allah, jangan sesekali kita bayangkan muka org jahat tu sambil bakar tin atau sambil zikir ayat tadi...Kalau mati org tu sebab kita bayangkan mukanya, kita tanggung dosa..! Serahkan saja pada Allah niatnya...

Kalau kita tak jumpa "barangan" tu cmana nak buat Abil oi..?..Klau tak jumpa, cukup kita zikirkan ayat tadi selepas solat hajat...tapi jaga niat tu..jangan kita membalas dendam..cukup kita serahkan urusan tu pada Allah. InsyAllah. Org yg sama takkan buat lagi sihir menyihir ni...Jadi tu la ANTARA amalan2 yg ada, yg ringkas, boleh di amalkan oleh semua...Selain dari amalan2 tu, kita ni pulak secara fizikalnya kena la jaga badan tu, biar tegap sikit, biar kuat sikit zahirnya,,pun sihir n jin ni payah ganggu. Cm kita la, kalau kita tgk org tu fizikalnya nampak gagah sikit, berani tak nak ajak bertumbuk?..pas tu dada ni kita sentiasa pada Allah dan ada amalannya terisi di dalam,.. emm lagi la payah nak di sihirkan..InsyAllah...OOOO lupaaa..sekiranya diri kita rasa di sihir, perubatan awalnya adalah...Buat tak tau jea, jgn ambil serius..Betul..! tu perubatan awalnya..Faham...!

So and so, tu jea la share, ulangkaji kita hari ni, tak mau panjang2..boring org nak baca, I pun boring nak taip lama2....pengerasnya untuk share ni, tolong hantarkan DURIAN kat I, musang king ke, D24 ke, 101 ke....hahahahahahaha kempunan durian I ni...durian kampung tak berapa minat..hehehehehe...Oii dah la penat menaip ni, siapa yg tak faham call I jea la yea,,,ok Dear, ok Guys I nak kemas rumah ni, esok ada tetamu dari pusat zakat nak datang ziarah... Org cm I n Gee ni penerima zakat!!U guys dah bayar zakat lum!? hehehehe....Dear, guysss, rajin rajin la beramal yea....bye bye...

Thursday 22 November 2012

Berilmu n sexy !!

Assalamualaikum  Pn. Fauziah bt. Muhamad..
Assalamualaikum  Tuan/Puan u guys..............

Alhamdulillah, akhirnya u dapat melelapkan mata, tidur la...jam 11 malam semalam..Setelah hampir 2 hari tak nak tido!!..Ni nanti lewat petang la u akan bangun, kebiasaannya cm tu..Masalahnya pulak, yg I nak kemaskan u tak boleh, selagi u tido Dear. Kang I kemas kang, u mengamuk la pulak ganggu u tido..Cmana?! Tunggu la u bangun nanti.....

Dear I masih tido lagi,, so adalah lebih baik kita ngata ngatakan dia!! hahaha hehehe hohoho...Suka gosip gosipkan Dear I ni...alaa, lagipun warkah ni untuk dia kan, nanti (InsyAllah) Gee baca gak n mungkin Gee dapat recall semula memori dia kan...kannn Dearrr..cayanggg dia...Sapa tak sayang bini oiiiii...manyak lugi kalau tatak sayang mini (bini)..Mini pun tatak sayang laki pun lugi oo..Ini hali, hali Khamis lagi mau kuat kuat sayang lu org,,nanti malam lagi mau kuat sayang!! tau ka..?...Hey, hey, laki mini saja,,tatak kawin punya tak boleh aa!! Lose(dosa) Besar!!..Hantam sama kayu nanti!!...Olang olang surupa sama saya,,kita sabar saja loo...Tapi kita laki mini mau selalu sayang kuat kuat, nanti petang balik lumah kasi kiss sama laki/mini aa..cakap sama dia, I Love U, hali hali ini macam bikin...jangan kedekut kiss kiss aa, free saja, tak perlu bayar....Kalau mau bayar pun, cakap sama dia, nanti malam bayar laa!! hahaha hehehe hohoho...

Tu cita bagi yang kawin n masih bersuami isteri...Yang dah tak bersuami isteri ? (duda/ibu tunggal)...Kita sabar la dulu, bawa2 bertenang...Bagi yang berstatus seperti dalam kurungan atau sewaktu dengannya, cm I ni hehehe..Banyakkan bersabar, focuskan lebih sikit pada kerjaya kita, focuskan lebih sikit pada amalan2 kita..Sibukkan diri tu dengan jadual2 hidup seharian. Focuskan cmana nak tambah duit lagi, niatkan usaha tu kerana Allah dan niatkan untuk anak2..(yg ada anak la)..Al Quran tu hari2 baca, InsyAllah ianya akan banyak membantu...Nasihat ni untuk diri sendiri sebenarnya..hahahaha...Dunia sekarang ni, kita perlu berkamampuan dari segi financial, sekiranya financial kita ok, bagus, kita tak perlu susah2 nak mencari teman penganti, Teman tu sebaliknya akan mencari kita, tak kira la lelaki ke pompuan ke...kena pulak, selain dari financial kita ok, pegangan agama pun lagi ok..emmm ramai la mata yg memandang nanti,,InsyAllah. So bagi yg dalam kurungan di atas tu, focuskan dulu dalam 2 perkara tadi, biar maju ke depan sedikit, kalau banyak lebih baik...Jangan selalu kita mengeluh nasib yang menimpa kita. Lagi kita mengeluh, lebih lagi sakit di hati, bila sakit di hati, akal kita tak gunakan,,mula la tindakkan kita mengikut perasaan / nafsu..Buat sebegitu, mundur hidup kita!!..nak macam tu!!? Hentikan dengan segera bermadah madah sedih or berpuisi2 sedih..aaaa lagi satu hentikan dari mendengar lagu2 sedih,,penting ni!!..Lagu2 sedih ni kalau kita rajin mendengar, suka mendengar, minat mendengar dan tersentuh hati mendengarnya,,,,satu hari PASTI kita akan perolehi cerita lagu tu dalam hidup kita,,yg part ni untuk semua! (kurangkan mendengar la)...

Berbalik pada golongan dalam kurungan..Bila kita dah single semula (elakkan guna bahasa Janda! bagi yg wanita) perkara pertama yg harus di lakukan,. rapatkan lagi diri kita ngan Allah. Sebelum ni memang rapat la,,rapat2 kan lagi. Rajin2 kunjung ke rumah Allah tu..(masjid/surau). Aturkan jadual kita rajin2 g dgr ceramah n masuk kelas ngaji quran..Dalam masa yg sama ubah sikit penampilan diri, aaaa...Cara kita berpakaian ubah, biar look sexy!! but masih mengikut syarak berpakaian..Bentuk badan, ubah. Bersenam, hilangkan lipatan di perut tu!! Ini,. cuba kau org tgk perut tu..cuba kira berapa lipatan yg ada..agaknya kalau di luruskan kulit perut tu mau sampai ke lutut rasanya..! mana2 bahagian yg terlebih tu, usaha kurangkan.. Lagi satu, kadang2 tgk punggung dia, letak dulang tak jatuh!! Adjust bentuk badan tu, baru la ada perubahan diri nanti, baru la bertambah yakin pada diri tu...Faham!? Biar kita look sexy ler, ni masa untuk berubah, hidup baru, badan/pakaian baru....Then masa yg sama kita jaga pergaulan kita, tambah kawan2 kita yg rasanya lebih berjaya dari kita n lebih berilmu baik dari kita....Duduk dalam "kolam" kawan2/kenalan sebegitu, lama2 kita akan jadi macam dia org jugak..BERJAYA dan BERILMU..Bila kita bercakap apa yg keluar dari mulut kita semuanya bermanfaat,,cukup la kita nak mengeluh/mengadu nasib kita sebelum ni...CUKUP!! STOP!!..Cari jalan maju ke depan.!..InsyAllah, bila ada usaha kita seperti di atas, Allah PASTI hulurkan bantuan dan memberikan hasil yg baik untuk kita tetapi kena berusaha dulu la,,jangan risau u all, confirm Tuhan tolong cepat...Takut2 bila kita dah berjaya sikit, ada ilmu, bentuk n pakaian pun look sexxxyyy (as long jaga adab berpakaian) org yg tinggalkan kita dulu tu tanpa sebab yg munasabah, terhegeh2 nakkan kita balik!!hahahahaha...U all cari yang baru jea laaa..Dah ada perubahan zahir n batin nanti ramai la yg pasang mata, baik lelaki atau yg wanita...ooppssss..lupa lak, jaangan g cari org punyaaa!!! no, no, no...HEPPP!!!

Eh eh, lupa lak nak gosipkan isteri saya tu, patutnya kita dok ngata2kan my Dear ni, dak kelain pulak cerita si Abil ni..Nak cerita pasal Gee ni kang meleret panjang n3 ni..Actually nak citer pasal Sihir coz Gee pernah tanya I dulu berkaitan sihir ni..Next n3 la yea,, Dear sayang, next n3 I cita pasal sihir menyihir ni dan cmana nak pulangkan balik!! hahahahaha tak baik kan kalau kita pulangkan balik, nanti kena tegur ngan NABI s.a.w....Up date akan datang kita cerita pasal org jahat hati ni...arrgghhh tuiiii !! jahat!!..I bagi amalan kasi si jahat ni panas sikit,. boleh? Tapi sebelum tu, nanti kat rumah u guys buka Quran, Surah Al Baqarah, ayat 137. Baca dulu, nanti senang faham.....nak bagi si jahat tu panas tak..!? baca dulu...hehehehe jahat gak  si Abil ni ajar org balas dendam hehehehe ..bukan balas dendam la..nanti baca la n3 akan datang...

I nak tanya jugak ni kat u all....ok ke I buat sharing/ ulangkaji sama2 selama ni..Risau gak sekiranya ada yang marah ke, kecil hati ke, tak suka ke....Tolong berikan komen sikit secara IKHLAS...Dear, u pun nanti kalau ada yang u tak suka dalam n3 n3 blog ni u cakap kat I tau...Hati org kita kena jaga kan...Ok la Dear, and u guys, InsyAllah jumpa lagi di alam maya akan datang.........Alammm Mayaaaaa...eeeeeee takutttt...



Wednesday 21 November 2012

Mertua VS Menantu...

Salam kembali Dear, ..yang masih tak nak tido ni..!! aduhhhh..
Salam kembali u guys...yg juga masih belum tido sebab u guys kerja kan..?..

Allah Hu Akhbar...Berdoa kita semua moga Allah melindungi Saudara kita di Palestin dan moga Allah menghancurkan kekejaman Israel yang di laknat Allah....AL FATIHAH.


Mari kita sambung perbincangan Menantu - Mertua tadi.....Dear, u tido! jangan campur hal org2 tua nak mengulang kaji ni..tido, tido!! aa,aa,aa tak habis2 si Gee, isteri saya sorang ni....I pun no jalan n no road, nak buat u tido Dear....

Ok, berkaitan menantu n mertua tadi..Memang betul masih ada lagi ujud permasaalahan di mana kadang2 menantu perempuan ni rasa tertekan bila mendapat Mak Mertua yang berkelakuan tegas atau dalam gambaran si menantu, mertua dia ni umpama mencari kesalahan saja.(mungkin tak banyak tapi masih ada la kut )  Akibatnya, menantu rasa tak senang hati, nak ngadu kat suami prihal mak mertua pulak rasa serba salah, jiwa akan tertekan bila berkunjung ke rumah mertua dan macam2 rasa di mana semuanya menuju ke arah suasana hati yg kurang senang bila berdepan mertua. Mertua pulak, agak kusam muka bila menantu ada, bila nak suruh menantu buat kerja pun, bunyi cm arahan dari komando pejuang Hamas, atau bunyi cm sindir2 jea.... Tambahan pula si menantunya berjaya 'mencuri' anak Lelaki kesayangan mertau ni tadi, emmmm lagi la.....Ada sesetengah kes serupa ni masih berlarutan bertahun tahun....Sebab apa jadi macam ni.? Mana silapnya.? apa penyelesaiannya.?....apa macam, ada bunyi macam prof. tak intro subjek ni..!? hahahahaha.....Mari kita ulangkaji sama sama...

Sebab tu la dalam n3 I yg lepas2 ada I tekan kan sebelum kawin dulu kita cari keburukkan bakal  pasangan kita. Sekiranya keburukkan tu kita boleh terima dan ubahkan masa depan teruskan hubungan itu, tetapi sekiranya tidak boleh terimaaa, sendiri mau ingat la...Bukan bermaksud mencari keburukkan tu untuk bergaduh,,ianya untuk kelancaran hidup akan datang. Tengok buruk pasangan kita, tgk pula keluarganya.. Bila dah nampak, fikir sendiri, boleh tak kita hidup ngan sifat2 sebegitu, kalau boleh, cari jalan bagaimana nak mengatasinya dari awal2 lagi...Itu sepatutnya di lakukan masa awal2 dulu sebelum menerima pasangan kita sebagai teman hidup...Ingat, sekali kita dah terima, selama kita hidup la kita akan mengharunginya...Ini pesanan bagi mereka2 yang berboyfren gilfren...Kira ada niat nak kawin ler, kalau setakat kawan2 jea it's ok, tak perlu g siasat secara detail keluarga kawan2 kita tu...

Bagi yang dah kawin pulak, dan mendapat situasi seperti di atas.....Relaxxxx...jangan sakit2 hati, jangan rasa tertekan sangat...kita cuba cari penyelesaiannya...Kita semua kena BACK TO BASIC. Mak Mertua kita ni kan WANITA jantinanya...So kita kena la sentuh hati dia..Pertama, apa yg kita perlu ambil tahu, adalah umurnya berapa dahulu...Sebab umur ni akan menentukan bagaimana kita perlu atau mana kuncinya untuk kita memujuk mertua kita agar lebih berlembut mahupun agar lebih menyanyangi kita...Contoh, sekiranya umur mertua tu dalam 58 tahun ke atas, perlu la kita lebih menyentuh hatinya. Kalau kita dok ngan mertua, pagi2 kita siapkan sarapan Mertua kita ni dengan tertib. maksudnya, biar la sarapan tu nampak berhias cm kat masterchef tu, dan biarkan nampak berbeza sikit persembahan sarapan untuk mertua kita tu dari yang lain. Kan tersentuh hatinya nanti bila mertua tu terasa dia la yg paling di hormati dan dia yg special dalam kelurga tu. Tambahan pula, kita bersarapan bersama mertua kita sambil kita mendengar cerita dia, walaupun dah 6000 kali dia dok ulang cita yang sama, dgr dengan khusyuk! Bila dah nak g kerja tu, selalukan cium pipi mertua kita. Buat tiap2 hari, kalau tak pernah buat, mulakan dari sekarang..Mungkin pada mulanya, mertua kita tu rasa pelik atau ingat kita ni saja2 nak bodek dia tetapi lama kelamaan dia akan terasa sangat rindu pada kita kalau satu hari kita tak cium pipinya...aaaa, percaya la ngan kaedah ni...

Then kita ambil tahu apa perhiasan yg mertua kita suka, atau kita paling suka..Contoh lagi satu, Biasanya kita kalau pakai beg tangan ni, lebih mahal dari mertua kita pakai, betul tak? Bila kita memakai sesuatu perhisan lebih dari Mertua kita, dia akan terasa bahawa anak lelakinya tadi melebihkan isteri dari ibu nya sendiri..jadi ketidakpuasan hati tu akan di lepaskan pada menantunya nanti....Nampak tak?..Bukan nak suruh selekeh jea bila jumpa mertua tu tetapi cuba sesekali kita hadiahkan, kita belikan beg tangan yg sama harga untuk mertua kita tu. Pas tu kita minta dia gunakan beg tangan tu tiap kali kita bawa mertua kita g jalan2 atau bercuti sama2...Bawa mertua kita g jalan2 cuti2...katakan ngan mertua tu.."Mak, jom kita g cuti nak. Lama kita tak bercuti sama mak, lagipun ada beberapa perkara nak minta nasihat mak la...jom la mak..!"...Bila org tua ni dengar pasal cuti, dia mula suka la, kena pulak dia dengar kita nak minta nasihat atau pandangan dia,,lagi la dia tak menolak dan tak sabar nak borak2 ngan kita....COMMUNICATION is very very important!! Kebanyakkan masalah boleh di atas dengan kita berbual sahaja. Namun harus ingat, sekiranya kita ingin menjalinkan hubungan yg lebaik baik ngan mertua tadi, kita harus banyakkan memohon maaf pada dia. Biar kita low down sikit..Sambil borak2 tu kita pegang la tangan dia..Wanita atau org tua ni, kalau kita sentuh hati dia, lemah dia ngan kita ni....Menantu perempuan ni sepatutnya lebih arif menangani Mertua yg cm ni, coz jantina kan sama, so u guys tahu kan apa yg wanita suka.....Tu antara contoh2 yg boleh di praktikkan bagi memenangi hati Mertua, yang lain2 tu u guys cari la kunci tu sendiri...harap contoh2 di atas dapat membuka idea2 u guys nanti....Banyak lagi contoh yg boleh di berikn, tapi nanti n3 ni panjg menjela pulak...Yang penting, SENTUH HATI MERTUA KITA TU.....InsyAllah selesai masalah....

Dan sebagai amalan tambahan pula, amalkan yg ni,(bagi yg nak mengamalkan la yea)...Rasanya I dah berikan amalan ni, tak pe sekali lagi.....Tiap malam Jumaat, sebelum tido atau sebelum ehem ehem...(ciannn I, setahun lebih dah)....ambil sekeping roti, tulis ngan jari nama Allah yg ke 29 mengikut turutan Asma Ul Husna, (nak sebut dlm rumi I tak reti, u guys buka kitab Asma Ul Husna tu, tgk sendiri)...AL ADL kalau tak silap ejaan dalm rumi,..lepas tulis tu makan roti tu...Sebelum tu fatihah sekali hadiah untuk Nabi s.a.w. then niat......Amalan ni kalau kita amal kan rajin2, apa yg kita cakap, org lain suka mendengar n akan mengikut kata...InsyAllah..(kata2 yg baik tau).....amalkan...

Cukup tak sharing kita ni, ada byk nak kata tapi tak suka la kalau n3 yg panjg2, nanti ada yg bosan kan kan...Harap kita ni ambil langkah yg bernas bila berdepan mertua kita. Jadikan diri kita ni anak menantu kesayangan dia..usaha dan teruskan usaha..Hebatnya kalau mertua kita sayangggg sgt kat kita, en. suami tu tak de can langsung la nak bercurang2an atau tambah2,,,sure kena basuh ngan mak dia sendiri nanti..hahahahahahahaha.....Yg sedang menghadapi situasi Mertua VS Menantu..sabar n relaxxx...cari jalan yg baik yea....

sampai di sini dulu la rancangan Warkah Buat Isteri..InsyAllah akan ke udara apabila dah up date lagi nanti...so guysss, see u soon...n Dear.... TIDO !!!!........






Followers