Friday, 28 December 2012

Soalan Bocor !!

Salam Dear..
Salam u guys..


Sebelum I lupa Dear, ni nak beritau u ni..Hari Ahad ni 30.12.2012  I akan ke studio Radio Salam fm jam 7.20 pagi bertempat di Angkasapuri Kuala Lumpur untuk menghadiri segmen bertajuk "Keluarga Bahagia" secara live...91.1 frequensi nya..Nanti u dengar yea. I akan suruh my mom and adik beradik I bukakan radio. U guys mana yang bangun awal n biasa dengar salam fm tu boleh ler join sekali mendengar dan rasanya Dj Farhana ( Dj pompuan tu..! Semanagat ler abg Abil ni!! hahaha ) tu akan terima panggilan org ramai untuk berkongsi segmen..rasanya la..

Dont worry Dear, I g kejap jea, U tunggu yea, mak n my sisters semua ada jaga u nanti. Lagipun time2 cm tu biasanya u masih nyenyak lagi beradu...Tapi Dear, lepas selesai tu, bagi la I rayau2 jap kat KL ngan my brother Lokman Hakim. Lamaaa tak jalan2 kat Kl tu..ok Dear..Tqqq sayanggg...

Gee ni sekiranya cuti hari Jumaat, dia kan tanya apa tajuk Khtubah Jumaat selepas I balik rumah dari masjid..Kali pertama dulu dia tanya I, terus I peluk Gee. " U ni antara isteri yang terbaik " kata I. "Jarang sekali I dengar seorg isteri bertanyakan khutbab Jumaat kat suami dia, Hebat isteri I ni ! " sambil peluk Gee lagi...sambil2 peluk tu jugak, tangan I akan cubit punggung Gee! hahaha sambil menyelam minum air!! hahaha.....Masa duduk for lunch I akan ceritakan perihal khutbab tadi..Kali pertama subjek khutbab yang dok citer ngan Gee tu prihal Mati..Gee bab2 tauhid ni dia suka sangat mendengar. Macam2 soalan Gee akan tanya I...Cmana rasanya mati? cmana Malaikat Izrael cabut roh kita? Pastu roh kita kemana? cm tu la soalan2 Gee dan ada lagi...Kadang2 tu penat gak nak layan soalan dia..but memandangkan Gee ni  ISTERI I yang sangat2 baik dan pandai ambil hati suaminya ni..rasa penat tadi bertukar jadi terhibur..Hebat Gee ni, pandai dia menghiburkan hati I....

I kata ngan Gee, pertamanya, nama Izrael I tak jumpa di dalam Quran atau mana2 hadis.(Kalau u guys terjumpa, beritau I yea) Hanya yang di sebut Malaikat Maut. Nama malaikat Izrael ni di namakan oleh ulamak2 besar dahulu, so kita ni boleh la guna pakai sebab Ulamak2 tu semuanya berilmu dan bernasabkan pengetahuan dia org tu terus ke Rasullullah s.a.w. Sekiranya ada pengetahuan atau ilmu tidak bernasab Nabi s.a.w. ( Hadis dan Al Quran ) kita harus rujuk pada yg lebih arif (Ulamak ). Contohnya cerita malaikat Harut Marut tu.,ianya berdasarkan riwayat saja di mana kalau berdasarkan riwayat kita boleh mendengar tetapi tidak boleh di bawa berbahas. Ini pendapat2 seseparuh ulamak2.....Aaa soalan u tadi Dear..Kesakitan menghadapi kematian ni I tak tau la coz I belum mati lagi !! hahahaha...tetapi gambaran yg di berikan, rasanya amat la sakit, kata org tu seperti sebatang dahan yg penuh duri ada dalam tubuh kita ni, then di tarik keluar tanpa ada ubat bius !! amacam, sakit tak? tu gambaran sahaja yg nak beritau mati tu sakit ! Jangan sesekali u takut mati Dear, takutkan Allah sahaja, InsyAllah kesakitan tu Allah akan bantu..Bila kita di ambang mati, Malaikat Izrael tu akan berada di kepala kita. Nanti ada sekumpulan malaikat yg lain akan datang untuk menolak roh kita dari tapak kaki sampai ke lutut then malaikat tu akan beredar, pas tu datang yg lain pulak tolak roh kita dari lutut ke perut then beredar, datang yg lain tolak dari perut ke leher..aaa sampai jea di leher kita ataupun di sebut halkum Pintu taubat di tutup untuk kita dahhh (aa aa tak tau !!)..masa tu juga kita akan nampak Malaikat Jibrail dalam rupa asalnya di antara langit dan bumi. Untuk apa? Untuk menunjukkan tempat kita selepas mati nanti. Malaikat kan ada sayap, so sekiranya sayap kanannya di perlihatkan, maka elok la tempat kita tuuu..ada peluang syurga la tu..TETAPI sayap kiri yang kita di perlihatkan maka.....tak dapek den nak nolong doh!!..Harap harap ada la belas kasihan dari Allah dan harap2 yang hidup ni sentiasa menghantarkan permohonan yg baik untuk kita nanti.....harap harap laaa...

Selepas tu baru la malaikat Izrael tadi mencabut roh yg berada di sekitar leher n kepala kitaaa..tak sampai sesaat roh ada kat Izrael, di ambil pula oleh malaikat lain untuk di bawa ke langit untuk sessi pendaftaran masuk alam Barzah..Kena catit nama siapa, apa amalan yg telah di buat, dosa berapa banyak then di tanya ada HUTANG tak?...Kalau ada maka tergantung la proses tadiiii...bak kat org, K.I.V. dulu..sudahhhhh, roh pun tergantung la dia di antara langit dan bumi dalam keadaan yg sangat huru hara dan tempoh yg di tetapkan Allah. Sebab tu yg hidup ni kena la settlekan hutang tu untuk si mati,....Ok, selesai jea sessi pendaftaran tadi, kemudian roh di hantar semula ke jasadnya dimana jasadnya dah pun berada dalam liang lahad. Dia dengar la org baca talkin, org bercakap2, tapak kaki yg beredar meninggalkan diaaa...Eh, dia dengarrr...THEN tiba2 si mati tu bangun duduk dalam keadaan sebagaimana dia hidup dahulu..maksudnya jasad dan roh, cm sekarang ni kita hidup..sambil membelek2 kain kapan yg dibaluti tubuh dengan muka confius( mau tak confius, dok sorang2 tak tau apa tempat tu, kena la gelap gelita )...laaa dah mati aku rupa rupanya kata si mati...Masa yang sama datang 2 malaikat yg sangat2 di risau..ii oleh semua org..Nungkar dan Nangkir.. Paras rupa dia org bergantung pada amalan kita di dunia dulu, samada dia org datang berwajah berseri atau, atau..eee takut nak cakap !!seorng bertanya, seorang lagi tukang belasah sekiranya gagal menjawab 7 soalan cepu emas..7 Soalan yg telah di bocorkan lebih 1400 tahun dahulu..kalau tak dapat jawab gak.....sekali lagi, "Tak dapek den nak nolong doh!!"..Sendiri mau ingat la apa akan terjadi....Mana2 yg lulus peperiksaan 7 soalan tadi, dia org boleh relex2, lepak2, siap ada rezeki makan dan minum lagi...masa tu Besttttt jea rasa lepas mati...mana2 yg gagal menjawab....jawabnya seksa la dia, di mana seksaan Alam Barzah ni tidak dapat di ertikan/ di ungkap/ tiada kata2 yg boleh di ceritakan secara tepat setepat tepatnya betapa sakitnya seksaan tu..( Baca la kitab2 seksa kubur tu ) Masalahnya kita dah tak boleh mati lagi dah lepas tu, tanggung jea laaa.....hebatnya seksa ciptaan Allah ni. ALLAH HU AKHBAR.. Dear syg,Apa yg I ceritakan ni I berdasarkan pendapat2 dari golongan ulamak2 besar..mungkin juga ada pendapat yg lain...Roh tu rahsia Allah kan..hanya sedikit jea yg kita tahu..

So, cmana Dear, cmana u guys dan cmana I gak ni...Boleh tempoh saat2 mati n 7 soalan tu..? Rasa rasa bila kita nak mati, tahu? Tahu tak?..Kalau tak tau ikut jea la apa yg Tuhan suruh, jauhkan apa yg Tuhan larang..jangan fikir panjang2, buat jea...InsyAllah kita mati sambil tersenyum nanti..InsyAllah...

So Dear tu dia khutbab untuk Jumaat..Oh ya Dear, malam ni pukul 10 sampai 12 hari futsal I seperti biasa tiap Jumaat...Kat ngan rumah jea tempat futsal tu..Dari bujang sampai la sekarang jadual futsal tak berubah..Dah kemas n susu u baru la g main n mak pun ada tu jaga u jap tau...Dan u guys jangan lupa Salam fm nanti..dengar la suara lelaki hen..sem ni yea....hahahaha Esok lusa up date lagi ok...bye dear, bye  guys..bye bye....byeee....bye ...bye.......byeeeeeeeee........................................bye.


43 comments:

  1. ehem petanggg . hehe
    ingat mati tu wajib kan . nak senang dunia akhirat , saat mati tu yang penting tinggalkan mana buruk , buat mana baik . InsyaAllah meninggal cara baik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehem pagi....betul tu, isi bekalan banyak2 sebelum nak berhijrah ke alam Barzah nanti..

      Delete
  2. Alhamdullillah ni la perkongsian yg pnh abg share ms 2nd time ekin melepak dgn abg hehehee... Mesti kwn2 abg yg baca n3 ni akn rs satu mcm... Huhuhu beshhnye nk g jejalan kl nk ikuttttt... Ngeee ok lh nnt komeng lg ye ustaz abil tc bang .. Kiss utk kak gie.. Ekin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa sekiranya datang melawat lagi...durian crepe....

      Delete
    2. Amboi2 ayat sekiranye tu mcm perli je kn? Ngeee ye la ingat nk dtg bsk abg plak on air... Abg kat artis bz je la.. Kene tgk bila abg free kn? Hahaha.. Insyaallah nnt ekin bwk kn..? Anyway jaga kak gie bebaik tau..

      Delete
  3. assalamulaikum abg abil..

    entry ini paling menyentuh hati saya,, penuh keinsafan..
    terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu ini.

    cik pah

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo ni cik pah yg nak g umrah bulan depan tu yea...

      Delete
  4. insaf nye bila baca apa2 psl mati...mati itu pasti...kita yg kdg2 alpa...salam utk abil & gee :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian ilmu ni.. hehe.. lepas ni nak tanya husband saya jugak la..apa tajuk khutbah jumaat..every week nak tanye.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good, so nanti boleh juga kita tahu suami tu dengar ke atau tido waktu khubah tu..hahahaha

      Delete
  6. Alhamdulillah bertambah lagi ilmu..syukran atas perkongsian ini..moga kita sentiasa muhasabah diri untuk persediaan kehidupan selepas kematian..amin..

    ReplyDelete
  7. Salam abil, terima kasih atas perkongsian ini, meningkatkan keinsafan n moga bertambah ketaqwaan aaminnn.
    Kakcik ada penang, insyallah nak jumpa dia esok....abil nak kirim bli apa2 from here? Jeruk? Msg me @ 0124293317

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berjalannn jea kerja Kakcik..kim salam ngan dia nanti yea..kalau ada apa2 saya nak, nanti saya sms yea MK..hehehehe

      Delete
  8. Ahad ni??alamak..umah akak x de radio...kena lepak lam keter la nampaknya

    ReplyDelete
  9. Salam fm? Rumah ni jarang buka radio walaupun ada dpn mata.
    Nanti kakpb cari channelnya.
    Kakpb pun jarang tanya psl khutbah jumaat kat suami, bila tanya dia kata...alah..biasa2 je, hal politik pun nak selit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali tanya en suami tu n minta dia khubah lak kat rumah..

      Delete
  10. Salam en.abil, saya lak, suami yg rajin bg kuthbah bila balik dr masjid, tu yg wt lg sayang kt dia..tp kalau bab politik dia tak cerita la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami bagi khtubah tu biasa, yang jarangnya, isteri bertanya pasal khubah tu..

      Delete
  11. Salam. Saya memang akan tanya suami apa tajuk dan isi2 kutbah tiap minggu..pasal,selain dpt ilmu, kira soalan perangkap tu..bleh tau dia g solat jumaat tak dan kalau btul pegi, dia tido ke apa ke..tambah2 kalau pg2 jumaat pakai baju melayu gah bersampin pastu cari butang baju.."Pah,..butang baju melayu abang mana Pah!" Mcm citer MADU TIGA daa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau en. suami minta butang baju melayu tu, berikan jea laaa...baru la namanya isteri yg taat..!hehehehehe

      Delete
  12. rasa insaf dengan entri ni.. benarkah kita dah bersedia untuk menghadapi sakaratul maut? benarkah kita dah bersedia untuk disoal oleh mungkar dan nangkir??? benarkah kita dah bersedia untuk dihisab?? sudah cukupkah amalan kita untuk dibawa ke 'sana'

    ReplyDelete
  13. SALAM .. abg abil i proud with you !!! selama 21 tahun adik hidup takda lagi jumpa lelaki sebaik abg abil .. bukan niat nak memuji abang tapi adik kagum dengan semangat n ketabahan abg abil menempuh dugaan hidup bersama isteri tercinta .. tiada apa yang dapat adik bantu selain mendoakn kak gee cepat sembuh seperti sedia kala .. amin
    *silent reader*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually semua lelaki tu baik2 belaka..hanya adakah dia memilih menjadi yg terbaik?

      Delete
  14. sesak nafas bace entry ni.. tak tipu.. takut sangat.. Allah.. tq a.abil.. ingatkan saye..

    ReplyDelete
  15. tq uncle..igtkan yg muda2 mcm sy dan dh ada point utk final thesis..tq vry much uncle..hug n kiss utk auntie dr sy yg di perantauan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hug n kisess juga dari aunty Gee..n Good luck.

      Delete
  16. Bertuah abg abil ada isteri spt kak gee..

    ReplyDelete
  17. takutnya dengar..muhasabah diri...salam sayang buat k.gee..semoga cepat sembuh..aminn

    ReplyDelete
  18. Terima kasih atas pengkongsian ini Abil. Menakutkan....gerun rasanya. InshaALLAH, mari sama2 buat kebaikan banyak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat kebaikkan byk2 supaya gerun tu kurang sikit rasanya...

      Delete
  19. ade bace kat atas tadi.. kate kalau ade hutang.. tergantung la dulu proses uh.. so kalau still berhutang proses uh xkan diteruskan ker smpai hari kiamat? takot nye.. sebab tak ingat la kecik2 dulu ade ker tak berhutang...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa lama tergantung proses tu, urusan Tuhan...Kalau ada hutang cepat2 kasi settle...

      Delete
  20. Bila cakap bab ni memang ngeri ... agaknya bagus kalau tiap2 hari di beri peringatan macam ni baru insaf.......oklah prof nak solat Asar dulu!....

    ReplyDelete
  21. Tq atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat..sy bru follow blog ni setelah dpt video viral tentang en agil n arwah isteri.. Sbg seorang yg slalu curious..sy google n jumpa blog ni..en agil adalah insan tpilih utk mjalani ujian yg ditentukanNya..ada hikmah disebalik ujian yg diberikan..moga terus tabah mnjalani ujian hidup

    ReplyDelete
  22. Hey, Wow all the posts are very informative for the people who visit this site. Good work! We also have a Blog.Please feel free to visit our site. Thank you for sharing.
    @ Packers And Movers Mumbai

    ReplyDelete

Followers