Friday 2 November 2012

Cekak Pinggang !!!

Salam isteri saya yang bucuk bucuk..
Salam pada u guys.....


Pagi ni sayang, u tgh tido lena I kacau u, kiss kiss hug hug, u buka mata kejap jea n senyum pas u u tido balik. U tido tu macam laa letih sangat2.. Cayang cayang bini saya nii...Then I keluar g beli roti canai 2 keping for breakfast...Dok tunggu roti tu siap, I baca akhbar Utusan, tu diaaa, muka depan kes kemalangan, 4 beranak terkorban..Allah Hu Akhbar! (Al Fatihah)....Kadang2 kita berhati2, yang langgar kita tu tidak, atau sebaliknya....Kita ni kena la berhati hati lebih sikit bila memandu tu...

Gee tido lagi, mari kita kutuk Gee,,yahooooo...Nak cita pasal Gee masa dia sehat dulu.. Gee ni kalau dia memandu keta, selagi meter tu tak cecah 1500 kilometer sejam, tak sempurna hidup dia hari tu,,laju! Tapi bila I dok sebelah, dia pandu keta,,mak oii! punya la displin, boleh dapat pingat Pemandu Malaysia paling berhekmah!! dengat sifat zuhud diaa,,semua berlakon jea tu. Selalu I tegur Gee, "Dear, jangan laju sangat, nanti kena saman buat penat jea kerja, cukup bulan dapat gaji bagi kat Jabatan Polis trafik, bayar saman."..Gee kata " Mana ada saya bawa laju, biasa jea.." Bukan I marah, I ingatkan jea. U nak bawa laju tu, bolehh tetapi berhati2 yea. Selalunya Gee senyum jea bila I tegur. Namum begitu, Gee ni cekap mengendalikan keta, itu I akui, memang terror dia. Selama ngan I tak pernah dia alami kemalangan, Alhamdulillah...Memandangkan kegemaran dia bawa keta laju bila I tak de, dan memandangkan Gee sejak sejak tu rajin amalkan Asma UL Husna, I pun berikan Gee 1 lagi amalan. "Dear, kita ni kalau tak nak mati atau dapat kecelakaan di jalanraya, mati lemas, mati terbakar atau seumpamanya, u baca nama Allah ni..AL WAKIL (wali ) nama yg ke 52 mengikut turutan kitab Asma Ul Husna tu". Baca berualang ulang kali bila memandu or bila senang2. InsyAllah.

Dengan kaum Hawa ni, suami jangan cakap keras2 atau tengking2 dia bila beri nasihat,,tak jalannn...Cakap lembut sikit dan beri dia sebab sebab yg masuk akal. Cm tadi, I tak kata, kalau bawa laju nanti eksiden. Alasan cm tu pompuan ni dah tau pun akibat bawa laju so tak payah nasihat dia cm tu, dalam hati dia kata " Cm la aku tak tau.." Sebab tu I kata ngan Gee nanti sia sia dapat gaji, dok bayar saman..So Gee ni akan lebih waspada bila memandu dan Gee terima alasan I tu..Semenjak tu juga rajin gak Gee baca amalan yg I berikan..Then lagi satu, suami sekiranya nak berikan apa apa amalan pada si isteri ni, cuba beri yang ringkas2 jea dan senang si isteri amalkan..Yang panjang2 ni kerja si suami....( Kenapa senyum..!?, amalan2 yg panjang2 laaa !!) I beritau ni sekadar cadangan saja, kalau nak ikut ok, tak ikut pun ok gak..sharing2 jea.

Sebab tu la I selalu tekankan pada Gee amalan Nama2 Allah tu, coz ianya senang di hafal, senang di sebut bila2 waktu, ringkas dan ianya antara zikir2 yang di cintai Allah. Kadang2 doa2 ni bukan semua org yang hafal, so cari yg ringkas dan mudah untuk isteri2 kita ni. Sambil buat kerja leh zikir, sambil bawa keta pun boleh,,sambil dgr lagu pun boleh....Nanti I berikan satu lagi zikir ringkas bagi isteri baca, satu hari nanti isteri kita tanya kita  " Abang,abng,,abg tak teringin ke berikan saya MADU sorang, Best la bermadu ni tauu, bila abg outstation MADU saya tu boleh la teman2kan saya g shoping shopingggg (dengan nada manja lagi tu )..".. NAK tak zikir tu!!?? hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha... Agaknya sekarang ni kalau I ada berdekatan isteri2 tuan tuan, mau I kena tumbuk, flying kick, karate, smack down (cm gusti tu) dan berbagai bagai tindakkan yg sewaktu dengannya..!! hahahahahahaha.....Pompuan, pompuan,,Dia org ni memang pemurah, lembut hatinya, suka tolong menolong, bertanggungjawab, taat pada suami, kuat bersedekah...TETAPI kalau suaminya ada cubaan atau cukup ngan dia dapat bau jea si suami berniat tambah 1 lagi,, kesemua sifat2 terpuji dan yg bersopan santun tadi tu akan bertukar menjadi  RIMAU!! kalau masa tu ada seekor harimau depan dia pun, nescaya harimau tu pun sekali kena tengking, tak cukup tanah harimau tu lari..! Hebat isteri kita ni kan.....Maka dengan itu sayangi la isteri isteri yang sedia ada niii...

Then satu lagi perangai Gee yang selalu I tegur ialah...bercekak pinggang..masa bergambar kadang2 Gee cekak pinggang, borak2 dia cekak pinggang, masak pun cekak pinggang (kadang2 la)..Tu memang I tegur agak keras sedikit. " Fauziah, jgn cekak pinggang!". Kalau I membahasakan nama ngan Gee, dia tahu itu satu teguran yang mesti dia ikut pada masa tu juga. Gee takkan tanya kenapa, bila I menegur membahasakan nama dia coz dia tahu itu satu perbuatan yg sangat2 tidak baik dan suminya ni tidak suka sama sekali walaupun nampak remeh atau perkara biasa yg ramai org pun lakukan. Gee tahu I akan menjelaskan kenapa, bila selesai beri salam solat Magrib nanti. Sekiranya ada satu perkara penting I nak beritau Gee atau perkara yg perlu sangat I nak tegur Gee, I akan akan tegur dia selepas beri salam solat Magrib. I akan minta Gee duduk sebelah I selesai solat n I tegur/beritau, pas tu baru I berdoa sama2..Itu cara I. Berkaitan cekak pinggang ni, Jangan di buat walaupun sesekali, tak elok sungguh. Allah benci, rezeki susah nak singgah, hati jadi riak, rasa diri tu pandai sangat walaupun bodoh bergelombang, aib kita senang nampak dek org lain, bila tiba kesusahan payah kita nak selesaikan..aaa tu dia akibat kalau suka cekak pinggang!. Lagi satu, ilmu susah nak lekat kat hati. Ini la perkara yang selalu kita buat tapi kita tak tahu atau tak ambil kisah kesan2 bercekak pinggang ni...G tanya mana2 Ulama", elok ke bercekak pinggang,? betul ke kata si Abil ? yang hanya ada sijil SPM jea, tu pun gred 3, cukup2 makan nak lulus jea...Susah nak tanya Ulama", g masjid kediaman u all, tanya imam tu pulak...Ingat! lepas ni jangan cekak2 pinggang lagi walaupun sebelah tangan jea!....Tu sifat Iblis yang kena Laknat jea buat cm tu, jangan di ikut langsung!. Rasa2 nak susah hidup sila la buat......Ooiii kerasnya si Abil tegur...( Siapa suruh baca! )....Gee tu kalau kena tegur bab2 cm ni memang I tegas sedikit, supaya Gee tahu ini adalah satu perbuatan/perkara yg mesti di hentikan dia buat/ulangi lagi.

Lepas ni kita berlatih sama2 supaya tak cekak pinggang, boleh murid murid?....Sekali lagi saya ingatkan, saya bukan mengajar tetapi kita ulangkaji bersama2 yeaa...Ada pulak kang pihak2 tertentu nak tangkap saya pulak. Sekarang ni mengajar mesti ada sijil kan..kita ni SPM jea, hanya berdasarkan pembelajaran di pondok dan pengalaman hidup seharian jea...Jangan tangkap tau, nanti ciannn isteri saya tak de org nak jaga...Ulangkaji bersama2 pembaca2 blog jea, tiada langsung niat untuk mengajar..

Nampaknya Gee pun dah bangun, jadi sampai di sini saja ler dulu. Prof. Abil ada tugasan yang lebih penting bersama Prof. Gee. Banyak experiment kita perlu buat bersama sekarang ni terutamanya experiment "pampers" Prof. Gee. (kena tukar pampers bini la.). Semoga kita bersua lagi, me n Gee mengucapkan selamat berhujung minggu dan Selamat Pengantin Baru......ehem ehem, hujan hujan ni....

56 comments:

  1. Hahaha kelakau pulak bila harimau pun boleh cabut lari...erk?!..saya tak tahu pasal cekak pinggang tu..hehe..kadang2 tindakan tu spontan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pompuan semua ni hebat2 sebenarnya...cuba baca kitab sejarah Perang Uhud, tgk apa Nabi s.a.w. kita kata pasal wanita...

      Delete
  2. Very gud info psal ckak pinggang ni.. Insyaallah saya akn berhenti brcekak pinggang wlaupun x slalu buat. Respect btul cara abg abil tegur kak gee.. Manalaaa abg abil blajar smua ni yek? Hmm.. Almaklumlah hero malaya lah katakan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tau mana abg belajar semua ni? insyAllah nanti abg cita pulak asal usul abg ni yea...hahahaha

      Delete
  3. boleh diamalkan ketika memandu (memandangkan ai agak suka pandu laju macam k.gee..)

    psstt: selamat berhujung minggu buat abg abil n k.gee.. ;)

    ReplyDelete
  4. kdg2 sue cekak pinggang jgk...mcm auto jer hehehhee...dgn tiba2 tak tersengaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tersengaja pun elakkan, nanti kesusahan pun datang ngan tak TERsengaja...

      Delete
  5. tq abg abil...sharing psl cekak pinggang ni sbb kadang2 saya pun suka buat camtu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo bakal pengantinnn..jangan dok borong jea, jimat jimat belanja tu...

      Delete
  6. oooooo baru tau la bang, terima kasih sebab share. Nanti saya ingatkan suami dan anak anak pulak. Kirim salam dekat K Gee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooooooo yeaa keee...tak pe tak pe, sekarg dah tau kan...

      Delete
  7. pewhhhh..nasib la sy suka senyum sambil buat muka comey masa ngah masak..marah anak..basoh baju..kemas umah..bawak kete..amek gamboo..etc :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyum !! Ye ke ?.. nampak cm kepala angin jea...

      Delete
    2. amboiiii..mulut xder insurans yerr!!! hahhahhaha

      Delete
    3. Amboiiii..menjawab yea..!!! rotan nanti..!!

      Delete
  8. Prof abil..camna nak cekak, pinggang tak dak? :=DD

    ReplyDelete
  9. Prof, bagi le lagi amalan yang mudah2 untuk isteri amalkan. Nak bagi suami tambah2 lagi sayang dan ingatkan kita. Hehehe...yang mudah-mudah saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu, AL WADUD. Amalkan tiap kali buat air dan masak for ur hubby..amalkan tu dulu ler,,,

      Gee dulu selalu dia amalkan tu...terbukti kan..InsyAllah.

      Delete
    2. Tq. Kak Gee sangat beruntung tau....

      Delete
  10. Betul tu....kadang kadang benda remeh mcm cekak pinggang tu kita tak perasan kalau tak de org tegur... Pasangan kita adalah pakaian bg kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasangan kita adalah pakaian kita..! emmm jadi baju2 dalam almari tu cmana, siapa nak pakai tu..? hehehehehe

      Delete
  11. Patut ler akak taktau kisah cekak pinggang ni sebab belum pernah baca buku yg Abil ckp tu. Balik klate nanti akak cari, Perang Uhud ye?
    Abil, akak jarang cekak pinggang tapi adik ipar akak sepanjang masa akak tgk dia cekak pinggang. Bagi akak la, org suka cekak pinggang ni, kerjanya sikit, tengok je lebih.

    Kalau silang tgn belakang tu, mcmna pulak Abil?
    Oh ye, psl nak laki syg tu, akak amalkan doa... kul in kuntum ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silang tangan kat belakang tu boleh, tapi kalau silang kat depan lebih nampak hormatnya..kan..

      Sekiranya amalan tu terhibur di hati, dan sekiranya tak buat kita rasa tak senang hati, maka kekalkan amalan tu sebabnya tu la amalan yg Allah hadiahkan untuk kita sahaja...Itu kaedahnya..

      Delete
  12. tak bole cekak pinggang rupanya.cekak rambut bole kan?

    ape2pon thanks infoo=)

    goodnite sweet couple,assalamualaikum=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan kata cekak rambut, nak cekak leher pun boleh..!

      Delete
    2. hihihi..betol tu..cekak rambut saya ada mcm kaler..tp semua sepesen..:)

      Delete
    3. Oii! tak malu si mata ni..menyampuk kat komen org pulak..! cubit muncung tu kang!...

      Delete
  13. Apa yg baik sharing yang kurang baik hindari..semoga sama-sama menuju landasan yang lurus dan tulus..syukur sgt sbb tak pernah cekak pinggang..alhamdulillah.. @_@

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Abil Fikri Ahmad,

    Terima kasih ya Abil,sudi mai ziarah Kak Ros...dan terima kasih jugak lah kerana sudi berkongsi perkara2 yang baik buat kita semua...Syukur Alhamdulillah,dan bertuah sungguh isteri Abil punyai suami Mithali seperti Abil...Terharu sungguh Kak Ros..
    Semoga Allah merahmati Abil sekeluarga...dan semoga isteri Abil cepat sembuh...

    ReplyDelete
  15. ermm kalo cekak pinggang x boley.. cekik leher bley x?? hihihi.. baru best ckit.. nyway sgt berguna semua nasihat di atas.. moga jannah wat kamu berdua.. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. cekak leher tu boleh, kalau kena pada situasi yg sesuai...hahahaha

      Delete
  16. Salam bro n sis.....
    Wah baru tau cerita dsebalik cekak pinggang ni....
    Tq bro...pasni x wat dah la....
    Tpi kan model2 yg ambil pic cekak pingang mcm mna lak.....erm....
    *sibiru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kira siapa yg bercekak, sama jea kesannya..Hanya di 1 situasi sahaja Allah benarkan, Bila kita berdepan dgn musuh Islam dalam peperangan, Allah benarkan bermegah diri malahan bercekak pinggang..

      Delete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. tompang lalu...
    wah bertuah nyerr kak gee dpt en somi cam abg abil ni ;)
    tompang gumbirooooo eden

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila, sila..jangan tompang jea, kita pun kena gembira n bertuah kalau ada pasangan masing2...

      Delete
  19. sangat suka cekak pinggang..tak tau lak tak eloknye sampai gitu ye..thnx for the info anyway....=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu baru sikit jea nyatakan dalam n3 tu, ada byk lagi kesannya.

      Delete
  20. sy tambah ilmu lagi..kadang2 suka jgk cekak pinggang..nampaknya kena buang jauh2 tabiat ni

    k.gee sihat?

    ReplyDelete
  21. Tengs bro..alhamdulillah dpt ilmu baru..saya pun suka cekak gak.. cekak rambut..jgn cekak leher saya...*lariii*...

    ReplyDelete
  22. terima kasih bro..boleh juga saya amalkan lepas ni..

    p/s : perempuan memang suka cekak pinggang..walaupun berlainan keturunan, tapi tu la tabiat orang perempuan..sama je..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih2 lagi kalau dia org nak bergambar kan..hahahahaha

      Delete
  23. akak ader cekak pinggang ke tak? nak fikir sat... hurmmm rasa2nya xder kot.. (xmo ngaku)

    ReplyDelete
  24. Abil,

    Marya tak sempat nak baca kena titunkan Iman ler... esok sambung...ngeee~

    ReplyDelete
  25. salam abg abil n kak gie trsyang..ske sgt bce blog ni..abg n kak sweet sgt2..sy doakn kalian sllu brada d bwh lndungn Allah.. btw, yg psal cekak pnggang tu,sy ad dngar sblom ni..mmg btol,ia xelok diamlkn..tp kdg2 trbuat jgk sbb dh jdi tbiat..ni kne usha btol2 nk buang tbiat tu..krm slam,plok cium utk kak gee ye..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hug n kisses tu dah di sampaikan kat Gee tadi....

      Delete
  26. alamak...saya selalu tercekak pinggang lebih2 lagi time masak. yela kadang nak tunggu tu kan lama. saya pulak nak diri lama2 macam sengal pulak pinggang. tu bercekak manjang tgn kat pinggang.

    ya allah..kenapa saya taktau mende2 simple camni. laki saya pernah tegur tapi dia kata tak elok sbb mcm berlagak bossy je. taktau pulak ada kesan lebih buruk =(

    ReplyDelete
  27. baguslah en abil..mmhami sifat semulajadi wanita..kdg2 wanita sndti xtrfkr.hehe...salam sayang utk k.gee

    ReplyDelete

Followers