Wednesday 7 November 2012

Gee Mogok...! ayoyo..

Assalamualaikum n good morning princess..
Salam to u guys too...


Dearrr tido dear, pukul 1 dah ni, esok bawa u g jalan2 lagi yea, tido dulu, bom bom....Malam tadi dok pujuk lagi suruh tido. Ni bukan macam biasa punya pujuk suruh tido. Sekarang ni, semenjak ada wheel chair, u nak jalan jea, kalau tak bawa u jalan, malam tu memang u susah nak tido....pulakkk....Pening juga I ni bila ada wchair tu.

Sekarangkan musim hujan, biasanya petang2 hujan lebat so tak dapat la I nak bawa u g jalan2 kat taman ni. Jadi kita dok depan tv jea la..Tapi u macam tak puas hati, nak jalan2 gak.! Selagi tak berjalan2 selagi tu la u macam merajuk, bila merajuk u tak nak tido malam...ayoyo minachii, apa ini...Dear, takkan la nak bawa u g jalan2 dalam hujan, pakai payung pun basah nanti. Awak ni sekarang betul2 macam budak kecil dah..Budak kecik tu menangis kalau tak di bawa jalan2, awak tak nangis tapi awak akan 'MOGOK', tunjuk perasaan,, malam tak nak tido!! ( Panggil FRU bantai u kang! ) Bila malam u tak tido, u akan lelap bila siang,,masalahnya nanti nak mengemas or mandikan u payah pulak coz u tido siang, terbantut ler jadual I nanti.. Bila u tido tak boleh kacau, nanti mengamuk pulak..Tak mau la macam tu Dear, cian la sikit I ni...Pas ni tak mau cm tu lagi, mesti ikut jadual harian seperti biasa, sekiranya u tak tido malam,, tak de jalan2 ngan wchair lagi..!! Denda u...!

I perasan sikap u sebegitu sejak 3 hari kebelakangan ni. Bila tak berjalan2 petang, malam tu memang susah u nak tido, asyik keras2kan badan. Then bila I dukung u n letak kat wchair u senyap jea, siap meleleh2 air liur..eeee...Macam baby dah u ni..Sekiranya u nak tahu perkembangan u setakat ni macamana, macam ni la jawabnya. U and ur wchair..! Lepas pujuk dan beritau u kena denda tu, baru la u tido lena..Petang nanti I bawa u jalan2 yea...kalau tak hujan la..

Gee ni kalau tak cukup tido malam, dia akan demam, badan pun lagi cepat susut, sebab tu very the important pujuk Gee suruh tido malam..Keadaan Gee setakat ni seperti biasa, macam budak kecik..Ada, ada masanya seperti dia faham apa yg I katakan, namun kebiasaannya Gee tak tahu apa apa pun melainkan I sentuh dia...Dear, dear..tak pe la dear, selagi I ada ni, selagi tu la I akan jaga u elok elok..emmmm...Ok la, tak mau cita sedih2, nanti ramai pulak yang menangis kang...bila beri komen kang habis basah laptop I ni nanti...basah tu ok lagi, ni siap ada hingus!! cehh!.....Oh ya, sebelum I terlupa,,25hb ( Ahad ) ni di Astro Oasis channel 106( Entry Jameela ) tu, jam 7.30 malam, ada segmen I. Ni bukan live tetapi rakaman yang di buat sebelum ni..Ingat tak I pernah up date n3 pasal rakaman Astro sebelum ni..so 25hb nanti akan di tayangkan...Tu la dia info terkini lagi......Rasanya lepas ni dah tak de masuk masuk Tv lagi dah. Tu kira yang last la tu...Jangan lupa u guys, sebelum tonton nanti, Magrib dulu, pas tu g beli popcorn dan coke dok depan Tv....!

Dear, nanti kita tonton bersama sama yea...Bila masuk Tv ni nanti ramai ler yang doakan u dear, tu yang penting. U guys, doakan Gee yea, moga Allah berikan isteri I ni keputusan yang terbaik buat Gee and me juga dalam masa yang terdekat ni yea...Then bagi mereka mereka yang menyatakan I ni dah kaya dan famous cm artis bila tersebarnya cita me n Gee ni,,Ni jawapannya...Kaya? langsung tak kaya. Jangan ingat masuk Tv ni org bayar kita ribu2, atau banyak dapat sumbangan..lagipun bila no ac yg terpampang kat Tv3 sebelum ni mungkin ada kesilapan teknikal, no ac tu salah, jadi jangan la ingat saya ni dah kaya atau meminta minta nak jadi kaya atau ambil kesempatan atas isteri saya yang sakit ni....Bagi mereka2 yg berkenaan, ni saya nak beritau,,Kaya saya ni terletak di hati dan saya akan rasa kaya apabila isteri saya sembuh,,Itu kaya saya...Bukan la saya katakan wang ringgit tu tak bermakna, saya memang memerlukannya dan sekiranya saya katakan tak bermakna, bermaksud saya menolak rezeki Allah pada saya dan isteri....Biar la Allah sahaja yang menentukan kayanya saya, jangan kita pulak yg tentukan, itu merampas Hak Allah namanya..Dan saya dan isteri bukannya cm artis pun..Saya hanya seorang suami yang sedang menjalankan tanggungjawab yang di berikan Nya, itu sahaja. Sekiranya ada contoh yang baik, boleh anda mempelajari nya, sekiranya ada yang buruk, anda boleh menegur, tetapi jangan mengutuk atau memperli, itu sangat tidak baik. Rasa rasanya, kalau saya mengadu pada Allah, Allah dengar dan makbul tak doa golongan2 orang2 seperti saya ni...Anda pula (mereka2 yg berkaitan) kena pandai la cari peluang, tahukan doa2 golongan yg sedang di uji Allah, Allah lebih mendengar,, g cari, ziarah mereka ni, then mohon jasa baik golongan ni supaya mendoakan anda,,kan lebih baik begini, anda juga yang beruntung, betul tak?...Tidakkah golongan2 yg sedang di uji adalah antara jalan2 terbaik bagi anda mencari peluang kebaikkan..?....Kita ni kalau nak pandang sesuatu, pandang la dengan mata hati sekali..baru la bijak namanya mengunakan kelebihan yang Allah berikan pada kita. Kalau tak faham gak, bertanya..Harap anda2 yang tertentu berpuas hati ngan jawapan yang di berikan ni..Rasa2 tak cukup gak jawapan tu, boleh ziarah saya dan Gee di sini. Datang la...

Cm tu la Dear antara golongan golongan yang I hadapi, tak ramai ler, segelintir sahaja....Yang ramainya, yang sentiasa mendoakan kebaikkan u dan memberikan keprihatinan pada u, itu paling ramai..Dan ramai juga yang menjadi "Bodyguard" u...Kalau I marah2 u, dia org tegur I, kalau I kata nak babab u, dia org ramai2 nak belasah I..! Memang tak de can ler nak dera2 u ni hahahaha..ramai na bodyguard Gee......Thank you guys coz jaga Gee bersama sama..Pada I dear, whatever keputusan Allah nanti, ianya adalah kerjasama dan usaha dari semua pembaca pembaca blog u ni...U should thank them, dear...Thank you guys,,thank you...ooo lagi satu, gambar Gee n lampu tidonya masih belum dapat upload lagi dari fon sewel I ni, harap bersabar,,bodyguard2 sekelian jangan belasah  I, bukan salah I, salahkan fon ni!! fon ni yang jahat!...hehehehe

All right, setakat ni dulu, I nak g mandi dan keluar sekejap dapatkan barangan keperluan Gee, sementara Gee masih tido ni....apa! ooo ketiak I memang setiasa wangiii...ehh betul la, kang suruh ciumdan bau kang u guys ghairah pulak!....percaya la kata kata I ni, KETIAK I WANGIIII.......dah, dah, dah, yang dok tengah kerja tu g sambung kerja,,curi tulang baca blog aa!! Boss, Boss, tengok ni, semua tak buat kerja, asyik baca blog org jea ni..Rotan dia Boss!!......hahahaha pandan muka, tak malu kena marah.......ok bai...


67 comments:

  1. abang abil..
    abaikan jela org-org yg perli & kutuk tue..
    diorang tak alamai,hanya pandai cakap jer..
    semoga kak gee kembali sihat..inshaAllah..aminn..

    ReplyDelete
  2. siannya..kak gee nak hirup udara kat luar tue..tp mmg hujan sejak akhir2 ni

    ReplyDelete
  3. Prof Abil...ksian tau Kak Gee..bwk jelah dia jalan2...seronok la tu dpt hirup udara segar...kalau ptg ujn bwk la pg..kalau pg ujan bwk la mlm..uhuhuhu boleh ke nnt sejuk la pulok.... Xpe yg penting kak Gee hepi dan semoga Kak Gee cpt sembuh...Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pagi dia masih tido, ptg boleh jalan kalau tak hujan..malam, langsung tak boleh bagi pesakit cm ni ooo..jgn main main, buat di mengilai malam2 cmna...?!

      Delete
  4. kalau tak nak bantu tak perlulah perli2 & kutuk mengutuk tu, perlu diingat bantu tak semestinya hulurkan RM ribu riban, hulurkan sekadar termampu, jika tak mampu, apa salahnya berikan doa dari kejauhan agar Gee kembali sihat & pulih seperti sediakala, itu lebih bermakna....

    maaf abil.. terbebel sikit, sedih ngan bangsa kita

    ReplyDelete
  5. ooooo pandai ek k gee skrg nih, nk jln2 pusing2 kt tmn baru mlm tu blh tido nyenyak... camni en abil kene selalu ckp kt kak gee, ujan2 tka blh jln2 nnti ganti jln2 esok lak... kite jln lama skit... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas explain dah ngan Gee ni, hujan tak leh keluar...Gee nganga jea..! aduhhh..tak faham rupanya...!

      Delete
  6. True. Kebergantungan kita dengan Allah tu yang paling penting selain dari usaha sehabis daya. Oh, apa kata kalau hujan pun, letak jer Kak Gee atas wchair and dudukkan kat depan pintu. At least dia duduk atas keter dia.. Dia nampak hujan, and boleh relate kenapa tak boleh jalan2. Kheenn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang buat cm tu gak bila hujan...nampak baru dia ok sikit...emmm Gee ni..

      Delete
  7. kak gee pandai mogok.. hihi.. cian abg abil.. xpe.. nanti tak hujan boleh la bawak kak gee jalan2..

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum kak gee n abg abil..sukar nk dpt sahabat yang membina,,kerana ramai yang membantut..payah nk dapat kawan yg tulus dan telus kerana ada je yg bobos..semakin byk ujian yg kita terima semakin tinggi darjat kita disisi Allah..kak gee seronok nk jenjalan ye..abg abil akan bw tp klu x hujan la..ok?semoga kak gee sht spt sediakala n setiap minggu blh beli kasut baru..*_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong ckp ngan Gee ni, hujan tak leh jalan2..Degil si Gee ni.!

      Delete
  9. we can't please everyone...buat dunno ajer...diaorg yg mengata2 u tu bukan nya merasai apa yg u rasa...ramai lg org yg support and mendoakan u...i sentiasa doakan yg terbaik...amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. I hanya layan u guys jea, dia org tu malas nak layan..

      Delete
  10. https://www.facebook.com/HanyaKepadaMuYaAllah?ref=hl
    jom like page ni ^^
    insyaallah ada sedikit kebaikan darinya
    P/S :- kami sentiasa up to date perkembangan En abil dan isteri... kami juga sedikit sebanyak highlight post tentang en abil dan isteri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqq u guys...hug n kisses from GEE to u guys...

      Delete
  11. lama tak singgah blog abg abil. ^^; fyna kena baca dulu entri abg abil kali nih.

    ReplyDelete
  12. pekata kalau hujan bawak akak jalan naik kereta pula..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lum boleh lagi naik keta ngan keadaan Gee cm ni...

      Delete
  13. if u dont hv anything nice to say..dont say anything at all...abg abil ignore je segelintir umat yg mencemuh tu..bukan berani ckp depan pun. pengecut mmg mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang abg ignore dia org ni, abg pandang Anne jea...hehehehehe remember no muncung2....!

      Delete
  14. nak beri sumbangan wang ringgit, saya tak mampu...yg saya boleh buat klik ad kat blog en abil ni...

    ReplyDelete
  15. abaikan je org macam tu...
    yang penting kak Gee sihat dan cepat2 sembuh dalam jagaan abg Abil..
    banyak2 kan solat hajat ye abg Abil :)) kami sentiasa mendoakan agar kak Gee sihat seperti dulu.. Aamiin...

    ReplyDelete
  16. orang yg prihatin, hulurkan sumbangan membantu mengurangkan beban kos, Alhamdullillah.

    orang yg kutuk, perli, membantu memberikan pahala.. pun Alhamdulillah.

    kisah saudara Abil kena dihighlitekan, sebab dunia akhir zaman skrg ni sangat ramai suami yang melepas tanggung jawab, ada lg buruk menjadi biawak hidup kepada isteri.Maka, saudara kita nilah satu dalam seribu semoga ada org dapat ilham dan inspirasi memperbaiki diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyAllah...Saya akan teruskan memberi sedikit nasihat untuk memperbaiki mana2 yg kurang tu...

      Delete
  17. Klakar lak ble abg abil ckp psl ketiak wangi...sbb ketiak husband kte pn wangi tau...ske duk bau je..ari2 ske duk bwh ketiak die hihi...abg zura doakn k gee cpt sembuh ye...igt kt kte lg x yg dtg umh abg mlm2 tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo misi..!! hahahaha wangikan ketiak suami ni hahahahaha

      Delete
  18. Askm en abil. Byk dah entri terlepas baca ;) entri ni sama pula mcm entri terakhir saya baca sblm ni. Susah nak buat org faham situasi kita. Apa yg saya belajar kita perlu hormat kehidupan org lain. Setiap org ada jln hidup masing2. Apa pun yg org lain buat itu hak mereka. Tak perluah buat andaian dan penilaian. Cukuplah Allah yg menilainya. Siapalah kita yg sama2 bergelar manusia. Sudah ada pencatit dikiri dan kanan bahu masing2.

    Kirim salam buat sis gee... Mesti sis gee seronok sgt dpt keluar jln2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah sampaikan salam tu kat Gee..Tu semalam tak tido..ni baru nak lelap si Gee ni..!

      Delete
  19. wah..nak tgklah Abil rakaman tu..lum pernah tgk lagi...

    ReplyDelete
  20. Oohhh dear, akaun silap? I hope i hv the correct one.

    Mungkin jugak gee tahu/ sedar akan keadaan, cuma tak boleh nak relate/ respon, wallahualam, kalau betul gitu, masyallah stressnya gee; dan semestinyalah abil memanglah very stressed- berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul....

    Manusia ni berbagai........harap2 apa yang negative tu tidak mematahkan semangat abil, aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sometimes tu memang letih giler rasanya..tu yang kadang2 terpaksa buat tak layan Gee ni..

      Dah biasa dah ngan kata kata cm tu, tak rasa apa pun...

      Delete
  21. Biasalah Prof Ustaz...he...he... manusia kan sifatnya macam tu.....ada yg ok , ada yg tidak, ada yg nakal, ada yg baik, ada yg kaya.... macam macam lah.... bila kita blendkan sekali barulah lumat diaorang....he..he..

    Cuma nak tanya, Kak Gee tu tak boleh tido, kalau Prof biarkan, Prof pun tido jugak , tak boleh ke? ( dia tua ke OKje tua agaknya! he..he...) umuq dia berapa Prof?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 kena biar jea, kalau layan sangat kita yg tak cukup rehat nanti....Gee berumur 38 tahun..13.3.1974

      Delete
  22. org hanya mampu melihat dan tak mungkin dapat merasa setiap kesakitan dan kesusahan hidup kita...biarlah org2 yg mencemuh dan memandang sebelah mata pada abg abil tu akan mendapat pengajaran nnt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar la dia terjun ngan labu labu nya..kannnn...

      Delete
  23. Allah lebih mengetahui...abaikan jer kata2 sinis diluar sana, berat mata memandang berat lagi bahu memikul, berkat doa dan kesabaran akan merubah segalanya..

    ReplyDelete
  24. sebab mereke mungkin tak pnah ada famili yg di duga camni. mereka tu tau nak enjoy...hidup seronok..post sana sini kebahagiaan dan kemegahan diri sebab tu bole kluar kata2 camtu.. kite ni hidup jgn mendongak sangat...dah hidup ni ibarat roda..skrg mereka boleh berkata itu ini..esok lusa blum tentu. atau bahasa kasarnya belum terkene hidung sendiri haa tatau kan??Allah tu adil...saya pon bosan org camtu..hidup nak mencari point oooorang je. Diri sendri tu dah baik sgt ke???heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayo yo,, ada org menagamuk kat sini..! tolonggggg....

      Delete
  25. Salam sis n bro...lama x singah blog bro ni....bab nangis kuar ingus tu mcm sy jew...hihihi...
    Alah biasalah manusia ni mcm2,bila ssh dihina,bila senang pon di hina...jdi kita biarkan jee org mcm ni....terjun ngan lelabunya....eh pa yg ak merepek ni....
    Oh ya napa nak uplod guna hf,bro x da memory card kat fon kew....
    Lau da hp yg da memory kan lebih mudah....

    *sibiru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam sibiru jingga..! Dah buat semua tu dah, sampai cina yg nak repair tu pun pening...dia kata, lu punya fon ada hantu la saya ingat!! hahahahaha

      Delete
    2. Itu mksdnya soh tukar bru,hihihi....
      Tpi lau slalu bela fon lebih baik tukar bru,kdng2 kdai fon yg slalu kita bela bkn pkai part yg baru,selalunya ambil dri fon org lain tok gntikn part yg rosak kt hp kita,
      Bkn pa,sy penah krja kdai fon dlu,hope kedai yg bro g tu tokey nya tulus la,hihihi

      Delete
    3. Mungkin gak..ni dok tgh kumpul duit dalam tabung buluh nak beli fon baru...hehehehe

      Delete
  26. kak gee tdo siang lame sgt kot sbb tu dia xngntuk bila mlm..cube kacau dia tdo siang..hehe

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum Abil

    Assalamualaikum Gee

    Kakcik mohon maaf sebab agak lama tak singgah ke sini. Kebelakangan ini kakcik pun tak tahu apa yang kakcik sibukkan. Walauapapun, kedua2 adik kakcik ni tetap ada di ingatan kakcik.

    Harap kakcik dapat berjumpa lagi dengan kalian nanti. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalamm kakcik,,tak pe kakcik both of us tahu kakcik senantiasa ingatkan kami berdua ni...

      Nanti jumpa di Senawang yea...

      Delete
  28. assalamualaikum....

    apa kata abg abil bawa kak gee jalan2 naik wheelchair pagi2 la plak..udara yg bersih, cuaca yg nyaman eheheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalamm...Pagi Gee tido selalu, bgn pukul 11 ke atas...

      Delete
  29. hanya suami yg memahami isterinya.

    ReplyDelete
  30. kak gee dah pandai mogok..tp skang ni memang ujan la..duduk dalam umah je la jawabnya

    ReplyDelete
  31. semoga abg abil b kak gie brada dlm rhmat Allah selalu..

    ReplyDelete
  32. sayunyerrr terasa menusuk ke jantung baca entri ini..
    Tabah saja la kan..
    Pedulikan kata kata yang berbaur longkang itu. Depa tak merasa, mana depa tau..
    Kami akan selalu doakan moga bertambah sehat walafiat seperti dulu ahkak gee hendaknya
    supaya dia dapat merasa kebahagian dlm erti kata yg sebenarnya untuk sekali lagi...

    ReplyDelete
  33. en abil jgn mrh2 k.gee tau t ayu pn mrh gk..hihi...dh hmpir knl en abil n k.gee..moga 1 ari nti dpt jmpa k.gee.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai sini dah si lin ni..penat mengejar dia ni !!

      Delete

Followers