Thursday 5 December 2013

Jangan Mengeluh.!

Assalammualaikum U guys...DIM kembali bersiaran..

Pic bawah ni..lunch ayam kg kat cheras tu.. I sorang makan 6 ketul ayam, 2 pinggang nasi n satu pinggan ulam!! hahahaha hehehehehe hohohohoho..


Pertamanya, ingin I mohon maaf pada yg dok komen / mohon pandangan di inbox FB Dana Sinar Fauziah atau wsaap I coz adakalanya lewat I balas..cmana pun I akan tetap balas..Maafkan I yea sayang sayang semua..TETAPI sekiranya ada pandangan yg I minta u guys call I tu, u guys call jea ler sebab I malas nak taip panjang2, explain melalui fon lebih mudah, cepat dan lebih faham..ok..

Sooo...apa nak citer today..emm. Minggu ni I tiada apa2 sessi motivasion hanya focus pada Buku I yg hampir habis printing. Agak lewat dari jadual sepatutnya. InsyAllah bulan dah boleh di pasarkan melalui "on line" dulu. I akan updatekan minggu depan, n really hope buku Warkah buat Isteri I ni ada sambutannya..Seperti yg I katakan sebelum ni, Membukukan blog ni atas dasar Penghormatan dan tanda kasih I pada arwah Gee. Kerana Gee isteri saya..Bak kata orang, bukti n tanda CINTA ler..hehehehe jiwang la pulak bunyi nya.! I kehilangan Gee namun Gee selalu hidup dalam diri I ni. Semangat yang Gee tinggalkan pada suaminya ni, bagaikan satu hadiah. Semangat ni membuatkan I lebih rasa yakin meneruskan hidup tanpa Gee. Semangat yg kuat untuk menampal rasa kehilangannya atau rasa sedih. Dan dengan semangat yg di tinggalkan Gee untuk I ni juga ( atas izin ALLAH ) dapat I menceburi sepenuhnya dalam bidang I sekarg..Semangat Gee ni buatkan I rasa gembira dan lapang hati selalu. Syukur I pada ALLAH, Nabi s.a.w. dan my Dear, Gee...of course tqq pada my family dan U guys too..

Pada yang senasib I dulu ni atau ujian yg lain, nasihat I, tempoh Ujian Tuhan tu, cuba lalui dengan sebaik mungkin. Cuba tingkatkan kesabaran..JANGAN mengeluh!! Ujian tu akan membuatkan u guys jadi kuat, fizikal dan mental. Hati tu akan jadi lapang..Banyakkan berdoa dan berdoa dan bedoa. Quran jangan tinggal.Cuba sedaya upaya untuk lulus UjianNYA dengan keputusan cermelang. Nanti pasti TUHAN bagi hadiah istimewa kemudian hari..Yakin lah.!

Apabila kita di timpa kepayahan atau masalah, perkara yang pertama dan yg paling penting,,JANGAN MENGELUH.!! Cuba kita gantikan perkataan 'masalah' tu pada.."Oh, ini satu kerja penting yg perlu saya selesaikan dulu." Fikirkan jalan terbaik, dalam masa yg sama..(ini amalan I sebelum ni untuk hadapi perkara yg sulit).Dalam usaha menyelesaikan "masalah" cuba kita amalkan zikir ni, AL MATIN, salah satu nama ALLAH, yang Maha Teguh maksudnya. Amalkan lepas magrib, lepas subuh dan lepas Asar. Baca la seberapa banyak selagi hati tu rasa senang bila membaca namaNYA ni. Masa baca tu gambarkan "masalah" tu selesai dengan mudah..Cuba la. InsyALLAH. Apa saja masalah, InsyALLAH. Problem kewangan ke, keta nak kena tarik ke, org nak bergaduh ngan kita ke, suami/isteri yg degil ke..pasangan buat "Hal"ke.!! ( part ni ramai yg rajin amal.!!) macam2 boleh la..Asalkan kita rajin amalkan Asma ul Husna (99 nama ALLAH).Dan YAKIN!!..InsyAllah cepat nanti kita nampak jalan mudah dan terbaik untuk selesaikannya.

Jadi, tu la update dari Duda niii for today. Sampai bertemu lagi..I love u guys..and of course I love my late Wife too!! hahahaha hehehehe dannnn hohohohohohoho..

38 comments:

  1. ;0susah nk buang habit mengeluh ni..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Bkn sng kdg2 nak buat perkara yg dah terbiasa...uhuhuhu apapun akan ku cuba sedaya upaya! :D

    ReplyDelete
  5. masalah problem... berbekal kan buku kecil comel dinda tu... secepat mungkin dinda rujuk buku comel tu if ade masalah problem yg menghantui.... khasiat asma ul husna.... beli kt MPH... kemana saja dinda bawa... kcli ke toilet la... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang dinda la!!..hehehe en suami, jgn marah aa..

      Delete
  6. Walaupun jarang bersapaan sekarang, I still love you, Dik. :)

    ReplyDelete
  7. Mengeluh tak akan membuat pokok tumbang. Utk menumbangkan pokok perlu menggunakan tangan memotong pohonnya...

    ReplyDelete
  8. Sgt terkena batang hidung saya..dada cam nak pecah n nak lari je dari masalah yg saya hadapi ni..tp..nak p mana ye..Alhamdulillah for this read..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi kita hidup kat dunia ni, selagi tu la ada kerja menyelesaikan masalah.. So dont worry, u are not alone..

      Delete
  9. Abg abil sori ter remove la..nk kata yg cerita kat ats nie mcm ade kne mengena dgn apa yg kta bincangkn hr selasa lps

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aa kat sini rupanya si Nisak ni.! entry ni secara umum jea..

      Delete
  10. Abil nampak dah berisi. Makan berselera betul!!

    ReplyDelete
  11. Abil nampak dah berisi. Makan berselera betul!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai kata badan dah berisi, makan berselera kebelakangan ni, tapi senaman pun tak tinggal..cmana tu?

      Delete
  12. its how we see things...masalah is challenge actually...take it with keyakinan..take it as challenge..hemm the word is YAKIN..BELIEVE.and handover to Allah...Insyallah there is always light at the end of the tunnel - Miss Believe

    ReplyDelete
  13. Kelasss! 1st Class DIM nih, yang ramai bagi komen kaum wanita...kikikiki. Hebatlah ko Abil, akk tabik hormat...hahaha. Apa pun Gee terbaik...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat cmana Kak oii, dah wanita yg ramai mengikutnya..hehehe

      Delete
  14. Dulu selalu mengeluh n berputus asa.alhamdulillah bila dh terima hakikat,mengeluh tu berkurang..ternanti2 buku dipasarkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali jgn mengeluh lagi ok..

      Delete
    2. Insyaallah akan dihilangkan perbuatan mengeluh tu

      Delete
  15. betul abg abil...mengeluh membuatkan kita jd cepat down bila trjadi sesuatu....apa2 pun kena byk bersabar dlm menjalani kehidupan ni...lama x komen dlm blog abg abil...harap abg sentiasa sihat selalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, lama gak tak nampak Faizah kat sini. Tqq masih luangkan masa di blog ni yea..

      Delete
  16. tq atas p'kongsiannya abg abil..mmg t'kena sgt la dgn tjuk ni..smga b'manfaat utk kta smua..In Sya Allah (eja)

    ReplyDelete
  17. erm ssh gak sbb dh terbiasa kan..tp slalu la cube pikir positif...tabahkn ati...walaupun ssh..tq pd nasihat di ats...

    ReplyDelete
  18. 1st time masuk blog ni..tersentuh hati apabila membaca blog ni... coretan title "jangan mengeluh"..bukan mahu mengeluh kerana tau sesungguhnya allah hanya berikan dugaan kepada hambanya yang sanggup hadapi dugaan.. cuma kadangkala terasa dan terfikir why...why ... why me.. : (.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terfikir gitu tak pe la, asalkan jgn mengeluh..

      Delete
    2. bukan mengeluh ke tu...senyum je terukir, gelak ketawa namun jauh disudut hati terpendam sebuah duka. Ya Allah...ya rabbi ..

      Delete

Followers