Assalamualaikum dear..
22 Jun.....Tarikh yang mungkin payah I nak lupakan. Tarikh serangan asma u yg kritikal. Tarikh I kehilangan belaian kasih seorang isteri. 22 jun bermulanya tarikh I mengharapkan u sembuh sepenuhnya. Bermulanya tarikh I menjaga u sepenuh masa. Tarikh yang menduga hati seorang suami....
Today genap setahun u terlantar sakit akibat brain damage. Dah setahun dear u bersama I dengan keadaan begini. Dalam setahun ni I menjaga u dengan penuh kasih sayang, kesabaran berusaha to bring u back.. U masih terlantar lagi. Sometimes I terfikir, berjaya tak nanti segala usaha I?. Adakah u berpuas hati dengan penjagaan I? Cukup ke curahan kasih suami ni pada isterinya? Allah beri ke kelulusan dugaan Nya pada kita? Semua jawapan tu I sendiri tak boleh jawap hanya Allah saja yang tau dear..
Selepas subuh n beri ur susu, I dok sebelah u memerhatikan wajah isteri saya ni yg sedang tidur. Memerhatikan seorang insan yang di pilih untuk menjadi isteri kesayangan saya. Setiap kali bila I perhatikan u dengan perasaan kasih yg teramat sangat pasti airmata menitis. Pada I, itu airmata kerinduan. Betapa rindunya saya pada awak ni. Kasih dan rindu ni makin menebal setiap hari walaupun keadaan n rupa paras u sudah jauh berbeza di bandingkan waktu u sihat dahulu. Pada I perubahan tu tidak dapat mengubah pangkat u sebagai isteri I. Selagi u masih di sisi I dan selagi u masih isteri I, selagi itu la I akan teruskan tanggungjawab I sebagai suami..Nothing can change that...InsyAllah....Hanya I nak memberitau u betapa I sayang n betapa I rindukan belaian u sebagai isteri I.. Ye la dear, baru 2 tahun kita dok syok jadi suami isteri, u pun sakit terlantar dah. Rasa belum puas n tak kan lupus kepuasan tu bila bersama u. Kadang kala hiba rasa di hati tenguk u yang masih terlantar dan tak tau apa pun yg berlaku. U kehilangan nikmat dunia. Seekor nyamuk yg menghisap darah u, pun u tak mampu menghalaunya..cmana tak sedih rasa hati I ni. Tapi nyamuk u tak kan terlepas dari I la, jangan kata nyamuk sekor tu jea, keluarga, sedara mara, sahabat handai nyamuk tu pun tak kan terlepas dari I!! Sapa suruh ganggu isteri saya, berani dia isap darah isteri saya aa!
Dear, walaupun sudah setahun usaha I belum berjaya lagi, jangan u marah I yea dan bersabar dear, InsyAllah Tuhan tu lebih mengetahui perancangan Nya. Dan I tak kan tinggalkan u keseorangan n akan terus berusaha dan tetap menyayangi u setiap masa. My love will be with u always..always.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa sangka dalam sekelip mata atas kehendak Allah s.w.t & ujian dariNya, isteri tercinta telah di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak. Blog ini adalah sebagai rentetan kehidupan saya & isteri. Dear, blog ini warkah buat tatapan you apabila you sembuh nanti. Warkah ini adalah bukti kasih sayang takkan pudar (InsyaAllah). Kepada pembaca, doa & semangat dari kalian sangat kami perlukan.
SEMOGA TETAP TABAH YER..
ReplyDeleteInsyAllah Bui, sy akan tetap tabahkan hati ni.
DeleteMengalir airmata kakcik baca catatan ini.
ReplyDeleteDoa kakcik semoga Allah mengurniakan kalian limpah kasihnya dan dengan itu kalian sama sekali tidak merasa tersisih. InsyaAllah.
kakcik tgk la Gee ni, sy dah siap2 nak mandikan dia,,dia tidooo semula..Rasa nak cekik pun ada ni..hahahaha
DeleteHeppppppp!!!!! U cekik dia....kitorang ramai2 cekik u pulak!!!!
DeleteAlamak Gee ada ramai bodyguard rupanya..hehehehe tak la mana ada nak cekik2 hehehe sayanggg Gee sayangg Choc Eyes the bodyguard..hehehehe
DeleteTau takottttt........Jaga Gee sebaik menjaga nyawa mu Abil....she's your soul!!.....Cekik dia Kitorang tumbok u laju2
Deleteuhuk2.. nanak nangis laa bila baca entry nie.. sabar laa abg abil.... inyallah Suatu hari Allah pasti akan makbulkan doa abg... inyallah kami sume akan terus doakan kak gee cepat sembuh
ReplyDeleteJangan la nangis Siti, biar abg jea yg nangis..uhuk2 ( cm tu ke bunyi nangis? )
Deletesmoga tabah...sy jadikan ketabahan saudara sebagai panduan sy hidup berumah tangga...smoga sy juga tabah dalam hidup ini. Pasti ada hikmah disebalik smua ini...doa sy slalu bersama saudara.
ReplyDeleteTq illa doakan kami.
Deletekagum dengan pengorbanan yang x berbelah bahagi terhadap seorang isteri, kasih sayang seperti ini sukar untuk kita jumpa,,,semoga saudara terus tabah, Allah sentiasa kasihkan umatnya...saya pun mendoakan agar suami saya akan jadi setabah ini..
ReplyDeleteSaya pun seperti suami2 yg lain. Hanya pengorbanan itu sahaja yg berbeza2 mengikut keadaan masing2..Suami u all semuanya hebat2 belaka.
Deleteakak pun baca kisah ni beberapa kali dan setiap kali baca, akak berasa bangga dan tertanya2 ada lagi manusia semulia ini di dunia ni, semoga saudara terus tabah dan cekal menghadapi dugaan dan ikhlas, sukar nak mencari walau sebutir 'permata' seperti saudara,..
ReplyDeleteAllah Hu Akhbar..!! Doakan kan kami di sini yea aimaniman.
Deleteabel yg hensem n gee yg cantik...kami doakan kalian sejahtera..cepat sembuh gee..wahua syifaa u lima fissuduur
ReplyDeleteSalam knorsewangicempaka yg baik hati, tq doakan kami di sini yea.Teruskan ngan warkah sy ni yea.
DeleteTQ sudi singgah blog saya ABIL...berdoa la selalu dan bersangka baik pada Allah bila kita berdoa. Saya harap Abil dapatkan sebeberapa banyak air zam zam dan sapukan pada seluruh badan isteri apabila hendak lap sambil berdoa. Dan suapkan kan jugak dia air zam zam. InsyaAllah akan sembuh dia nanti. Percayalah. Saya telah nampak dengan mata saya sendiri kebenaran dan kekuatan pada air zam zam
ReplyDeleteSalam Papa-Ntiq, Actualy sy masih menggunakan air zam zam sehingga hari ni. Insyallah, ada keizinan Tuhan, pulih la isteri saya ni.
DeleteAssalamulaikum..
ReplyDeleteSaya doakan agar isteri kamu sembuh seperti sedikala..Jangan putus asa..jgn berhenti mengharap..Tiada apa yang mustahil dengan izinNya..Moga kamu sabar dan terus tabah hadapi ujian dariNya yang maha hebat.
Wsalam Dhaniya. Tq for t doa and ur support. Kami hargainya, terima kasih yea.
Deleteteringat lagu Antara 2 cinta - The zikr.
ReplyDeletemuga dia bahagia di sana...
Terima kasih insan_marhaen.
DeleteSaya ada tempat untuk ikhtiar jika nak. Tempatnya dia gombak. Urut refleks. Jika ingin mencuba, saya boleh tolong tanyakan pakcik tu. Mana tau dengan ururt refleks brain akan boleh berfungsi semula.
ReplyDeletesalam en abil,
ReplyDeletesaya percaya memang dah banyak ikhtiar en abil buat, percayalah bila membaca kepayahan kerungsingan en abil ramai yg boleh faham dan org macam saya turut merasa bagaimana hendak pulihkan gee cepat ni. bermula dgn doa di depan multazam. ada yg saya nampak doa yg segera Allah makbulkan, Alhamdulillah, tapi lepas balik umrah, terbaca pula entry en abil, progress gee tak cukup bagus... maybe saya salah doa. saya doa pulihkan...tak specific sedarkan dia dari vegetative state dia :yaAllah dan pulihkan seprti sediakala sekiranya itu yang baik utk dirinya, suaminya dan keuarganya. so saya rasa bagus juga cadangan urut dan sapu atau minum air zam zam. cuma saya rasa en abil maybe dah pernah try? kalau tak kena update kami yang turut bersemangat nak cari idea tolong ni...
saya ada jumpa beberapa article tapi jenuh saya cuba paste dari pagi kat ipad ni tak boleh pula. mungkin en abil boleh berjumpa dgn neurologist di malaysia saya dengar tak silap pantai ada satu bagus. utk tanya pendapat dia pasal sleeping ambien yang boleh wake up vegetative patient. maybe dia boleh huraikan lagi.
saya terbaca jjuga pasal flu pill tapi yg banyak ambien.
cuba google sam goddard , my daughter woke up after given ambien, dan so on. mungkin en abil dah tahu pun agaknya. cuma tough baca blog ni and not try to chip in something esp bila baca rsa bersalah, rasa nak give up, frustrated etc. semua tu normal utk care taker patient macam ni.
salam, encik anonymous. boleh saya tanye lebih lanjut pasal sleeping ambien @ zolpidem? tanpa preskripsi doktor bleh beli di farmasi ke? saye mmg penah baca patient dlm keadaan vege sedar dlm masa 5 minit lepas parents dia bg zolpidem di barat.. (adianne_4@yahoo.com.my)
DeleteSalam aidaina..berkaitan ubat tu lebih baik dapatkan pandangan doctor dahulu..Di barat mungkin agak berbeza keadaan patient walaupun penyakit yg sama, antara factor yg membezakan, 1. cara pemakanan harian mereka 2. cuaca. Jadi dos ubat yg di ambil dan keserasian penerimaan badan apabila ubat di ambil mungkin tidak sama so sebaiknya tanya pakar perubatan dahulu.
DeleteLagi 1 cuba beri dia minum minyak black seed habatus sauda. Saya tak pasti ada jual kat sini ke tak. Tapi yang lasti ibu saya ada beli sewaktu mengerjakan haji 2 tahun lepas. Sambil minum sambil sapu di umbum2 kepalanya. X pun cuba urut dengan minyak jerselin. Mana tau dengan izin ALLAH gee akan sedar dan pulih seperti sedia kala. Semua tu datang dari allah! Jika DIA berkehendakkan pasti akan terjadi. Saya pasti semua pembacq akan membantu ikhtiar mana yang mampu. Selebihnya adalah ketentuanNYA. Wallah hu alam........
ReplyDeleteSalam Sazmie, air zam zam n habatus sauda memang kami amalkan sehingga sekarg. Walaupun belum pulih lagi isteri sy keberkatan dan kemuliaan air zam zam n habatus sauda tu tetap ada. Allah belum nak sembuhkan lagi so sy teruskan usaha sy ni. DIA yg lebih tau perancanganNya. Terima kasih sazmie. Tq very much. Doa2kan kami di sini yea.
DeleteTak pe. Usaha lagi. Mungkin ALLAH nak uji sejauh mana kasih sayang abg abil terhadap isteri. Hanya ALLAH yg maha mengetahui segala perancangannya. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Hanya insa terpilih sahaja yang mampu sabar. Dan insan itu adalah abg abil dan kak gee. Doa saya sentiasa untuk kalian. Oh ya, ada cuba minyak black seed tak?
Deletecontinue sbb ipad ni meragam... Allah knows best, maybe ini yang bagus kita tak tahu. tapi kita juga kena cari jalan ikhtiar...sorry kasi komen panjang sgt. cuma caretaker pun kena diberi semangat kalau tak nanti dia pun boleh blink blink...
ReplyDeletehanis.
saya maksudkan kat atas tu dalam banyak2 doa saya buat depan multam ada yang nampak makbul tapi ada juga yang belum. tu bila saya balik baca enty en abil, aghhh gunah gulana saya..Allah knows best Allah knows why.
take care. hanis
Salam hanis..berbanyak terima kasih mendoakan isteri saya ni.Benar2 menghargai usaha doa hanis tu.Insyallah doa hanis tu Tuhan terima, hanya kita tunggu sahaja keputusan Allah.
Deletemcm sya cakap abg abil ni lelaki terbaek yang sememangnya seorang suami yg susah nak cari..sya doakan kak gee akan pulih..ameen
ReplyDeleteTak terbaek lagi coz Gee lum sembuh lagi..uhuk uhuk uhuk...anyway thanks mrs velentine
ReplyDeletesemoga en abil takkan penat berusaha... dana doakan yg terbaik
ReplyDeleteInsyallah sy akan lakukan yg terbaik norhidana.
DeleteAbil, semoga u tabah. Catatan harian ni psti akn mnjadi memori trindah bila wife u sembuh nnti.
ReplyDeletenanti Gee dah sembuh boleh la dia bc warkah ni. thanks cinta misteri.
Deletesebak pulak baca catatan abil kali ni.. baru 2 tahun menganyam kasih, dah diuji dengan ujian yang sungguh berat..semoga abil dan fauziah sentiasa berada dalam peliharaan Allah..
ReplyDeleteTq anaa, pas ni baca masterchef sure tak sebak..
DeleteSeorang suami yg sgt tabah..sy sgt kagum dgn en..semoga doa tak lengkang dr sume org..sy doakan wife en kembali sperti biase..
ReplyDeleteAmin
Hanya menjalankan tanggungjawab yg di amanahkan Allah pada saya. Tq yea mrs.azman
Deletekagum sy membaca ketabahan seorang suami mcm awak dan talib...semoga awak kekal tabah dan banyak2 bersabar...sentiasa berdoa semoga fauziah pulih seperti biasa...Insyaallah,adew ganjaran yang dijanjikan bg org2 yang sabar...
ReplyDeleteInsyallah, semoga Allah permudahkan urusan org2 seperti kami ini. tERIMA KASIH mendoakan kami yea Anggun.
Deletesalam abang abil.. jaa terjumpa blog abg abil di blog ini http://miera301.blogspot.com/2012/06/kasih-sayang-suami.html
ReplyDeleteair mata saya mengalir semahunya, sume entry jaa baca. tak tahu nak cakap apa. jaa simpati sgt. jaa hnya mampu berdoa dan buat entry berkenaan abg abil semoga ada yang baca nanti dan akan ada yg membantu abg dan kak gee... ni entry jaa itu :
http://jaakechik-e-niaga.blogspot.com/2012/06/warkah-buat-isteri.html
Wsalan jaakechik, Terima kasih membantu kami di sini, terima kasih memperpanjangkan blog saya ni..Terima kasih jaa.Semoga Allah membalas baik jasa jaakechik dan blogers2 yg lain di luar sana..Betul2 tersentuh hati saya mendapat sokongan dari u all.
DeleteAssalam,
ReplyDeleteSebagai seorang lelaki saya kagum dengan semangat kental en. Abil. Syukur en. abil dikurniakan semangat dari-Nya untuk terus tabah dan kental disamping mencari inisiatif merawat isteri. Saya doakan En. Abil akan terus tabah dan segalanya akan dipermudahkan olehNya... Teruskan usaha, teruskan zikir, teruskan berdoa, teruskan istiqamah solat sunat tengah malam dan meminta la kepada Nya agar segala kesulitan ini akan berakhir dengan kesudahan yang sempurna.. Ingatlah bahawa segala ujian yang diturunkan kepada kita pasti ada hikmah yang tersirat.. banyakkan bersabar sahabat... Semoga rakan blog yang lain akan terus memberi sokongan kepada tuan untuk terus cekal menghadapi dugaan ini. Insyaalah evrthing pasti akan back to normal.. Saya kagum dengan smangat dan kasih tuan....
Wsalam maza, Insyallah saya akan teruskan usaha untuk kesejahteraan isteri sy ni. Benar2 terima kasih kami di sini ucapkan pada maza n semua di luar sana, Terima kasih.
DeleteAbg abil.....saya sebak sgt bila baca blog abg....tak henti2 air mata ni keluar.... Saya sgt terharu kerana ada suami macam ab ni......abg sana2 penyabar dan seoran y sgt kuat....sedangkan saya pon sedih baca cerita ni...tapi abg sangat kuat....abg...teruskan yea abg...usaha abg tu....kuat yea abg...dan terus kuat....sy doakan abg kuat dan kak gee cepat pulih...dan sembuh seperti sedia kala....abg......saya tak kaya untuk support abg dengan wang ringgit...tapi izinkan saya mendoakan kesejahteraan kak gee dan doakan suapaya kak gee cepat sembuh.....abg....teruskan kekuatan abg....dan saYa akan teruskan doa untuk kak gee..... :'(
ReplyDeletePermata Ratu jangan la nangis2 bc warkah ni yea. Insyallah abg akan teruskan semangat ni untuk my wife kesayangan abg ni..tq doakan kami disini yea. Dah tak mau nangis lagi. Nanti abg up date lagi.
ReplyDeleteHi..
ReplyDeleteFirst time singgah blog ni..
Sedih baca blog u.. apa yg u buat tu sgt menyentuh hati..
isteri adalah amanah dan tanggungjawab suami yang diberi oleh Allah yang Maha Mengetahui..
Semoga isteri u cepat sembuh ye.. Amin!
salam encik abil,,,semoga tabah dengan dugaan diberi ni...Allah x kan bagi ujian yang hamabaNYA tak mampu tanggung,,,,lagi besar ujian tu lagi besar ganjaran,,,mungkin kita tak nampak ganjarannya di dunia,,,tapi di akhirat kelak kita akan terbalas semua apa yang dilakukan,,.,,teruskan berdoa and doa .....
ReplyDeletesaya cadangkan cuba rawatan islam sama...cam jumpa ustaz harun din ker at darussyifa' atau pun tuan haji lokman dekan suifa' hidayah kat gombak...mana taw dengan izin ALLAH dan bantuan mereka ur wife akan sembuh...
Wsalam..Dari mula sakit hingga la sekarg, saya masih mengamalkan rawatan syifa n juga rawatan hospital. Masih belum di izinkan Allah lagi.Apa jua keputusan Allah saya terima dengan redha, InsyAllah.
DeleteAlhamdulillah Abg Abil mmg sgt3x tabah orgnya. sy baru bukak blog ni, sy dah habis baca sume story.he he he.abg abil jgn sedih tau. abg abil adalah org yg terpilih dikalangan umat2 manusia ni. ternyata abg abil masih kuat mengharungi saat2 ini. jika jadi kt saya? sy pn masih terfikir2 mampukah saya??? sedangkan nk mejaga anak2 kecil ( sy ibu kepada 2 anak, baru berusia 28 thn) sy cepat baran inikan pula menjaga org sakit. semoga Allah beri saya kekuatan sekiranya saya di ketika itu. :). semoga kekuatan abg abil smakin bertambah hari ke hari. dan semoga Allah turunkan rezeki xterhingga pada Abang Abil n Kak Gee. Allah pasti akan membantu hamba2 di jalannya.Ya Allah......
ReplyDeleteSalam irma..Ujian Tuhan kalau dah di turunkan, jgn kita fikir boleh ke tidak kita harungi, itu bukan keputusan kita, kita harus lalui ujian Tuhan tanpa byk songgeh. InsyAllah Allah pasti bantu kita. Terima kasih irma doakan kami di sini...lajunya irma baca semua tajuk! insyallah nanti nak up date lg.
Deletehaaa laju sungguh. updatela lg. :). sambil2 baca smabil2 ambil ilmu kan :) . hehehe xla sebenarnya adala 2-3 post yg sy xbaca lg. tp bole kata sy da review semua dah. :). sy bkn apa bnyk baca blog2 mcm ni menyedarkan siri sniri dan org lain jgk kn. insyaAllah2x sy bantu yg terdaya. insyaAllah sy dah sebarkan blog dan Dana Sinar Fauziah abang abil& kak gee di fbook2 sy. insyaAllah Allah pasti membantu.
ReplyDeletethanks again irma..
Deletesalam ukwah.
ReplyDeletebila baca blog abg abil.
baru sy tersedar.
ada org lain yg susah @berhadapan dgn dugaan yg besar.
semoga mendapat sinar kebahgian bersama isteri walau dia sakit.
tak semua lelaki dpt melakukan.
sy pun xtau klu sy jd mcm tu,adakah suami sy akan menjaga sebagaimana abg abil menjaga isteri abg..
abg abil org terpilih untuk menikmati dugaan ini.
harapan sy smoga abg tabah menghadapi smua dugaan dan bersabar.
itu yg dpt kita bt kan..sabar dan trus sabar...
sy pun trus sabar menjaga anak saya walau suami tiada di sisi.(kami berjauhan atas tuntutan kerja).
ksabaran abg menjd pencetus smgt utnk tdk berputus asa.
Salam kembali Lela, tq coz singgah n baca warkah ni. Sama2 la kita berdoa moga Allah mempermudahkan dan sentiasa menolong kita mengharungi kehidupan harian kita ni. InsyAllah saya akan teruskan usaha menjaga Gee dgn baik...
DeleteAssalam..sayu rs hati..ermm actlly sy prnah jg mghrungi detik bgini(walaupn xsama..) hsband sy pn penah lumpuh coz strok..punca stroke doc ckp x jmpa..pndrhan otak sebesar telur ayam..suami koma sebulan sdg kami pn br 2 thn lbh kawin ms tu..ms tu doc ckp mmg dh xda harapan..first mmg down sgt2..nangis je..smpai 1 tahap sy bangun dan trus berusaha dan berdoa..mcm2 ikhtiar sy buat dan selebihnya sy berserah kepada Allah..alhmdlh suami sy sedar dr koma..ckup sebln di hosp suami sy bw blk ke rumah dlm kdaan lumpuh..mula bw ke kg..dekat 3 bln jg sy x keja coz jg suami..nasib bos baik x kisah sgt..lps abis cuti sy blk ke tmpat keja tp xleh nk keja coz ingt suami so abis keja sy blk smla ke kg n pastu wak blk umah kami..(puas hati ada dkt ngan kita..) puas jg ikhtiar dlm 4 bln lps tu suami blh gerak n brjaln ala budak2 kecik tp syukur sgt2..kini suami dh pulih tp kesannya ttp ada..cm sy mcm trauma bl tiba besday sy coz ms kejadian suami cm smpat wish bsday n pastu trus x sdar diri..walaubpn kini dh 4 thn kejadian tu brlaku namun kesaoitan tu msh trasa.. Sabar ye en abil..sgghnya Allah kasih kan umatnya yg diduga.. Besar pahala jika kita hadapi ujian ini dgn sabar dan ikhlas..
ReplyDeletetergenang pulak air mata bace entry ni... semoga kita semua akan lulus dlm segala dugaanNya...amin ya rabbal`alamin.....
ReplyDeleteinsyaallah jangan putus berdoa..moga 1 hari nanti k.gee akan sembuh ya..
ReplyDeleteWah..semua n3 lin@yu baca..
Delete