Tuesday, 26 September 2017

Pakai Spender jerr...

Assalammualikum U guys.
Assalammualiki Ya Fauziah..penghibur nyawa hamba..

"Dearrr..saya boringgg.." jerit saya dari dalam bilik sambil baring bila mana Gee dok lipat baju sambil tgk tv kat ruang tamu..

"Awak lapar eh, jap saya masak sedap2." balas Gee.." Saya rasa boring la..bukan lapar!!" kata saya lg.."Apa punya bini ni, laki dia tgh boring dia tak pandai nak hiburkan saya!! arrhgg tuii.!" Usik saya lagi.

"Darlingg, awak nak saya buat apa ni, cuba ckp." berhenti Gee lipat baju.
"Ehh, awak ingat saya bisu ke?? tadi kan saya ckp!! awak pekak ehh??!!" usaha saya nak cari gaduh ngan bini kesayangan saya tu hehehe..memang tgh boring pun saya masa tu. Bila takde kerja tu la kerja saya usik Gee sampai dia marah..

"Aduhhh, laki aku ni, apa yg dia nak ni.." terdengar Gee membebel2 sorang..Thenn tiba tiba saya melompat keluar dari bilik berdepan ngan Gee....

Melompat saya hanya pakai "Spender" jea sambil joget ala Michael Jackson!!! depan Gee..punya la Gee ketawa sampai kuar airmata tgk perangai laki dia ni..kat fon saya dulu ada la lagu MJ tu, pasang lagu sambil joget cam Michael Jackson joget..!! hahaha..pakai Spender jea lak tu!! hahahahahahahaha

Ketawa terbahak2 Gee sambil tepuk2 tangan suka tgk Suaminya.." Nak kata laki aku ni gila kang berdosa,,layan jea la." sambil ketawa2 Gee bersuara..
Dah penat joget, terus saya baring kat peha Gee.."Ok, dah ilang boring dah saya. Sekarg awak ngaji lak saya nak dgr." ckp saya.

"Awak ni memang ada sewel cm ni ehh kadang2.? rasa nak terkentut2 saya ketawa tadi." sambil Gee usap2 janggut saya. Sambil Gee lipat baju, sambil saya baring kat peha Gee..yg masih berpakaian Spender jea..kami borak2..Menjadi satu keseronakkan kami berdua bilamana kita borak2 kosong gitu..

Dan Gee faham, gini la sekali sekala cara saya menghiburkan hati dia. Gini la sekali sekala cara saya ucapkan Terima Kasih pada Isteri,, ISTERI yg jaga pakaian saya, ISTERI yg menjaga lapar saya, ISTERI yg berkongsi masalah saya, ISTERI yg TAAT pada SUAMInya...Dan ISTERI yg sanggup menjadikan Nyawanya sebagai galang ganti untuk Suaminya..!!

ALLAH HU AKHBAR!!.Sungguh tinggi Nilai "KEBAHAGIAAN" Suami Isteri yg ALLAH berikan pada kita semua.

Wahai U guys U guys,, Gunakan la, Kebahagiaan, Keseronokkan, Senda Gurau,, semua GANJARAN ALLAH pada kita yg berumahtangga ni sebaik baiknya..

Jadikan la ia HUJAH kita yg baik baik di Hadapan Makahmah ALLAH yg maha AGUNG nanti..Dan jadikan la Isteri kita tu sebagai "Permaisuri hati" sebagaimana Isteri memandang Suami sebagai Raja di sudut hatinya..

InsyaALLAH.

3 comments:

  1. Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat dan keberkatan untuk semua pasangan suami isteri...

    ReplyDelete
  2. Insyaallah .. saya usaha sepenuh daya. Lama sungguh tak singgah sini. Mood nak blogwalking dah ke laut.

    ReplyDelete

Followers