Sunday 13 May 2012

I love you..

Assalamualaikum syg..

Guess who...ur hubby ni. Dah few days I tak up date warkah buat u ni coz dok sibuk habiskan masa ngan u n ada beberapa urusan yang perlu i selasaikan anyhow I akan teruskan dengan warkah u ni selagi I mampu insyallah bila u dah pulih seperti sediakala nanti u luang la sedikit masa membaca cerita  dari suami u ni yea.

Sebelum i teruskan cerita kita, I nak ambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih pada semua pembaca blog I, pada semua member2 blog, atas sokongan yg tak putus2 dari u all. N to those blogers yg dok promote blog I, thank you so much. THANK YOU TO ALL OF YOU....yg ada blog tu, I ada juga tgk2kan. Blog u guys memang best!! pasal family, g cuti kat bali la, jalan2 cari makan, cerita cerinti, best, best,...dan ada suka kentut, kentut buat dia lega..tu betul buat I gelak,,macam2...thanks u guys, thank you again......

Back to warkah ni. Dear sejak 3,4 hari ni I tgk u diamm jea, maksud I lebih diam dari sebelum ni. Macam u dok fikir something, pada I terlalu diam. Why dear? Dah 2 malam tak sempat I pujuk u, u dah tido. Biasanya kena pujuk rayu dulu then u pun tido, ini tidak..siang pun cm tu. Bila u bangun tido pun u diam jea, u dah tak panggil I ngan bunyi tu. N dah 2 malam gak I tak lena tido, kejap2 I jenguk u. Tak sedap hati pun yea juga I ni.But kalau mandi n tukar pampers tak de apa perubahan...tetap marah jugak!! Puas I fikir kenapa, macam2 cara I buat nak tgk reaksi u,, I nyanyi, joget MC HAMMER, tarian india,,bercakap bahasa cina u tetap cm dingin jea, biasa u akan beri reaksi but this time u just diam jea langsung tak de tindakbalas..Kenapa sayang? Jangan la buat I risau. I nak keluar pun 2,3 hari ni pun berat hati jea walaupun tinggalkan u sekejap, cepat2 I balik. U merajuk ngan I ke? I tak buat apa2 salah pun..I hanya menjaga u saja. Makan u I jaga, kebersihan u i jaga, rawatan u on time, amalan untuk u I buat, I hiburkan u, urut, facial,,kasih sayang tiap hari I curahkan pada u tak kurang sikit pun..ataupun mungkin tu perubahan sikap u jea kut,,I hope tu jea la kan sayang...Tapi berkaitan susu n makan u sekarang ni cepat pulak hadam, belum 3 jam perut u dah kosong coz i check selalu. Dan sekarg u dah pandai beri isyarat haus atau lapar,,part tu I suka sangat, ada la perubahan positif, hanya part u diam sangat tu I mushkil..Tak pe la dear, as long u nampak bertambah sihat, I am happy enough buat masa ni..Hope to get u back soon...

Dear pasal nak cat bilik u, selepas beberapa cadangan dari pembaca2 ni, i dah fikir n check2kan, so it going to be colour kuning pisang n pearl white. Ok tak? Sure cantik punya. Ada glow2 lagi kat ceiling tak de STAR WARS lerrr..Amacam u guys, ok tak?? Insyallah bulan ni I siapkan..aaa ada org kata nak ambil cuti ramai2, nak tolong cat bilik, jadi ke??? SO cat bilik kira settle dah, ni dok fikir bulan ramadhan dah hampir tiba, seronok kan. Bulan untuk kita semua. Selain dari amalan2 ramadhan, I nak lebih rajin lagi berdoa untuk u dear, harap2 Allah izinkan kita beraya bersama dalam keadaan u dah pulih sepenuhnya, insyallah..Tak nak la rasa cm tahun lepas beraya tanpa u,,cm tu la rasa kemanusiaan kita ni, semua nak elok jea but sekiranya tak kesampaian rasa semua tu, I tetap reda ngan apa2 pemberian Allah coz pemberian Tuhan tu adalah yg TERBAIK..Dear u pun sabar yea, cmana pun I tetap ada di samping u, I akan tunggu u sihat semula tau. Jangan la u risau2 bak kata I yg berulang kali,,selagi suami u ni hidup insyallah I akan pastikan u berpuas hati, I nak u tau bahawa u telah memilih suami yg terbaik buat u..just u bersabar aje dulu n jangan susah2 hati, I ada....Lepas ni I nak fikirkan pakaian untuk raya u pulak, nak dapatkan yg terbaik..Biar la i fikirkan dulu, nanti dah jumpa I beritau yea,,pilihan I sure u suka punya, kan I dah kata, dont worry.

Aiyaa taip punya taip cm patuk ayam ni, jam dah pukul 12 suku jap lagi nak siapkan susu u n i pun nak tido dah lepas tu, kang subuh nak bgn...Dear, syg cinta hati, pengarang jantung n paru2..I love u so much..much n so....ingat, nobody can love u like I do....Gnite dear..( u pun dah tido ni)..esok kita sambung.....


17 comments:

  1. abang abil.. alangkah indahnya andai semua isteri didunia ni dikurniakan suami sebaik abg abil.. kak gee wanita yang paling beruntung..ya allah kau sembuhkanlah kak gee seperti dulu, izinkan pasangan ini merasai kebahagian semula di dunia mau pun di akhirat kelak.. amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya semua suami tu adalah yg terbaik buat semua isteri..Bertuah bg mereka2 yg dah berkahwin, yg belum cepat2 sikit...btw thanks yea n teruskan ngan blog saya ni.

      Delete
  2. awak sabar lagi...jangan berhenti berdoa...Allah knows better...Allah takkan menduga seseorang tanpa kemampuan hambaNYA itu...Semoga sentiasa dirahmati dan diberkati...itu doa saya untuk awak n isteri...mudah-mudahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks netty, teruskan berdoa yea.

      Delete
    2. sejak sy baca blog abg abil ni timbul satu keinsafan dlm diri sy. xsemua bertuah dlm dunia ini. saya baru 3 bulan kawin dan suami pula sgt baik dan caring. kadang2x saya rasa mcm tdk adil kerana xdpt penuhi t/jwb sepenuhnya krn sy msh stdy dlm thn akhir dan dia bekerja. kiranya kami jauh dan bertemu sekali sekala. sblm kawin sy dah tahu bhw dia mempunyai sakit dan harus menjaga pemakanannya. sy ambik risiko utk berkahwin dgnnya krn sy sgt sayangkannya dan hal ini di luar pengetahuan keluarga masing2x. sy rasa sgt terkilan. tapi bila merujuk blog abg abil ni sy mendapat satu kekuatan y boleh d katakn sbg smgat bt diri sy. semoga kak gee cepat sembuh......insyallah dgn perubahan y kak gee tunjukkn dia akn cpt sembuh. amin....maaf melalut pjg2x....hehe

      Delete
  3. sejak sy baca blog abg abil ni timbul satu keinsafan dlm diri sy. xsemua bertuah dlm dunia ini. saya baru 3 bulan kawin dan suami pula sgt baik dan caring. kadang2x saya rasa mcm tdk adil kerana xdpt penuhi t/jwb sepenuhnya krn sy msh stdy dlm thn akhir dan dia bekerja. kiranya kami jauh dan bertemu sekali sekala. sblm kawin sy dah tahu bhw dia mempunyai sakit dan harus menjaga pemakanannya. sy ambik risiko utk berkahwin dgnnya krn sy sgt sayangkannya dan hal ini di luar pengetahuan keluarga masing2x. sy rasa sgt terkilan. tapi bila merujuk blog abg abil ni sy mendapat satu kekuatan y boleh d katakn sbg smgat bt diri sy. semoga kak gee cepat sembuh......insyallah dgn perubahan y kak gee tunjukkn dia akn cpt sembuh. amin....maaf melalut pjg2x....hehe

    ReplyDelete
  4. jangan rasa terkilan coz tak dapat penuhi t/jwb, baru 3 bulan kawin n masih belajar memang la begitu,,bila dah selesai study penuhi la apa yg kurang sebelum ni, tak de masalah n jangan pening2 kepala. Enjoy ur marriage life tu. Kalau dah sakit tu kena la jaga diri n selalu buat check up. Dont worry la, insyallah semuanya akan ok nanti...Tapi ni nasihat saya, jgn sesekali kita sorokan perkara dari org tua kita tau! Allah beri kita keberkatan melalui org tua kita....Trust me.

    ReplyDelete
  5. trma ksh ats nsht y d brikn. sy amt bhrp suami akn sht sll.insyaallah smga semuanya dlm keadaan baik bt kmi dan jga abg dan kak gee....=)

    ReplyDelete
  6. ur welcome,,for both of u all t best..

    ReplyDelete
  7. Salam Encik Abil dan Kak Gee, mungkin perubahan Kak Gee tu sebab dia dah boleh control reaction :) hopefully...mungkin dulu Kak Gee tak dapat control so the way she reacts adalah dgn membuat bunyi2an supaya Encik Abil sedar...saya doa sangat semua perubahan Kak Gee adalah ke arah penyembuhan dan kebaikan :)mungkin juga dia terkenangkan kenangan terindah dahulu ehehe...Encik Abil teruskan usaha memulihkan Kak Gee tau...saya dan semua doakan agar Kak Gee cepat sembuh...Aminnnnn....

    ReplyDelete
  8. Wsalamm Liyana..mungkin gak betul kata Liyana about reaction tu..but now my wife ni cm merajuk jea memanjang,,cm mana tu? anyway thanks coz still mengikuti blog saya ni..

    ReplyDelete
  9. Merajuk tu tanda bermanja...kalau sihat pun kita nak bermanja dgn suami nikan pulak time tak sihat, kan Encik Abil? :) don't worry saya akan terus mengikuti blog Encik Abil nie sbb banyak yg saya boleh muhasabah diri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Liyana, sorry ler lambat blas komen ni..nak manja2 ngan suami tu elok tapi mesti ada time sesuai ler..kan kan...thanks again Liyana.

      Delete
  10. Assalamualaikum Abil and Jee,
    Duk melilau dlm blog nie baca komen2 dan cerita sahabat kita untuk ko. Mungkin ko agak sibuk sekarang ni. Just want to know news bout your lovely wife Jee.
    Rindu pulak nak baca nukilan cerita dr ko Bil... he he. Seperti biasa.. br lepas dodoi isteri aku. Mata tak leh nak lelap nih. Dan kul 2 lebih. Sok kerja overtime lak. Just to share.. bulan nie bulan Rejab, kalau ko puasa 10 hari, insyaallah Allah makbulkan doa kita Bil. Apapun don't think you are alone k, you're not my sahabat. Ramai sahabat2 ko yang melewati blog real life ko nie yang tersentuh hatinya dan tidak kurangnya pula terhibur dengan celoteh ko melayani Jee setiap hari. Percayalah cakap aku Bil, Bila Jee sembuh nanti dia pasti akan terharu dgn setiap apa yang ko buat untuk dia. Salute la kat ko Bil.
    Hidup aku alhamdulillah amat bahagia, cuma yang kurangnya setelah 6 tahun melayarkan bahatera perkahwinan, kami masih honeymoon lagi. Maksud aku.. still berdua lagi... belum ada cahaya mata lagi. Aduh.. terasa amatlah rindunya pada suara dan tangisan seorang anak. Apapun aku redha kerana setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Cuma aku tak tahan dan amat terharu bila isteri aku gugur Nov last year. Pada anak saudaralah aku tumpang bermanja.. tu pun dah darjah 3. Setiap kali melihatnya mesti aku sebak, sebab dulu masa dia kecil akulah yang jadi part time baby sitternya. La ni duk berjauhan.. hanya diFB sajalah aku melepaskan rindu. La Bil.... aku lalut la pulak.
    Saja nak bagi ko baca serba sikit kisah hidup aku... kan selalu ko yang berceloteh.. haa loteh tak baco cita den nie haa. Bil... favorite aku masak lomak cli api.. mak mertua lalu belakang pun tak perasan tu.. ha ha. K lah Encik Abil my sahabat.. eden nak beransur beradu dulu. Selamat pagi ya .. jumpo lai lenkali yo...My pray with both of you my sahabat...take care..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro klassik..maaf lewat bls komen ni..aku dah baca karangan kau ni n nampaknya kau rindu nak kan anak yea..tak pe bro teruskan usaha dapatkan baby aku akan doakan moga rezeki anak Allah beri tak lama lagi, insyallah..

      Delete
    2. Aamiin... insyaallah.
      Baru balik kerja trus buka blog nie, saja check update terbaru dari Abil In The House... Terima kasih Abil, mudahan doa ko dimakbulkan. Tu la Bil.. aku rindukan suara tangis baby la Bil. Ha ha ha.. Isteri aku lagilah.. hari2 tanya bila kami nak dapat baby. Sebak dada gua Bil.. Thanks Bil... aku nak baca celoteh yang ko update mengenai babap tu hu hu.. jgn garang2 bro..tak pe aku tahu ko penyayangkan.

      Delete
  11. msti dah cantik blk k.gee kan..tahniah en abil seorang suami teman yg baik utk k.gee ;-)

    ReplyDelete

Followers