Asssalamualaikum semua.
Selamat bercuti .. Apa aktiviti anda hari ini, moga dapat dimanfaatkan dengan sebaik baiknya. for your info. hari ini blog ini tidak diupdate oleh abil tetapi diupdate oleh adik iparnya ( nama tak perlu di reveal / rahsia.hehehhe)
Abil sekarang sedang tidur. penat mungkin. yelah. bangun pagi pagi untuk beri susu kepada kak gee ( panggilan kami kepada fauziah ) setiap 3 jam nak kene bagi susu.. Hari ini, saya nak cerita pula pengalaman dan perasaan kami sebagai adik dan orang terdekat dengan kak gee dan abg abil.
Kak Gee yang saya kenal adalah orang yang sangat peramah , pandai masak.. itu memang tak dapat dinafikan.sebut saja nak makan apa,, tak sampai satu jam , siap terhidang.. macam nak makan kenduri dia masak. selagi ada sayur ,selagi ada bawang, selagi ada cili. pasti habis.. hehehehehhe.. tak agak agak..macam takde hari esok .
kalau time masak. dia mmg tak suka orang tolong dia, huh.. gembira betul kami. apa lagi sorang main hp , sorang tgk tv, sorang tido. sorang main facebook... dia sorang masak. mmg dia tak suka org masuk campur, bukan sengaja kami tak tolong eh.
tapi bila dipikir balik. mmg menyesal tak tolong dia, sebab tak dapat ilmu masak. kak gee ini saya ibaratkan sebagai resepi bergerak. sekarang nak masak kene lah download dari my resepi ker .. mmg rugi tak menuntut dari dia dulu. tapi saya mmg berjanji. jika diizinkan tuhan kak gee sembuh. saya takkan benarkan dia masak lagi. saya akan sendiri masak untuk dia.. sebut jer. saya akan masakkan.
Bukan masak saja kepakarannya.. gubahan pun pandai. waktu dia bertunang dengan abg abil dulu.. dia lah yang buat hantaran.. gubah sana gubah sini..saya ingat lagi dia tunjuk gambar rumah dia yang penuh ngan English style decoration, yang vantage tuh.. dia mmg idamkan rumah idaman camtuh. insyaallah kak gee. satu hari pasti terlaksana. kak gee cepat bangun yer.
since kak gee bed ridden nih. saya tgk abg abil dah tak serupa mulo.. dah tak macam dulu. asyik asyik termenung. muka mmg tak ceria langsung. yg paling terkesan waktu hari raya tahun lepas. mmg sebak sgt kami sekeluarga . kalau dulu abg abil mmg smart, kemas orgnya. sekarang mcm dah tak terurus jer.. tapi satu perangai perbersihnya mmg tak lari. ini untuk kebaikan kak gee juga. yelah sebab dia jaga sendiri kan. jadi dia kene pastikan kebersihan tahap tip top. takut asma kak gee kembali menyerang.
tapi yg saya salute. walaupun kewangan dia tak berapa nak mencukupi, tapi dia tetap pastikan keperluan asas kak gee sentiasa ada. walaupun kami adik beradik ada sedikit banyak membantu. tapi pasti mana nak cukup kan. Syukur lah. pihak JKM ada memberi bantuan sebanyak rm 300 sebulan. cuma dizaman sekarang nih, rm 300 untuk susu ,pampes dan ubat ubatan adakah mencukupi ?
haih.saya betul betul rindukan kak gee, dulu waktu sampai jer rumah . dari jauh dia dah jerit panggil nama anak saya. kalau dia gi shopping. pasti ada baju untuk anak anak saya . saya rindukan suara dia. rindukan masakan dia. rindukan perangai dia yang selalu merajuk ngan abg abil.. konon konon nak minta pujuk. tapi satu jer yg tak berubah kat kak gee nih . kecantikannya, dulu dan sekarang dia tetap cantik.
huh,malas nak membebel lama lama ,nnt kata overshadow blogger pulak. maklumlah dia skang tgh tido lena, lepas pujuk kak gee yg tak tido tido dari malam tadi, maklumlah, kalau ramai ramai kumpul rumah mesti bising sikit. itu yg kak gee tak selesa kot.
sekian. moga coretan ini dapat menghiburkan anda semua.dan kak gee satu hari nanti.insyallah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa sangka dalam sekelip mata atas kehendak Allah s.w.t & ujian dariNya, isteri tercinta telah di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak. Blog ini adalah sebagai rentetan kehidupan saya & isteri. Dear, blog ini warkah buat tatapan you apabila you sembuh nanti. Warkah ini adalah bukti kasih sayang takkan pudar (InsyaAllah). Kepada pembaca, doa & semangat dari kalian sangat kami perlukan.
salam, sy br abes baca sume post yg abg wt...moga tabah...sy perasan yg ade ckp psl k generate income utk future...ape kate abg psng iklan dkt blog ni...nufnang ke, adverlets ke...insyaallah bley bantu plng tidak sedikit....sy doa kn moga isteri abg cepat sembuh...
ReplyDeletewsalamm..maaf ler lambt bls komen, thanks berikan cadangan tu insyallah akan saya usahakan.
Deleteabg abil,sy setuju, abg letak iklan pls, i'll try to promote ur blog kat twitter and fb, at least ada income.. btw abg ni suami mithali terakhir ok, Allah je yg boleh balas semuanya.. semoga kak fauziah sembuh... keep on writing okesss...
ReplyDeletenanti akan sy usahakan berkenaan iklan tu. Rasanya ramai lg suami2 yg lebih baik dr sy ni,,tq atas doa n akan teruskan blog ni semampu yg boleh. thanks again.
DeleteAs Salam,
ReplyDeletePengorbanan yg terlalu tinggi nilainya dari seorang suami buat seorang isteri yg dikasihi.
Moga-moga terus diberikan kekuatan di dalam menempuhi ujian ini.
Percayalah,di penghujung jalan ini,pasti ada kemanisannya.
Moga Kak Gee akan cepat-cepat sihat.
wsalamm....sorry ler u guys coz lewat bls. byk masa tumpukan pada isteri ni, anyway thanks atas sokongan n doa yg di hulurkan.
Deletesemoga syurga balasan utk abg.....takde satu pun entry yg saye bace dan saye tak menangis.....semoga ade sinar utk abang sekeluarga....
ReplyDeletejgn banyak menangis nanti cepat tua!! semoga Allah beri rahmat pd lieyalatif sekeluarga n pada semua pembaca..thank u, Thanks to all of u guys. Love u all from both of us.
DeleteSpeechless... Doa yg terbaik both of you
ReplyDeletetq for t doa yea. Keep on reading.
Deletecik ina tahu siapa adik ipar tu, saje teka je : )Harap abil tabah ye semoga Allah SWT melindungi kamu sekeluarga .Amin
ReplyDeletesetiap kali cik do do cheng beri komen sure buat saya tersenyum...pandai pilih nama, Do Do cheng!! btw thanks to you.
Deletesemoga abg abil tabah & kak gee cpt sembuh! amin!!!
ReplyDeleteinsyallah akan tabah n terus jaga my dear ni. Teruskan berdoa buat kami di sini yea..tq cet.
ReplyDeleteassalamualaikum pada semua pembaca n to all yg menjadi member blog saya ni. sy ingin mengucapkan ribuan terima kasih to all u guys atas sokongan n doa2 yg di pohon buat kami di sini n maafkan saya sekiranya lewat membalas komen2.sy akan keep on bls walaupun lewat..saya dan bagi pihak isteri akan selalu mendoakan kesejahteran buat u all semua.teruskan sokongan u all yea..tq tq
ReplyDeleteABIL LELAKI YANG TERBAIK, UJIAN DARI ALLAH UNTUK HAMBANYA YANG DIKASIHI.
ReplyDeleteInsyAllah...
Deletesweetnya mmg loving couple la..moga masih ada sinar buat en abil dan k.gee..amin..
ReplyDelete