Wednesday 25 April 2012

Your new haircut sayang....

Assalamualaikum...Hi Dear,


Today you look very the pretty lahhhh. So, kita sambung lagi siri terbaru kita 'abil4fauziah' dibintangi oleh Abil Fikri Ahmad & Fauziah Binti Muhamad. Tak de pelakon tambahan & belum ada penaja lagi...kesiaaaaaaan kita.

Dear...pagi tadi pihak hospital datang jemput you untuk tukar tracky (tracheostomy tube), alat yang ditebuk di leher you. Tukar yang baru & yang lebih tahan lama. Jam 9 pagi tadi ambulance sampai bersama seorang staff nurse...Pn. Asimah. Pn. Asimah ni banyak tolong kita tau Dear..dia dari Hospital Seremban. Dia banyak tunjuk I cara yang efektif menjaga you. Sampai di hospital, doktor & medical officer (En. Asmawi, pakar tukar tracky Hospital Seremban) sedang menunggu you. Proses penukaran tu tak lama rupanya, dalam 15 minit selesai. Then En. Asmawi & Pn. Asimah ajar I cara menjaga tracky tu agar lebih selamat & sentiasa bersih. I rasa sekarang tracky tu pun I boleh tukar dahhhh....

Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak GH Seremban, Pn. Asimah yang cantik molek, En. Asmawi, doktor2 yang attend my wife tadi dan abang2 driver ambulance yang menjemput & menghantar pulang....Terima kasih banyak2. I love GH Seremban & I love you guys.

Then bila sampai di rumah, I pun siap-siapkan peralatan nak mandikan you....you tertido rupanya. Agaknya mungkin you letih kot. So, kesempatan masa tu I keluar sebentar ke klinik pergigian pulak, untuk menampal gigi geraham I yang dah 2 hari sakit ni. So seperti biasalahh...sebelum I keluar, I pasangkan CD mengaji...so you tau lah I dah keluar sekejap. Menyentuh berkenaan your alertness ni, I perasan semenjak 4, 5 hari ni, you macam dah mula memahami apa yang I cakap. Macam mana I nak terangkan ni??? Macam ni lah...contohnya, setiap malam sebelum you tido, I akan pujuk-pujuk you...you akan meratap wajah I dan you paham yang I sedang memujuk you. Biasanya waktu pujuk tu, I akan cakap, "Dah lewat malam, tido lah cepat, besok pagi boleh bangun awal". You akan melelapkan mata & cuba untuk tido ibarat you memahami arahan I tu. Malam tadi, masa I pujuk you, I beritau pihak hospital akan datang pukul 8:30 pagi dan I minta you bangun pukul 8 pagi...dan you bangun tepat pukul 8 pagi & mengeluarkan suara ibarat memanggil I. Berbeza dengan keadaan sebelum ni. Bila I bercakap atau pujuk you, you hanya akan mengeleng kepala ke kiri kanan, kiri kanan, kiri kanan. I rasa you dah mula...I mean, your brain cells dah mula nak generate semula....syukur alhamdulillah. I hope ni petanda yang baik dalam proses permullihan you. Don't worry dear, I akan teruskan usaha I ini, to get you back my dear...............break sekejap, your mandi time.


Sekarang pukul 10 malam. You dah tido dahhh...tak sempat nak pujuk. Ye laaaaa...pagi tadi bangun awal sangat, ni tido pun awal lah. Tadi sebelum mandikan you, hahahahaha...I jadi barber! I dah gunting rambut you. Don't worry....I gunting cantik & kemas macam Demi Moore dalam filem GHOST dulu :) You kalau tak percaya jap lagi I akan lampirkan gambar2 you. 

Sekarang ni kalau time mandi memanglah you akan buat bising tapi today kurang bisingnye....sebab I mandikan you sambil menyanyi & menari. And sekali lagi I dok perasan you berhenti berbunyi & tengok I dengan cara yang pelik. Then I tanya, "Kenapa tengok I macam tu?"..............U ingat I badut ke?? Sekejap je la, pas tu you bunyi balik. I yakin lah, your brain dah start functioning semula. I'm soooooooooooo happy. Bertambah ligat lah I menari...macam pole dancer, yang joget pakai tiang tuuuu hahhahaahahaha macam aje!! Paling suka I tengok wajah you bila I buat facial....u look satisfied & you smell nicer :) Setiap kali selepas mandi, memangggg I letih giler. Untuk selesai everything akan mengambil masa 2 jam.....letih dear. Keletihan ini untuk you sayang......

Setakat ni coretan today, coz I nak lampirkan gambar you pulak :)



34 comments:

  1. Fauziah tetap cantik......Abil....semuga terus tabah....Zee sentiasa ikuti kisah kalian....setiap hari...bila on PC kat ofc, Zee mesti nak tahu perkembangan Fauziah. InsyaAllah...dari perkembangan yg Abil coretkan di blog...nampak + perkembangannya. Allah menduga hanya pada yang mampu menerima dugaanNya....all the best Abil!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Zee for ur doa n support..kami juga berdoa agar u n ur family sentiasa di rahmati ALLAH...thanks again..

      Delete
    2. teruskan bro...smoga cepat sihat spti sediakala...sungguh tabah...=farah=

      Delete
  2. Semuga isteri sihat dan kembali ceria...salam singgah di sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih yea mamaEma...doa2kan kami di sini...

      Delete
  3. Pandai abang potong rambut akak... ella doakan semoga akak cepat sembuh ya.... abang sabar dengan dugaannya ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks pn ella...kalau rasa2 nak gunting rambut cm Demi Moore,,saya charge murah2 jea, hahaha,,thanks again for ur support.

      Delete
  4. salam kenal

    yuppp Allah hanya menduga pada insan yang mampu menerima dugaan-Nya,.. semoga encik tabah dan sabar menjaga isteri, tentu ada balasan khas daripada-Nya untuk encik nanti, insyaallah sama2 doa semoga isteri cepat sembuh,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan juga..tq atas doa tu n teruskan berdoa semoga ALLAH berikan yg terbaik buat kita semua...

      Delete
  5. En Abil,

    Aku pun tumpang gembira. Syukran sangat2. Aku jadikan ko idolaku dalam melayari hidup sebagai suami kepada isteriku.Memang aku tabik spring kat ko. Aku dan isteri serta keluarga akan sentiasa mendoakan kesejateraan buat dirimu dan isteri. Insyaallah.. tanda2 positif dah mula nampak.. harapnya ada lagi perkembangan yang lebih baik berterusan..

    Aku pun tarasa syahdu tapi gembira jugak dengan perkembangan positif ini. Teruskan usaha murnimu wahai teman.. aku memang cayalah sama ko En Abil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum pada sedara n ur family..terima kasih byk atas sokongan u guys..harapan pada semua, doa2kan kami di sini yea n teruskan layari blog yg tak seberapa ni...

      Delete
  6. xberkenan awk dedah aurat isteri..hemm..sory to say..hope she'll recover as soon as possible..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooppsss..tertinggal bab tu, thanks ingatkan saya yea,,,nanti bila bergambar i should over her up..thanks again.

      Delete
    2. br je nk ckp psl aurat tu...but yeah, youre so sweet. wife u sngt beruntung punya suami yg setia n penyayang...moga dipermudahkan untuk mengharungi segala dugaan dan berbahagia selamanya =)

      Delete
  7. Assalamualaikum, bro.
    Kisah anda sememangnya menyayat hati ;)
    Semoga ALLAH memberikan ganjaranNya kpd anda.
    Zaman skrg nih xmcm zaman dulu. Jarang utk kita dpt tgk kesabaran yg ditunjukkan oleh bro. Harap akak dpt sembuh dan sihat seperti sedia kala. Jgn mudah berputus asa, bro! InsyaAllah, semoga kehidupan anda dirahmati olehNya.

    ReplyDelete
  8. salam bro abil..
    semoga ur wife cepat sembuh..
    abah saya juga sedang mengalami stroke..and i know ur feeling..for the first time its really hurt...even tgk abh saya tdo pon ase nk ngis.. before my abah got stroke he is very talkative...bayangkan la seorg yg suka bercakap..tetibe senyap..xckp pape..just respond with smiling..itu pon kami sekeluarga da bersyukur..bila pg terapi kami sekeluarga akan amik cuti dan pergi bersama..always give him support..at least he know we love him so much..

    semoga bro tabah..ALLAH turunkan dugaan mengikut kemampuan hambanye...anggaplah ini qada dan qadar ALLAH... ALLAH will always on ur side..insyaALLAH...aminn ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalamm bro. saya harap ur dad akan bertambah pulih n kirimkan salam saya kat ur dad. sama2 la kita berdoa moga Allah berikan yg terbaik buat kita semua. aminn.

      thanks bro for ur support.

      Delete
  9. SETIAP YANG TERSURAT ADA YANG TERSIRAT. SEMOGA TABAH DALAM MENGHADAPI DUGAAN. JANGAN HENTI BERDOA DAN BERIKHTIAR. INSYAALLAH PASTI ADA SINAR YANG MENERANGI HIDUP ABIL...............

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Sweet forever! can not, can not, nanti gigi semua rosak..! hehehehe thanks yea RayRa..

      Delete
  11. Perh....speechless....sgt besar ujian Allah pd saudara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyAllah, ujian Allah beri, kita jalankan, pasti Allah akan bantu kita. Pasti!

      Delete
  12. betul brother, mungkin ur wife will be happier kalau gambar2 dia kt blog ni menutp aurat dia..
    salute sgt2 utk kesabaranmu sang suami, menjaga isteri yg sakit..
    btw dah cuba alternatif treatment x?
    madu, habbatussauda' sbg suppliment dan cara2 perubatan islam?
    Ust Sharhan Shafie ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nak buat begitu nanti, cover mana2 gambar yg patut,,coz sebelum ni ada sebab buat cm tu..suami mana yg nak tunjukkan aurat isteri dia kan..InsyAllah, ada kelapangan datang la jenguk2 kami di sini, saya akan terangkan kaedah dan sebabnya,,terang dalam blog nanti ada yg salah tafsir kaedah...Semoga perbuatan saya ni di maafkan syarak..InsyAllah..

      Delete
  13. Assalamualaikum, tgk Tv3 tadi, saya salute bgm saudara menjaga isteri dgn penuh kasih-sayang & keikhlasan. Saya sakit sejak 1987 & dijaga dgn baik sekali oleh suami yg x pernah mengeluh tp tetap memberi semangat utk kembali sihat. Saya still sakit & masih ulang-alik hospital, still on tracheostomy namun sekarang suami saya telah tiada lagi, saya kehilangan doa2, kata2 semangat & helping hand dia, smg Allah mmberi ganjaran yg tidak terkira kpd arwah suami saya & suami2 yg sabar & tabah menjaga pasangan hidup yg sedang sakit. Stay strong & sabarlah dgn ujian ini. Ingatlah ganjaran nya di akhirat nanti.

    ReplyDelete
  14. saya doakan semoga Allah mengukuhkan hati Abil tidak akan pernah putus asa...ingatlah kenapa manusia diciptakan. ..Kerana untuk diuji.

    ReplyDelete
  15. masyaAllah.....semoga Allah sentiasa bersama, ameen.:)

    keep going abang abil & kak fauziah!be strong!

    ReplyDelete
  16. besarnya pengorbanan abang. alhamdulillah dgn perkembangan kak gee. insyallah kak gee cepat sihat. amin. :)

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah ada peningkatan kan..truskan ya en abil..moga k.gee sihat seperit biasa suatu ari nanti...nti k.gee plak jga en abil ;-)

    ReplyDelete
  18. ujian percintaan oleh ALLAH,semoga abang tabah dan terus berdoa...:)sweet sngat..

    ReplyDelete

Followers