Assalamualaikum Dear
Buah hati pengarang jantung dan penghibur hati saya......kita sambung ye...
Selepas 7 bulan I nampak perubahan you, you dah tak menjerit-jerit macam sebelum ni,hanya seminggu sekali sahaja, sebab apa, I kurang pasti,macamanapun alhamdulilah syukur.
Urusan penjagaan you lebih smooth berjalan lancar dan I rasa lebih selesa tetapi perubahan pada berat badan you begitu ketara, you semakin susut dan I mula risau hanya susu sahaja yang dapat beri pada you setiap 3 jam sekali. I nak bagi you makan, you tak boleh mengunyah dan tube you hanya boleh mengizinkan susu sahaja yang masuk. I pun mula mendapatkan pandangan doktor-doktor pakar macamana I nak menggemokkan you balik, kata diorang, agak payah sebab makan selain susu tak dapat nak bagi, so sekarang ni, I dok pikir cara membuat bubur yang boleh melalui tube you, insyallah, I akan usahakan.....
Hari berganti hari dengan kedudukan I yang tak bekerja ni dan duit simpanan pun mula berkurangan membuatkan I risau sekali lagi, memanglah ada bantuan daripada keluarga tapi mereka pun ada tanggungan kan....I cuba mendapatkan bantuan dari JKM, alhamdulliah berjaya... sebanyak RM300.00 sebulan, kira oklah tu..sedangkan perbelanjaan asas you sebulan mencecah RM2500. I cerita ni bukan nak suruh you ganti.., tapi you perlu tahu. You tahu tak.. untuk menjimatkan perbelanjaan, tengahari I makan nasi dengan lauk, malam I makan roti gardenia bersama kaya dan planta, kadang-kadang bila muak makan roti I ganti dengan mamee berperisa kari....kalau you baca ni nanti, mesti you nangis sedangkan semasa you sihat you tak pernah membiarkan I berlapar perut, I ingat lagi apa sahaja yang I minta untuk makan, you tak pernah hampakan dan you sentiasa tersenyum bila I kenyang macam biawak hahahaha..........
Tengah makan mamee pun I nangis sebab sebelum ni jangan kata kita makan bersama,you akan suapkan I bila makan. Terkenangkan itu.....luka hati I. Suami mana yang tak sedih, bila isteri dia tak mampu lagi masak,suapkan makan, bergurau senda dan yang paaaalingggg menghiburkan hati I,bila selesai makan, you akan buat facial muka untuk I......
So berbalik pada perbelanjaan tadi....I sekarang ni sedang berusaha mendapatkan income untuk kos-kos you yang akan datang sebab I tak nak satu hari nanti orang-orang akan bercakap umpama I ni duduk bersila saja menadah tangan. I mesti usaha dan I selalu berdoa supaya ALLAH sentiasa menurunkan pertolonganNYA pada kita. I tidak mahu mengurangkan sedikitpun keperluan you terutamanya masa-masa sekarang ni, ada orang cadangkan supaya I mendapatkan susu yang lebih murah dari yang I berikan pada you sekarang, I hampir baling orang tu keluar dari rumah.....I kata kat dia, isteri saya ni walaupun dia masih hidup, dia kehilangan nikmat dunia, so saya sebagai suami bertanggungjawab menyediakan yang terbaik antara yang terbaik bukannya mengurangkan lagi nikmat dunia you. I tanya dia..pernah ke jaga orang sakit macam ni? Tak de rasa simpati dan sayang pada pesakit macam ni?..........dia diam aje, nasib baik dia diam, kalau dia jawab memang I baling dia. Isteri saya kan! I rasa terhina kalau ada orang merendahkan atau ambil mudah... tak ade akal punya orang. Sementara dok cite-cite I dengan my wife, ni I nak bagi tip pada sang isteri....setiap kali makan pastikan isteri ni at least suapkan suami sebanyak 3 kali, setiap kali makan.Insyallah, suami akan bersama kita tak kira susah atau senang, tu antara amalan-amalannya, ada lagi tapi esok-esok aje laaaaa.....buat masa ni keperluan you mencukupi, jangan sekali -kali you risau selagi I masih hidup, I akan pastikan you berpuas hati dengan cara penjagaan I, you tahu tak.. betapa putih dan licinnya kulit muka dan badan you, you jaga dulu, I masih kekalkan sehingga hari ini, walaupun you sakit, tetamu-tetamu yang datang ziarah semua kata cantiknya dia, kemasnya dia dan halus kulit dia. Itulah kepuasan di pendengaran I, bukan setakat menjaga you aje tau, sapu rumah,mop lantai, hilangkan sawang, basuh kain baju, semuanya I buat. I pastikan semuanya kemas dan teratur.
Sebelum ni, I mandikan you 2 kali seminggu, hari-hari yang lain I sekadar lap sahaja tapi sekarang mandi seminggu sekali, hari yang lain lap sahaja sebabnya you akan demam mungkin disebabkan badan you semakin kurus, macam kita puasa sejuk tak badan kita? Berus gigi you sekarang ni dah tiap-tiap hari, mulut you pun bau wangi aje, barulah seronok I cium hehehehe...........
Kadang-kadang bila duduk termenung rasa terkilan dihati pun ada. TERKILAN sebab tak sempat nak ajar amalan-amalan syifa" yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah..... yelah.. kita baru 2 tahun kahwin, pendidikan agama you, I tak boleh paksa atau ajar you semua sekali gus, syukur jugak bab-bab yang wajib you bertambah maju, yang bab-bab amalan tak sempat I ajarkan. TERKILAN SUNGGUH rasanya dear...maafkan saya ye..tapi I akan tebus kekurangan tu satu hari nanti, insyallah. Hari demi hari I berharap you sedar, hari demi hari I menunggu kasih sayang you.. adakah hari tu akan tiba? harapan hati ini tidak pernah pudar, tidak pernah putus,I nak tengok you ketawa semula, I nak tengok you merasai nikmat dunia, itu harapan seorang suami kepada isterinya. Ini ada sedikit nasihat kepada para suami pulak, manja kan lah isteri kita...sebab mereka suka di manja, pujuk lah isteri kita.. walaupun dia kuat membebel.. kauorang nak tahu tak, cara paaalinggg mudah untuk memberhentikan isteri kita bila dia membebel...biar dia membebel sekejap then terus peluk dia, pelukan yang erat, jangan kuat sangat patah rusuknya kang..cium dahi dia dan kata pada dia," kasih saya bertambah bila dapat peluk awak", kalau tak percaya cuba buat nanti, aaaa... lagi satu bila isteri kita ni, tengah masak atau selesai masak, kemas rumah ke, basuh kain ke, cium pipinya dan ucapkan terima kasih.....menjaga perempuan ni senang je.., selalu sentuh hati dia, longlai lah dia. Lagi pun wanita ni amanah ALLAH pada para suami, so jagalah amanah DIA elok-elok. Ini sekadar nasihat sahaja dari seorang suami yang sedang mengharapkan belaian kasih isterinya..........DEAR I stop kat sini dulu sebab sekarang I nak pujuk-pujuk you sebelum tidur, kalau tak kang you tak tidur. Love you always dear.............
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa sangka dalam sekelip mata atas kehendak Allah s.w.t & ujian dariNya, isteri tercinta telah di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak. Blog ini adalah sebagai rentetan kehidupan saya & isteri. Dear, blog ini warkah buat tatapan you apabila you sembuh nanti. Warkah ini adalah bukti kasih sayang takkan pudar (InsyaAllah). Kepada pembaca, doa & semangat dari kalian sangat kami perlukan.
Ella sangat sangat sangat.... terharu...
ReplyDeletechaiyok abg abil!!!we support u!!!
ReplyDeletemenangis....
ReplyDeletesemoga kak gee cepat sembuh seperti sediakala..
ReplyDeletewalaupn x mngenali kak gee tp dapat mrasai keperitannya..
semoga tabah dan x putus asa untuk dugaan ini..
sgt tabah..i seorang yg sensitif..menangis...
ReplyDeletesy doakan kak gee cpt sembuh n smoga abg abil trus tabah hadapi ujianNYA... insyaallah bila k.gee sembuh dia akn bangga sbb ade husband mcm abg abil...
ReplyDeleteokayyy....i'm crying!
ReplyDeleteur not ok when you r crying...smile2 dont cry2 la nanti cepat tua ler wahai Aku Ibu Muda...
Deletesaya baru baca entry pertama hingga yang ini.. akan teruskan pembacaan.. dalam masa yang sama.. moga awak tabah ye.. kuatkan semangat.. ur wife amat memerlukan awak saat ini..
ReplyDeleteInsyallah akan teruskan usaha penjagaan isteri saya ni. aizamia, terima kasih yea.
Deletetersentuh bab suap2..nk harap mkn bersama situasi tue dh berlalu begitu lama w/pn br 3thn kawen..bila baca tips u..i'm crying..masih mengharapkan pelangi yg indah..alamak teremo kt sini plak huhu
ReplyDeleteKat sini memang tempat melepaskan emo ler, klau teremo pun its ok..Thanks ctchinon.
Deletemummy azroi berdoa agar kak gee cepat sembuh n abg abil tabah menghadapi dugaan ALLAH S.W.T
ReplyDeletebila baca kat opis memang air mata ni terseksa sebab tuan badan tahan xmau nanes..hehehehe...tapi abg abil baguskan dapat share perasaan kita..dan share ilmu rumahtangga...alhamdulillah saya dah nak masuk 3tahun kawen walaupun belum ade rezki zuriat kasih sayang antara saya dan suami masih tebal macam mula2 kawen..InsyaAllah moga hingga akhir hayat kami...saya dan suami akan doakan dan sentiasa doa utk kak gee dan abg abil yea... kak gee cepat sembuh ok..banyak dah abg abil buat entry kasih sayang ni...khas utk kak gee baca nanti...rugi tau kalau tak baca..
ReplyDeleteThanks Dinda Iva. Insyallah atas keberkatan kasih sayang u all berdua, Allah akan kurniakan rezeki zuriat nanti, Insyallah.
Deleteayat2 yg last tu membuatkan ku termenung sejenak..huhu..great job bro abil..may Allah bless you and your wife...
ReplyDeletetq bro Shah,,May Allah bless u n ur family too.
Deletesdeynye sy..tatau nk kta ape..semoga awk trus tabah melalui ujian Allah nie..hnya mereka yang t'pilih je akan melalui semua nie..selalu sy ingt nasib sy malang setelah diceraikan suami..tp rupenya ade lg yg lbey ssh dr sy..sy kagum dgn semangat awk..doa kami sentiasa b'sama awk..~
ReplyDeleteKalau suami kita ceraikan kita jgn rasa malang,,Allah sendiri akan jaga isteri2 senasib Intan Payung..By the way tadi nak blog u tapi line agak slow, ptg nanti I akan ke sana yea,,thanks Intan payunggg...
DeleteSubhanallah.. tersentuh hati baca entry ni..
ReplyDeleteDoa saya semoga Allah perluaskan rezeki dan rahmat-Nya dengan memberi kesihatan yg baik untuk pn.Fauziah hari demi hari..
Doa saya juga semoga Allah terus beri kekuatan dan ketabahan pd en. Abil utk terus kuat menempuhi ujian hidup. Amin..
Moga cinta kalian kekal hingga ke Syurga. Amin ya Rabb.
Semoga Naj Fatihah dan semua pembaca di rahmati Allah hendaknya..amin
Deletebanyak dapat tips rumah tangga dari post yang ni..hehe
ReplyDeleteAda lagi nak share tips rumahtangga, klau dah hafal Hasma Ul Husna kita ulangkaji lg nanti pada up date akan2 datang...Anis seremban kat mana?
Delete1st time baca warkah abg , xsangka blh mnangis xbrhenti2 *_*... sya doakan kakak cepat sembuh .... amin...
ReplyDeleteEriza sayang,,jangan nangis lama2 nanti batal puasa tu,,hingus semua masuk mulut nanti..! Apa lauk buka hari ni?
DeleteEncik Abil sangat...sangat...sangat...sangat...sangat...sangat..........buat saya terharu dan terkaku menatap skrin ni.... pengorbanan awak sangat tinggi dan tidak semua lelaki mampu jadi spt awak...... SAYA SANGAT KAGUM!! Semoga Allah berikan kekuatan dan ketabahan utk awak agar dapat terus mencurahkan kasih buat isteri awak..insya allah ada janji dan kebaikan yang Allah akan beri...percayalah ALLAH ITU ADIL dan MAHA MENGETAHUI JUGA MAHA KAYA....DIA memberi ujian hanya utk insan yang dia sayang....
ReplyDeleteSalam Sue Sumie, saya sangat...sangat....sangat...sangat..terasa malu bila ada yg ngatakan sy suami yg sebegitu..pada sy semua suami pun akan berusaha sedaya upaya juga sekira isteri dia org sakit. Sy ni tiada bezanya dgn suami2 di luar sana...Anyway Sue thanks sudi mengunjung di blog sy ni...
DeleteSalam en abil..baru follow blog ni after baca kt sinar harian. I understand the cost of taking care of her is very expensive. For starters, i suggest you monetize blog ni, at least ada another stream of income. En abil boleh buat duit dari rumah dan jaga isteri. Tanyalah pada yang pakar, saya x mahir. Semoga dimudahkan urusan saudara dan isteri.
ReplyDeleteWsalamm Mud, tq share this idea. Saya pun kurang pasti cmana tapi pasti saya bertanya pada yg tahu..tq tq...
Deletealhmdulillah, mungkin kak gee sembuh dr menjerit itu adalah berkat ayat2 al-quran n dr usaha2 yg abg abil lakukan itu...
ReplyDeletesebenarny klu seseorg yg sakit lame terlantar otot2ny memg akn menjadi kecut disebbkn otot2 itu tidak berkerja...disamping tu utk pengetahuan abg abil, tulang pn akn menjadi kurang tumpat disebabkn tidak aktif...otot2 sy pn mcm tu, klu gemuk pn mungkin hany lemak yg bertambah...
wallahu`alam...
kusss semangat, terperanjat abg, cahaya ada kat sini rupanya. abg tadi ke blog cahaya,,
Deletetq for sharing info2 ni, so abg lebih faham nanti.
alhamdulillah syukur kehdrat Illahi kerana anda masih diberi kekuatan utk mnghadapi n mngharungi cubaan n ujianNya apa yg blh saya katakan disini anda adalah seorang suami yg hebat n pastikan isteri anda sentiasa bahagia dgn apa yg anda lakukan ini insyaAllah akan ada hikmat n nikmati di kemudian hari bro abil insyaAllah.........amin
ReplyDeleteSalam Abg Abil,
ReplyDeleteJust to know about your love story. So touch indeed! May Allah bless you and Kak Gee. Cepat2 sembuh ya Kak Gee, may miracle come.
Love to read your blog, all about love. Maybe what you can do abg. abil is writing. Mana tahu boleh give you some income. I don't know how you want to write, but I do feel you can write something to touch people. Maybe a novel. Why not, right.
Terus bertabah^^
Menyesal bkak blog ni!!!waa byk nye kkurngan sy sbg istri..suap suami ikut mood tp bole bilang rape kali..tq e sambil2 tu tlg selit petua... :)
ReplyDeleteMenyesal bkak blog ni!!!waa byk nye kkurngan sy sbg istri..suap suami ikut mood tp bole bilang rape kali..tq e sambil2 tu tlg selit petua... :)
ReplyDeleteAlhamdulillah bukak blog ni,selamat datang ke soal wanita tv alhijrah esok ye ;)
ReplyDelete& thanks for the tips!sgt berguna utk org yg bakal mendirikan rumahtangga ;)
kuasa Allah dgn amalan doa2 syifa semua boley terjadi,jgn putus harapan ye!
InsyAllah...
DeleteSalam abg abil...yeni ikuti blog abg abil dan kak gee ni.. Terasa air mata sentiasa bergenang bila baca even part2 romantic pun sedih..teruskan jaga amanah untukmu, teruskan menjadi contoh utk para suami, teruskan memberi panduan utk para isteri...mcm leh buat novel jer xpun jadi penceramah jemputan utk tips kebahagiaan rumahtangga...
ReplyDeletesemoga suami sy juga mampu menjadi seorang suami yg sabar, tabah, dan cekal spt En. Abil
ReplyDeletemasih hijau usia prkahwinan bak kata masih honeymoon lg kan..sabar ya..moga muncul sinar yg dicari...
ReplyDeleteMoga Allah membalas dengan gajaran yg lebih baik..InsyAllah..aminn.
DeleteAssalamualaikum en.abil n isteri..td sy terbaca tntang kisah en & isteri d fb..buatkan hati sy nk tahu lebih lanjut n membawa sy ke blog yg begitu menyentuh hati..menitis air mata membaca setiap entri dlm blog ni.rasa mcm xnak teruskan bacaan,tp hati nk tahu tentang kisah en & isteri..wlaupun sy xkenal en sape tp sy rs trpanggil utk terus mngetahui cerita selanjutnya..teruskan menulis n teruskan menjaga amanah Allah swt.mungkin sy x mampu membantu dr segi kewangan namun sy akan sentiasa doakan semoga isteri en akn sembuh.kuatkan semangat n jgn pernah berputus asa..Insyaallah Tuhan akn mempermudahkan segalanya..Amin..
ReplyDeleteSalam en.abil..saat bace blog ni arwah istri en.abil pun sudah tiada..hanya yg mmpu ct sdekahkn Alfatihah untuk arwah..ct mule mmbaca dr mule smpi cni tapi air mate ct mngalir xbhenti..ct tbyng alangkh bhgiany klau istri en.abil sht n mmbace smua cerita ni..pngorbanan en.abil tlalu besar..tp Allah lg sygkn dye..ct hrp en.abil tabah dngn dugaan yg besar ni..kuatkn smngt en.abil..ct akn truskn pmbacaan ct ni..
ReplyDeleteSalam en.abil..saat bace blog ni arwah istri en.abil pun sudah tiada..hanya yg mmpu ct sdekahkn Alfatihah untuk arwah..ct mule mmbaca dr mule smpi cni tapi air mate ct mngalir xbhenti..ct tbyng alangkh bhgiany klau istri en.abil sht n mmbace smua cerita ni..pngorbanan en.abil tlalu besar..tp Allah lg sygkn dye..ct hrp en.abil tabah dngn dugaan yg besar ni..kuatkn smngt en.abil..ct akn truskn pmbacaan ct ni..
ReplyDeleteSalam en.abil..saat bace blog ni arwah istri en.abil pun sudah tiada..hanya yg mmpu ct sdekahkn Alfatihah untuk arwah..ct mule mmbaca dr mule smpi cni tapi air mate ct mngalir xbhenti..ct tbyng alangkh bhgiany klau istri en.abil sht n mmbace smua cerita ni..pngorbanan en.abil tlalu besar..tp Allah lg sygkn dye..ct hrp en.abil tabah dngn dugaan yg besar ni..kuatkn smngt en.abil..ct akn truskn pmbacaan ct ni..
ReplyDeleteSalam en.abil..saat bace blog ni arwah istri en.abil pun sudah tiada..hanya yg mmpu ct sdekahkn Alfatihah untuk arwah..ct mule mmbaca dr mule smpi cni tapi air mate ct mngalir xbhenti..ct tbyng alangkh bhgiany klau istri en.abil sht n mmbace smua cerita ni..pngorbanan en.abil tlalu besar..tp Allah lg sygkn dye..ct hrp en.abil tabah dngn dugaan yg besar ni..kuatkn smngt en.abil..ct akn truskn pmbacaan ct ni..
ReplyDeleteFirst time baca touching sngat x tau nak ckap mcmana,..
ReplyDeleteAllah dah ttap kan jodoh utk kita you are stronger husband
X semua akan dpt husband mcm you ..
Semoga gee tenang di sana amin
Minta izin share kan artikel ni dgn suami ye...Al Fatihah untuk Allahyarhamah Fauziah..semoga beliau tenang di sana..Amin...
ReplyDeleteSaya izinkan, InsyAllah
Delete