Tuesday 17 April 2012

Kesabaran untuk u Dear...

Salam Dear,


Anggaran dalam 5pm, u dah sampai rumah S'ban. Everything I dah siapkan...everything. So, I letak u dekat your new katil & u terus tidur. U tau tak berapa lama u tido the first day at home? Opps...memanglah u tak tau...Dari u sampai sehinggalah pukul 4 pagi the next day. So glad I rasa..coz 24 hrs u  are with me now. Sebelum ni, I tak tau macamana jadual u di tengah malam semasa di hospital. I thot u pun akan tido macam orang lain lah & starting on the 2nd day at home, baru I sedar ujian seterusnya dari Allah s.w.t. Rupanya, u akan menjerit non-stop sehingga u tido semula...kalau u tido laaa. Maksud I, setiap kali u sedar dari tido, u akan termenung about an hour then after that u akan menjerit-jerit sehingga u tido semula. Permasalahannya di sini, ada masa u tak tido selama 3-4 hari dan selama itulah u menjerit...tak berhenti. And I mula rasa tertekan. U just imagine seseorang tu menjerit di telinga u tanpa henti, macamana u rasa? To describe rasa tertekan ni, hanya orang yg pernah menjaga pesakit macam u sahaja yg boleh terangkan. Sebelum ni memang I rasa lonely, I rasa sad, I rasa glad to have u 24 hours and now tambah lagi satu...TERTEKAN. Seriously, I don't know what to do to stop your screaming. I terpaksa menutup pintu depan & pintu belakang to avoid dari kedengaran jeritan u diluar but still, jiran akan bertanya. Betul-betul I rasa bersalah. I salahkan diri I kerana u jadi macam ni...I rasa bersalah jugak dengan jiran2, kerana bunyi u menganggu jiran2 sebelah-menyebelah. And setiap hari I pohon maaf dengan diaorang. Of course la, pada awalnya diaorang rasa terganggu, lama-kelamaan diaorang pun faham. Can u imagine macamana bila I kemaskan u, bila I bagi u susu, bila I disamping u....u hanya buat satu perkara aja...menjerit. 


Keadaan ni berterusan hampir tujuh bulan......................hari raya yang menjelang tahun lepas, I merayakan dengan rasa tertekan & sedih. Habis doa I baca dah, Quran I khatam, ulama-ulama I jemput untuk mendoakan....tetap tiada perubahan. Tetamu2 yang datang duduk kat porch depan rumah je. Diaorang faham, tapi diaorang rasa tak selesa dengan bunyi yg didengar. And I kept on memohon maaf kepada setiap orang terutama to my family. Hampir sebulan I tak dapat tido. I dok pujuk, pujuk u agar jeritan tu berkurangan. Kadang-kadang memang rasa marah I timbul. Rasa nak tumbuk u pun ada, tapi kasih sayang I kat u yg menahan. So, untuk melepaskan kemarahan tu, I ambik bantal..........cuba teka apa I buat? ......................I tutup muka I sendiri, I jerit sekuat2 hati. Bila I rasa reda, I pujuk u balik. Can u imagine? 


Alhamdulillah, dengan situation yg macam tu, my family members & kawan2 rapat I, tak putus-putus memberi semangat, nasihat dan mengingatkan I ujian Allah s.w.t ini. ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKHBAR...YAAAAA RASULLULLAH. Aku mohon kepada Mu Ya Allah, Aku merayu kepada Mu Ya Allah, sekiranya ada sedikit keberkatan ibadahku kepada Mu, sekiranya ada sedikit keberkatan dari air mata yang menitik ini kerana MU, dan sekiranya ada sedikit keberkatan kasih sayang terhadap RasulMu, aku merayu, aku merayu berikanlah keampunan & kesejahteraan pada isteriku ini & diriku. Demi kemuliaan dan keberkatan yang Engkau berikan pada Nabi Muhammad s.a.w, keluarganya dan para sahabatnya, perkenankanlah permohonanku ini. Permudahankanlah ujianku ini. Bantulah aku...YA ALLAH YA RASULLULLAH. Amin...Amin...Amin Ya Rabbul A'lammin. Itulah di antara doa2 yang I mohon setiap masa. Menitisnya air mata ni, satunya kerana.... ujian Allah dan..... kerana I tak sanggup melihat penderitaan u ini. 


Dengan sokongan Allah s.w.t I bina ketabahan, I bina semangat I sehingga ia menjadi kukuh macam concrete....tau tak concrete tu apa??? Tu simen orang buat tembok tu..tu lah. I jadi MAN OF POWER!! Semangat yang dibina mengambil masa 5 bulan. Setelah 5 bulan, perasaan tertekan, perasaan marah, perasaan kecewa I ubahkan menjadi penghibur hati. I dah lali dan I mula boleh tersenyum bila u buat bunyi-bunyian tu. Walau macamanapun, I tetap menjaga u dengan penuh kesabaran dan penuh kasih sayang. U ingat tak setiap kali u merajuk dengan I dulu...I akan selalu suruh u pandang ke langit & I tanya, "Luas tak langit tu?" U jawab, "Luas..." I tanya lagi, "Betul luas? Cukup luas?" U jawab...'Luas sangat2 lah'. I kata, "Macam tu la luasnya kasih sayang I kat u". Masa tu teeeerrrrusssss hilang merajuk u. Amacam? Terror tak I pujuk perempuan??


Ehhh...time susu u la sekarang ni. Esok sambung lagi. Sebelum itu, I nak beritau u satu perkara. Dengar elok-elok...Dear...nobody can love u like I do............... Okkkkayyyyyyyyyy susu time!

29 comments:

  1. Alhamdulillah.....

    ReplyDelete
  2. ada hikmah nya. Byk bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah. Terima kasih & doakan kami berdua.

      Delete
  3. Gee...i miss ur sambal ikan and fung yong egg,mee kari.....siapa nak masak ni...Abil bole masak ke...? - SMA 2928

    ReplyDelete
  4. sayunya hati saya baca kisah ni....berat mata memandang berat lg bahu awk yg memikul....bertabah la dgn ujian ini,semoga isteri awk diberi kesembuhan segera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ina. Insyaallah. Doakan kebaikan saya & isteri. Teruslah membaca coretan saya di blog ini. Tq.

      Delete
  5. Ada hikmahnya semua ini..... semoga bersabarya.... saya doakan isteri cepat sembuh....

    ReplyDelete
  6. Mengalir air mata saya bila membaca tulisan Abil ini. Bertuahlah Gee dikurniakan suami Setabah & Seikhlas Abil. Semoga Gee Cepat sembuh, agar segala penat lelah Abil terbalas. Harap sgt agar both of u dpt mengecap bahagia semula.

    ReplyDelete
  7. Jangan ler bersedih sgt..My little diary, thank you for t doa.

    ReplyDelete
  8. Tuhan takkan uji kita di luar kemampuan kita...jgn putus harapan. saya doakan semoga kamu berdua sentiasa dibawah rahmat Allah s.w.t..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemampuan itu sentiasa ada pada semua hambaNya..Bergantung pada diri masing2, hendak melalui ujianNya atau lari dr daripadanya...

      Delete
  9. sUbhaALLAH..MENITIS AIR MATA,,,i bru follow kisah2 u ni,,,i akan sentiase doakan yang terbaek untuk isteri u dah u...INSYAALLAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekin tak mau nangis2,,follow me always, i story2 u what love is...

      Delete
  10. dugaan yg datang sebagai tanda Allah menyayangi hamban-Nya.. semoga terus tabah hendaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sehingga hari masih tabah lagi rasanya Insyallah..

      Delete
  11. MEMANG X DE BENDE LAIN BOLEH BUAT WAKTU BACA BLOG NI KECUALI MENANGIS...ERMM,SEMOGA TABAH,TAPI CAKAP MEMANG SENANG KAN,
    SAYA DOAKAN YANG TERBAIK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aa ni sorang lagi, si anis ni, nangisss jea kerja dia. habis baca kang g tgk Mr Bean....hehehehe anis, tq atas sokongan yg di beri yea...apa lagi, sambung la nangis!

      Delete
  12. terkilan sy membacanye....
    semoga abg abil terus kuat dan bersemangat...
    Allah sentiasa ada disamping kite... :)

    ReplyDelete
  13. hanya Allah y dpt membalas semua kebaikan itu...takjubny rs hati sy melihat kasih syg yg begitu kuat antara insan yg berlainan ibu n bapa ini...semoga sy pn akn dikurniakn seorg suami setabah abg abil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyAllah, nanti akan jumpa yg jauh lebih baik buat pasangan cahaya

      Delete
  14. Seorang wanita yang belum berkahwin masih di bawah tangungjawab ibu bapanya. But once she's married, segala tanggungjawab ibu bapa ke atasnya beralih pula kepada suaminya. Mcm seorg ibu membesarkan anaknya yg berusia sehari hingga dia kawen la... biasanya baby akan menangis sekuat hati... si ibu hanya mampu membuat firasat sendiri samada anaknya itu lapar. bila disusukan, dia masih menangis tanpa henti. dan itu cukup membuatkan si ibu rasa tertekan. macam2 dlm hatinya ketika itu. sama tak dgn situasi bro abil waktu tu? sama kan? tp ur wife sgt beruntung, sbb dia dpt suami yg dapat jaga dia mcm her parents besarkan dia dulu. saya doakan segalanya akan pulih seperti sediakala. setiap ujian yg Allah swt berikan pada kita, adalah yg terbaik walaupun kdg2 kt rasa ia sgt menyeksakan. semoga bro abil tak putus asa.

    ReplyDelete
  15. tabahnya akhi abil..dan bukan juga mudah untuk jadi tabah...tahniah kerna akhi berjaya lepas fasa awal..semoga terus setia....anda mmg suami yang sweet...

    ReplyDelete
  16. first time sy bce cerita tntng abil dgn fauziah..mnitis airmata melihat pngorbanan abil pd istri...anda mmg seorang lelaki yg tabah dan penyanyang...Berat mata memandang..berat lagi bahu memikul......byk kn berdoa dan bersabar..insyallah Allah akn memperkenankan....Allah x kn uji hamba-NYa jika Hamba-NYA x mmpu untuk hadapi nyer...dan stiap ujian nyer pasti ada hikmah..sy hnye mmpu berdoa agar isteri anda sihat kmbli...amin...

    ReplyDelete
  17. sungguh besar sayang en abil pada k.gee ayu baca pun terharu tau..truskan jaga k.gee eh..insyaAllah ada habuannya disana nanti..hidup kita hanya sementara..kuatkan semngat!

    ReplyDelete

Followers