Sunday 5 April 2015

Nak berbini lagi??!


Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah..Kasih hati hamba
 ( entry
ulangan  ni..)
"Darling, apa pandangan awak lelaki kawen lebih sorang?." Tanya Gee suatu ketika dulu.
" ALLAH dah beri keizinan dgn syarat2 tertentu so ok la, boleh la kawen 2, 3 ni." Jawab ringkas saya..Gee diam jea. Dia kalau diam jea gitu maksudnya Gee kurang puas ngan jawapan Suami dia ni..so saya sambung lagi...
" Jarangggg sgt kita ni (Suami suami) dapat Isteri yg perfect 100%. Kebiasaannya bagus bagus pun ada la 80% jea, jadi kurangnya 20% jeaa. Fitrah lelaki ni kan suka tgk pompuan tak kira bujang, dah kawen atau duda ke, kita org suka tgk pompuan.
Dan kadang2 tu kita (suami/boyfren) ni terjumpa la pompuan yg ada 20% tadi dimana Isteri takde...jadi bermula la hati si suami tu tersentuhhhh...(haaaah, tak tau..!!)
"Suka la si suami tu dapat 20% yg selama ni dia tak rasa dari Isterinya tu, benda baru seronok la dia,( tu yg handfon sampai ke jamban si suami ni bawa!) ...TETAPI syg seribu kali syg, si Suami tu tak sedar yg pompuan tu hanya ada 20% jea, yg 80% ada kat bini dia!!"...Gee mula nganguk n senyum. "faham, faham." kata Gee.
"Sanggup ke kehilangan 80% berbanding 20%??. Bila si suami ni tersedar hakikat ni, terhegeh hegeh pulak si suami ni dok memujuk semula Isteri 80% tu kembali...yg 20% tu dah mula dia nak tinggalkan pulakkkk..emmm kelam kabut punya jantan!! So fikir dgn akal yg waras sebelum nak berbini 2,3 ni. Bukan tak boleh tapi pastikan betul2 ikut syarat TUHAN tentukan, betul2 ikut Sunnah.
Ni nak top up handfon pun duit tak cukup, nak kawen lain konon! Dah cukup ke nafkah zahir Isteri di beri? Faham tak Nafkah zahir untuk Isteri tu camana? Yg Nafkah "batin" tu cukup ke? Kalau setakat "5 minit" jea ngan Isteri yg ada tu,,toksah la nak berbini dua..bak kata org kalau "kailnya" 3, 4 inci jea jgn nak duga "lautan dalam!!"....Cukupkan dulu syarat syarak, jaga dulu hati Isteri sebaik baiknya, isi dada Isteri ngan ilmu...then pandai2 la kau fikir nak tambah bini..
Yg sang Isteri ni pulak, jadi la Isteri yg baik, isteri yg taat. Isteri mesti sentiasa menjadi penghibur hati Suami. Jgn dok pandai membebelllll jea siang malam! Jgn degil tak tentu pasal! Merajuk ikut sedap kau org jea!! ALLAH arahkan para Isteri melayan dan menjadi penghibur Suami..FAHAM??!!
Para Isteri, cuba letak tangan kanan tu kat dada then tanya.."Adakah aku ni seorg ISTERI??"....InsyaALLAH.

-kemaskan arwah lepas mandikan dia masa Gee sakit dulu-
Kemaskan dgn 1000 kali kasih!! InsyaALLAH.

6 comments:

  1. setuju ! semoga kak gee baik2 saja disana...

    ReplyDelete
  2. Faham cikgu.......selalu yang 20% tu yang dok termimpi2.....bukan abang jer...ahkak pun sama juga....biasa la fitrah manusia... :)

    ReplyDelete
  3. Faham,,,hihi..proses belajar mengenali,,menyayangi,,menerima lebih dan kurangnya pasangan adalah sepanjang usia perkahwinan. .non stop..selagi jantung berdegup..moga sehingga nafas terhenti..

    ReplyDelete
  4. tak salah kan abang abil,tapi perlu lah bersikap adil

    ReplyDelete
  5. lengkapkan segalanya untuk isteri yang ada dulu baru lah isteri akan respek bila suami menyuarakan hasrat nak kawin lain....

    ReplyDelete

  6. I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
    liver already present. I started on antiviral medications which
    reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
    became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
    ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
    treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
    the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
    treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.

    ReplyDelete

Followers