Tuesday 23 February 2016

Curang ehh..


Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah, Cinta hati hamba.


"Dear, come here girl." panggil Gee satu ketika duluuu. Gee nak basuh pinggan lepas siapkan dinner untuk saya.
"Nak basuh pinggan semua ni, jap.." suara gee dari dapur.
" Eh Suami awak ni panggil mesti datang terus! Saya King!! " terus Gee hadap saya.."Yeaaaa darrlinggg king kong"..katanya.

"King kong nenek ipar awak!!..meh sini, duduk kat peha saya ni, suapkan saya makan ni, king nak santap. Kang biar saya basuh pinggan tu." arah saya pada Gee.
"eee..ni bukan king. ni cm org kurang upaya jea tak boleh suap sendiri.!" jawab Gee yg dok kat peha saya sambil suapkan saya makan..

"Alaa, sesekali nk beromen...tik bukan selalu. Kang saya suruh pompuan lain suap, awak marah." Terus Gee tonyoh nasi kat mulut saya n said " Berani buat la.!!"..hehehe tersengih saya.(bukan takut bini,,sayanggg..)

"InsyaALLAH, saya tak curang kat awak laa..Awak kan ISTERI kesayangan saya, cukup sexy n sangat sangat lawa Isteri saya ni..Lagipun buat apa nak curang curang gitu. Orang yg curang ni adalah org yg "kurang akalnya" bahasa kasarnya..BODOH.!
Sebab bila dah mula curang, dia dah hilang akal baiknya, akalnya akan mula menajamkan skill untuk MENIPU, kat semua org dia kan mula menipu. Hati dia pulak mula dah tertutup ngan hakikat kebenaran. Hati dia akan jadi geng baik ngan Nafsu Jahat.

Mata dia pulak akan mula mencari kesalahan pasangan dia, mencari kekurangan pasangan dia untuk menampung sebab membenarkan dia berlaku curang. Dan ada masanya dia sendiri mencipta Kesalahan/kekurangan pasangannya, padahal takde apa pun salah pasangannya tu. Dia hanya nampak yg pasangan dia yg "Jahat"..dan tak menyenangkan hidup dia. Dan dah mula tak suka mendengar apa2 soalan dari pasangannya. Coz dia takut pasangan dia tanya prihal CURANGnya, sedangkan pasangan lum tahu lagi pun dia curang. Dia mula ABAIKAN TANGGUNGJAWAB, NAFKAH dan KASIH KELUARGAnya. SENDIRI!!!..rasanya betul tak kalau saya gunakan perkataan BODOH tadi..??

Org yg berlaku curang ni, hidup dia sebenarnya dalam KETAKUTAN tapi dia tak sedar n tak rasa. Sebab sifat MENIPU tadi dah selubungkan dia dari rasa TAKUT. Klau tak takut, nape nak sorok2 atau berjumpa dgn "pasangan curangnya" jauh dari org yg kenal dia, atau jumpa di "kawasan yg tersembunyi" dari mata kawan2 dia, dari mata keluarga dia..dari mata pasangannya!!...Kenapa??..sebabnya dia TAKUT.!!

Bak kata saya tadi, hati dah jadi kawan baik ngan Nafsu Jahat, rasa2nya apa "kerja" dia ngan pasangan curangnya tu.? Dia org g dgr ceramah Ustaz Azhar Idrus sama2 ke?..or dia org g solat jemaah 5 waktu kat Masjid ke.? atau dia org g perbetulkan bacaan Quran sama2..

Wahai org yg berlaku curang, Kiranya..sekiranya ALLAH ada depan kamu di saat ini,, sekarang ni, dan ALLAH bertanya pada kamu.. "Adakah perbuatan kamu ini BETUL atau SALAH.?"..
Apa JAWAPAN kamu depan ALLAH..??????

Jadi jangan persoalkan kiranya ALLAH mengurangkan dan memberatkan segala rezeki untuk kamu nanti. Jangan persoalkan kiranya ALLAH memberatkan kamu dengan Ujian UjianNYA. Dan Jangan kamu persoalkan kenapa hidup kamu jadi susah nanti. Tapi persoalkan la diri sendiri,,Kenapa harus jadi Bodohhh....

"So Dear, awak jaga la Suami awak ni dari berlaku curang. Awak layan la saya baik2,,hias la diri cantik cantik dan sexy2 untuk saya, manjakan la saya sebagaimana saya manjakan awak ehhh.." tu la, punya panjang citer saya kat arwah Gee dulu semasa dia duduk di peha saya sambil suapkan saya makan.

Semoga ALLAH pertemukan saya dgn Gee, ISTERI KESAYANGAN saya semula nanti dalam KeredhaanNYA..aminn.

InsyaALLAH







5 comments:

  1. setuju orang yg curang ni dia akan mula cari salah pasangannya...

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak singgah sini. Rindu dengan celoteh DIM. :D

    ReplyDelete
  3. Salam DIM. Lamanyaaaa makcik tak singgah sini.

    Curang ni satu penyakit yang tiada ubatnya

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas coretan ini. Betul2 menusuk di hati...menampar di muka... membuat sy tertanya...napa sy pernah jadi bodoh, takut dan sejahat ini dlu... moga Allah ampunkan saya...

    ReplyDelete
  5. I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
    liver already present. I started on antiviral medications which
    reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
    became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
    ULTIMATE LIFE CLINIC there website is https://ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
    treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
    the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
    treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.

    ReplyDelete

Followers