Tuesday, 12 April 2016

Biul namanya tu..

Assalammaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah, Isteri Kesayangan Hamba.

Baru baru sedang bantu adik saya di Pasar mlm Melawati, tiba2 seorg wanita dtg bertanya..

Ini En. Abil kan,,dah 3 tahun arwah Gee takde, masih sayang kat dia lagi tak?.
Senyum saya mendengar soalan tu, sambil pandang wanita tu atas bawah, (boleh tahan lawa! hehehe).

"Selagi Gee tu ISTERI saya hatta Arwah ISTERI sekali pun, InsyaALLAH dari hari ke hari KASIH saya bertambah, dan tidak pernah kurang."..jawab saya.

Terdiam sebentar wanita tu and terus order sotong crispy 1.(adik saya jual sotong crispy, saya tukang gunting sotong tu.) Bila takde jadual ceramah saya bantu adik saya tu.

Mengekalkan Kasih Cinta kita ni pada Suami, pada Isteri bukan kerja main main tau, Ini TANGGUNGJAWAB namannya. Bukankah masa nikah dulu di lafazkan, "Aku terima nikahnya anu bt si anu (contohh nama). Dan Isteri pulak setuju dgn lafaz Suami tadi. Bila dah terima dan bila dah setuju, maka jalankan jea la Tanggungjawab masing masing, di antaranya KASIH CINTA tadi tu la.

EH, tapi kan, berbuat mengekalkan perkara di atas ni, yang si Isteri tiada masalah nak buat,,yg agak payah sikit kita kita ni bro (Suami) termasuk la aku!!. Jadi kiranya nak membantu Suami mengekalkan dan menambah baik Kasih dia kat Isteri..ni kaedahnya...

Kaedahnya terletak pada Isteri,.. terutama layanan Isteri pada Suami.
Keduanya, ni PENTING!!.. Isteri kena betul betul pandai menjaga penampilan FIZIKAL..jaga berat badan, jangan sampai berat mencecah 2 tan,! perut tu jgn sampai boleh lipat lipat cm lipat baju,! berpakaian tu biar cantik dan sexy di mata Suami (ikut syarak berpakaian) Untuk pakaian tido tanya Suami tu betul2, pakaian cmana yg dia suka tgk U guys pakai, Solek muka santek santek, pakai la tepung gandum kalau perlu pun..hahaha.

Ketiganya, PERTUTURAN mesti baik, biar bila bercakap tu kedengaran cerdiknya ISTERI. Senyum selalu ngan SUAMI ada masanya yg tertentu kenyit mata biar nampak "kegatalan" Isteri pada SUAMInya.!! eehhh, betul la, kau buat jea la jgn banyak soal!!..Then biar pandai sikit berkaitan General Knowledge, so seronok sikit bila borak borak ngan Suami atau kawan kawan..

Dan jgn lupa menjaga , SENTIASA menjaga PERUT Suami. Masak mesti sedap dan enak. Mesti pandai perbagaikan masakkan, tak reti, BELAJAR, boleh tanya Tuan Hj. Google resepi2nya..JANGAN doook pandai Wsaap dari subuh sampai subuh jea!!

Kiranya kaedah diatas di buat UNTUK SUAMI, InsyaALLAH mudah la dia kekalkan, bertambah dari hari ke hari Kasih CINTAnya pada u all..taapiiii kalau berhias supaya org keliling pandang lawa, nak bersexy untuk dapat pujian kawan kawan, masak sedap sedap untuk tetamu saja..bila berbork ngan kawan gitu mesra, ngan Suami hampehh emmmm payah la gitu..U guys jgn risau, buat tu semua untuk SUAMI nescaya org keliling secara otomatik akan puji u all bahkan ALLAH akan berikan KasihNYA pada both of u..Bila TUHAN dah bagi, tiada siapa yg boleh gugat!! faham!

Dan kiranya Isteri dah buat semua tu untuk Suami dan Suami masih buat tak reti jea ngan Isteri,,maka itu lah BIUL namanya..Dan U guys siapkan lah hujah hujah ko org depan TUAHAN nantiii.....






InsyaALLAH.

15 comments:

  1. assalamualaikum abg abil...

    lama x update blog ye...terima kasih share ilmu kat ats nun...leh diamalkan dan dikongsi bersama....

    ReplyDelete
  2. Itulah yg sebaiknya kalau nak rumahtangga aman harmoni:)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian ya Abg Abil.

    ReplyDelete
  4. Aduhh..terasa pulak. dah diet tapi last2 hangat2 time ayam, tapi bab makan Alhamdulillah, rasa boleh la masak setiap hari untuk dinner jer tapi..hehehe

    ReplyDelete
  5. Suami saya pendiam, saya tk reti nk borak dgn dia..

    ReplyDelete
  6. Suami saya pendiam, saya tk reti nk borak dgn dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami saya pun pendiam, tp saya buat aktiviti dgn dia. Dia main PS3 saya pun join sekali mtk dia ajar. Saya suka tgk movie, saya ajakla dia tgk sekali.

      Delete
  7. Mengalir air mata ..tgk video ..mndlm kasih syg krna Allah...xsgka wjud Ats dunia ni..

    ReplyDelete
  8. Mengalir air mata ..tgk video ..mndlm kasih syg krna Allah...xsgka wjud Ats dunia ni..

    ReplyDelete
  9. Allah amat mguji hamba2nya..terimakasih Tuan atas kasih sayang tuan pada seorang insan lemah yg bergelar wanita..semuga Allah merahmati diri mu selalu..amin

    ReplyDelete
  10. saya juga masih berpegang kepada akad itu untuk terus menjaga isteri saya....

    ReplyDelete
  11. As Salam...
    Duhai En. Abil, semoga saudara masih terus berjihad sayangkan isteri en. abil, kerana dia satu2nya anugerah yg tak terhingga dari Nya utk en. abil. sy suka mengisi ms sunyi sy dengan membaca apa yg bererti pengorbanan.. baik isteri ke suami ke, bila sudah tiba masa nye Tuhan pinjamkan pd kita dan akan tiba masanya dia akan pergi dari hidup kita, tak kira laa samada pergi buat selama2nya atau sebaliknya.. semoga en. abil sihat dan sentiasa bersama kasih Wangi arwah Gee...

    ReplyDelete
  12. Terima kasih perkongsian tulus.. nasihat yang baik, moga Allah limpahkan kebaikan dan rahmatNya buat tuan dan isteri tercinta :)

    ReplyDelete
  13. terima kasih atas perkongsian, ia nasihat yang amat berguna dan amat baik sekali. tqvm tuan.

    ReplyDelete
  14. betul kna jaga laki baik2 bru dpt pulangan yg baik jgk

    ReplyDelete

Followers