Tuesday, 21 June 2016

Terima Kasih Dear..cukup ke??

Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah, cinta hati hamba.

Bulan Ramadhan kita puji ALLAH ke tahap maksimum, kita lahirkan kasih pada RASULLULAH s.a.w. setinggi tingginya then baru la yg seterusnya...

Puasa ni tak lapar dahaga sgt tapi dok RINDU rasa kat arwah Gee...Tiap kali bulan puasa mesti Rindu lebih kat Gee ni..emm

Isteri kita kannn..rindu lerr.

Masa Gee sehat dulu, tiap ptg bulan Ramadhan jea, cukup Gee suka g pasar ramadhan ngan saya,,tapi kena naik motor tu la. Helmet pun dia takkan pakai.."Puasa2 ni polis tak larat tulis saman!!." katanya..Happy sungguh Gee naik motor jln2, Suami ni layan jea la..(dapat peluk2 naik motor puasa2 ni, jadi laa)

Balik tang pasar ramadhan, Gee terus ke dapur masak..seperti biasa 4,5 lauk akan siap dlm tempoh kurang sejam.! dan SEDAP!!!..Mak saya tak pernah risau pasal makan kalau Gee ada, " Menantu den ado, tengok kang, kojap yo siap la lauk2 eh tu". Mak saya syg sungguh Gee ni.

Dlm pada yg sama saya dok perhati arwah Isteri kesayangan saya ni..perhatikan jadual ramadhan dia. Setelah beberapa hari perhati, baru saya sedar BETAPA HEBATnya WANITA ni..

U guys tengok eh, (U guys ni untuk SUAMI/LELAKI).. TERRORnya org Pompuan ni,..

Balik tang kerja, DIA (ISTERI/WANITA) siapkan makan..habis berbuka, DIA kemas meja makan. Dah tu siap2 mandi nak solat n nak Terawih..Habis meluangkan masa dgn TUHAN, DIA siapkan pulak pakaian kerja dia dan Suami untuk esok..Dalam masa yg sama Suami minta buatkan air minum dan dalam masa yg sama tu la masa nak borak2 ngan Suami dia..Siap punya siap layan suami lg, dah kul 1 am. Tido...Klau Suami dok kenyit2 mata pulak, tak tau kul berapa selesainya untuk tido!! (Puasa kann, mlm jea la..hehehe)..Kang kul 4 pagi bangun pulak, siapkan sahur. Dan org pompuan ni tido 2, 3 jam pun dah ok, masih boleh bangun awal pagi,,LELAKI tak semua dan tak ramai yg boleh..(terror pompuan ni!!).. Dah tu kejutkan Suami/anak .. ALLAH, NABI dan MALAIKAT laaaa yg tahu betapa seksa nak kejutkan dia org ni..yg Suami pun sama cm anak2, punya la liat nak bangun walaupun akhirnya berjaya gak bersahur,,

Selesai sahur DIA kemas sekali lg meja makan tu. Then mandi (samada sunat atau Wajib tadi tu!!)..Solat, siap g kerja/ anta budak2 g sekolah ke.....pas tu bermula la Jadual Ramadhannya sekali lagiiii......Berapa org SUAMI yg mampu buat gini jadualnya?? Tak kira la MENTERI ke, Ketua pengarah Ke, adun sana sini ke..Ustaz ke..Rasa2nya berapa ramai SUAMI yg mampu buat sepertimana ISTERI kita berkhidmat di dlm bulan Ramadhan gitu..??!!

Tiap kali malam nak tido saya suka memicit kaki Gee, n said "Thank You Dear"..( kadang2 jea "picit mandi wajib".) Dlm masa yg sama terasa betapa kurangnya saya membalas jasa Gee dulu..Jasa seorang ISTERI..

Dalam bab jadual Isteri bulan puasa gitu, sampai ke hari ini saya tak tau bagaimana cara yg tepat untuk seorg SUAMI tu nak berterima kasih pada ISTERInya..

Cuba para ISTERI beritau kami (Suami) cara yg sesuai untuk kami berterima kasih...Kami Suami2 ni ingin sungguh tahu..

InsyaALLAH..

- Al Fatihah buat arwah Gee dan pada mereka2 yg telah kembali ke Rahmatullah-







6 comments:

  1. Terkesima saya.Alangkah bahagia kalau semua suami mcm ni..

    ReplyDelete
  2. Kalo tak buat camtu rasa bersalah pula, nnt ank dan suami nak pose kesian. Penat tu mmg penat, tapi fikirkan je pahala dan ganjaran yg Allah nk bagi pd kami, in shaa Allah kami para isteri dan ibu sedia berkhidmat.
    Dan bonuslah kiranya kalao dpt suami yg memahami dan pandai berterimakasih...

    ReplyDelete
  3. Kalo tak buat camtu rasa bersalah pula, nnt ank dan suami nak pose kesian. Penat tu mmg penat, tapi fikirkan je pahala dan ganjaran yg Allah nk bagi pd kami, in shaa Allah kami para isteri dan ibu sedia berkhidmat.
    Dan bonuslah kiranya kalao dpt suami yg memahami dan pandai berterimakasih...

    ReplyDelete
  4. Alang kah bahagia jika allah kurnia seorang suami yg dpt bahagia kn kite di dunia d jgk di akhirat..tapi sampai sekarang msih belum jmpa seorang suami sperti ini..memang brtuah arwah isteri abil krn mempunyai suami yg setia hingga ke jannah..al fatihah...

    ReplyDelete
  5. bahagianya arwah gee dpt suami yg pada sya sgt2 mithali spt encik ni.. kebanyakkan suami ni walaupun da tahu isteri bekerja balik bkn nak sama bantu setle ap yg patut.. tau dia jer penat.. isteri seolah2 x penat.. bkn nak mngungkit tpi klu kna yg x phm2 susah la hari2 nk bebel x masuk malaikat kang bagi rezeki..aman dunia bila semua tahu menghargai dan berterima ksih pd isteri...

    ReplyDelete
  6. bahagianya arwah gee dpt suami yg pada sya sgt2 mithali spt encik ni.. kebanyakkan suami ni walaupun da tahu isteri bekerja balik bkn nak sama bantu setle ap yg patut.. tau dia jer penat.. isteri seolah2 x penat.. bkn nak mngungkit tpi klu kna yg x phm2 susah la hari2 nk bebel x masuk malaikat kang bagi rezeki..aman dunia bila semua tahu menghargai dan berterima ksih pd isteri...

    ReplyDelete

Followers