Wednesday 20 May 2015

Cm budak budak

Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah, yg masih tak kunjung tiba dlm mimpi hamba..

"Darling, tolong beli kunyit n garam." minta Gee dari dapur, saya dok tgk tv..cepat cepat saya g menyorok bawah katil..

"Darling oii, dengar tak?" saya tak jawab. Then Gee jenguk saya, "Darling, darling.." Sampai depan umah dia cari. Bila agak puas Gee cari saya, saya pun panggil.."Dearrr.." Gee cari lagi n lagi hingga dia jumpa saya bawah katil!!.."Laa kat sini rupanya penjenayah ni menyorok!!" sambil gee nak bantai saya ngan sudip.hahahahahaha

Adakalanya Gee tgh masak, saya akan g dapur senyap2 dari belakang then saya gigit punggung dia!! "Toyol!!" terperanjat Gee,  memang kena kejar ngan sudip lagi la saya ni..Pas tu mesti Gee ngadu pada mak saya.."Dio tu takdo kojo lain, ngusik yo kojo eh, kau bantai dio Gee!!..mak saya kalau kat umah ckp loghat negeri 9 lerr..Gee n mak saya tu gang baik. Sikit2 ngadu kat mak saya..Poodahh!! hahahahaha

Kita ni tak kira la berapa lama dah kawin, baru ke lama ke, sesekali kena bergurau ngan pasangan kita tu macam budak2. Biar la org lain nak kata apa. Kan pasangan kita ni tempat kita berhibur n mengadu nasib. Kadang kala gurau2 sebegitu boleh menghilangkan penat, dapat menringankan bebanan hati,fikiran boleh jadi sgt2 lapang seketika.Kesihatan pun tambah baik coz kena berlari bila di kejar ngan sudip!!..N ianya antara kaedah awet muda!! Kan byk faedah bergurau..

"Alaa, en. Abil anak 3,4 org dah takkan nak gurau gitu lagi.".."10 tahun dah kawen en Abil, tak pernah nak buat cm tu, cm budak2.".." Pasangan saya tu tak suka gurau2 ni ." Macam2 alasan saya dengar..Maka jgn complain sekiranya hidup berpasangan kita hambar, jgn rasa bosan sekiranya jadual hidup samaaaaa jea selama bertahun2..jgn complain ngatakan perangai pasangan kita tu tiada sifat2 yg menceriakan kita. JANGAN COMPLAIN.!!! Oooooo, sebelum kawen bukan main suka bergurau lagi, dah kawen kenapa tak sambung bergurau?? apa, kalau bergurau gitu hilang macho?? Kalau gurau2 gitu rosak ego??.. Mabuk daun ketum ke apa??

Dont take things for granted U guys!..kita rasa kita dah cukup kenal pasangan kita sedangkan sifat manusia yg ALLAH cipta ni masih kekal sifat kebudak budakkannya sampai la ke liang kubur nanti tau..InsyaALLAH.

- Untuk WARKAH Buat ISTERI hubungi pa saya tu cik Aida di talian 017 9395172..tqqqqq




9 comments:

  1. Betul abg abil..PC setuju..ada masa kita serious..kadangkala kita senyap..dan sebolehnya kita wujudkan moment joke dalam rumahtangga..biar colourful..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... masuk ke usia 29 tahun rumahtangga kami, kakcik dan abang masih lagi boleh bergurau senda... :)

    ReplyDelete
  3. Haha.. bia kna kejar ngan sudip! ;)
    Hurm sma la mcm my husband.. time kt bz kat dapur tuu laa nak peluk la nak cium laa nak manja laa.. hehe.. tp itu la penguat hubungan..

    ReplyDelete
  4. abang abil, kite salute abang. cerita cerita abang abil buat saya nampak betapa cerianya kehidupan rumah tangga abang. saya pun tatau laa nnti kawen ceria macam ni ke tak :')

    ReplyDelete
  5. abg abil.. warkah buat isteri yg part 2 ke.. hehehe

    ReplyDelete
  6. part dipujuk paling ai suka.. ekekeke..

    ReplyDelete
  7. heheh ada juga terlekat pic tuan darwisy. tq uncle

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaykum
    Saya tak pernah jemu baca kisah2 uncle ni, tak sabar tunggu cerita2 seterusnya.. Salam kenal dari gadis minang kabau, Padang Sumatera Barat, mohon do'anya uncle semoga secepatnya saya dipertemukan dengan lelaki sholeh dan sepadan dengàn uncle🙏🙏 Alfatihah buat almarhumah🙏🙏🙏

    ReplyDelete

  9. I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
    liver already present. I started on antiviral medications which
    reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
    became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
    ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
    treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
    the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
    treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.

    ReplyDelete

Followers