Friday, 8 May 2015

SEWEL..!!




Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah..penghibur hati hamba.
Meh kita sambung cerita cerinti si Gee ni..
Saya ni ada masanya datang mood malas bercakap. Ini satu perangai buruk saya. Takde apa sebab tiba2 jea malas bercakap selama 2, 3 hari. Masa tu kalau Gee bertanya apa2, sepatah 2 jea saya jawab n tak senyum langsung.
Bila mana mood tu ada jea for sure Gee akan beritau adik beradik saya." Abg awak tu tgh 'period'!!"..sambil Gee senyum dah faham sgt Suaminya ni..Rupanya dalam diam Gee cuba mencari penawar mood sewel saya tu. 1 hari mood tu dtg lagi, kali ni Gee g beli pisang montel, pisang yg besar panjang tu..( aa, aa, apa ko org senyum2!!!)..coz saya memang suka makan pisang montel ni.
So bila sedang saya tgk tv dia sediakan pisang tu depan saya n suruh saya makan. Lepas mkn sebijik geee ckp "Bak sini kulit pisang tu. Awak baring kat sini." sambil tunjuk kat pehanya dgn nada serius. Power gak bini aku ni, coz takde siapa sebelum ni yg berani menegur serius kalau mood saya gitu. Saya pun baring jea la atas pehanya sambil tgk tv...U guys tau apa Gee buat..??
Gee buat facial muka saya guna kulit pisang tadi!! " Eh apa ni?!!" tegur saya.." Ehh, dok diam2, saya tau la apa yg saya buat." jawab Gee serius. Bini dah bunyi serius saya diam jea la. Bukan takut bini laa, bini yg tak takut saya! ..Lepas tu gee bilas muka dgn air n dia tunjuk kulit pisang tadi. "Mak oii kotornya." kata saya.
"Tu kotoran muka awak la. Sekarang baru cuci ngan sabun muka pulak" Gee teruskan lagi facial muka saya..tiba2 mood saya tak bercakap tadi terus hilang.." Ai, dah boleh bercakap dah Suami hensem saya." sambil Gee usap2 janggut saya. Saya senyum segan dan mula explain kat Gee pasal mood saya gitu sekali sekali.
Hebatnya Isteri ni dalam diam2 dia kan cuba mencari penyelesaian masalah. Hebatnya pompuan ni dia kan terus berusaha menghiburkan hati Lelaki. Dan HEBATnya Wanita ni, dia Tahan dan cukup Sabar dgn perangai "SEWEL" Suami yg sebegitu atau perangai yg sewaktu dgnnya. Hebatnya Isteri kita kita (para suami) ni kan Bro!!
Persoalannya di sini..Adakah kita para Suami juga PENGHIBUR hati Isteri Isteri kita??..InsyaALLAH.
- jgn lupa hubungi talian 0179395172 cik NorAida (PA saya) untuk mendapatkan buku" WARKAH BUAT ISTERI"..kisah me n Gee.-

6 comments:

  1. eh.... udah sewel pulak... mana boleh tak cakap sampai 3 hari :)

    ReplyDelete
  2. sweetnya kat gee..setiap isteri tu kan tau macam mana nak layan penyakit sewel si suami..barulah rasa bahagia rumahtangga tu kan abg abil... Al-fatihah untuk kak gee..

    ReplyDelete
  3. Pandai kak Gee mencari jalan penyelesaian.. ;)

    ReplyDelete
  4. Isteri cerdik yang solehah..yang penting usaha..usaha tu kadang buat hati tertawan..

    ReplyDelete
  5. saling memahami antara satu sama lain

    ReplyDelete

Followers