Thursday, 5 March 2015

Layan la Isteri tu..


Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah, Isteri kesayangan hamba.

Kebelakangan ni kuat pulak rindu kat Gee ni,,rindu dtg begitu saja..emmm.

Ok,ok, ni nak citer pasal KASUT..Arwah ni dulu memang berahi beli kasut, tiap tiap minggu mesti dia nak beli kasut. Mahal ke murah ke tak kisah, asalkankan dapat beli. Kalu buka bonat keta saya tu, penuh dek kasut Gee, pening saya tgk!!

Sekali dua jea dia pakai kasut tu then dia buat tak tau jea ngan kasut tu..beli lagi n lagi pas tu..(pompuan gitu fitrah dia, sekali dua pakai then dia org kata takde kasut, takde baju..pada hal satu almari penuh dek baju bini kita jea kan..hahaha)

Saya ni pulak suka layan Gee klau dia shoping. Dia belek kasut Saya pun sibuk belek pilih untuk dia. "Darling, awak tak bosan ke layan saya ni??" tanya Gee.
"Ehh, saya suka layan pompuan shoping..nanti saya pilih kasut, kasut yg buat u look sexxxy, leh pakai waktu tido!! hahahahaha" jawab saya.

Otw balik tu Gee cakap "Saya ni membazirkan asyik beli kasut."

"Dear, gitu la fitrah kejadiaan pompuan, bukan membazir. Pompuan dia suka tang pakaian n perhiasan termasuk la barang kemas..memang tu yg pompuan suka sangat2. Tu pasal la TUHAN suruh Suami uruskan bab tu untuk Isteri SEMAMPU Suami tu. TUHAN yg suruh, bukan pak sedara kita yg suruh..so kena saya layan awak. Tambah pulak awak kan Isteri sayaaa.." Borak saya ngan Gee dulu.

Kita ni para Suami kena la layan waktu Isteri bershoping2 semampu kita. Ni kadang2 saya perhati kat shoping mall tu, yg laki dia dok duduk baca surah khabar. Bini dia dokkk la pilih baju sorang2. Bila bini tu nk tanya cantik ke tidak, dia g la menghadap laki dia yg ngan surat khabar.."Cantik tak bang?"..laki dia jawab.."Emm." (Ngan muka serius)....????? aduhhhh..

Kat umah penat Isteri dok layan kita suami suami ni. "Syg, buatkan abg teh o." "Syg, dah masak lum, lapar ni!" "Tolong gosokkan baju yg tu n seluar abg yg ni nak pakai kerja esok."
"Syg, mana perginya kunci keta nii.." .."Eh syg, mlm ni malam Jumaat kan.??"""..Apaaa laa salahnya kita Suami suami ni layan waktu Isteri pulak, waktu dia beli membeli tu. 

Layan Isteri n menjaga kelesaan hati Isteri ni sememangnya arahan dari ALLAH, so kita para suami ni patut  WAJIB kita lakukan yg terbaik. So layan la Isteri kita, selesakan lah hati Isteri kita..Jaga la dia selagi Isteri tu masih ada..

Isteri kita kan tuu..bukannya pompuan simpan oiii..!!!!

6 comments:

  1. huhuhuhu,.. tetiba tersentuh plak emosi daku..

    ReplyDelete
  2. ermmm fitrah lelaki plak slalunye xsuke bershppng...huhuhuhuuhu

    ReplyDelete
  3. memang setuju sangat...masing2 kena main peranan

    ReplyDelete
  4. Uncle Abil, saya suka cara uncle dgn wife uncle. Semua saya setuju. Walaupon saya sndri belom kawen, haha. Tapi, one fine day, hopefully dapat husband yg memahami seorang wanita mcm ni.

    ReplyDelete

Followers