Saturday, 6 December 2014

Bukan org lain punnnn...


Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah, penyejuk jiwa saya..

Citer lagi dan lagi sikit pasal arwah Gee ni..

Gee ni kalau memasak memang terror giler! nak makan apa, citarasa apa, apa saja dia boleh masak. Sedap, enak dan laju kalau dia masak, kejap jea siap! Perut saya tidak pernah kosong masa Gee ada dulu.

1 perkara yg sgt2 saya suka lakukan pabila Gee tgh masak..Saya akan ke dapur dan cium bahu sebelah kanannya."Nak mengusik jea kerja dia kan!!, g depan jgn kacau saya masak ni, nak cium cium malam kang!" kata Gee..Dan sekali lagi saya cium bahu dia n beredar..

Lepas sebulan 2 gitu baru la Gee tanya " Nape awak suka cium bahu kanan saya tiap kali saya masak.?

"Dearrr, tiap kali awak sedang siapkan makanan untuk Suami awak ni, setiap masa tu la Rahmat/keberkatan Tuhan tu turun untuk awak. Dan tiap kali tu la saya akan cuba "curi" sikit Rahmat/Keberkatan tu. n tu juga tanda terima kasih saya coz awak menjaga kelaparan saya.." jelas saya.. Terus Gee cium pipi saya n kata " Saya pun nak "curi" keberkatan Suami saya ni tiap hari..

Org catering masak kita bayar, bibik masak kita bagi gaji tiap bulan,
Apa laaaa salahnya kita cium pipi Isteri, peluk Isteri kejap berterima kasih coz penatttt dia org jaga perut perut kita ni para Suami selama ni.

Dan kita ni pun dah tahu/faham yg Isteri kita ni memang TAMAK HALOBA!! Pompuan ni tak cukup kalau kita cakap jea Thank you atau I love u. Dia org nak kita Suami ni buktikan pulak..So kita penuhi/buktikan la "Ketamakkan" Isteri tu dgn ciumn dan pelukkan...Senangkan kan kan..Isteri kita, bukan org lain punnnn.....


8 comments:

  1. Semoga arwah aman disana..aminn..

    ReplyDelete
  2. Semoga roh Gee dicucuri rahmat..Amin,,

    ReplyDelete
  3. Setuju..yeyy..mudah dan berpahala..tapi seringkali dipandang ringan..Al Fatihah untuk kak gee..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum

    Moga terus ceria dan bahagia..

    ReplyDelete
  5. Semoga arwah tenang di sana... al-fatihah.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Riangnya hati baca entry ni. Terima kasih.

    ReplyDelete

Followers