Wednesday, 2 October 2013

Ini kisah Me n Gee.

Assalammualaikum U guys...

Ellloooooo.....Lama I dah singgah kat ruang update ni. Hanya dapat menjenguk komen komen yg U guys tinggalkan dan sedikit blog walking kat blog u guys tu..

Ada yg beranggapan I dah hilang entah kemana, ada yg kata I g laksanakan Haji, dan ada yg main agak mengatakan I dah bercinta semula, tu yg hilang tak update blog dah!!..I tak g mana pun n Tak bercinta pun..aduhhhh, ..I dok buzy sikit buat Talk I sana sini dan agak sibuk menguruskan pembikinan membukukan blog Warkah Buat Isteri ni. Di jangkakan siap pada bulan lepas tetapi ada beberapa perkara yg tidak mencapai quality yg I nak so kena adjust lagi sana sini buku tu. InsyAllah buku ini akan berada di pasaran pada bulan Okt ni, InsyAllah. Akan I update bila siap sepenuhnya nanti, ini pun dah sampai final stage. Perkara2 gini yg buatkan I sibuk sikit. Today rasa free so I update ler blog niii....

                                Ini lah muka depan buku, Buku Isteri I..

I ni, apa saja yang berkaitan arwah Isteri I, I agak teliti. I tak mau ada any kecacatan yg timbul. I nakkan kesempurnaan buat arwah Isteri I( semampu I ) walaupun Gee dah tiada. Bila I katakan Gee tetap di hati I sampai bila bila (InsyAllah) bererti kesempurnaan Gee I akan jaga sehingga I berjumpa dia nanti. U guys anggap lah, buku ini sebagai peninggalan I n Gee buat U guys. Buku ini bukan satu buku novel khayalan atau sekadar fiksyen sebuah kisah kasih I buat Gee..tetapi ini la realiti dan hakikat kehidupan kami berdua. Kisah Benar kami.

I membukukan blog I ni juga kerana arwah Gee. I mau semua org tahu siapa arwah Isteri I ni. I harap "Al Fatihah" buat arwah Gee tak putus sampai bila bila,, tiap hari.! Sekurang kurangnya juga, buku ini boleh lah di buat panduan bagi segelintir dari U guys yg rasa ianya sesuai di praktikkan nanti. Dan ada sebahagian dari jualan buku ni nanti akan I sumbangkan pada pihak tertentu yg memerlukan ( pihak kami dah tentukan penerimanya nanti)..sumbangan itu I niatkan datangnya dari arwah Gee dan dari U guys semua. Secara tidak langsung, amal jariah buat kita semua kan.. InsyAllah.

I harap buku ni akan mendapat sambutan dari semua terutamanya pada pasangan suami isteri. Yang lelaki ni kurang sikit nak membaca blog I, jadi bagi dia buku ni suruh baca!! InsyAllah pasaran buku ni akan berada di semua kedai buku dan boleh juga U guys pesan secara online bagi u guys u guys yg jauh tu yea..Akan I update nanti ..InsyAllah. 

Kerana ALLAH, RasulNYA dan juga.....kerana Gee Isteri I. I berdoa agar semuanya akan berjalan lancar..InsyALLAH.

Followers