Tuesday, 1 May 2012

Dari kacamata ku

Asssalamualaikum semua.

Selamat bercuti .. Apa aktiviti anda hari ini, moga dapat dimanfaatkan dengan sebaik baiknya. for your info. hari ini blog ini tidak diupdate oleh abil tetapi diupdate oleh adik iparnya ( nama tak perlu di reveal / rahsia.hehehhe)

Abil sekarang sedang tidur. penat mungkin. yelah. bangun pagi pagi untuk beri susu kepada kak gee ( panggilan kami kepada fauziah ) setiap 3 jam nak kene bagi susu.. Hari ini, saya nak cerita pula pengalaman dan perasaan kami sebagai adik dan orang terdekat dengan kak gee dan abg abil.

Kak Gee yang saya kenal adalah orang yang sangat peramah , pandai masak.. itu memang tak dapat dinafikan.sebut saja nak makan apa,, tak sampai satu jam , siap terhidang.. macam nak makan kenduri dia masak. selagi ada sayur ,selagi ada bawang, selagi ada cili. pasti habis.. hehehehehhe..  tak agak agak..macam takde hari esok .

kalau time masak. dia mmg tak suka orang tolong dia, huh.. gembira betul kami. apa lagi sorang main hp , sorang tgk tv, sorang tido. sorang main facebook... dia sorang masak. mmg dia tak suka org masuk campur, bukan sengaja kami tak tolong eh.

tapi bila dipikir balik. mmg menyesal tak tolong dia, sebab tak dapat ilmu masak. kak gee ini saya ibaratkan sebagai resepi bergerak.  sekarang nak masak kene lah download dari my resepi ker .. mmg rugi tak menuntut dari dia dulu. tapi saya mmg berjanji. jika diizinkan tuhan kak gee sembuh. saya takkan benarkan dia masak lagi. saya akan sendiri masak untuk dia.. sebut jer. saya akan masakkan.

Bukan masak saja kepakarannya.. gubahan pun pandai. waktu dia bertunang dengan abg abil dulu.. dia lah yang buat hantaran.. gubah sana gubah sini..saya ingat lagi dia tunjuk gambar rumah dia yang penuh ngan English style decoration, yang vantage tuh.. dia mmg idamkan rumah idaman camtuh. insyaallah kak gee.  satu hari pasti terlaksana. kak gee cepat bangun yer.

since kak gee bed ridden nih. saya tgk abg abil dah tak serupa mulo.. dah tak macam dulu. asyik asyik termenung. muka mmg tak ceria langsung. yg paling terkesan waktu hari raya tahun lepas. mmg sebak sgt kami sekeluarga . kalau dulu abg abil mmg smart, kemas orgnya. sekarang mcm dah tak terurus jer.. tapi satu perangai perbersihnya mmg tak lari. ini untuk kebaikan kak gee juga. yelah sebab dia jaga sendiri kan. jadi dia kene pastikan kebersihan tahap tip top. takut asma kak gee kembali menyerang.

tapi yg saya salute. walaupun kewangan dia tak berapa nak mencukupi, tapi dia tetap pastikan keperluan asas kak gee sentiasa ada. walaupun kami adik beradik ada sedikit banyak membantu. tapi pasti mana nak cukup kan. Syukur lah. pihak JKM ada memberi bantuan sebanyak rm 300 sebulan. cuma dizaman sekarang nih, rm 300 untuk susu ,pampes dan ubat ubatan adakah mencukupi ?

haih.saya betul betul rindukan kak gee, dulu waktu sampai jer rumah . dari jauh dia dah jerit panggil nama anak saya. kalau dia gi shopping. pasti ada baju untuk anak anak saya . saya rindukan suara dia. rindukan masakan dia. rindukan perangai dia yang selalu merajuk ngan abg abil.. konon konon nak minta pujuk. tapi satu jer yg tak berubah kat kak gee nih  . kecantikannya, dulu dan sekarang dia tetap cantik.

huh,malas nak membebel lama lama ,nnt kata overshadow blogger pulak. maklumlah dia skang tgh tido lena, lepas pujuk kak gee yg tak tido tido dari malam tadi, maklumlah, kalau ramai ramai kumpul rumah mesti bising sikit. itu yg kak gee tak selesa kot.


sekian. moga coretan ini dapat menghiburkan anda semua.dan kak gee satu hari nanti.insyallah.

Followers