Thursday, 10 September 2015

Main..


Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah..cinta hati hamba.


"aaaa awak main tipu!!"..takde, takde, awak tipu, main tipu!!" Gee tak puas hati bila kalah main "Dam" ngan saya. (yg cm chess tu)

"Mana ada tipu, awak dah kalah awak kata saya tipu." kata saya sambil gelakkan Gee.."ahhh, tak kira awak tipu!!" Gee masih tak puas hati sambil bangun nak cubit saya, terus saya buka langkah silat!! "aa, masuk masuk kalau berani!!"...Gitu la sejarahnya tiap kali saya menang (memang saya main tipu pun! hahaha) dlm game "Dam" atau game snake n ladder.

Tu la kerja kami Suami Isteri klau cuti n malas nak keluar, malas nak buat kerja rumah, serba malas, kami akan main game tadi. Gee ni terror gak main "Dam", payah nak kalahkan dia. Habis main "Dam" kita sambung main snake n ladder. Sapa kalah kena belanja makan Ikan Bakar, kalau saya kalah saya akan cakap.." Haram berjudi ni Dear!!"..cepat jea Gee jawab balik "Judi memang haram, Ikan Bakar jangan buat buat lupa belanja!!"..pandai bini aku kenakan aku balik..

Main sambil gosip gosip pasal org lain hahaha, jahat gak kita laki bini ni!!..no citer kerja, citer masalah ke, citer apa ke HANYA GOSIP..pompuan tang gosip2 ni hidup selera dia. Saya pun suka layan Gee. Kita berdua suka pelbagaikan subjek2 borak. Dalam masa yg masa dok gosip2 tu saya lebih mengenali org sekeliling Gee, gitu juga Gee. dia lebih kenal kawan2 saya,

Dan sebenarnya secara tidak langsung ni la kaedah yg kami pilih untuk berbincang. Kaedah berbincang sambil santai santai. Lebih selesa nak berbincang n lebih rasa terbuka nak bercakapkan sesuatu. Kadang kala kita perlu mencari cara/kaedah agar kita Suami Isteri ni lapang hati untuk berbincang. Mungkin cara A pasangan kita payah nak berbincang, kita cari kaedah B pulak..

Sesekali masa gini kita luangkan bersama pasangan, banyak perkara yg boleh kita bincang bersama, Banyak info dari pasangan kita lebih faham, Dan kita dapat tahu lebih detail kehendak hati pasangan kita.  

So U guys, pas ni pandai2 la ko org main "Dam" ke, main Guli ke, tak pun ko org belajar la main koda kondi..Tahu main?? Main la apa yg patut nak main,,asalkan senang berbincang!!..InsyaALLAH.
Jarang jarang jumpa penceramah Hen..sem gini.! hahaha hehehe hohoho

5 comments:

  1. Hahahaha...ayat last tu win la abg abil..kihkihkihkih...betul..bila berbincang dalam suasana santai lebih berlapang dada..

    ReplyDelete
  2. saya tak reti main dam. dan saya, main dengan anak anak pun asyik kalah.

    isteri saya suka jalan-jalan.

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  4. Hehe soo sweet.. Saya dengan arwah suami suka main monopoly selalu gaduh dengan dia kalau kena bayar denda hahaha

    ReplyDelete
  5. dah lama gila tak main dam.. huhuu..

    kwn2 jom la join giveaway dekat blog effa

    http://ourlovebonding.com/2015/10/jom-join-giveaway-dari-ourlovebonding-com.html

    ReplyDelete

Followers