Saturday 25 October 2014

Tidakkah tu CINTA namanya???

Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah..Isteri, sahabat dan kekasih hati hamba.

Salam Maal Hijrah.

I nak cerita sikit pasal arwah my Dear Gee ni, coz masih ramai yg bertanya soalan yg sama. "Apa keistimewaan arwah Gee hingga DIM sehingga hari ni masih terasa cintanya?"

 Jawapan 'Keistimewaan' yg dok la I ulang2 beritau sampai hari ni dan di mana2 jea I berceramah..Gee ni adalah ISTERI saya! Isteri dari hadiah ALLAH untuk saya. Hadiah ALLAH berikan ni melalui jodoh. Jodoh yg di ikat dengan perkahwinan. Hadiah TUHAN yg WAJIB I limpahkan dengan Kasih, limpahkan dengan ilmu kebaikkan, limpahkan dengan keselamatan...dan limpahkan dengan penuh penjagaan sekiranya ISTERI bersusah hati atau sakit. Dan dlm limpahan gitu harus I sertakan dengan sifat yg tegas untuk membentuk Isteri I..Tegas dlm kelembutan.

Dan Gee ni punya sifat TAAT dan sanggup berkorban untuk Suami dia ni. Sepanjang tempoh 2 tahun perkahwinan me n Gee sebelum Gee jatuh sakit dulu hingga la Gee meninggal, tidak pernah..I ulangi, TIDAK PERNAH Gee cakap "Tunggu dulu." "Jap yea" atau "alaaa awak nii" bila mana I minta buat sesuatu untuk I. Contoh, I ni ada masa memang kuat makan tak kira masa. 1 mlm I terjaga dari tido dlm kul 4 kut, Gee pun perasan I terjaga, "Kenapa darling?" tanya Gee. "Rasa lapar la." tu jea I ckp. U guys tau, Gee terus betulkan pakaian tidonya terus bgn ke dapur n gorengkan nasi untuk I. Nasi goreng pulak Gee hiaskan cm kat hotel tu, dengan susunan timunnya, nasi di bulat cantik, ada telur, pokok kelapa, bunga raya dan bermacam hiasan lagi!!..hahahaha ( maksudnya cantik dia hias la nasi tu) untuk Suami dia ni makan.

Semasa I makan pulak Gee hadap I dgn senyuman dan bertanya " Sedap? nak tambah lagi tak..?". Dan dia pastikan Suami dia ni tido lena kenyang. Tidakkah itu KASIH namanya dari Gee.

Contoh lagi satu, 1 ptg I balik kerja, Gee dok sembang rancak dng member2 dia, I tang pintu tunjukkan isyarat nak minum..dan sekali lagi tanpa ada suara tapi dengan senyuman saja Gee terus bangun ke dapur sekali lagi buat minuman dan sekali lagi dan SENTIASA saja akan menghadap Suami dia ni minum atau makan sehingga Suami ni rasa puas n tersenyum kenyang, lepas tu baru la dia sambung borak....tidakkah itu ISTERI namanya.??''

Sebelum keluar dari bilik air tiap hari, pakaian kerja I tersiap untuk di pakai di atas katil. Dan sekiranya I terlambat hantar dia g kerja, tak pernah Gee marah tapi Gee akan merajuk sebab dia tahu Suami dia ni suka sekiranya dia merajuk..Tidakkah Gee ni memahami kesukaan Suaminya dlm apa jua situasi.?? Walaupun situasi tu boleh menyinggung perasaan dia sendiri..To Gee, HUSBAND COMES FIRST!!

Tidakkah PURE LOVE yg Gee berikan tu WAJIB saya limpahkan dengan perkara2 yg I sebutkan diatas..?? Itu yg membuatkan I terasa bangga pabila I menyebut perkataan ISTERI. Itu yg membuatkan limpahkan 1000 kali ganda kasih dan sayang pabila Gee terlantar sakit dulu. Dan kerana itu juga membuatkan I senang meletakkan Gee dalam hati I ni..sehingga la ke hari ni, InsyaALLAH.

Itu juga la di antara nikmat ALLAH yg Agung berikan pada kami berdua,,sewaktu sehat atau sakit.
Nikmat KASIH SUAMI ISTERI.....

Tu la jawapan dari soalan di atas yg dokkkk la berulang2 kali bertanya...dan berulang2 kali saya jawab tanpa jemu. kenapa tak rasa jemu??...Kerana Gee adalan ISTERI saya!!!!.

Tidakkah itu CINTA namanya????..



Dear, terpisah kita ni sementara saja, InsyaALLAH, 1 hari nanti kita akan melepas rindu ini for the rest of the time...InsyaALLAH..InsyaALLAH..


20 comments:

  1. ye itulah cinta namanya Abil...cinta hingga hujung nyawa,cinta dunia akhirat

    ReplyDelete
  2. Ya...itulah cinta...

    InsyaAllah...mudah2an kalian berdua akan bersama di jannah...

    ReplyDelete
  3. Susah senang bersama,,sakit sihat berdua,,duka gembira setia..adanya depan mata atau hidupnya dalam jiwa dan minda tinggal hanya memori indah..setia..itu cinta..semua daripada Allah..

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah..semoga kalian berdua bertemu di syurga kelak....saya doakan.Amin...
    Doakan utk saya juga...

    ReplyDelete
  5. allahuakbar...tersentuh hati baca coretan tn..insyaALLAH ena doakan isteri tuan berada di kalangan orang2 beriman..aameen

    ReplyDelete
  6. tersentuh membaca catatan tuan. boleh saya kongsikan ke fb saya?

    ReplyDelete
  7. Ya Allah. sebak baca cerita Abil. Semoga akan berjumpa beliau di syurga Allah nanti. Amin

    ReplyDelete
  8. ya Allah sangat tersentuh hati ini bila membaca rintihan sorang suami buat si isteri..semoga roh arwah di cucuri rahmat & tenang di sana...Al Fatihah

    ReplyDelete
  9. cinta yang benar2 tulus utk arwah kak gee....semoga abg abil dilimpahi seluruh kebahagiaan di dunia ni....amin....

    ReplyDelete
  10. tersentuh saya baca entri ini. sebak tiba-tiba. semoga roh arwah kak gee dicucuri rahmat. arwah kak gee sgt beruntung punya suami yang tulus mencintainya...

    ReplyDelete
  11. lama tak baca blog ni.. tergerak nak baca pagi ni.. lepas baca.. tanpa diminta terus cari tisu.. doakan sy juga dapat menjadi isteri yg taat dan ikhlas terhadap bakal suami sy nnt.. sy juga ingin mencintai dan dicintai sepertimana anugerah yang Allah berikan kepada abil dan gee.. in sha Allah.. itu azam saya..

    ReplyDelete
  12. Live... Tgok ENCIK ABIL
    TV ALHIJRAH
    SEBAK.. BANGGA DGN LELAKI INI

    ReplyDelete
  13. saya baru tgk saudara dlm rancangan tv al hijrah...itu yg jumpa blog ni. masyaAllah kuatnya semangat saudara. semoga allah kurniakan ganjaran yg besar. tahniah krn berjaya menjadi suami yg baik. sy tak dpt tahan air mata tgk kat tv td

    ReplyDelete
  14. Live... Tgok ENCIK ABIL
    TV ALHIJRAH
    SEBAK.. BANGGA DGN LELAKI INI

    ReplyDelete
  15. tersentuhnya baca entry ni. insyallah..i will being a gud wife..insyallah

    ReplyDelete
  16. terharu baca kisah encik dan arwah isteri..
    ini nama nya cinta till jannah.. :)
    terima kasih atas pengajaran di atas..
    sangat mengagumi arwah kak gee :)
    *sebak

    ReplyDelete
  17. Speechless!!! mohon share d fb

    ReplyDelete

Followers