Saturday, 15 February 2014

Bentuk lah dia..

Assalammualaikum U guys.
Assalammualaika Ya Fauziah bt Siti Esah..


Arwah Gee pernah bertanya I "Darling, awak suka tak saya jadi Isteri awak.?" I pandang Gee atas bawah, pas tu I pusing tgk punggung dia! hahahaha..Sebelum I menjawab, Gee kata "aaa jangan nak mengusik!! jawab ikhlas." "ai, belum jawab dah kena warning..? kata I.

"Sudah tentu I berpuas hati la Dear, lagi pun awak ni kan jodoh saya Tuhan beri. Mana ada jodoh yg Tuhan tentukan buat kita yg tak sesuai,,semuanya sgt sesuai untuk kita dan sudah tentu pasangan tu tempat kita berhibur hati. Lebih2 lagi awak ni suka membebel lagi la saya suka!! hahahahahahaha." jawab suami Gee ni dulu.

I jelaskan lebih lanjut kat Gee dulu..Gini Dear, setiap jodoh Allah berikan pada kita sebagai 'Hadiah'NYA di mana Hadiah itu sangat2 sesuai dan serasi buat setiap suami atau isteri.ALLAH tidak akan menzalimi kita atau nak kenakan kita, TIDAK sesekali!!. Apabila dah sampai kat tangan kita jodoh tu, ALLAH susuli pula dengan satu lagi kerjaNYA (Tanggungjawab), iaitu MEMBENTUK pasangan kita sebagaimana kehendak di hati. Agar kesesuaian dan keserasian yg ALLAH tentukan tadi nampak pada zahirnya. Masa ni Gee nampak cm cuba memahami penjelasan I tadi..I diam sekejap agar Gee dapat mengambarkan kata2 I.

Gee faham dan mengangguk2 sambil mulutnya berkata "ooooo". Yang seronoknya pembentukkan yg kita lakukan tu mengambil masa, sedikit demi sedikit kita dapat rasakan hasilnya. "Sikit sikit la best Dear! cm ringan2!! hehehehe" usik I.."Mula la tu mengarut kerja dia!!" sambil Gee usap janggut I ni. "Dear, suami awak ni dah gini gatalnya kat awak, nak buat cmana..hahaha" Macam kita ni la Dear, pada mulanya masing2 ada kelemahan dalam hubungan kita, tapi sekarang sikit sikit kita dah mula rasa serasinya kann. Tu yg timbulnya penambahan keseronokkan dari hari ke hari. "Pembentukkan" ini mesti dilakukan bersama2. Isteri nak suaminya begini, suami pula nakkan Isterinya begitu..so, bentuk la ikut acuan hati. 

Sekarang cuba fikir sejenak, patut ke kita salahkan jodoh, jodoh yg ALLAH sendiri yg kurniakan pada kita?? Gagalnya, berjayanya perhubungan itu bergantung pada kita. Hadiah kita dah dapat, terpulang pada kita bagaimana nak hargainya. Akal Tuhan bagi, ilmu pun Tuhan bagi, di tambah pula dengan doa yg Tuhan syorkan. Apa lagi nak!? Terutamanya sang suami, Ingat suami kepala keluarga! Isteri pula pemegang kepala! eh,eh silap lagi..Isteri pembantu kepala rumah tadi...hehehehe silap taip, keyboard ni kadang2 rosak hehehe jgn marah aa..hahaha hehehehe hohoho.

Bentuk lah pasangan kita mengikut kehendak hati yg baik. Sabar dalam proses pembentukkan hadiah kita, Sebab dalam kesabaran terselit sejuta keseronokkan yg hanya dapat di rasai oleh suami isteri tadi. Pada yg belum kawen, kawen cepat2 sekiranya nak rasa Rahsia Keseronokkan ini. ( termasuk la DIM ni!!, sebelum u guys tanya.) Pada yg mengalami kegagalan tadi, mohon maaf la pada ALLAH dan lepas ni pastikan berjaya!! Faham!?..

Sebelum I undur diri, U guys yg nak hadir Talk I di Wisma Sejarah Kuala Lumpur pada 22hb ni kalau malas nak call PA i tu, daftar la dengan I jea. Call la I yea. See u guys there nanti..U guys sayang lagi ke DIM ni??

Penghibur hati I..adik adik I...Kadang2 bagi pening kepala gak 2 org ni!! hahahahaha

62 comments:

  1. muka adik bro abil mcm patient sy la ^_6

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum DIM.. entri yang menarik.. hehe siapa yang belum kawin tu, cepat-cepat minta mak ayah carikan jodoh. heheeee ~~~

    ReplyDelete
  3. Hai la kanda... Entry berguna,,, ade part2 yg mnrik dinda nk highlightkan kt en suami... Td dh bg die bce... Xtau la ade msuk ke xde msuk ke kpla pnya dalam.... Hehehe... Tq sharing... Pas ni nk lg sharing... Weeeee....

    ReplyDelete
  4. bagus entry ni,
    tapi tak semua berfikiran macam en abil
    kalau lah semua berfikiran begini
    insha Allah bahagia rumahtangga derang till Jannah :)

    ReplyDelete
  5. Salam...sedihnya tak dpt pergi talk 22hb ni..

    ReplyDelete
  6. nice.. sweetnya bila berumah tangga

    ReplyDelete
  7. nice advice, sangat bermanfaat...tq bro Abil...saya doakan yg terbaik juga untuk bro..

    ReplyDelete
  8. sangat bermanfaat..terima kasih sudi berkongsi..

    ReplyDelete
  9. Betul..setiap apa yang kita miliki ia adalah anugerah pinjaman juga hadiah daripada Allah..terserah pada kita Bagaimana untuk mengemudinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kali komen, Perdu cinta dengan gaya bahasanya tersendiri..like!

      Delete
  10. memang amat berguna sekali... setuju sangat hadiah itu adalah yang teristimewa dari Allah.... macam ada kaitan jer ehemmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum ada kaitannya lagi. Ada nanti saya update.

      Delete
  11. Perkongsian 6g baik. Suami la pembimbing isteri. Baik buruk harus sama2 diperbaiki kan.

    ReplyDelete
  12. Nicd share.... Bentuklah diri kita dan pasangan seperti yang Allah mahu....

    ReplyDelete
  13. kalaulah semua pasangan berfikiran positif mcm ni..takde la kes cerai berai semua...saling salah menyalahkan pasangan..salahkan jodoh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup di akhir akhir zaman ni, gitu la..Kita kena lebihkan usaha..InsyAllah

      Delete
  14. good entri...a must share this with my husband too.to remind diri sendiri jua about memberi n menerima dalam membentuk hubungan husband n wife...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya rasa sesuai boleh ler share ngan hubby tu..

      Delete
  15. Assalam, good sharing, saya kagum dengan kasih-sayang saudara Abil terhadap arwah Gee, moga bertemu kembali di Jannah, aminn..

    ReplyDelete
  16. salam... semoga berjaya ya... talk pada 22hb ni...

    ReplyDelete
  17. Setuju sangat dengan pandangan en Abil. Pasangan kita tu adalah pilihan Allah untuk kita. Dialah yang terbaik untuk kita. Cemana kita nak suami kita jadi, isteri pun kena la jadi baik dulu. Suami akan otometik sanggup berkorban utk isteri.

    ReplyDelete
  18. erkk muke adik beradik same..eehh...good luck ye utk talk tu..
    erm sy pun hrp hub sy & suami bertambah erat dr ari ke ari...amin...

    ReplyDelete
  19. Setujuuuuuuu..!

    mesti la sayang lagi lalink ai ni :P

    ReplyDelete
  20. In Sya Allah abg abil..pkongsian yg baik n part sruh kawin cpt2 tu tgh usaha gak la ni tp blm ada jdoh kot @ jdoh msh bsmbunyi lg (gurau) hehehe, Al-Fatihah bt arwah kak gee..Aaamiin
    (eja)

    ReplyDelete
  21. tiap hari mohon pada Allah mintak dipertemukan jodoh anne... apapun Allah dah rancangkan yang terbaik utk anne kan.. aminnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan memilih sangat tau. InsyAllah nanti ada la yg sesuai tu..

      Delete
  22. salam kenal, singgah & follow sini

    ReplyDelete
  23. tapi tetap kasihan pada yang kurang bernasib baik dalam perkahwinan kan....

    ReplyDelete
  24. Salam en.abil... ada email tak, nk tnya pndpt....

    ReplyDelete
  25. Saling melengkapi antara satu sama lain..itu lah kuasa Cita selepas kawen kan DIM..
    hamboii...cik ingatkan sape dah DIM hug..hug..rupanye adik dim..pestaim tengok ne...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik beradik la DIM hug..ada rezeki dim hug hug lagi yg bergelar Isteri.

      Delete
  26. Uik macam jeles sikit ahaha sekali tengok adik ahahaaa XD Boleh ke jeles2 neh? HUhuhu...x sempat l nak minta autograph face 2 face neh.. bulan may baru dapat pi negeri seberang...T.T....

    ReplyDelete
  27. salam abg abil..

    terima kasih atas perkongsian..
    betul tu..allah dah tetapkan siapa jodoh kita kan..
    samada kita yg akan mengubah pasangan ,atau pasangan kita yg akan mengubah kita..

    ReplyDelete
  28. Yang kanan tu lain sikit muka dia dengan awak DIM...sure ikut ayah tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idungnya kurang mancung sikit..hehehe. Ni klau dia baca komen saya ni, merajuk dia!

      Delete
  29. Jazaakillahu khairan wabarakallahu fikum..sgt bererti buat sy akan perkongsian ini en Abil... segala puji hanya kepadaMU ya Rabb...
    "Bentuk lah pasangan kita mengikut kehendak hati yg baik. Sabar dalam proses pembentukkan hadiah kita, Sebab dalam kesabaran terselit sejuta keseronokkan yg hanya dapat di rasai..." subhanallah..semoga tika sy dpertemukn jodoh nanti sy dpt laksanakannya dgn penuh sabar dan berkhemah...

    ReplyDelete
  30. Setuju sgt bhw pasangan jodoh kita itu anugerah drpd Allah. Moga saudara bertemu insan kesayangan di jannah

    ReplyDelete
  31. Alangkh baiknya jika sy bertemu blog ini sblm insan kesyngan sy dipanggil pulang oleh Sang Pencipta.....

    ReplyDelete

Followers