Assalamualaikum My U Guys semua....
Juga sekarang ni I dah tak dapat nak mandikan u seperti biasa. Tak dapat kita nak mandi bersama lagi. Luka di bahagian punggung u tu kali ini nampaknya tidak ada perubahan untuk sembuh sepenuhnya walaupun I mengunakan ubat ubatan yg terbaik. Sedangkan minyak Habautus Sauda yg di gunakan pun tak dapat mengeringkan luka tu lagi..Hanya yg dapat I usahakan buat masa kini, mengawalnya sebaik mungkin...Dan semalam luka u tu sudah sampai ke tulang!!...Hampir 2 tahun I betul betul menjaga u agar tak dapat luka/bedsore ni..tapi akhirnya luka juga..!! Kata pegawai perubatan yg datang ke rumah,.. "Memandangkan keadaan fizikal Gee, n antibodi yg makin lemah dan tulang punggung Gee yg hampir ke kulitnya , membuatkan sukar untuk luka ni sembuh. Tetapi apa yg en. Abil lakukan dan cara menjaganya, InsyAllah boleh mengawal dari menjadi lebih teruk lagi dalam tempoh terdekat." Kata pegawai tu...
Dear, I am so sorry again. Bukan I tak take care, tapi u dah ada bedsore juga,,I akan menjaga luka u ni sebaik mungkin yea..Untuk bedsore u ni, setiap hari I bersihkan, setiap hari I salinkan pada ubat yg baru, then I akan tutup mengunakan pelekat kalis air, pelekat DuoDerm namanya..Memang khas untuk Bedsore sahaja..Bukan itu sahaja, Bedsheet u pun sekarang ni I gunakan 2 helai biar u rasa much much selesa dan much much empuk..So bila bedsore u terhimpit pun u tak terasa sangat, Mungkin rasa selesa sebegitu yg membuatkan u tido lebih tenang dan mungkin u tak terasa sakit sangat pada luka tu...Hope I am doing the right thing!!..About mandi u pula, U jangan risau Dear, Ingat tak sebelum ni I ada kaedah mandikan u atas katil dan katil u tak basah..So sekarang ni seminggu sekali sahaja I akan mandikan sebegitu dan pada hari2 yg lain I akan lap u sebersih bersihnya...Tak boleh mandi selalu coz u dah terlalu kurus, takut nanti u rasa terlalu sejuk, then luka u pun tak boleh kena air...Semoga usaha I ni sentiasa di bantu Allah..
U guys, tu la keadaan Gee today..I tau U guys pun dah tak terkata apa lagi dah kan..Cm tu la kalau kita dah sakit terlantar..Usaha dan doa saja yg mampu kita lakukan selebihnya tawakal pada Tuhan..Ada masanya I nak update pun I tak tau bagaimana lagi I nak terangkan berkaitan Gee ni..Kita yg masih sehat ni pulak, jaga la kesihatan diri masing2, jaga elok2..sekiranya sakit juga, memang bahagian kita la namanya.....U guys take good take, ok...I love my wife and I love u guys too....