Tuesday, 31 December 2013

2014..

Assalammualaikum U guys..
Assalammualika Ya Isteri kesayangan saya..


Sebelum u guys semua ni buzy malam kang dan dok sibuk cuti esok..I ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2014 pada semua pembaca blog dan FB Isteri I tu.. 2013 meninggalkan kita dengan seribu kenangan pahit dan manis. 2013 menjadikan kita lebih dewasa dan matang. Maka bermohon la pada yg ESA agar 2014, ALLAH senantiasa meletakkan diri kita semua, pada yg hidup atau pun yg telah "pergi",, meletakkan kita di dalam Pangkuan Kasih Sayang NYA...amin amin amin..

Pada saya, 9.55 pagi, 2 april 2013 adalah tarikh yg takkan luput dari ingatan, Tarikh saya kehilangan "permata hati" saya Namun gitu kenangan itu akan tetap hidup di hati ini. Kenangan ini juga akan menjadikan bekalan untuk terus maju ke hadapan sehingga "pertemuan" saya n Gee nanti InsyALLAH..

Sekali pada u guys, yg tetap juga menjadi "part of me"...HAPPY NEW YEAR 2014...InsyALLAH.


Monday, 30 December 2013

Sayang lagi tak!!??

Assalamualaikum U guyss..

U guys, so sorry ler lama tak update, sebabnya I dok sibuk sikit a week ago settlekan few things di Trengganu (Keluarga arwah Gee tu)..dan tengah arrange jadual January 2014 (Happy New Year!!) berkaitan Roadshow jualan buku I n Gee ni. InsyAllah bermula dari Utara ke Selatan then ke Pantai Timur. InsyAllah.

By the way jualan online masih berjalan dan berjalan lancar!! U guys pun boleh wsaap I untuk pembelian buku Warkah Buat Isteri I tu yea...Pas ni I akan update lagi, sharing maring! hahahahaha

oooo lupa, satu lagi,, U guys masih sayang tak kat DIM ni lagi!!?? hahahah hehehe hohohoho..

Umang aii!! Han..sem giler DIM ni!! hahahahaha...

Saturday, 21 December 2013

Untuk u Dear..


Assalamualaikum U guys.





Setelah dapat menyiapkan buku Warkah Buat Isteri, teruja I pula menyiapkan clip "Kenangan" ni pulak. Untuk info u guys, buku tu di hasilkan kerana Gee adalah Isteri saya.."Untuk u dear."..

Monday, 16 December 2013

Rindu arwah Menantunya

Assalammualaikum U guyss..
Assalammualaika Ya Fauziah Muhamad.

Today dapat sikit berehat2 di rumah bersama my whole family..Dalam diam, kita semua terperasan yang Mak I tu menitiskan airmata sambil membaca Warkah arwah Gee...Mak masih rindukan Menantunya tu..

Memang arwah Gee ni menantu kesayangan Mak I. Manjanya arwah dengan my mom ni sampaikan I sendiri pun tak boleh nak marah2kan Gee dulu. Kalau Mak I tahu I marahkan Gee, confirm I kena tegur ngan my mom tu.!! Mak akan membebellll jea bila tegur I masa tu..Pas tu Gee pulak akan senyum2 n tunjukkan ibu jarinya sambil goyangkan jari tu pada I n say "Very good, very good!!"..Pandai  Gee ngadu kat Mak Mertua dia ni. Dia 2 org tu memang "geng"...Nanti update akan datang I akan citer cmana Gee ambil hati my mom tu.



Mak I jarang baca blog atau FB, memandangkan buku Gee ada depan dia, so Mak pun mula la membaca dan baru mak tahu cmana I selalu melepaskan Rindu I pada arwah Gee melalui blog n FB..Yang jelas Mak masih rindukan Menantunya itu yg bernama Fauziah bt. Muhamad...

Friday, 13 December 2013

Botak tapi Hen..semm...

Assalammualaikum U guys...
Dearr, Assalammualaika Ya kesayangan saya..Fauziah bt Siti Esah..

Dah naik lenguh tangan dok 'otograf' buku dah ni..Tuu..kepala dah nak jadi padang jarak padang terkukur!!! NAMUN gitu...DIM tetap HEN...SEMM...hahaha hehehe hohoho..

Buku Buku Lelong lelong!!

Tuesday, 10 December 2013

"Dear, buku kita Dear"..

Assalammualaikum U guys..
Assalammualaika Ya Fauziah Isteri saya..."Dear, buku dah siap.."

Akhirnya buku Warkah Buat Isteri telah siap sepenuhnya dan U guys boleh la order dulu melalui "Online" di sini. ( klik pada website yg di sediakan di sebelah kanan tu ). Jumaat ni baru la bermulanya operasi mengedar. Buat permulaan, semua pembelian adalah melalui "online" yg di sediakan, sebelum Buku ni ke kedai2 buku. 

Dengan rendah hati juga, I bermohon sekiranya dapat la u guys membantu I mempromosikan/share akan penerbitan buku Warkah Buat Isteri ini samada di FB or blog u guys yea..I dan juga bagi pihak Gee,,kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala sokongan yg u guys berikan pada kami ini. Terima Kasih...terima kasih...

 Dear,,Hope u like it..

Monday, 9 December 2013

Nobody can love you like I do..

Assalammualikum U guys..

Assalammualaika Ya Fauziah bt Siti Esah. Moga awak sentiasa berada di bawah jagaan Cinta dan Kasih Sayang ALLAH..Sekiranya ada keizinan dari ALLAH, awak juga doakan lah suami awak ni pun senantiasa di ampuni dan di RahmatiNYA sehingga saya "bertemu" awak nanti yea Dear..
Dulu, I selalu bergurau berlagak dgn arwah Gee..I kata pada Gee "Dear, awak tau,,Nobody can love a women like I do tau!!"..dan Gee pun jawab bergurau, cm ni bumyinya.."Arrgghhhh, argghh Tuiii!!!".. hahahaha kurang asam punya bini!..But dalam masa yg sama selaluuu I kata pada arwah ni, "One thing for sure Dear, Nobody can love you like I do, betull!." Bila I cakap gitu ngan Gee, menjeling malu dan senyumm jea dia..."Saya katakan gitu, kerana Awak Isteri Saya tau.." emmm bertambah malu la Gee bila I berjiwang2 gitu ngan dia....Rasanya sekarang I dah buktikan pada u Dear bahawa benar la kata kata I dulu pada u..NOBODY CAN LOVE YOU LIKE I DO..! Saya berharap, dari "sana" awak akan selalu tersenyum sekiranya awak teringatkan saya yg masih di sini..

Tu dia ungkapan yg sering I ucapkan  pada Isteri I tu dulu dan I benar2 maksudkan. Pada para suami di luarsana, I sgt galakkan U guys pun selalu2 la ucapkan ayat di atas tu kat isteri2 u guys. Tak kira la pada bila bila waktu. Just ucapkan saja. Tengah sibuk bekerja pun, ambil fon tu call isteri sekejap dan cakap padanya that nobody can love her like u do. Nak tahu kesannya? Tunggu bila isteri tu bersua muka ngan u guys..Yg para isteri ni pulak jangan la dok fikir yg bukan2 bila suami tu luahkan kata2 romen...tik tu pada u all. Kadang2 tu yg si suami malas nak berjiwang2 ngan u all. Isteri mesti berasa bangga mendengar gitu dari suami. Bila bersua atau selesai saja suami kata gitu, u all (isteri) cium pipi dan tangan suami tu tanda "thank you" tau!!..I suka bila u guys semua dapat memahami dan merasai the PURE LOVE among u guys..InsyALLAH u guys akan faham nanti apa yg cuba I katakan di sini about that Pure Love..InsyALLAH..

By the way, buku Warkat Buat Isteri I ni dah siap, esok akan I updatekan...Dan nak u guys tahu, I membuku blog ini dan menerbitkan Warkah buat Isteri ni adalah semata mata kerana,, Gee Isteri I...


Friday, 6 December 2013

Apa pendapat U guys.??

Assalammualaikum U guys dan Salam Jumaat.
Assalammualaika Fauziah bt Siti Esah.


"Abg Abil tak teringin ke mencari penganti, nanti dia boleh jaga makan minum abg dan jadi teman abg."."En Abil elok la kawen, nanti ada zuriatnya.". "Saya nak pinang Abil boleh kee.."..Pertanyaan yg semakin galak I dapat dari u guys sekarang ni. ( nanti I ngadu ngan Gee!! )...Bak kata I sebelum ni, InsyAllah akan I fikirkan tahun depan, let me finish few things dulu ni.

"Kan patah tumbuh hilang berganti abg Abil." katanya..I jawab " Awak ingat bini saya tu pokok!". hahahhaha (Jawapan bergurau). Bukan bermaksud I tak mau menerima penganti Gee, tetapi belum terfikir lagi buat masa ni. Jangan risau u guys, tahun depan I akan fikirkan, I will..Dan kalau nak cari pun I akan pilih di kalangan u guys jea hehehehe..sebab cara tak langsungnya, u guys dah kenal I kat sini dan u guys pun kenal arwah Gee...Persoalan yang timbul nanti, boleh ke penganti tu "Bermadu" dgn arwah Gee I tu?? One thing for sure, Gee akan tetap di hati I for the rest of the time.!! amacam boleh!?

Bukan setakat u guys jea yg bertanya, mak mertua I tu pun dah bersuara suruh kawen lagi!!" Abil cari la ganti Kak Yah (panggilan keluarga mertua untuk arwah Gee), sporting Mertua I tu!.. ikhwan2 pondok I tu pun dah mula bertanya..kalangan family I pun ada yg bertanya..I jawab "Nanti nak tanya Gee dulu, klau Gee ok, Abil kawen la.!" hahahaha hehehehe hohoho...Tunggu la, next year Abil fikirkan yea..Next year baru I intai intaikan kalau2 ada yg sesuai, ok..Borang pemilihan calon akan di buka, so boleh la u guys mula isi borang.! hahahahahaha..cm pilihanraya la pulak. Kita tgk la nanti who can Break The Spell

Tersenyum I bila selalu org bertanyakan hal gini. Nak kata yea pun tak, nak kata tidak pun tak..Apa pendapat U guys? dan u guys rasa ciri ciri penganti Gee cmana yang I perlukan?? aaa nak dengar pulak pendapat U guys semua..Sila beri pendapat...Terima Kasih..



Cuba U guys tgk..tu rambut pun dah takde!! cmana nak kawen lagi,? DIM konon!!..



Thursday, 5 December 2013

Still in me..

Assalamualaikum U guys...Assalamualaika Isteri kerinduan sayaa..

Pelukkan dalam kenangan..Dear, walaupun awak sudah tiada di sisi saya, namun awak tetap hidup dalam hati suami awak ni..bersama semangat yang awak hadiahkan pada saya..Thank you Dear...

 Ni la dia pasangan yang paling romen...tik sepanjang zaman moden ni..!
kau ada!?? hahahahahaha



Jangan Mengeluh.!

Assalammualaikum U guys...DIM kembali bersiaran..

Pic bawah ni..lunch ayam kg kat cheras tu.. I sorang makan 6 ketul ayam, 2 pinggang nasi n satu pinggan ulam!! hahahaha hehehehehe hohohohoho..


Pertamanya, ingin I mohon maaf pada yg dok komen / mohon pandangan di inbox FB Dana Sinar Fauziah atau wsaap I coz adakalanya lewat I balas..cmana pun I akan tetap balas..Maafkan I yea sayang sayang semua..TETAPI sekiranya ada pandangan yg I minta u guys call I tu, u guys call jea ler sebab I malas nak taip panjang2, explain melalui fon lebih mudah, cepat dan lebih faham..ok..

Sooo...apa nak citer today..emm. Minggu ni I tiada apa2 sessi motivasion hanya focus pada Buku I yg hampir habis printing. Agak lewat dari jadual sepatutnya. InsyAllah bulan dah boleh di pasarkan melalui "on line" dulu. I akan updatekan minggu depan, n really hope buku Warkah buat Isteri I ni ada sambutannya..Seperti yg I katakan sebelum ni, Membukukan blog ni atas dasar Penghormatan dan tanda kasih I pada arwah Gee. Kerana Gee isteri saya..Bak kata orang, bukti n tanda CINTA ler..hehehehe jiwang la pulak bunyi nya.! I kehilangan Gee namun Gee selalu hidup dalam diri I ni. Semangat yang Gee tinggalkan pada suaminya ni, bagaikan satu hadiah. Semangat ni membuatkan I lebih rasa yakin meneruskan hidup tanpa Gee. Semangat yg kuat untuk menampal rasa kehilangannya atau rasa sedih. Dan dengan semangat yg di tinggalkan Gee untuk I ni juga ( atas izin ALLAH ) dapat I menceburi sepenuhnya dalam bidang I sekarg..Semangat Gee ni buatkan I rasa gembira dan lapang hati selalu. Syukur I pada ALLAH, Nabi s.a.w. dan my Dear, Gee...of course tqq pada my family dan U guys too..

Pada yang senasib I dulu ni atau ujian yg lain, nasihat I, tempoh Ujian Tuhan tu, cuba lalui dengan sebaik mungkin. Cuba tingkatkan kesabaran..JANGAN mengeluh!! Ujian tu akan membuatkan u guys jadi kuat, fizikal dan mental. Hati tu akan jadi lapang..Banyakkan berdoa dan berdoa dan bedoa. Quran jangan tinggal.Cuba sedaya upaya untuk lulus UjianNYA dengan keputusan cermelang. Nanti pasti TUHAN bagi hadiah istimewa kemudian hari..Yakin lah.!

Apabila kita di timpa kepayahan atau masalah, perkara yang pertama dan yg paling penting,,JANGAN MENGELUH.!! Cuba kita gantikan perkataan 'masalah' tu pada.."Oh, ini satu kerja penting yg perlu saya selesaikan dulu." Fikirkan jalan terbaik, dalam masa yg sama..(ini amalan I sebelum ni untuk hadapi perkara yg sulit).Dalam usaha menyelesaikan "masalah" cuba kita amalkan zikir ni, AL MATIN, salah satu nama ALLAH, yang Maha Teguh maksudnya. Amalkan lepas magrib, lepas subuh dan lepas Asar. Baca la seberapa banyak selagi hati tu rasa senang bila membaca namaNYA ni. Masa baca tu gambarkan "masalah" tu selesai dengan mudah..Cuba la. InsyALLAH. Apa saja masalah, InsyALLAH. Problem kewangan ke, keta nak kena tarik ke, org nak bergaduh ngan kita ke, suami/isteri yg degil ke..pasangan buat "Hal"ke.!! ( part ni ramai yg rajin amal.!!) macam2 boleh la..Asalkan kita rajin amalkan Asma ul Husna (99 nama ALLAH).Dan YAKIN!!..InsyAllah cepat nanti kita nampak jalan mudah dan terbaik untuk selesaikannya.

Jadi, tu la update dari Duda niii for today. Sampai bertemu lagi..I love u guys..and of course I love my late Wife too!! hahahaha hehehehe dannnn hohohohohohoho..

Tuesday, 3 December 2013

Luahkan...

Assalammualaikum U guys..
Assalammualaika Ya Fauziah, isteri kesayangan saya..


Sekali lagi lewat I update blog ni, biasa ler, agak sibuk sikit. Nak bercuti pun tak tau bila agaknya I ni. Keluarga I semua dah g bercuti sekarang ni so tinggal la I sorang2 kat sini, sepatutnya join sekali tetapi di sebabkan kerja yg belum selesai kena la I tangguhkan...aduhhhh..

Kalau u guys tengok blog ni tak update, u guys boleh ke FB 'dana sinar fauziah'. Sana pun adakalanya I update tapi I tak link kan kat blog ni. Kira update gak tu..Last week I di Penang membantu ex group I jalankan 'workshop' Preparing for retirement programme selama 3 hari untuk staff Petronas. Peserta ni datangnya dari seluruh pelusuk negeri dan bersama pasangan masing2..Ada 9 modul berkaitan simpanan, pelaburan, insurance, hibah, wasiat dan farait...juga kerohanian. Dalam sama yg sama gak I selitkan isu perhubungan suami isteri lepas bersara nanti..part ni memang keluar airmata dia org, samada sedih atau pun geli hati..jadi meriah kelas!!

Amacam, Hen..sem??

Nak sentuh sikit (ulangkaji bersama) pasal suami isteri ni. Bak kata I sebelum sebelum ni. Eratkan perhubungan tu, mesrakan perjalanan hubungan tu, manja manjakan bersama pasangan kita ni. Jangan simpan apa2 dalam hati, luahkan pada pasangan kita tu. Suami kita kan, isteri kita kan, apa nak malu dan tak perlu simpan apa2..luahkan! (kalau perkara yg boleh mendatangkan kemudaratan, boleh la kita diamkan.)..Ini selalu I dengar, terutamanya dari para isteri kita, lebih suka memendam rasa!.. arghhhh tuiii!!! Memendam rasa konon!! ( Nak buat apa simpan? nak buat sambal tumis!!?).Jadi suami tu apa gunanya..?? Luahkan pada suami tu apa yg u guys rasa kurang senang atau ada masalah. Jangan la kau simpan dalam hati tu, tak selesai la masalah atau kekurangan tu. aduhhhh..Memang la betul ada segelintir suami bila u all sedang luahkan perasaan, suami pulak cm takde perasaan nak mendengar. Ego suami cm tu la gayanya. TETAPI suami tu sebenarnya mendengar n mengambil berat perkara yg isterinya sampaikan, percaya la.( I lelaki, I tau la.) Dalam diam suami akan mencuba menyelesaikan. Hanya luahkan sahaja pada suami atau suami juga luahkan pada isteri. Tak mau simpan simpan lagi lepas ni, tau!!

Nak cerita kesan memendam rasa ni, tak perlu kut. U guys masing2 dah besar, akal dah matang dah. Dan u guys tau kan, memedam rasa ni tak elok, jadi kenapa buat?!! Yang si suami ni pulak..dengar ni. Pompuan (Isteri kita la! bukan yg simpanan!!)..Isteri bila dia bercakap ngan kita, dia org suka sekiranya suami bukan setakat mendengar dengan muka yg serius aje, dia org suka sgt bila mata si suami tu memandang mata isteri.(kalau bawa keta pandang depan!) Dan sedang dalam luahan isteri tu, bertanya padanya hal tersebut. Nampakkan kita memang benar2 nak mendengar. Isteri yg punya suami "A good listener" dia takkan memendam rasa atau perkara yg di sorokkan dari suami!..Suami, jadi la "suami yg mendengar". Itu juga adalah salah satu tanggungjawab kita buat isteri. Listen listen listen..!! Sebenarnya juga, isteri2 kita ni bukan la nak membebankan kita untuk menyelesaikan masalahnya tu, isteri ni hanya ingin meluahkan rasa hati, itu jea. Sedangkan dia org sendiri mampu selesaikan apa yg terpendam. BUT they just WANT U TO LISTEN. That all. Seperti biasa, habis jea isteri tu membebel,,peluk la dia..kan senang tu. Tersentuh hati isteri, lapang hati isteri tu kann..Jadi kukuh la benteng perhubungan kita tuu..emmm.

Pada yg nak kawen tu, pilih la pasangan yg punya ciri "Mendengar". Jangan pilih atas dasar cinta semata mata tau! Tengok kan solat dia, mengaji dia, hukum fekah dia, juga matang fikirannya..ada asas yg sebegitu, baru la ajak kawen..Ni nasihat jea dari I,,bukan I nak mengajar..nasihattt...

eh, ok la..nak mengemas rumah sekejap then nak ke kubur Isteri kesayangan I tu..( Oh my darling, I'm coming Dear..hehehehehe..) Petang nanti ke KL semula. Dan ada lagi nak update nanti..see u guys later then..bye bye..


Followers