Saturday, 28 June 2014

Salam RAMADHAN..

Assalammualikum U guys..
Assalammualika Ya Fauziah, isteri kesayangan saya..


Salam Ramadhan yg Mulia. Ramadhan yg senantiasa di nanti dan di rindui oleh semua. Ramadhan yg senantiasa juga membuatkan kita semua menitiskan airmata tiap malam pabila mengenangkan Mutu Kehidupan kita semua terhadap ALLAH s.w.t dan juga rindunya pada RASULLULAH s.a.w.

Saya, Abil Fikri Ahmad, di sini memohon maaf andainya sepanjang perkenalan kita kita ni, ada kesilapan/kesalahan saya pada u guys yea. Maafkan saya yg daif ini, ampunkan la saya di atas salah n silap saya. Bermohon saya juga sekiranya dapat la U guys mendoakan kebaikkan untuk saya di dunia dan di akhirat yea...Tidak lupa jua, doakan la kebaikkan buat arwah Gee, Isteri kesayangan dan kerinduan hati saya itu yea.(Kerinduan terhadap Gee yg tidak dapat saya ungkapkan dgn kata kata.)

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa U guyssssss......Love U guys!!!

Kita masih "Bercinta" tau..syhhhhh Jangan ckp ngan org lain yea,,syhhhhh...





Wednesday, 11 June 2014

Sampai mana dah??

Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah...girl fren I.


Ni nak beritau/tegur sikit boleh?..Berkaitan bila kita mengaji Quran ni. Kebiasaannya kita time nak ngaji, kita akan letakkan AlQuran tu di atas rehal kan. Then kita pun duduk bersila nak mula mengaji. Peringatan di sini, apabila kita nak dekatkan Al Quran supaya dekat dengan kita,,JANGAN sesekali kita heret rehal tu!! Kita angkat rehal bersama Quran untuk dekatkan dengan kedudukan kita..

Ingat, Jangan heret rehal tu, angkat la sedikit. Jaga adab bila berdepan dengan Kalam ALLAH ni yea..faham sayanggg semua..??

Oooooo..awal tahun ni ada I ajak kita2 ni semua mengaji Quran n Khatamkan..ada tak?? So ni dah bulan 6 dah, dah sampai Surah mana U guys mengaji ni?? atau dah khatam? (Terutama rakan2 blogger I ni). Masa I tgk komen2 dulu, semuanya kira bersetuju nak ngaji sama kan kan...Oi!! I tanya ni..! sampai mana dah? 

Ooooo sekali lagi, terutamanya juga PA saya sorang tu, NorAida Muhammad (kuyacumi.blogspot)..sampai surah mana dah mengaji??


Eloo PA, sudah khatam Quran ka??

Ni semua baru jea khatam Quran kecuali I..hahaha
ooooo.ni geng Petronas
Ni pun sama, Geng Petronas yg dekat2 nak pencen.!
( I bagi Talk tajuk "Living Legacy" )



Monday, 9 June 2014

Cap Boleh Pakai.!!

Assalammualaikum U guyss.
Assalammualaiki Ya Fauziah..Dear, miss you.


"Bertaubat, bertaubat dan bertaubat.." "Itu la usaha wajib bagi kita, berusaha memohon jauhkan dari balasan yg sepatutnya kita tahu dah. Berusaha tanpa henti, sentiasa bertaubat moga Tuhan ampunkan, Tuhan tak murka dan semoga Rahmat ALLAH tak putus untuk kita atas kesalahan, kesilapan dan ketelanjuran kita." Gitu la jawapan dari soalan beberapa org dan juga peringatan buat I ni.

"En Abil,..saya dulu terlanjur sebelum berkahwin" "Abg Abil saya dah kawen tapi dulu saya terlanjur ngan org lain.!" "DIM, minta pandangan sikit, saya ni bla bla bla bla....." pun sama gak isi ceritanya. TERLANJUR!! .. Agak sensitif subjek kali ni. I minta u guys jgn la marah atau rasa I ni nak mengata. Sama sekali tidak. I just nak berikan pendapat peribadi I sahaja. Kita semua ni tak lepas dari dosa n kelalaian. Sekiranya ada silapnya pandangan/perkataan I, mohon sejuta kemaafan yea.

Bagi mereka2 yg dah berbuat DOSA sedemikian, ubatnya adalah TAUBAT yang harus di buat sentiasa. Dan di kemudian hari di dunia ini, pada waktu yg sesuai, sekira turunnya balasan maka bersabar lah dan lalui lah ia dengan keinsafan.Kerana balasan tu untuk kita fahami bahawa ALLAH itu Maha Adil. InsyALLAH balasan kat dunia ni juga mungkin untuk kita terlepas dari balasan "disana", balasan yg kekal!! ALLAH HU AKHBAR.!!

Bagi mereka yg berbuat cm tu sebelum berkahwin, dan kemudian kahwin pulak ngan org lain, tak perlu la kita menceritakan kesilapan kita tu sebab ianya boleh mendatangkan kemudaratan. (Dalam hukum pun gitu kaedahnya). Bagi yang sedia menerima kesilapan pasangan kita gitu, terima lah dia dengan redha dan ikhlas. Kemudian bentuk la pasangan kita tu pada arah yg sebaiknya, Ajarkan dia cara2 bermohon ampun dari Tuhan. Jangan lah kita menjadikan kesilapan dia sebagai 'senjata' untuk merendah2kan/menghina si dia/pasangan kita tu. Sekiranya kita dah terima maka terima lah sepenuh ikhlas yeaa..

Ini kadang2 I terima/dengar, mula2 tu terima pasangan kita gitu, tapi bila dah lama kita ungkit2 kisah silap dia. Kita tanya dan tanya kisah2 kesilapannya..TAK BOLEH bertanyakan hal sebegitu, dan pasangan kita tidak wajib menjawab soalan gitu. Mengapa setelah sekian lama tiba2 nak bertanya gitu, nak cari pasal tiba2 gitu.? Adakah anda sedang mencari alasan bagi menutup salah yg sedang anda lakukan sekarang ke?? Adakan anda mencari sebab untuk berbuat salah di belakang pasangan anda?? Atau anda rasa anda tak pernah buat dosa walaupun bukan dosa yg sama?? Mungkin dosa yg anda buat tu lebih besar dosanya dari pasangan anda tu tadi.!! Benda dah berlaku, jauhkan! lupakan! Focus, focus pada arah kebaikkan berdua.! Tu caranya yg betul, tu caranya yg ALLAh ajar. Mengungkit silap org, membangkitkan malu org, siapa yg ajar tu? Rasa betul gitu, rasa puas hati menyakiti hati org yg bertaubat dengan silapnya dahulu!!??. Al Quran ajar cara baik, kita pulak pandai pandai ikut cara kita!! Bahalol ke apa!! Jangan gituuu, bimbing la dia. Bentuk la dia pada kehendak hati kita yg baik. Berikan dia kekuatan. Sama sama mengaji Quran tiap hari, InsyALLAH, Tuhan akan lontarkan "the pure love" untuk both of you. Usaha tiap hari mengukuhkan perhubungan ceria both of u. InsyALLAH.

Untuk yg berbuat dosa gitu dulu, nampak tak kesannya suatu hari nanti. (seperti berlakunya di atas). Jangan mengeluh, tu la dia balasan yg ringan. Balasan yg perlu dihadapi (SEKIRAnya berlaku), sabar, cari penyelesaian yg baik. Dah buat silap, pasti la ada balasnya, (sapa suruh buat salah.!) Sebab tu la mula2 tadi I kata "Bertaubat, bertaubat dan bertaubat." InsyALLAH Tuhan bantu nanti sekiranya turunnya balasanNYA. 

Ingat!! jangan kita letakkan diri kita di mata org bahawa kita kita murahan, boleh "pakai" kalau nak "pakai". Lepas "pakai" boleh buang tepi longkang!! Jangan sampai bila kita jumpa org, org pun gelak gelakkan kita. "Alaa, dia ni ok jea kalau bawak sana sini, ok jea kalau nak main!." Nak ke org tengok dan nilai kita gitu?? Suka ke?? Itu ke nilai yg kita nak letak atas kepala kita ni?? Itukah "Brand" kita?? Brand  Boleh Pakai cap ayam.!! Nak gitu?!

So, jangan la kita berbuat gitu. Mana yg sedang hidup gitu, BERHENTI.!! Ingat kata I ni..BalasanNYA akan kita terima pada waktu kita masih lalai dan di waktu yg sesuai..!! Jangan cabar balasanNYA. Dan rajin rajin lah solat Taubat dari masa ke semasa...InsyALLAH. Allah tu Maha Pengampun. Mintak ampun, Tuhan akan ampunkan kita, InsyALLAH.

I juga mohon maaf pada u guys semua sekiranya ada terkasar bahasa atau terkasar pandangan I. Maafkan I. Hanya sekadar menegur dan juga teguran buat diri I yg daif ini. Walau apa pun sayangi lah diri kita dan pasangan masing masing. Sehingga berjumpa lagi.....I LOVE U GUYSS....tapi I love GEE MORE!! hahahahahahahahahahahahaha hehehehe dan hohohoho.



Antara Penceramah paling Hen..sem. !! hahahahaha





Dimana saja, awak la cerita saya.

Assalammualaikum U guyss..
Assalammualaika Fauziah bt Siti Esah..Isteri kerinduan saya.


Setiap yang hidup pastinya merasai Mati.

Dan setiap yang hidup akan sentiasa merindui si mati. Gitu lah lumrah selagi kita masih di dunia ini.
Semoga ALLAH sentiasa merahmati pada mereka yang telah meninggalkan kita di sini..aminn.
elok jea tumbuhnya daun tu, dah hampir setinggi nisan Gee.

InsyAllah, akan sentiasa menceritakan perihal Gee di mana saja I berada..

Followers