Sunday, 30 November 2014

Maafkan la Isteri..


Assalamualaikum U guys.
Assalamualaiki Ya Fauziah, penyejuk hati saya..

Meh DIM nak citer sikit ni.. Saya ni kalau tak mengusik arwah Gee sampai merajuk maka bukan Abil Fikri nama saya.

Pernah 1 malam tu saya dok usikkkk Gee sampai dia merajuk dan marah pada saya, terus dia masuk bilik n kunci bilik. Bila dah agak lama tu saya pun nak masuk tido la dan ketuk la pintu. Gee buat bodohhh tak nak bukak pintu.!

"Dear, saya nak tido ni, bukak la pintu." .." awak jangan nak marah Suami awak ni, nanti Malaikat semua marah kat awak nanti. Takkan la saya nak tido luar, ciannn saya." pujuk saya kat Gee dulu.

Tiba tiba Gee bersuara "Awak tido la ngan Malaikat kat luar!!".. terus saya gelak terbahak2, terguling2 atas lantai keluar airmata geli hati mendengar kata2 Gee tu..

Mendengar saya gelak gitu, Gee pun keluar bilik n tanya ngan rasa pelik, "Kenapa awak gelak?!".. "Dear, Isteri kesayangan saya,,selama hidup saya tak pernah saya dengar kata2 gitu..kelakar giler!..Tido ngan Malaikat ehh!!?" hahahahaha sambung gelak. Gee pun gelak sama lepas tgk saya gitu..Last2 Kami berdua tido luar depan tv sama2..gelak sampai subuh!!


Setiap hari dalam doa saya merayu agar jangan ALLAH dan Malaikat marahkan Isteri saya sekiranya ada kesalahan Gee pada saya sebab saya sentiasa saja memaafkan dia. Dan sekiranya ada kelemahan Gee pada saya maka itu juga kekurangan diri saya sebagai Suami mendidiknya.

Para Suami sekelian, jgn la kita selalu ada perasaan marah, perasaan dendam atau tidak puas hati pada Isteri kita tu ( sekiranya Isteri ada kesalahan2 biasa), kerana kemarahan kita2 Suami ni di sertai ngan kemarahan Malaikat pada Isteri..ciannnn dia org,,

Sentiasa la memaafkan dia org ni (Isteri) coz kesalahan dia org adalah kekurangan kita sebagai Suami mendidknya..

( pic di bawah tu muka Gee merajuk dulu kena usik dek saya!)

- sapa yg dah baca entry ni, g cium pipi pasangan masing2..!!-


Tuesday, 25 November 2014

Ikhlas nya..


Assalamualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah, Isteri kesayangan saya..

Nak citer sikit pasal arwah Gee ni..My Dear wife ni ada masanya dlm diam diam dia bangun mlm, bangunnya tu saya sendiri tak perasan. Gee akan ke bilik sebelah tiap kali bangun malam. Setelah beberapa malam gitu perasan la saya, saya pun dok tinjau senyap2 nak tgk apa buatnya...rupa2nya Gee ni Solat..

Ikhlasnya Gee solat malam ni, dengan saya pun dia tak pernah cakap. Lebih kerap dia solat seminggu sebelum Gee jatuh sakit..
Kadang2 bila teringatkan IKHLASnya dia mengadap ALLAH malam2 gitu membuatkan menitis airmata saya.."Saya tak mampu seikhlas awak Dear." ucap saya pada Gee bila ziarah di kuburnya..

Memang benar sang Suami tugasnya membentuk para Isteri, namun ada masanya dlm diam2 Isteri pula akan memperbetulkan kekurangan Suami..So sentiasa la ucap TERIMA KASIH pada pasangan masing2..dengan org lain kita boleh ucap gitu, Takkkkan la dgn pasangan kita tak leh ucap tiap hari...cium pipinya bila ucap tu..kan kan kan..


 Tengok, tengok, tengok...Betapa LAWAnya Isteri I tu...!! emmmmm..

Monday, 24 November 2014

Romen..tik.

Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah bt. Muhamad.

"En. DIM, suami saya tak romentik lagi la ngan saya. Cmana tu??."
pertanyaan yg saya terima semasa sessi ceramah baru baru ni..

" Mana aku tau!" jawapan ringkas dari saya..hahahaha

Kita ni kalau nak tengok suami tu romentik kembali cm dolu dolu senang jea..Jaga perut dia, jaga layanan kita sebagai Isteri dan jangan la tunjuk sifat ngada ngada sangat pada Suami tu..

Bebelan jangan terlalu sgt dan tunjukkan yg kita ni nak belajar sesuatu dari Suami, lama kelamaan bangkit la semula sifat Romen..tik suami tu pada kita..InsyaALLAH.




Tuesday, 18 November 2014

Subuh kita.!!


Assalammualaikum U guys..again.
Assalammualaiki Ya Fauziah, pengarang jantung saya..

Nak citer sikit ni..Subuh tadi lepas beri salam tiba tiba hati saya menegur saya sendiri, " Apa salahnya g masjid/surau berjemaah subuh, kan lebih baik." suara hati ni berkata..aduhhhh terasa malu dan hina diri saya.

Betul gak kata hati, tak dapat selalu, seminggu 2,3 kali pun jadi la. Apa la kita ni kan..benda lain boleh kita berkejar kejar pagi2 buta, nak berjalan sampai London kita boleh g,, tang g jemaah subuh kat masjid/surau yg jaraknya sekangkang kera jea kita buat bodohhh ...(Bukan u guys la, saya nii).

Lepas ni jom U guys temankan saya g jemaah subuh ramai ramai, ajak kawan2/keluarga tu sekali..tak selalu dapat, 2,3 kali seminggu pun okkkkk......


Tuan Guru kesayangan saya ni..

Friday, 14 November 2014

Hati hati bila bercakap tu!!


Assalammualaikum U guys
Assalammualaiki Ya Fauziah..cinta hati hamba. Hujan2 ni rinduuu pulak kat awak.

"Alamak hujan! cmana nak balik ni."
"Aduhhh,, jam lagi la jalanraya ni kang, hujan hujan ni." (siap tepuk dahi lagi tu!)
"Habis basah la kain dan G string yg aku jemur pagi tadi kat umah!"...Dan macam contoh contoh dialog gitu yg kita sebut bila time hujan..

Lu orang rasa rasa la, dengan cakap2 gitu samada sengaja ke, takde niat ke, tak sengaja ke..atau kurang fekah ke (lagi teruk!),,Waktu MAKBUL DOA ketika hujan ni lu orang dapat tak!!??

Hati2 bila berbicara tentang hujan, HUJAN yg sentiasa membawa berkat sekiranya kita mencari keberkatan yg ada dlm hujan tu sendiri...INGAT!! ALLAH takkan menyusahkan kita.


DIM yg Hen..sem!! hahaha hehehe hohoho

Followers