Tuesday, 19 November 2013

DIM..stand for what?


Assalammualaikum U guys..Sehattt??

Layan pic dulu eh sebelum I buat sedikit sharing lepas ni ok sayang semua...

Seperti biasa ler, pic sessi Berbicara Bersama Abil Fikri Ahmad. Kali ini I di jemput ke Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya..sessi ni khas untuk staff Pejabat TPM jea. Sepatutnya sessi 2 jam sahaja, end up sampai ke petang..! 

 Ramai wanita yang hadir, yang kaum lelaki ada emergency duty di KLIA hari tu..Kerjasama yg di berikan dari staff  TPM ni very good. Puas hati beri Talk di sana..
 Rasa macam Menteri la pulak bila bagi Talk dalam bilik ni..Menteri DIM..!! hahahaha

Yang ni antara anak buah kesayangan I dan arwah Gee.. Gee dulu selalu manjakan dia ni. U guys tahu apa dia kata kat I.."Uncle Abil, nanti kalau ada girl fren, Sofia nak tengok dulu. Kalau ok, Sofia will give permission ganti aunty Gee."!!...I said.."okkkkk.". Payah la cm ni uncle nak dapat penganti, kena ada permission dari anak buah la pulak..!

Oh! by the way..ada beberapa orang yang baru mengikuti blog ni sms n tanya I, DIM tu stand for what?..Untuk info u all, DIM ni suatu penghargaan yang di berikan dari pembaca2 blog sebelum u all..Kata mereka, (Bukan kata I yea)..DIM tuu,, Duda Idaman Malaya..hahahaha hehehehehe hohohohoho..

Dearrrr, I dah jadi duda dah ni..Tolong Dearrr..( Dear, adalah pangilan I untuk arwah isteri kesayangan I tu )....Dearrrrr tolong....!! I miss uuuuuuuuu...........Sapa nak ganti tempat Gee?? pun kena dapat permission Gee dulu hahahahahahahahaha amacam boleh?!! hahahahahaha...esok I update lagi..

Monday, 11 November 2013

Al Fatihah..


Assalammualaikum U guys


AL FATIHAH.....Fauziah  binti  Muhamad
      

Wednesday, 6 November 2013

Azam baru kita..jom!. jom laaa...

Assalammualaikum U guys dan Selamat Tahun Baru...Alhamdulillah.

                                                Selamat Tahun Baru

Tahun baru, azam baru. Bagi yang belum selesaikan azamnya yg tahun lepas tu, sambung jea tahun ni sampai berjaya dan jom kita tambah 1 lagi azam sama sama., Mengaji selalu dan berazam khatam Quran setahun sekali sampai kita berhenti bernafas nanti!! amacam, boleh??..Jom la, kita kita ajea..cukup tahun kita tanya sesama kita dah khatam Quran ke belum....ok?? Seronok cm ni...

Nak sentuh sikit berkaitan Quran ni, sikit jea...Kita yang sukaaa dan minat membaca Al Quran ni kerana ALLAH semata mata, nanti bila kita di bangkitkan semula dari kubur masing2, kita akan di bangkitkan bersama senaskah Al Quran!!  (pendapat sesetengah Ulama)..Hebat rasa diri masa tu kan. Tuhan hadiahkan Quran bersama kita dalam perjalanan di Padang Masyar nanti..hebat hebat..Nabi s.a.w. tengok kita gitu, senyum bangga Nabi s.a.w. U guys rasa kalau gitu la keadaan kita, ada cann masuk syurga tak??!..I kalau dok citer pasal syurga ni memang teringatkan bidadari!!..Peghh, dengan cantiknya, dengan sexynya memakai 70 helai lapisan baju, tiap helai baju tu senipis kulit bawang la (gambarannya).. ooooo aii, tak tahan abg cm ni!! hahahaha....ehhh, tak lupa juga dengan arwah Gee masa tu..Sekiranya syurga Allah tempatkan Gee n I, maka Gee masa tu akan menjadi WALI pada semua bidadari..so Gee masa tu lagi sexy n cantik giler!!. Berkuasa Tongkat Ali I masa tu!!!!..haahahaha..INSYALLAH.

Yang org pompuan ni pulak, jangan cemburu sangat masa ni. Di syurga nanti U all pun boleh minta bidadara kalau nak, TUHAN bagi!..Semua Tuhan bagi, minta jea. Takde hukum lagi di Syurga tu nanti, semua boleh. Nak minum bir, boleh! nak buat parti liar, boleh! nak makan benda yg haram masa di dunia ni, boleh! apa saja u guys nak buat di Syurga, ALLAH kata.. oookkkk..(contoh bahasa)..U guys nak tahu, pada tiap hari di suatu waktu yg di tentukan, kita semua akan masuk ke satu dewan ni,( OOII Cantik dewan tu ) di sana Allah pulak hiburkan kita. ALLAH sendiri akan membaca KalamNYA..Al Quran. Kita pulak dengar suara ALLAH..!! ALLAH HU AKHBAR! Selama ni kita dok baca selalu Quran, suara tu jangan cakap la, yg sedap, sedap la..yang sumbang mambang ni cm I..aduhhhh...tapi yg penting bukan suara,,IKHLAS kita. Ikhlas kerana ALLAH. Tu la sedikit cerita syurga, nak cerita lebih2 panjang pulak entry ni jadinya kang..

Yang cerita orang2 yg kat sebelah kiri (NERAKA) ni pulak..Allah Hu Akhbar...takut rasa!!Ahli Neraka ni, belum masuk lagi, baru tengok jea pintu Neraka tu, semua akan berkata" Kalau cm ni la, aku tak lahir di sunia dulu pun tak pe!"..mengigil. Bila pintu pintu Neraka di buka maka nampak la Malaikat Malek!! (oooooooiii jangan minta jumpa dia!!!)...Nampak jea dia, ahli Neraka punya la takut sehinggakan dia org gigit dan kunyah daging org sebelah dia! Boleh u guys bayangkan ketakutan tu?..Allah. Allah...Moga Allah mengampuni kita semua..

Tengok, cerita pasal azam baru sampai syurga neraka I melalut..Jadi jom la kita tambah 1 lagi azam tahun baru ni, MENGAJI QURAN tiap hari dan KHATAM setahun sekali sampai la nafas kita berhentiii..Boleh gitu??..Sesama kita yang membaca blog ni dan pada semua bloggers, jom kita mengaji Quran tiap2 hari..InsyAllah.




Followers