Friday, 28 March 2014

Al Wadud.

Assalammualaikum U guys u guys..
Assalammualaikka Ya Fauziah, Isteri kerinduan saya.

Moga Jumaat ini kita diampuni dan di sayangi ALLAH selalu. aminn.

Pesanan : Kang balik kerja nanti u guys u guys di sini g peluk pasangan masing2. Peluk mak ayah, peluk adik beradik..Takde siapa nak di peluk, peluk la diri sendiri depan cermin tu!! Dan bisikkan "Al Wadud" 3 kali di telinga org yg di peluk..InsyALLAH.


Peringatan : Amalan amalan yg  di sertakan dengan kaedah,pastikan ianya tidak melampaui batas batas syariat Islam. Jaga la maruah agama. Jangan sehingga kaedah2 amalan ini di pandang khurafat atau menghina amalan Islam!! InsyAllah.


Thursday, 27 March 2014

Kami bersama anda

Assalammualikum U guys..

Perkhabaran MH370 benar2 membuatkan kita semua bersedih apatah lagi bagi ahli keluarga yg terlibat. Namun percaya lah, kita semua di sini berada di belakang anda (keluarga yg terlibat). Kita turut berkongsi kesedihan ini. 

Kita semua di sini tetap meneruskan doa n hajat pada ALLAH semoga memberikan yg terbaik buat anda khasnya dan bagi kami juga.

Bersabar lah dan Redha..InsyALLAH.

Monday, 24 March 2014

Pengantin Baru.

Assalammualikum U guys.
Assalammualika Ya Fauziah bt Siti Esah..


Dari semalam I berada di Penang, menghadiri kenduri kawen sedara kat Tasek Gelugor. Asalkan cuti sekolah, mula la orang kawen. Kawen, Jangan  tak kawen!

Nasihat dan pandangan I buat pengantin2 baru..solat jemaah subuh suami isteri ni rajin2kan. InsyAllah lebih cepat rezeki pangantin ni singgah. Selesai solat suruh isteri tu rapat sikit ngan suami, berdoa sama sama tu biar rapat sikit. Dan kalau ada perkara nak beritau isteri, nak tegur isteri itu la Antara masa yg sesuai, sebelum selesai/bangun dari sejadah. InsyAllah.

Isteri pula, jaga adab adab "Taat" pada suami tu, tau! Jadi la Isteri penghibur hati Suami. 
Suami Isteri yg baru ni juga hayati la peribahasa "Sedangkan lidah lagi tergigit." Gunakan tolak ansur dan Kebijaksanaan akal sekiranya ada permasaalah yg timbul. Guna Akal!! Pegang pada tanggungjawab dan peraturan yg dah di gariskan dalam Al Quran tu. InsyAllah. 

Semoga U guys sentiasa di bawah lindungan dan kasih sayang ALLAH. Jangan la u guys putus dari memohon keampunan dan pertolongan dari ALLAH juga yea. InsyAllah.

U guys nampak tak Gee kat sebalah I? Nampak tak!?

Wednesday, 19 March 2014

Talk bermula semula.

Assalammualaikum U guys..
Assalammualaika Ya Fauziah bt Siti Esah...my Dear darling marling.


Waktu nak rehat2 dah tamat, today bermula balik sessi Talk I. Baru sahaja selesai Talk di Masjid Negeri kat Seremban ni ( Anjuran Baitulmal N9 ). Kali pertama Talk I di negeri kelahiran sendiri..Alhamdulillah penerimaan dari semua peserta.

Jangan lupa Sabtu ni di Wisma Sejarah Kuala Lumpur (sebelah perpustakaan Negara) bermula jam 10 pagi - 1 tengahari. Datang lerr bagi sokongan sikittt...


Peserta peserta yg di haormati pagi tadi.

Tuesday, 18 March 2014

Bulan apa ni?

Assalammualaikum U guyss..

Nak tanya sikit ni,, U guys hafal tak bulan bulan Islam mengikut turutannya? Hafal?

Dan bulan ni bulan apa?

Sekian, terima kasih..

Thursday, 13 March 2014

Sekiranya..

Assalammualaikum U guys..

Sekiranya arwah Gee masih ada, maka hari ini adalah harijadi nya dan hari ini juga adalah Ulang tahun perkahwinan kami yang ke 5.

Semoga ALLAH sentiasa menjaga Gee di "sana" di dalam "pelukan" Rahmat dan Kasih SayangNYA..aminn.

Dan juga, kita teruskan berdoa dan berhajat pada ALLAH bagi MH370. InsyAllah.

Wednesday, 12 March 2014

Monday, 10 March 2014

Ya ALLAH bantu lah kami.

                                                     


Ya ALLAH Ya Latiff, Ya ALLAH Ya Wadud, Ya ALLAH YA Tuhan kami, juga demi Kemuliaan Rasullullah s.a.w. keluarga dan sahabat Baginda,,Kami memohon kami merayu pertolongan dariMU Ya ALLAH, permudahkan lah dalam kebaikkanMU bagi kami dalam usaha mencari dan menyelamat hamba hambaMU yang telah di landa kesulitan dalam penerbangan MH370. Kasihani lah kami, bantu lah kami Ya ALLAH...amin amin amin..


Friday, 7 March 2014

Wawancara bersamaSinar Tv.

Assalammualaikum U guys..
Assalammualaika Ya Fauziah, Isteri sayaaa..


U guys boleh ler layan clip wawancara I bersama Sinar Tv,, rasa maluuu I hahaha hehehe hohoho..

http://www.youtube.com/watch?v=RTqI9kW2_Is

Tuesday, 4 March 2014

Antara Hobi saya..

Assalammualaikum U guyss...


Antara perkara yg menghiburkan hati saya bila dok rumah sensorang ialahhhh...Mengemas Rumah!!! Hobi saya. Menyapu, mop lantai, kemas sawang klau ada, cuci jamban, cuci depan rumah n belakg rumah. Macam pompuan!! hahahahaha

Jgn lupa, niat kemas rumah kerana ALLAH, InsyAllah jin tak suka tumpang n rezeki senang singgah..InsyALLAH.

Sekarang ni baru la nak g beli Lunch saya!! ..




Monday, 3 March 2014

Jemput hadir yea..

Assalammualaikum U guyss

Jemput la datang ke Program saya ni nanti yea..


Followers