Thursday, 28 May 2015

Simpan buat Jeruk.??!!


Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah..Kekasih jiwa hamba.

" Salam Isteri sayaaa." saya sms Gee. Saja kacau Gee masa dia tgh sibuk kerja. 
"Wsalamm Suami saya" balas Gee.

"Namun membiarkan ingatan ku liput dari mengenangmu, itu sama sekali TAKKAN ku lakukan.." sms saya lagi pada Gee (rangkap lagu nyanyian M. Nasir)

"Gatal eh.!! saya tgh sibuk ni." jawab sms Gee. Kalau Gee jawab gitu dia tgh rasa malu la tu coz saya jiwang2 ngan dia. Tiap kali saya usik Gee jiwang2 gitu confirm muka dia merah, malu malu..hahahaha.

"Oh Isteriku, hari ni balik cepat yeaa..hehehehe" Usik saya lagi.
"Ok, bye!!". Gee end up sms, betul dia tgh sibuk la tu...Tu la kerja saya sesekali dok sms Gee n mengusik dia tiap kali dia tgh sibuk kerja...tapi kalau dia pulak usik saya bilamana saya tgh sibuk,,langsung saya tak jawab!! hahaha hehehe hohoho..

Rangkap lagu tadi tu memang kerap saya nyanyikan untuk Gee dulu. Kadang2 tgh makan, kadang2 tgh shopping depan org ramai saya nyanyikan rangkap tu kat Gee. "Malu la kat org" kata Gee..Org keliling senyum jea tgk kami gitu.

Nikmat "BERKASIH" ni secara otomatik ALLAH dah berikan setelah ijabkabul selesai dan sah bergelar SUAMI ISTERI. Kita ni saja kena praktikkan untuk merasa manisnya/sedapnya "Pemberian" TUHAN tu. Namun apa yg jadi, kian lama berkawen kian kita jauhkan "Pemberian" ALLAH ni. Kita simpan jea dlm hati, jauh di sudut hati la kata org tu..Tu yg kadang2 kita dgr kawan2 kita cakap bila ada masalah, atau tgh gaduh besar ke.."Tapi jauh di sudut hati, aku masih sygkan Isteri/Suami aku."..

Ko org simpan dalam hati (taknak praktikkan/zahirkan) nak buat apa "Pemberian" ALLAH tu??. Nak buat jeruk??!! Tu pasal ALLAH firman dlm Quran maksudNYA kita2 ni tak bersyukur. Esok sekiranya TUHAN tanya ko org kat "sana" nanti pasal apa tak bersyukur/praktikkan "PemberianNYA" masa jadi Suami Isteri, ko org nak jawab cmana??..TUHAN dah bagi, kita tak buat, cmana doa kita agar kasih kita berkekalan sehingga ke anak cucu dan sehingga jannah ALLAH nak makbulkan...Mabuk todi ko org ni.!!(Bukan U guys la, org lain.hehehe).

Nikmat kasih Suami Isteri ni ALLAH dah beri, jaga la elok elok. Kita jaga Pemberian TUHAN, TUHAN sendiri akan menjaga kita lebih n lebih lagi..InsyaALLAH.

Balik kerja kang g peluk pasangan kita tu..pasangan yg SAH SAHAJA!!!!! dan tolong kirimkan Salam saya pada pasangan U guys yea..

- Wssap talian 017 9395172 (cik Aida) untuk dapatkan buku Gee "Warkah Buat Isteri"...tqqqq...kau ada?? hahahahahahaha

AL FATIHAH


Tuesday, 26 May 2015

Pegang jea la Tangan tu..


Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah..bod bod hati saya..

Pada suatu hariiii...sampai saja di parking Midvalley, terus saya jln ke depan tinggalkan Gee jln di belakang. Saya tak pandang pun Gee. Masa dok window window shopping pun gitu gak.

" Kenapa tinggalkan saya kat belakang ni??" tanya Gee ngan muka agak sedih.
"Eh, bukan ke dah kawen memang gini cara jln Suami Isteri?. Saya tgk rata rata cm tu org yg dah kawen ni." Jawab saya ngan muka serius. Gee diamm jea sambil peluk hand bag dia sambil berjalan..Dlm hati saya tersenyum puas dapat usik Gee! hahaha.

Then tiba tiba terus saya pegang tangan Gee "Cm ni la berjalan sepatutnya kan Dear Suami Isteri ni." saya cium tangan Gee 3,4 kali. "Suka buat cm ni kat saya kan.!" Gee cubit2 saya. 
"Kenapa yea Dear org dah lama kawen ni kebiasaannya jalan asing asing? sorang depan sorang belakang? tanya saya pada Gee pulak.
"Entah la, dah tak syg la tu, atau malu ke nk pegang2 tangan ataupun mood takde coz takde duit nak shoping kut." Jawab Isteri kesayangan saya tu.."Pelik.!" jawab ringkas saya.

 SEBELUM KAWEN bukan main lagi pegang tangan, peluk bahu girlfren/boyfren bila jalan2.( Langsung tak takut ALLAH!!!) macam2 subjek boleh borak. Sayangnya lepas beberapa lama dah berkawen tak pulak buat gitu. Kan TUHAN teramat suka tgk Suami Isteri gitu.Tu yg ALLAH beri macam2 faedah, cm2 pahala, cm2 rezeki. Taknak ke??!! Boleh jadi kaya ooo klau pegang tangan pasangan masa jln2. Ko org takyah nak angan2 "Kalau la aku kaya." sebelum tido tu, pegang jea tangan Suami Isteri tu InsyaALLAH kaya la nanti.

Ramai di antara kita ni TAKE THINGS FOR GRANTED bila dah kawen. Pasangan kita tu la kita jaga hati nya di mana jua anda berada. Ceriakan hati pasangan kita kat mana mana saja.
Kan tu ISTERI kita, kan tu SUAMI kita.!! Benda kecil cm tu pun U guys tak boleh buat (pegang tangan) susah la u guys nak uruskan sekiranya 1 hari nanti ujian berat TUHAN berikan pada U guys untuk selesaikan.

DI ANTARA kaedah nak dapatkan rezeki yg sgt2 mudah buat Suami Isteri ni, nak mudah selesaikan apa2 masalah yg melanda...PEGANG LA TANGAN PASANGAN SAH KITA TU.!! Nak pegang part part lain jgn pegang kat Midvalley..malu!! InsyaALLAH. 

- 017 9395172 cik Aida, untuk dapatkan buku "Warkah Buat Isteri" saya tu..tqqq atas sokongan U guys.

Talk bersama PUSPANITA baru baru ni di Arkib Negara.



Wednesday, 20 May 2015

Cm budak budak

Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah, yg masih tak kunjung tiba dlm mimpi hamba..

"Darling, tolong beli kunyit n garam." minta Gee dari dapur, saya dok tgk tv..cepat cepat saya g menyorok bawah katil..

"Darling oii, dengar tak?" saya tak jawab. Then Gee jenguk saya, "Darling, darling.." Sampai depan umah dia cari. Bila agak puas Gee cari saya, saya pun panggil.."Dearrr.." Gee cari lagi n lagi hingga dia jumpa saya bawah katil!!.."Laa kat sini rupanya penjenayah ni menyorok!!" sambil gee nak bantai saya ngan sudip.hahahahahaha

Adakalanya Gee tgh masak, saya akan g dapur senyap2 dari belakang then saya gigit punggung dia!! "Toyol!!" terperanjat Gee,  memang kena kejar ngan sudip lagi la saya ni..Pas tu mesti Gee ngadu pada mak saya.."Dio tu takdo kojo lain, ngusik yo kojo eh, kau bantai dio Gee!!..mak saya kalau kat umah ckp loghat negeri 9 lerr..Gee n mak saya tu gang baik. Sikit2 ngadu kat mak saya..Poodahh!! hahahahaha

Kita ni tak kira la berapa lama dah kawin, baru ke lama ke, sesekali kena bergurau ngan pasangan kita tu macam budak2. Biar la org lain nak kata apa. Kan pasangan kita ni tempat kita berhibur n mengadu nasib. Kadang kala gurau2 sebegitu boleh menghilangkan penat, dapat menringankan bebanan hati,fikiran boleh jadi sgt2 lapang seketika.Kesihatan pun tambah baik coz kena berlari bila di kejar ngan sudip!!..N ianya antara kaedah awet muda!! Kan byk faedah bergurau..

"Alaa, en. Abil anak 3,4 org dah takkan nak gurau gitu lagi.".."10 tahun dah kawen en Abil, tak pernah nak buat cm tu, cm budak2.".." Pasangan saya tu tak suka gurau2 ni ." Macam2 alasan saya dengar..Maka jgn complain sekiranya hidup berpasangan kita hambar, jgn rasa bosan sekiranya jadual hidup samaaaaa jea selama bertahun2..jgn complain ngatakan perangai pasangan kita tu tiada sifat2 yg menceriakan kita. JANGAN COMPLAIN.!!! Oooooo, sebelum kawen bukan main suka bergurau lagi, dah kawen kenapa tak sambung bergurau?? apa, kalau bergurau gitu hilang macho?? Kalau gurau2 gitu rosak ego??.. Mabuk daun ketum ke apa??

Dont take things for granted U guys!..kita rasa kita dah cukup kenal pasangan kita sedangkan sifat manusia yg ALLAH cipta ni masih kekal sifat kebudak budakkannya sampai la ke liang kubur nanti tau..InsyaALLAH.

- Untuk WARKAH Buat ISTERI hubungi pa saya tu cik Aida di talian 017 9395172..tqqqqq




Friday, 8 May 2015

SEWEL..!!




Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah..penghibur hati hamba.
Meh kita sambung cerita cerinti si Gee ni..
Saya ni ada masanya datang mood malas bercakap. Ini satu perangai buruk saya. Takde apa sebab tiba2 jea malas bercakap selama 2, 3 hari. Masa tu kalau Gee bertanya apa2, sepatah 2 jea saya jawab n tak senyum langsung.
Bila mana mood tu ada jea for sure Gee akan beritau adik beradik saya." Abg awak tu tgh 'period'!!"..sambil Gee senyum dah faham sgt Suaminya ni..Rupanya dalam diam Gee cuba mencari penawar mood sewel saya tu. 1 hari mood tu dtg lagi, kali ni Gee g beli pisang montel, pisang yg besar panjang tu..( aa, aa, apa ko org senyum2!!!)..coz saya memang suka makan pisang montel ni.
So bila sedang saya tgk tv dia sediakan pisang tu depan saya n suruh saya makan. Lepas mkn sebijik geee ckp "Bak sini kulit pisang tu. Awak baring kat sini." sambil tunjuk kat pehanya dgn nada serius. Power gak bini aku ni, coz takde siapa sebelum ni yg berani menegur serius kalau mood saya gitu. Saya pun baring jea la atas pehanya sambil tgk tv...U guys tau apa Gee buat..??
Gee buat facial muka saya guna kulit pisang tadi!! " Eh apa ni?!!" tegur saya.." Ehh, dok diam2, saya tau la apa yg saya buat." jawab Gee serius. Bini dah bunyi serius saya diam jea la. Bukan takut bini laa, bini yg tak takut saya! ..Lepas tu gee bilas muka dgn air n dia tunjuk kulit pisang tadi. "Mak oii kotornya." kata saya.
"Tu kotoran muka awak la. Sekarang baru cuci ngan sabun muka pulak" Gee teruskan lagi facial muka saya..tiba2 mood saya tak bercakap tadi terus hilang.." Ai, dah boleh bercakap dah Suami hensem saya." sambil Gee usap2 janggut saya. Saya senyum segan dan mula explain kat Gee pasal mood saya gitu sekali sekali.
Hebatnya Isteri ni dalam diam2 dia kan cuba mencari penyelesaian masalah. Hebatnya pompuan ni dia kan terus berusaha menghiburkan hati Lelaki. Dan HEBATnya Wanita ni, dia Tahan dan cukup Sabar dgn perangai "SEWEL" Suami yg sebegitu atau perangai yg sewaktu dgnnya. Hebatnya Isteri kita kita (para suami) ni kan Bro!!
Persoalannya di sini..Adakah kita para Suami juga PENGHIBUR hati Isteri Isteri kita??..InsyaALLAH.
- jgn lupa hubungi talian 0179395172 cik NorAida (PA saya) untuk mendapatkan buku" WARKAH BUAT ISTERI"..kisah me n Gee.-

Followers