Monday, 28 April 2014

Ringkasan Ulangkaji..!

Assalammualaikum U guys sekelian..

Ada citer gosip sikit...gini citernya..

"Dear jangan bercekak pinggang!!" marah I pada arwah isteri yg paling I cintai tu. Gee ni dulu ada masanya terlupa atas teguran I agar jgn bercekak pinggang. Cepat2 dia peluk I nak minta maaf. 

"Banyak kali saya ckp jgn buat gitu. Cekak pinggang ni perlakuan sombong, tu pasal la masalah senang hinggap kat kita. Bila ada masalah pulak, payah akal ni nak membuahkan cara penyelesaiannya.  Rezeki pun kurang, hati senang rasa susah..Lagi satu, takut sekiranya Kasih saya pada awak akan berkurangan nanti!! Nak cm tu!? Berlaku sombong n bercekak pinggang ni di benarkan kalau kita tengah berperang jea, untuk menakutkan musuh." I mula la membebel kat Gee dulu bila mana dia bercekak pinggang..Gee ni pulak pandai pujuk suaminya, jadi cepat la marah I reda. Marah2 I pun, Gee tetap kesayangan I..emmm.. kau ada!!? hahahahaha

Ambik gambar, cekak pinggang! Berbual2, cekak pinggang! Rotan baru tau!! Degil!!..JANGAN bercekak pinggang!!

Begitu la citernya....(Ulangkaji dari entry yg lepas2 ni).

Assalammualaika Ya Fauziah bt Siti Esah..
.

Tuesday, 22 April 2014

DEGIL yea!!!!




Assalammualikum U guysss
Assalammualaika Ya Fauziah...u guys know who la kan..

Baru balik dari kubur buah hati pengarang jantung...teringat suatu kisah saya n arwah Gee dolu dolu......Pada suatu hariiii......

"Awak ni degil yea, taknak dengar cakap saya.!" kata Gee dulu kat saya ni. Ada la perkara yg saya suka nyakat Gee ni, sampai naik marah dia kat saya hehehehe (suka sakat Gee sampai dia marah!)

"Saya KING di rumah ini, saya tak perlu dengar cakap awak atau sesiapa tau!!". sakat saya lagi..Apa lagi merajuk lah arwah ni..Puas hati saya dapat sakat gitu. Merajuk Gee sampai ke malam!! hahaha hehehe hohoho.

Malam tu sambil baring sebelah dia bermula la sessi memujukkk.."Dear syg punggung cantik, merajuk lagi ke kat suami hen...sem awak ni.?" pujuk saya. Gee buat tak tau jea. " Dear, dgr baik baik amalan dan kaedah ni Dear. InsyAllah saya akan selalu mendengar cakap n nasihat awak, bahkan saya akan rindukan suara awak nanti sampai bila2. Jika org sekeliling mendengar awak bercakap, InsyAllah mereka akan senang/terbuka hati untuk menerimanya/mengikuti dengan mudah, InsyALLAH. Gini, setiap malam Jumaat, ambil sekeping roti dan tulis lah nama ALLAH yg ke 29 "AL 'ADL" dengar jari (JGN tulis ngan pen ceret beret lak nanti!!) dan refer pada kitab Asma Ulhusna untuk sebutan yg tepat. Kemudian makan la roti tu. InsyALLAH.

Setelah mendengar amalan yg saya ajarkan tu terus Gee hilang merajuknya dan %$#(*&@^%&*$%^ (ehem ehem, mlm Jumaat!!)


InsyALLAH sehingga ke hari ini saya senantiasa teringatkan kata2/nasihat Gee dan sehingga kini saya rindukan suara Gee yg amat saya sayangi..InsyALLAH.



Monday, 21 April 2014

Pencetus Ummah, artis,, still love u Dear.

Assalammualaikum U guyss
Assalammualaika Ya Fauziah ,arwah Isteri saya.

Malam semalam selesai shooting untuk Astro 'Pencetus Ummah' musim baru, wawancara dlm 5 minit dan dia org tunjuk video clip Kenangan Terindah me n Gee tu. InsyAllah, akan ke udara ujung bulan Mei nanti.

Dalam masa yg sama, ada pembaca yg wssup pic artis yg beli buku Warkah Buat Isteri saya,Alhamdulillah ada gak artis yg sudi membeli..Tqq bro!!

Syukur pada AlLLAH memberikan peluang2 pada saya sebegini dan juga kerana,, arwah Gee adalah Isteri kesayanagan saya, buku ini di terbitkan. InsyAllah.

Terbitnya buku kerana Gee adalah Isteri kesayangan saya.
"Dear, I love you.!"

Baru selesai rakaman bersama Astro "Pencetus Ummah" musim baru nanti, InsyAllah, akan ke udara penghujung bulan Mei nanti.
Ada gak golongan artis yg sudi mendapatkan buku WBI saya ni..Tqq bro!
(Pic ni wssup dari 'adinda' I tu,Keyla Aziz.. pelangi petang.blogspot)

Tuesday, 8 April 2014

Happy Bday Mom!!

Assalammualikum U guys
Assalammualaika Ya Fauziah..ehem ehem saya.


Today BIRTHDAY ibunda saya. Awal awal pagi kesemua anak dah wish n berdoa buat ibunda kami..Setakat wish jea, apa baranggg!! Ni kami adik beradik sedang sibuk meng"arrange" surprise Bday dinner dan hadiah. Hadiah yg menjadi idaman tiap wanita!! Malam nanti akan tunjuk "surprise" gift tu kat U guys yea.( I akan update kat FB Dana Sinar Fauziah ).

Happy Bday mom!! We love U so much..

Friday, 4 April 2014

Seimbang...

Assalammualaikum U guys
Assalammualaika Ya Fauziah isteri kerinduan hati saya.


2 april lepas genap setahun Gee meninggalkan kita semua. Genap setahun Gee tunggu I dan genap setahun I terhibur hati bila tiap kali terkenangkan arwah Gee. InsyAllah sehingga hari ini I tak muak muak cerita pasal Gee. Terasa sangat sangat beruntung berIsterikan Gee dulu. Terima Kasih  pada ALLAH. Semalam buat tahlil buat Gee, mudah mudahan ALLAH sentiasa menempatkan Gee di kelompok hambaNYA yg sentiasa di ampuni dan di kasihiNYA. Moga ALLAH pertemukan kami berdua kelak di dalam kerehdaanNYA. aminn.

Ada pertanyaan dari seseorg " Maafkan saya DIM nak bertanya. Apa keistimewaan arwah Gee sehinggakan Abil hingga kini sygkan dia ibarat arwah masih hidup lagi.?"

"Sebab Gee adalah ISTERI saya." jawab I ringkas. Bukankah hadiah dari ALLAH untuk semua  lelaki ini istimewa? Hadiah yg di gelar Isteri. Hadiah ALLAH ! Pastinya istimewa. Bila hadiah ALLAH beri, si penerima WAJIB jaga elok elok. Tak kira la hadiah tu bergelar Isteri atau Suami. Wajib jaga. Kita jaga elok2 hadiah Tuhan, Tuhan jaga kita. Tu namanya Tanggungjawab. Tak kira la, suami/isteri tu dah tak sayang ke, benci ke, menyampah ke, ada "simpanan" lain ke..tu kau punya pasal,,Jaga tetap Jaga elok2 hadiah Tuhan tu!! U guys ingat "hadiah" tu nenek ipar korang yg bagi?? Ingat tanggungjawab tu cikgu displin kita dulu waktu sekolah tu bagi?!...ALLAH yang beri..!! ALLAH, kenal tak siapa ALLAH?? Kalau betul kenal pastinya di jaga kan hadiah tadi..

Ini bukan nak marah..Nasihat. Memang la betul, dalam rumahtangga tu "tergigit la lidah". Takkan la dapat "tersenyum" jea selalu, nanti org ingat kita ni gila pulak. Kehidupan yg tiada masalah, maka kehidupan itu tiada keseimbangannya. Tak balance. Mesti ada masalah, gaduh2 sikit ke, baru la syok. Permasalah yg timbul gitu maksudnya Tuhan nak mengajar cara menyelesaikannya, bukan nak menyusahkan. U guys pun tahu kan..Dah tahu tapi masih lagi mengeluh, masih lagi nak memperpanjangkan problem, masih lagi nak bertumbuk, masih lagi nk bercerai ceraian..Makin lama makin banyak kes kat mahkamah syariah tu!! aduhhh..Usahakan untuk Keseimbangan hidup tu. TAk reti jugak!! buka Quran tu, bukak kitab hadis tu! ada lebih seribu cara dan kaedah dalam menangani semua/segala permasalahan. Ikut jea la. Belajar, belajar dan belajar..

Bila org suruh ngaji tiap hari, tak buat. Macam2 alasan. Suruh baca Asma Ulhusna tak buat, alasan ada lagi. Suruh rajin2kan solat Taubat, rasa diri tu takde dosa banyak..Yg tak berdosa Rasul dan Nabi jea. Kita kita ni..emmm terutama saya ni sendiri..Teruk!! Taubat la. Rajin2 taubat. Dan selawat 100x selalu..Ingat kita ni hidup dalam hujung zaman dah. Iman tak seperti sahabat2 Nabi s.a.w. Kita perlu manambah beramal selain yg fardu. Sebabnya segala permintaan, segala doa, kita perlu pada ALLAH sahaja. Untuk ada sedikit confident yg doa kita Tuhan terima, taubat kita Tuhan terima, kita pastikan diri kita ada "Kebersihan". InsyALLAH, sampai lah.

Apa lah yg I mengarut ni, dari soalan yg mudah tadi dah jadi lain pulak isinya..Of course la, arwah Gee ni memang terlalu saya syg. Hidupnya saya syg. Hujung rambut hujung kakinya jadi tanggungjawab I, zahir batin. Meninggalnya Gee I masih rasa ada tanggungjawab untuk menghantarkan sebanyak mana "Hadiah" buat Gee di sana. Cuba bayangkan kita ni sekarang dalam kubur tu, nak tak kalau org yg hidup menghadiahkan kita Al Fatihah, hadiahkan bacaan Quran, hadiah solat sunat..nak tak rasa rasanya?? InsyAllah sampai lah pada kita yg berada dalam kubur tu..InsyAllah...Tak tau la kalau ada yg nak minta di hantarkan pizza ke, cendol ke kat kubur tu..! org gila pun tak minta gitu kan hahahahaha..tapi ada gak jadi gitu..syirik!!

Oii panjang dah menaip ni, dah, dah,,sampai sini jea dulu. Ada masa I update lagi yea..Jap lagi I nak g jumpa Gee jap..Ok guyss see u later....sayang sikit!! hahahaha hehehehe hohohoho......



Al Fatihah...

Followers