Assalammualaiki Ya Fauziah, Kekasih hati hamba.
Baru balik dari gotong royong untuk Majlis SimposiumTarekat Tasawuf di Surau Kg Pondok Rasah (dekat umah saya di Sban ni) Magrib nanti. Mana2 yg ada masa tu jemput la hadir..
Sambil2 tolong tolong ada jugak suara bertanya " Abil, bila nak makan nasi minyaknya lagi??" .. " Coming soon!" gurau jawapan saya..Takde soalan lain sejak kebelakangan ni..Asal jumpa sahabat2 lama itu la yg dia org tanya..Dari ramai ramai tu, ada seorang Sheikh ni, Sahabat saya datang kat saya n membisik
"ALLAH beri ganjaran dan Hadiah yg lebih pada amalan bagi org yg berkahwin..jangan la kita tolak." sambil senyum n terdiam seketika saya mendengar. "ALLAH sayangkan kau Abil.." sambung sahabat saya tu. Then terus saya kata padanya, "Doakan kebaikkan buat saya tuan."
U guys pun doakan saya eh, doakan moga ALLAH memberikan kebaikkan buat saya dunia Akhirat. aminn.
Sebelum balik umah saya ziarah kubur Isteri kesayangan saya tu, biasanya lepas hadiahkan bacaan Quran, saya borak2 jap ngan Isteri saya tu, InsyaALLAH dia dengar. Tapi hari ni saya tak borak sgt. Coz "termengelamun" layanan Gee dulu pada saya dulu.
Gee, seorg Isteri yg taat, seorg Isteri penghibur hati,Isteri yg suka n pandai masak (sedappp!!), Seorg Isteri yg senang mengikut nasihat Suami..TAPI ada degilnya kadang2 tu!! kerana degilnya tu la saya suka mengusik dia sampai dia merajuk! Pompuan memang gitu la fitrahnya, dari tulang yg bengkok kannn..ada degilnya!! Kadang kala Suami tu berkali2 cakap sesuatu perkara atau melarang sesuatu perkara, kejap jea bini kita tu ikut,,seminggu 2 dia buat balik..punya degil pompuan ni!! Contoh paling mudah..Isteri minta izin nak g suatu tempat, Suami pun tak berapa setuju,,Isteri tu akan tanya kenapa tak boleh? pasal apa? kenapa sebelum ni boleh? Isteri kita ni akan bertanya dan bertanya sehingga la Suami tu mengalah..Sedangkan awal tadi dia minta izin Suami ni, bila tak beri izin dia Degil gak dgn jawapan Suami!! Lain kali jgn tanya kau keluar jea la..Kreko plus sewel pompuan ni!! Hanya degil Isteri kita pada 1,2 perkara jea bukan semua..
Jarang kita jumpa pompuan yg tak degil, kebiasaannya memang DEGIL!! Itu la pompuan, itu la Isteri kita. Sebagai Suami kita kena sabar n pandai mengawal Kedegilan Isteri kita tu. Dan sebenarnya Kedegilan wanita ni hanya untuk mendapatkan sedikit perhatian, sedikit perhatian dari seorg lelaki yg bergelar SUAMI..itu jeaaa..
So kalau nak hilangkan kedegilan Isteri tu, Sesekali tu manja manjakan la dia. Apa la salahnya manja2kan Isteri sesekali sesekala..sedangkan Isteri kita ni manja kan Suaminya TIAP TIAP hari...betul tak??..InsyaALLAH.
Satu penghormatan bila dapat berjumpa n berbual bual dengan Wira Negara.