Tuesday 20 September 2016

Hajjah Fauziah bt Siti Esah..

Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah..Kasih hati hamba.


" Kuku ni pun bukan hak kita Dear," sambil saya kiss kiss tangan n jari jemari Isteri saya tu sewaktu dia terlantar sakit dahulu. " Kita ni just menjalankan tanggungjawab dan "Kehendak" ALLAH selagi kita dok kat bumi ni." sambung saya lg. Faham ke tidak si Gee dulu, saya tak tahu. Mata Gee terkebil2 pandang atas bila mana mendengar suara saya..

Dan ni kisah yg tak sempat saya nak share rabu lepas dalam program Labaikallah di Tv Alhijrah tu....gini citernya...ni waktu Gee terlantar sakit.

Habis jea saya mandikan Gee n kemaskan dia, saya pun kata " Jadual kita berdua hari ni kita kena buat Umrah Dear!!" So saya pun dukung Gee G "Tawaf" 7 pusingan. Dok pusing beanbag, tempat duduk Gee tu..(tak tau bean bag tu apa, g tanya tuan haji Google!)..sambil tawaf tu saya saya ngaji n zikir2. Gee tak tau apa pun, hanya dok diam jea dalam dukungan saya. Hanya matanya terkebil2.

Habis tawaf tu, "Sekarang kita Saei lak Dear!." Saei kita tu dari pintu depan umah sambil pintu Belakang umah. hahaha. Habis jea Saei terus saya dudukkan Gee kat Bean bag tadi. "Oookkk dah habis dahhh Umrah." Sambil peluk n kiss kiss lagi Gee, naik rimas dia!!..Penat gak dukung dia gitu walaupun Gee masa tu dah kurus sgt. Saya pun borak2 la ngan Gee.Saya sorang jea yg bercakap, Gee sakit gitu bercakap pun tak boleh, apa pun dia tak tahu. Brain Damage kan..Borak punya borak, tahu tahu jea Gee dah lelap!! Aiyooo amoi, rupanya dia dah tido!!

Saya dukung semula Gee n baringkan dia atas katilnya. Saya duduk sebelah Gee sambil memerhatikan Isteri, Kekasih dan kawan baik saya ni tido lena,,penat umrah tadi kut. Airmata saya mengalir tiba2 bilamana tgk Gee terbaring gitu.

" Airmata ni Dear bukan setakat rasa hiba saya, malah ini bukti betapa saya CINTAkan awak. Selagi saya bernyawa, selagi tu la saya akan di samping awak. Jangan sesekali awak terdetik rasa risau, jgn rasa takut, jgn rasa bimbang sebab saya janji saya tidak akan tinggalkan awak, InsyaALLAH." bisik saya pada Gee yg sedang lena. Last2 saya pun terlena sama. Maklum la Umrah tadi, penat kauuu..!

U guys nak tahu selang beberapa minggu pas tu, ada rezeki lebih ALLAH bagi maka dapat jua akhirnya saya buatkan Badal Haji untuk Gee, Alhamdulillah. So U guys kena panggil Hajjah Fauziah tau.!! hahaha. Hajjah Fauziah cinta hati hamba.

Kita ni para Suami pastikan yg Isteri kita tu rasa selesa dan yakin pada kita. Jangan biarkan Isteri kita ada was wasnya pada kita.Bab cemburu tu takde ubat, tu memang "spek" kejadian Isteri. Selain dari tu pastikan Isteri kita sentiasa berasa yg dia di dalam "PELUKAN' kita selalu. Yakinkan Isteri kita tu bawasanya kita ni adalah seorg SUAMI....SUAMI 1 DLM SEJUTA baginya..!!

InsyaALLAH..



Yg ko org ni para ISTERI, pastikan diri tu ISTERI 1 DLM SEJUTA gak!!

6 comments:

  1. alfatihah bt arwah kak Gee....

    ReplyDelete
  2. ok..
    ayat last tue kte gelak..
    tekene secepuk..
    muahhahahaha..

    ReplyDelete
  3. Allah allah. Hanya allah je tahu betapa baiknya dikurnikan suami yg ssh nk dpt di atas muka bumi ini. Teruskan sygi hajjah fauziah.

    ReplyDelete
  4. Tekun saya membacanya sebab sukakan gaya bahasa yang digunakan. Part yang last tu tak menahan.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
    liver already present. I started on antiviral medications which
    reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
    became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
    ULTIMATE LIFE CLINIC there website is https://ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
    treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
    the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
    treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.

    ReplyDelete

Followers