Friday 29 March 2013

Luka dah..!!

Assalamualaikum My princess..My beloved Wife...
Assalamualaikum My U Guys semua....





Masih ternganga sahaja mulut my wife ni. Tak boleh nak tutup lagi. Berbagai bagai cara dah I usahakan but U Dear masih membuka mulut u. Kalau tido pun nganga jea. Sekarang ni U banyak meluangkan masa dengan tido saja, tido dalam keadaan yg sangat sangat tenang...Fizikal u..memang terlalu kurus..Sehinggakan I boleh mengangkat u sebelah tangan saja..so so ringan dah...

Juga sekarang ni I dah tak dapat nak mandikan u seperti biasa. Tak dapat kita nak mandi bersama lagi. Luka  di bahagian punggung u tu kali ini nampaknya tidak ada perubahan untuk sembuh sepenuhnya walaupun I mengunakan ubat ubatan yg terbaik. Sedangkan minyak Habautus Sauda yg di gunakan pun tak dapat mengeringkan luka tu lagi..Hanya yg dapat I usahakan buat masa kini, mengawalnya sebaik mungkin...Dan semalam luka u tu sudah sampai ke tulang!!...Hampir 2 tahun I betul betul menjaga u agar tak dapat luka/bedsore ni..tapi akhirnya luka juga..!! Kata pegawai perubatan yg datang ke rumah,.. "Memandangkan keadaan fizikal Gee, n antibodi yg makin lemah dan tulang punggung Gee yg hampir ke kulitnya , membuatkan sukar untuk luka ni sembuh. Tetapi apa yg en. Abil lakukan dan cara menjaganya, InsyAllah boleh mengawal dari menjadi lebih teruk lagi dalam tempoh terdekat." Kata pegawai tu...

Dear, I am so sorry again. Bukan I tak take care, tapi u dah ada bedsore juga,,I akan menjaga luka u ni sebaik mungkin yea..Untuk bedsore u ni, setiap hari I bersihkan, setiap hari I salinkan pada ubat yg baru, then I akan tutup mengunakan pelekat kalis air, pelekat DuoDerm namanya..Memang khas untuk Bedsore sahaja..Bukan itu sahaja, Bedsheet u pun sekarang ni I gunakan 2 helai biar u rasa much much selesa dan much much empuk..So bila bedsore u terhimpit pun u tak terasa sangat, Mungkin rasa selesa sebegitu  yg membuatkan u tido lebih tenang dan mungkin u tak terasa sakit sangat pada luka tu...Hope I am doing the right thing!!..About mandi u pula, U jangan risau Dear, Ingat tak sebelum ni I ada kaedah mandikan u atas katil dan katil u tak basah..So sekarang ni seminggu sekali sahaja I akan mandikan sebegitu dan pada hari2 yg lain I akan lap u sebersih bersihnya...Tak boleh mandi selalu coz u dah terlalu kurus, takut nanti u rasa terlalu sejuk, then luka u pun tak boleh kena air...Semoga usaha I ni sentiasa di bantu Allah..

U guys, tu la keadaan Gee today..I tau U guys pun dah tak terkata apa lagi dah kan..Cm tu la kalau kita dah sakit terlantar..Usaha dan doa saja yg mampu kita lakukan selebihnya tawakal pada Tuhan..Ada masanya I nak update pun I tak tau bagaimana lagi I nak terangkan berkaitan Gee ni..Kita yg masih sehat ni pulak, jaga la kesihatan diri masing2, jaga elok2..sekiranya sakit juga, memang bahagian kita la namanya.....U guys take good take, ok...I love my wife and I love u guys too....

Thursday 21 March 2013

Bertuah u Dear...

Assalamualaikum Dear.
Assalamualaikum U guys..

Setelah sebulan keadaan u Dear makin lemah..Hari ni, hari ini baru la I tengok u tido begitu nyenyak sekali..Tido dalam penuh ketenangan..Berbanding tido tido u sebelum ni, di mana kebiasaannya u akan "tido tido ayam" BUT today u tidur bagaikan permaisuri beradu lena.!! Seriously, I tak pernah tengok u tido se lena ini..

Memandangkan u lena, I tak la baring sebelah u today sebagaimana kebiasaannya I buat. Tak nak ganggu tido u. Setiap kali kalau I masuk bilik u sedang u tido, u akan cuba membuka mata, mungkin U dapat rasa atau bau yg I ada. So today I hanya menjenguk u dari tingkap bilik u yg I buka luas dan hanya masuk bila waktu susu u sahaja...Tido u hari ini menjadi satu ketenangan bagi I..Sooo nyenyak u tido hari ini..

Semakin hari semakin lemah tenaga u Dear. I yg dok menjaga u setiap hari ni, dapat rasa dan lihat sendiri bagaimana keadaan u berubah sedikit demi sedikit..Sebelum ni kalau I usik tapak kaki u, U akan terasa geli but semenjak 2 minggu ni, U dah tak rasa lagi bila I gelikan kaki u..Senyum u..dah tiada lagi..marah u bila I tukarkan pampers..tiada lagi..Bila I dok menyakat u, U akan mengamuk sebelum ini..itu pun sudah tiada lagi....Apa yang ada..?..Apa yang I nampak, u dalam keadaan TENANG saja sekarang ini..Dan u akan membuka mata tiap kali I ada di dalam bilik u..Itu saja yang tinggal..tu saja yg ada...Terus terang I katakan, apa yang sedang terjadi pada u now, tidak membuatkan I rasa gelisah atau terlalu sedih atau mematahkan semangat I selama ni berjuang untuk memdapatkan u semula...Sekiranya Allah ingin mengambil  u dear, dengan cara berperingkat begini, slow and steady..Alangkah bertuahnya u Dear..Itu yang I rasa.! I rasa u ni bertuah di sisi Allah..(Itu yg I rasa la)...Dengan adanya rasa I yg sebegini, ianya membuatkan I lebih keinginan menjaga u sebaik baiknya, ingin meluangkan masa selebih lebihnya bersama u, menjaga kebersihan u lebih dari biasanya......Sehingga suatu masa yang di tentukan Allah.

Hanya satu perkara yang I fikirkan, Bagaimana pula I ni nanti? Adakah I ini bertuah di sisi Allah nanti? Adakah Allah akan memberikan kelulusan pada I berhadapan dengan ujianNYA ini? Berpeluangkah I ni nanti berada di sisi Allah sambil tersenyum nanti..?.......Bagaimana?...Dan adakah U guys juga akan bertuah di sisi Tuhan yang esa???.....


Wednesday 13 March 2013

U are my Lady..


Assalamualaikum Dear....Happy Birthdayyyy...
Assalamualaikum U guysss....

Today is your birthday Dearrr...Semoga Allah memberikan segala kenikmatanNya dan RahmatNya pada u Dear..aminn...With all my kisses n hugs for u sayang..U are always be my Lady...always be...

Dan today juga Anniversary ke 4 perkahwinan kitaaa...InsyAllah, moga kita ini di berkati Allah sentiasa..Terima kasih Dear coz sudi menjadi Isteri saya selama ini. Terima kasih jua pada Allah kerana menjodohkan kami..

Dear tiada hadiah yang dapat I persembahkan untuk u sempena Bday u ni, apa yang dapat I berikan hanya lah kasih sayang I sebagai suami pada u Dear..Maafkan I sekiranya ada kekurangan I buat u selama ini, maafkan I sekiranya ada kesalahan I pada u selama ini dan maafkan I coz tiada hadiah yang berharga yg dapat I berikan untuk u...Dan lagu Birthday u I tukar pada lagu dibawah ni, lagu yang selalu I nyanyikan setiap kali I mandikan u Dear...Hope u like it. Happy Bday syg dan Happy Anniversary Kita yg Ke-4.....




Kalau U guys tak leh play link yang kat atas, just click http://www.youtube.com/watch?v=FeIUmACQGOo



My Lady you always be....

Saturday 9 March 2013

13 march..

Assalamualaikum Dear..
Assalamualaikum U Guys..


Nampaknya blog ni hanya dapat di up date sekali seminggu kebelakangan ni..Hope u guys faham dengan situasi kami berdua di sini lately..I lebih banyak menghabiskan masa bersama Gee sekarang ni. Maaf juga pada semua yg meninggalkan komen coz tak dapat saya membalas seperti biasa tetapi I tetap membacanya berulang kali n Terima Kasih sebab masih meninggalkan komen...Ada masa I blog walking juga ke segmen2 U guys, sekadar membaca but tak sempat meninggalkan komen...

Gee buat masa ni masih seperti entry I sebelum ni, makin lemah dan sudah tidak berdaya bersuara lagi..BUT Gee selalu nampak tenang dan berseri di wajahnya walaupun mulut masih ternganga lagi..Luka yg baru baru ni di bahagian punggung Gee I jaga n kawal dengan rapi. Lebih kerap I cuci n gantikan ubatnya, so far nampak terkawal luka tu. Pihak Hospital yg datang membuat rutin medical Gee pun kata, luka pada Gee ni memang tidak dapat dielakkan lagi coz keadaan fizikal Gee yg kurus, kulitnya yg lembut n tambahan pula imune badannya yg menurun..."Dear, I have done my best,.I am so sorry yea." 



Minggu depan, Rabu 13 mac. Harijadi Gee yang ke39 dan Hari Ulangtahun Perkahwinan Kami berdua yang ke4..Biarpun keadaan u sebegitu I akan tetap menyambutnya bersama u nanti Dear..InsyAllah..Mungkin tidak semeriah sewaktu U sehat dahulu, tetapi yang pentingnya, I tetap di samping u lagi. Dan InsyAllah juga, Sekiranya ada lagi keizinan Allah, pada hari tu juga I akan khatam Quran buat kali 3 sepanjang tempoh u sakit ini. "Ya Allah, sekiranya ada keberkatan dan pahala dari bacaan KitabMU  ini, ingin saya hadiahkan buat Isteri saya Ya Allah." Aminn..  "Dan Ya Allah, Demi ZatMu yg Maha Tinggi, demi KasihMu pada kami, Demi RasulMu, Penghulu dan Kekasih kami..Nabi Muhammad s.a.w. saya bermohon agar Engkau permudahkan lah segala urusan buat Isteri saya ini Ya Allah.Berikan keputusanMu yg terbaik buat kami berdua, Kesiani lah diri kami, Ampuni lah kami, pandang lah kami Ya Allah dengan RahmatMU, dengar lah rayuan saya ini, saya merayu padaMu Ya Allah dan demi juga Keberkatan dan Kemuliaan Rasulullah s.a.w. beserta keluarga dan Sahabat sahabat Baginda, terima la doa saya ni Ya Allah, perkenankan lah permohonan saya ini Ya Allah...Ya Allah Ya Rabbi, Ar Rahman Ar Rahim, ArRahman Ar Rahim, Ar Rahman Ar Rahim.....Amin amin amin...."

Saturday 2 March 2013

Gee..Terkini.

Assalamualaikum U guys...


Hope u guys sentiasa di dalam keadaan baik baik sahaja dan sehat selalu..Firstly, I nak ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan doa doa u guys untuk kami berdua di sini yang tidak pernah putus. I tak tau bagaimana nak membalas jasa ikhlas u guys selama ini buat kami berdua ni. Hanya berulang kali ucapan TERIMA KASIH yang dapat I balas dan doa yang baik untuk u guys...

Maaf sekali lagi coz tak dapat nak update blog ni seperti biasa buat masa kebelakangan ini..Sepertimana yg u guys tahu, Gee sekarang ni semakin lemah, imune badan pun mula menurun. Susu yang di beri pun tidak dapat di hadam perut sepenuhnya sebab mungkin juga fungsi perut Gee mula dah mula slow down. Kahaknya pun masih tak berhenti dan kadang2 bercampur susu yang di beri. Kesan ubat ubatan pun kurang,. Tambahan pula dengan keadaan Gee yang dah terlalu kurus, kulit di bahagian punggungnya yang selama ni I jaga elok, dah mula luka.! Kurus Gee ni boleh I katakan tinggal kulit n tulang sahaja. Jadi memang mudah bagi kulit di bahagian punggung luka. Agak mencemaskan I coz ubat yang kebiasaannya I apply for luka Gee ni dah kurang kesan nya. Walaubagaimana pun I tetap menjaga rapi lukanya agar Gee tak merasa sakit dan mendatangkan demam.

N seminggu yang lalu Gee ada membuang air besar tetapi agak lain dari kebiasaannya coz warna yang hitam, cm hitam rambut dan cair sahaja. Seminggu yang lalu juga Gee kerap berpeluh sehinggakan cadar basah!!..So mengikutkan simptom2 ini dari mata kemanusiaan dan dari segi pengalaman perubatan moden dan syifa', sekarang ni Gee sudah mula memasuki "Final Stage" kehidupan..Ini jangkaan dari mata kemanusiaan..Pastinya, semua ini hanya ALLAH saja yg lebih mengetahui. Dan I hanya mampu berdoa yang terbaik buat Gee dan juga masih meneruskan penjagaan rapi buat Gee seperti biasa..Dan sehingga hari ini juga I masih dan Tetap Cintakan Gee,.Cinta untuk seorang Isteri...


Ni Gee yang terbaru keadaannya. Mulutnya tak di tutup lagi walaupun sedang tidur, 24 jam ternganga jea. Puas dah I nak tutup tapi tak done..Namun biarpun Gee berkeadaan begitu, wajah Gee ni sentiasa berseri jea walaupun Gee tak tido 2,3 hari. Biasanya wajahnya akan pucat bila tak cukup tido atau kurang sehat...

Hope u Dear akan mendapat yang terbaik dari Allah..InsyAllah. Dan I tetap di sisi u Dear..Di sisi u, I always be........InsyAllah...InsyAllah.. 

Followers