Monday 30 March 2015

Nyawa galang gantinya..


Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah..oh my beloved Wife.
DIM dah selamat pulang ke tanahairku..Alhamdulillah n Terima kasih pada U guys yg senantiasa mendoakan saya sepanjang saya di sana..tq tq tq..dan tqq juga coz U guys masih mendoakan kesejahteraan arwah Isteri kesayangan saya tu..Terima Kasih.
Meh kita sambung cerita cerinti Gee ni..Pada suatu hari, Gee balik dari kerja dgn muka yg kurang happy. "Penat sgt ke Dear today?" tanya saya lepas Gee salam n cium tangan Saya ni.
" Haah, penat bertekak ngan staff!" jawab Gee..Then Gee pun explain apa jadi tentang perselisihan faham ngan kawan2 kerja dia.bla bla bla bla Gee citer, saya dengar secara serius.
Dari penerangan Gee tu, saya tahu kesilapan tu datangnya dari Gee sendiri. Tapi biasa la kan takkan org nak ngaku dia silap. So apa yg saya buat, Saya mengiya kan tindakkan Gee, saya kata yg Gee, Isteri saya ni betul walaupun saya tahu Gee yg salah. Saya buat gitu supaya Gee rasa tenang sikit, biar dia rasa ada org yg menyokong tindakkan dia tu..Happy la sikit muka Gee bila saya yg sokong dia..
Tetapi pada mlm tu dok baring2 nk tido tu, saya ungkit semula subjek tadi n saya katakan pada Gee.."Dear, saya rasa la there is something wrong ngan tindakkan awak tu ler.".."Apa kata esok awak buat gini, bla bla bla bla". saya terangkan n saya berikan cadangan pada Gee. Gee pun nampak sgt selesa mendengar n menerima cadangan saya tu...Keesokkan ptg bila Gee balik dengan muka Happy n cakap "Darling, dah settle dah problem saya n staff,,tqq Darlinggg." Ceria suara Isteri saya.
Kita ni klau Isteri dok dtg mengadu hal, kita (suami) dengar elok2, pandang mata Isteri bila Isteri berbicara.Kalau kita tgh tgk tv atau tgh buat kerja, tutup tv tu dulu, berhenti buat kerja tu kejap..Kita dgr dulu, kita pandang dulu Isteri kita ni. Kita berikan sokongan penuh, iya dan betulkan jea kata kata Isteri ni, walaupun dia salah.! Selesakan dulu perasaan Isteri tu, biar Isteri rasa tenang hatinya..Then baru la kita memperbetulkan mana kelemahan Isteri.
Kadang2 pompuan ni ngadu hal bukan untuk mencari "kemenangan" atau nak kan rasa dia sahaja yg betul, bukann..Isteri ni nakkan sokongan Suaminya, nakkan Suami menenangkan hati dia, tu jeaa. Dan kita Suami2 ni nak memperbetulkan Isteri nak bentuk Isteri, cari la waktu yg sesuai. Waktu tenang Hati Isteri tu, baru la senang dia akan mengikut cakap Suami ni.
Sekiranya sang Suami pandai menyentuh Hati Isterinya..bukan setakat Kasih Cinta yg akan Isteri/pompuan akan berikan pada Suaminya tu, MALAHAN Nyawa pun sanggup di jadikan galang ganti buat Suami nya!!...InsyaALLAH.
Suami, sanggup ke jadikan Nyawa kita sebagai galang ganti untuk Isteri???

Friday 13 March 2015

Ingat mengingati..dapat bunga!!


Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah bt Siti Esah..teman saya, sahabat saya..Isteri KESAYANGAN saya..
Hari ni ulangtahun perkahwinan me n Gee dan hari ni juga adalah Birthday Gee..Al Fatihah. Moga Gee senantiasa di dalam " "PELUKAN" Kasih dan Keberkatan ALLAH swt. Semoga ALLAH menyambung Jodoh saya bersama Gee di sana nanti dlm himpunan KeampunanNYA dan RahmatNYA..aminn.
Kadang2 bila dah lama tempoh perkahwinan kita, mula la pasangan (biasanya yg si suami ni) lupa yg hari tu Birthday Isteri atau anniversary perkahwinan dia org.Yg si Isteri doookkk la tunggu wish wish/ bunga bunga dari suami suami ni,,namun HAMPEH.!! wish takde bunga dah bagi org lain!! hahaha hehehe hohoho..Lupa la tuu si Suaminya!!
Para Isteri sekelian, ni saya nak bagi tau rahsia lelaki bab ni..dengar baik2. Kebiasaannya si lelaki ni bila dah ada Isteri ke girlfren ke mula la dia tak ambil pusing bab tarikh harian kecuali tarikh tu ada kepentingan kerja atau appoiment yg mendatangkan keuntungan rezeki. Tarikh yg biasa biasa ni yg pompuan selalu akan di tanya si lelaki." Eh, hari ni berapa haribulan??". atau "eh, hari ni hari selasa kan??". Biasa tak Suami/boyfren tanya gitu?? (tak semua lelaki la gitu, kebiasaannyaaa) TAPI Malam JUMAAT ingat pulak dia kan!! coz ada manfaat bagi dia mlm tu..
Bukan kami (lelaki) rasa tak penting tarikh Bday isteri atau ulangtahun kawen tu,,bukannn. Lelaki ni akan bergantung harap agar Isterinya yg akan mengingatkan. Suami ni cm baby sikit ngan Isterinya. Isteri la yg kena beritau ini dan itu, Isteri la yg perlu meningatkan Suami itu dan ini.So pompuan/Isteri jgn la kecik hati sgt. Dah gitu fitrah lelaki jadinya (Tak semua, kebiasaan)..Pompuan suka beli kasut Lelaki suka lupa tarikh!! ok la tu. Sebab tu cantiknya perkahwinan bila ada sifat2 kekurangan fitrah gini, coz TUHAN nak ujudkan sifat ingat mengingati sesama pasangan. Ujudnya merajuk Isteri, datangnya pujukkan Suami. Kan akan bertambah erat hubungan tu bila mana ada kelemahan fitrah kita..HEBAT ALLAH.!
So kita Suami Isteri ni kena la menjalankan tanggungjawab kita. Kerjasama dan saling mengingati. Ini kau org dok bersedih coz laki lupa nak beli bunga..apa salahnya ingatkan suami tu 18 kali.."Abgggg, jgn lupa Bday syg hari niiii" sebelum subuh ingatkan, pagi ingatkan, tengahari sampai la ptg,,dapat la bunga!! Ni ko org pilih untuk berdiam diri pas tu merajuk!!.."Aku nak tengok laki aku ingat tak Bday aku hari ni..?" emmm hampeh!! tak pandai!!
Yg Suami pulak jgn la nak eksen bila Isteri ingatkan kita! Dah la kau tu kaki pelupa, bila Isteri beritau kau nak eksen senggal. "Abg ingat la!" atau Aku tahu laa!".. cuba jawab " Allah, nasib baik syg ingatkan.".. atau "Haaahh, yea la, nanti abg bagi suprise kat syg tau!! tungguuu.."..atau " Syg sebenarnya abg dah beli kan berlian besar batu tela tu untuk syg taaau"..Kan elok bunyinya. Isteri pun sejuk hati mendengar..(Yg part berlian tu tipu jea, dia belikan cup kek jea warna pink!! hahahahahaha)
Seronokkan perkahwinan atau hubungan lelaki pompuan gitu. Kerjasama ada, saling mengingati ada..dialog dialog pun cantikk.So meriah la hidup berpasangan tu..Betul tak?? Oii! jawab la! Betul tak??...Tanggungjawab tu laksanakan sebaik baiknya, "Suka" TUHAN kat kita, "Senyum" NABI s.a.w. kat kita..InsyaALLAH.

UMRAH..


Assalammualaikum U guys..
Assalammulaiki Ya Fauziah..pengarang jantung, hati, limpa, perut dan lain lain Hamba..
U guys, Saya just nak beritau ni..Mula Ahad ni 5hb sampai 27hb saya tak dapat nak update yea coz saya akan bertolak ke Tanah suci Mekah n Madinah bagi tujuan UMRAH..
So di sini ingin saya seikhlas n serendah hati memohon maaf pada U guys semua sekiranya ada kesilapan saya selama kita kita berkenalan. Maafkan la saya n doakan la kebaikkan saya di dunia dan di Akhirat ehh.. Sekiranya ada umur yg ALLAH izinkan, InsyaALLAH berjumpa lagi kita bila saya pulang nanti.
Mlm kang saya update yea sebelum keberangkatan DIM ni..!! tungguuu...Dah, nak g Masjid dah ni..Syg Mak dulu sebelum nak Jumaat ni. (Mak saya tu..) Sayangi la Ibu Bapa kita..
Dan hadiahkan la Al Fatihah buat Gee dan semua yg telah pergi meninggalkan kita...AL FATIHAH.

Saturday 7 March 2015

Ego n Malu


Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah..penghibur hati hamba..

"DIM, suami I ni ego sgt la. cmana nak buat tu.? Tak romentik" soalan semasa sessi ceramah saya baru2 ni...

"Berapa lama kawen dah puan ni?" tanya saya penceramah yg Hen..sem hahaha hehehe hohoho (Sapa kata tak hensem tu??sapa, sapa??!!)
"Dah masuk 8 tahun." katanya.

"8tahun!!! dan kamu masih tak mengenali Suami sendiri!!! Aku bantai kau ngan kayu nanti!."..Gurau garang saya. " Ada hati nakkan romentik2 dari Suami tu konon..cehhhhh"

Dengar baik2 para Isteri sekelian..Ego lelaki ni sebenarnya adalah 1 sifat yg wujud untuk menutup rasa MALUnya pada seorg Isteri. Faham..? coz sebenarnya para Suami ni adakalanya dia sgt2 MALU pada Isterinya sendiri...tapi kat pompuan lain okkk jeaa..hahahaha..Gini contoh.

"Abg, dah 10 tahun kita kawen, anak2 pun dah ada 18 org! (contoh,contoh)..Abg masih syg tak kat saya ni walaupun berat badan saya dah hampir 2 tan gini!!" (sambil possing2 depan lakinya tu)..contoh soalan pada sang Suami.

Kebiasaannya seorg Suami tu jawab.." Hiss awak ni takde soalan lain ke. g buat teh o saya lagi bagus." atau " Eh dah 100 kali awak tanya! aduhh." atau "Nak muntah rasanya dgr soalan awak ni." atau  " Aaapa tanya ni (ngan muka serius." atau..."........" sunyi sepi tiada jawapan hanya suami tu pandang isteri atas bawah jea then terus berlalu g jamban!..hahahaha

Bukan ego sebenarnyaa suami tu..MALUUU, bukan menyampah atau tidak suka soalan tu..hanya kami para Suami ni Pemalu ngan Isteri tang bab jiwang2 ni. Lelaki nak cakap jiwang2 ni depan Isteri dia memang Malu tetapi depan kawan2nya seorg Suami suka memuji Isterinya tu..Percaya la. 

Namun kadang2 yg pompuan ni pun ada SEWELnya..Bila masa Suami pulak yg menjawab " Sayanggg.." yg Isteri ni "Betul ke? cm tak caya jea." atau "Alaa abg saja nak ambil hati saya jea kan!" atau.. "Emm bunyi cm tipu jea." atau "Yeaa laa tuuu." atau " Betul ke, bukan main2, syg rasa cm ada org lain jea abg syg!!" atau "Alaa abg jawab sayang coz hari ni mlm JUmaat kannn!!..aduhhhh pening gak pompuan ni. jawab salah tak jawab salah..

Kata2 Isteri yg gitu yg buat Suami suami ni malas nak jawab lagi, tu yg Ego tu dtg semula. Apa salahnya lepas Suami jawab "sayanggg" tu Isteri terus peluk suami atau kiss pipinya n say "Thank Youu" ..then terus buatkan air ke kueh ke atau makanan kegemaran Suami tu tanda Terima kasih menjawab..kan elok!

Para Suami yg saya hormati, kita pun kena la faham gak, Fitrah Isteri ngan kita ni memang gitu..so kita ke tepikan la "Ego" kita tu ngan Isteri sendiri. Sesekali tu jiwang2 la ngan Isteri. Kerana jiwang2 Suami ni adalah 'PENGUAT HATI/SEMANGAT' isteri kita..InsyaALLAH.

Esok2 saya akan citer pulak apa jawapan saya bila arwah Gee Isteri kesayangan tanya syg ke tidak kat saya...bersambung esok esok.. 

Thursday 5 March 2015

Layan la Isteri tu..


Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah, Isteri kesayangan hamba.

Kebelakangan ni kuat pulak rindu kat Gee ni,,rindu dtg begitu saja..emmm.

Ok,ok, ni nak citer pasal KASUT..Arwah ni dulu memang berahi beli kasut, tiap tiap minggu mesti dia nak beli kasut. Mahal ke murah ke tak kisah, asalkankan dapat beli. Kalu buka bonat keta saya tu, penuh dek kasut Gee, pening saya tgk!!

Sekali dua jea dia pakai kasut tu then dia buat tak tau jea ngan kasut tu..beli lagi n lagi pas tu..(pompuan gitu fitrah dia, sekali dua pakai then dia org kata takde kasut, takde baju..pada hal satu almari penuh dek baju bini kita jea kan..hahaha)

Saya ni pulak suka layan Gee klau dia shoping. Dia belek kasut Saya pun sibuk belek pilih untuk dia. "Darling, awak tak bosan ke layan saya ni??" tanya Gee.
"Ehh, saya suka layan pompuan shoping..nanti saya pilih kasut, kasut yg buat u look sexxxy, leh pakai waktu tido!! hahahahaha" jawab saya.

Otw balik tu Gee cakap "Saya ni membazirkan asyik beli kasut."

"Dear, gitu la fitrah kejadiaan pompuan, bukan membazir. Pompuan dia suka tang pakaian n perhiasan termasuk la barang kemas..memang tu yg pompuan suka sangat2. Tu pasal la TUHAN suruh Suami uruskan bab tu untuk Isteri SEMAMPU Suami tu. TUHAN yg suruh, bukan pak sedara kita yg suruh..so kena saya layan awak. Tambah pulak awak kan Isteri sayaaa.." Borak saya ngan Gee dulu.

Kita ni para Suami kena la layan waktu Isteri bershoping2 semampu kita. Ni kadang2 saya perhati kat shoping mall tu, yg laki dia dok duduk baca surah khabar. Bini dia dokkk la pilih baju sorang2. Bila bini tu nk tanya cantik ke tidak, dia g la menghadap laki dia yg ngan surat khabar.."Cantik tak bang?"..laki dia jawab.."Emm." (Ngan muka serius)....????? aduhhhh..

Kat umah penat Isteri dok layan kita suami suami ni. "Syg, buatkan abg teh o." "Syg, dah masak lum, lapar ni!" "Tolong gosokkan baju yg tu n seluar abg yg ni nak pakai kerja esok."
"Syg, mana perginya kunci keta nii.." .."Eh syg, mlm ni malam Jumaat kan.??"""..Apaaa laa salahnya kita Suami suami ni layan waktu Isteri pulak, waktu dia beli membeli tu. 

Layan Isteri n menjaga kelesaan hati Isteri ni sememangnya arahan dari ALLAH, so kita para suami ni patut  WAJIB kita lakukan yg terbaik. So layan la Isteri kita, selesakan lah hati Isteri kita..Jaga la dia selagi Isteri tu masih ada..

Isteri kita kan tuu..bukannya pompuan simpan oiii..!!!!

Tuesday 3 March 2015

Hati..


Assalammualaikum U guys..again n again
Assalammualaiki Ya Fauziah..still n will always MISSSSS u..Love u la Dear.

Meh DIM nak citer ni..dekat sikit U guys, rapat rapat sikit.

"En Abil, saya ni risau nak kawen la, takut nanti gaduh2 bila dah kawen. Nak jadi cm en. Abil n kak Gee, loving couple"  si minah ni.
 " Gaduh2 nanti PASTI akan berlaku so jgn risau. Gaduh2 Suami Isteri sekiranya kita pandang dgn mata hati, syokk giler sebenarnya!!"..jawab saya.

Pada awal2 kawen dulu saya pernah gaduh ngan Gee ni, ehh teruk tau kita gaduh! sampai saya menengking2. 2 3 hari tak bercakap, tido asing2..(salah saya coz dok layan kawan2 pompuan, hehehehehe..)

Dalam 2 3 hari tak bercakap tu, Saya dok berfikir, "Apakah ni alam hidup kawen yg saya nak? Patut ke saya bergaduh cm tu,? Patut ke saya minta maaf? .. N gitu ke saya layan Isteri??..Adakah layak saya bergelar SUAMI..??!!

Gee pun senyap jea but she still siapkan makanan untuk saya dan Gee tetap menghadap muka Suami dia ni yg ego bodoh bila saya makan!!..U guys know what..lepas solat malam tu, saya menanggis. Berkata suara hati ni..

 " Adakah patut kau lukakan hati Isteri gitu, hati yg di hadiahkan ALLAH untuk kau!! Hati yg sepatutnya kau hiburkan n cerahkan dengan ilmu dan kasih cinta. Mana nilai kau sebagai lelaki, apa mutu kau sebagai SUAMI??!!..ALLAH hadiahkan Isteri untuk Suami, suruh jaga elok2 BUKAN lukakan hati dia. Lepas tu nak ego tak tentu pasal..eksen konon. BODOH!!

Terus saya masuk bilik n peluk Gee memohon maaf. u guys tau apa Gee cakap.." Tuhan sygkan awak, takkannn la saya tak maafkan." ..ALLAH HU AKHBAR! Semenjak pada tu saya terus berusaha Mencintai Gee sepenuh hati..

Sehingga hari ini saya tetap CINTAkan Gee..Mencintai Isteri adalah kewajipan kita ni para Suami. Cintakan Isteri seikhlasnya tentu tentu akan membuat ALLAH "tersenyum" pada kita kita suami ni..Kenapa saya sgt2 cintakan Gee..?????

Kerana Gee adalah ISTERI saya............

(Pic kat bawah tu, rupa Gee merajuk kena usik dek saya dulu. hahaha suka usik sampai dia merajuk gitu.!)


Assalammualaikum U guys..


Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauuziah..cinta hati hamba.

U guys apa khabar? Harapan semoga U guys senantiasa sehat2 selalu. Agak lama saya tak update eh..ada kerja sikit ler..ni DIM kembali update cm biasa..InsyaAllah.
Sebelum nk mula update, just nak inform u guys yg tinggal di N. Sembilan, pada 15 April 2015, jam 10 pagi saya akan berada di Dewan Dato Bahaman Kuala Pilah..(tarikh dlm poster tu dah berubah yea).
Dan pada 20 April 2015, jam11 pagi pulak kat Komplek Sukan Paroi, Ampangan. Program anjuran Pusat Zakat N.S., Usahawanita dan Kementerian Pembangunan Wanita Malaysia.
Abg suka cm ni, mesti ramai pompuan!! hahahahahaha..leh ceramah sambil cuci mata!!

Followers