Friday 13 March 2015

Ingat mengingati..dapat bunga!!


Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah bt Siti Esah..teman saya, sahabat saya..Isteri KESAYANGAN saya..
Hari ni ulangtahun perkahwinan me n Gee dan hari ni juga adalah Birthday Gee..Al Fatihah. Moga Gee senantiasa di dalam " "PELUKAN" Kasih dan Keberkatan ALLAH swt. Semoga ALLAH menyambung Jodoh saya bersama Gee di sana nanti dlm himpunan KeampunanNYA dan RahmatNYA..aminn.
Kadang2 bila dah lama tempoh perkahwinan kita, mula la pasangan (biasanya yg si suami ni) lupa yg hari tu Birthday Isteri atau anniversary perkahwinan dia org.Yg si Isteri doookkk la tunggu wish wish/ bunga bunga dari suami suami ni,,namun HAMPEH.!! wish takde bunga dah bagi org lain!! hahaha hehehe hohoho..Lupa la tuu si Suaminya!!
Para Isteri sekelian, ni saya nak bagi tau rahsia lelaki bab ni..dengar baik2. Kebiasaannya si lelaki ni bila dah ada Isteri ke girlfren ke mula la dia tak ambil pusing bab tarikh harian kecuali tarikh tu ada kepentingan kerja atau appoiment yg mendatangkan keuntungan rezeki. Tarikh yg biasa biasa ni yg pompuan selalu akan di tanya si lelaki." Eh, hari ni berapa haribulan??". atau "eh, hari ni hari selasa kan??". Biasa tak Suami/boyfren tanya gitu?? (tak semua lelaki la gitu, kebiasaannyaaa) TAPI Malam JUMAAT ingat pulak dia kan!! coz ada manfaat bagi dia mlm tu..
Bukan kami (lelaki) rasa tak penting tarikh Bday isteri atau ulangtahun kawen tu,,bukannn. Lelaki ni akan bergantung harap agar Isterinya yg akan mengingatkan. Suami ni cm baby sikit ngan Isterinya. Isteri la yg kena beritau ini dan itu, Isteri la yg perlu meningatkan Suami itu dan ini.So pompuan/Isteri jgn la kecik hati sgt. Dah gitu fitrah lelaki jadinya (Tak semua, kebiasaan)..Pompuan suka beli kasut Lelaki suka lupa tarikh!! ok la tu. Sebab tu cantiknya perkahwinan bila ada sifat2 kekurangan fitrah gini, coz TUHAN nak ujudkan sifat ingat mengingati sesama pasangan. Ujudnya merajuk Isteri, datangnya pujukkan Suami. Kan akan bertambah erat hubungan tu bila mana ada kelemahan fitrah kita..HEBAT ALLAH.!
So kita Suami Isteri ni kena la menjalankan tanggungjawab kita. Kerjasama dan saling mengingati. Ini kau org dok bersedih coz laki lupa nak beli bunga..apa salahnya ingatkan suami tu 18 kali.."Abgggg, jgn lupa Bday syg hari niiii" sebelum subuh ingatkan, pagi ingatkan, tengahari sampai la ptg,,dapat la bunga!! Ni ko org pilih untuk berdiam diri pas tu merajuk!!.."Aku nak tengok laki aku ingat tak Bday aku hari ni..?" emmm hampeh!! tak pandai!!
Yg Suami pulak jgn la nak eksen bila Isteri ingatkan kita! Dah la kau tu kaki pelupa, bila Isteri beritau kau nak eksen senggal. "Abg ingat la!" atau Aku tahu laa!".. cuba jawab " Allah, nasib baik syg ingatkan.".. atau "Haaahh, yea la, nanti abg bagi suprise kat syg tau!! tungguuu.."..atau " Syg sebenarnya abg dah beli kan berlian besar batu tela tu untuk syg taaau"..Kan elok bunyinya. Isteri pun sejuk hati mendengar..(Yg part berlian tu tipu jea, dia belikan cup kek jea warna pink!! hahahahahaha)
Seronokkan perkahwinan atau hubungan lelaki pompuan gitu. Kerjasama ada, saling mengingati ada..dialog dialog pun cantikk.So meriah la hidup berpasangan tu..Betul tak?? Oii! jawab la! Betul tak??...Tanggungjawab tu laksanakan sebaik baiknya, "Suka" TUHAN kat kita, "Senyum" NABI s.a.w. kat kita..InsyaALLAH.

4 comments:

  1. senyum je sy bce entry abg especially bab pilih utk diam & merajuk...ahahah...tepat kena batang hidung sendiri..tp tu utk tahun pertama kawen je..pastu tgk hubby buat bodoh..rasa rugi plak..so 2nd year tukar taktik..bagitau siap2...hahahah...kan best dapat hadiah...haaaaa~~

    ReplyDelete
  2. saya tersengih2 bca entry ni......x sabar balik ni nk picit2 pipi somi...

    ReplyDelete
  3. inshaaAllah, suami isteri itu fitrahnya untuk saling melengkapkan, saling ingat mengingati. Kalau semuanya sempurna, mesti kurang sedikit manisnya perkahwinan itu, kan? Seronok bila kita dapat rasa dilengkapi dan melengkapi seseorang :)

    jemput singgah blog kami :)

    ReplyDelete

  4. I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
    liver already present. I started on antiviral medications which
    reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
    became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
    ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
    treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
    the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
    treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.

    ReplyDelete

Followers