Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa sangka dalam sekelip mata atas kehendak Allah s.w.t & ujian dariNya, isteri tercinta telah di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak. Blog ini adalah sebagai rentetan kehidupan saya & isteri. Dear, blog ini warkah buat tatapan you apabila you sembuh nanti. Warkah ini adalah bukti kasih sayang takkan pudar (InsyaAllah). Kepada pembaca, doa & semangat dari kalian sangat kami perlukan.
Tuesday 6 January 2015
Usaha la sikittt...
Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah, isteri kesayangan saya.
Semalam saya ziarah arwah Gee, sambil sambil menghadiahkan surah2 tu saya dok perhatikan pokok yg makin subur membesar (seperti pic di bawah) tiba2 saya cakap ngan Gee,
"Dear, kan elok kalau tumbuh pokok manggis ke mangga ke, boleh makan nanti.!"..hahahaha gurau saya secara spontan...Nasib baik takde org dgr, nanti katanya saya ni gila cakap ngan kubur!!
Tanggungjawab saya sebagai Suami bukan setakat Gee masih hidup sahaja malahan sehingga saya mati. Masa hidup pasangan kita, kita didik, kita bentuk, kita sayang kasih, kita susah, kita senang bersama..Matinya Isteri kita, kita BERUSAHA pula untuk dia mendapatkan Keampunan, dapatkan Rahmat, Keberkatan, Kasih dari ALLAH. Kita berusahakan agar ALLAH menempatkan dia di Syurga..bersama kita laa baru syok!..InsyaALLAH.
Tu la dia tanggungjawab!! Ingat para Suami sekelian, sekiranya lalai kita pada tanggungjawab, rosakkan tanggungjawab yg Tuhan berikan, maka kita telah "DERHAKA" pada ALLAH. !!! Berpegang lah pada tanggungjawab yg ada, lebih lebih utama semasa hidupppp lagi pasangan kita tuuu....InsyaALLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terbaikkk
ReplyDeleteBetapa beruntungnya Gee... :)
ReplyDeleteterima kasih kerana mengingatkan tentang kematian, yang pasti kita akan menyusulnya.... tapi entah bila
ReplyDelete;)
ReplyDelete