Monday, 8 September 2014

Mama/Ayah, cmana solat jenazah??!

Assalammualaikum U guyss
Assalammualaiki Ya Fauziah bt Muhamad.


"Baca Surah Dhuha."..minta I pada seorg ibu yg nak mencari sekolah tahfiz yg baik untuk anaknya baru baru ni. " Saya tak ingat la DIM.." jawab ibu tu. "Berapa umur puan? Jgn suruh saya teka umur puan."..tanya I lagi. (Pompuan ni klau di tanya umur, samada dia tersengeh sengeh atau suruh kita teka.!) " Saya muda lagi..33 tahun." sambil tersenyum dia ckp.. 33 Tahun!! tak hafal Surah Dhuha!! aduhhhhhhh...

Kita ni nak mendidik anak, nak anak kita jadi org yg soleh. Nak bentuk anak supaya menjadi anak contoh..nak kan anak kita mendengar kata dan nasihat kita bila dia dewasa kelak..PERSOALANnyaa..Adakah kita sendiri sekarang ni dalam kategori tersebut??! Berapa org di antara U guys, pernah alami situasi gini..Anak balik dari sekolah atau surau ke masjid, dia tanya kita 1 soalan, kita tak jawab then suruh anak tanya pada pasangan kita, pasangan kita dok garu kepala dan bontot sekali coz tak tau jawapan pada soalan anak tu tadi..Tak ke anak tu terdetik di hati " Aii, org tua aku pun tak tau gak! aku ingatkan terror dia org ni."

Mak bapak ambil mudah intipati mendidik anak anak. Berapa org mak bapak yg ambil masa baca tajuk2 dalam setiap buku teks sekolah anak?? Berapa org?? Bila kita tahu intipati subjek buku anak tu, senang la sikit kita nak prepare jawapan kalau anak tu ada masalah dlm pembelajaran dia. Sekurang2nya boleh la kita bersedia menjawab secara asas. Jadi anak2 kita tu nampak la yg mak bapak dia mampu mendidik/menasihati/tunjuk ajar dia pada bila bila masa. INGAT! ibubapa adalah CIKGU UTAMA bagi anak2. dalam semua subjek kehidupan anak tu nanti. Biasa dengarkan ungkapan 'Buat anak pandai!' tapi ...Ooooooo proses buat tu berbagai2 subjek "Posisi" kita belajar, tang tu memang expert!! hahaha hehehe hohoho.

Ni anak tanya soalan, kita garu punggung tak tau nk jawab. (Bukan la semua perkara). "Mama/Ayah tadikan adik g ziarah cikgu adik meninggal dunia (contoh,, contoh )Semua org sembahyg jenazah,adik jea tak sembahyg. Mama/Ayah ajarkan adik boleh??".. "Mama, cmana nak buat sujud Sahwi kalau adik terlupa 1 rukun solat dan bila nak sujud tu??".. " Ayah, abg lupa la nama2 Isteri Nabi s.a.w. esok ustazah nak tanya nama2 tu ikut susunan no 1 hingga 5 jea. Ayah tolong abg Ayah.".. "Mama/Ayah kenapa dinosor takde lagi sekarg? Cmana dinosor2 tu mati eh??"........aaa ada lagi satu soalan, ni depan mata I sendiri.."Mama, kenapa kawan2 adik semua pakai tudung g sekolah? Cm adik, adik syg mama so adik ikut mama la tak yah pakai tudung.!!"...... Jawabnya memang terkentut kentut la mak bapak nak jawab, siap berbuih buih lagi kentut tu!! ( Bukan U guys, org lain..)

Sekarang ni pun kita boleh nampak contoh anak2 yg dah besar, dah kawen, dah kerja, dia org rasa org tua dia org ni tak tau apa, tak pandai dan dia org pun taknak dengar nasihat mak ayah dia org dah."Alaa mak mana tahu hal2 gini,," dialog biasa dengar kan.. Anak2 membanggakan kepandaian org lain lebih dari ibubapa sendiri. So macamanaaaa........???

Pastikan kita ni secara asas cukup ilmu, general knowlegde kita pun bagus, keperibadian kita pun ok, hubungan suami isteri depan anak2 pun boleh la di jadikan contoh yg baik buat anak tu..Baru la LEBIH layak kita katakan kita mendidik anak, baru la LEBIH layak kita 'copy paste' tajuk cara2 mendidik anak anak kita kat fb kita untuk sharing2 sesama kawan sebab 'copy paste' tu kita sendiri pun buat dan kita sendiri faham. U guys, jaga la mutu kita sebagai Ibu dan Bapa. Anak2 jua rezeki dari TUHAN, jaga la "rezeki" tu baik2, bentuk lah "rezeki" tu elok elok..

Mak oi, panjang dah entry ni..muak membaca! dah la sampai sini jea hingga kita berjumpa lagi...muahhh!! ( tu 'French Kiss tu'!!) hahahahah hehehehehe hohohohoho...(baru lepas kentut ni! hahaha)

13 comments:

  1. entri yang bagus...terima kasih atas pengetahuannya ^__^

    ReplyDelete
  2. susah juga nak ajar subjek form 4..baca pun tak faham apa lagi nak jawab hehe

    ReplyDelete
  3. ibu bapa perlu menjadi contoh utk anak2....harap2 saya pun boleh mendai contoh yg baik utk anak2

    ReplyDelete
  4. Untuk menuntut ilmu, untuk kembali belajar, tidak pernah terlewat. Yang penting, ikhlas untuk meningkatkan diri. Bila anak2 tanya, kita cepat2 bantu. Cari jawapan. Boleh juga kalau nak berbahas dengan guru anak kita sendiri sebelum kita pula ajar anak kita dengan cara kita sendiri. Okeh. Saya mode UPSR sekarang nie.

    ReplyDelete
  5. betol...betol...betolll...

    erk! angin kentot tu smp ke sini le lalink. ish.

    ReplyDelete
  6. maka ibu bapa perlu bersedia sblm memiliki anak kerana pastinya i sanak akan menjadikan ibu bapa mrk sbg idolanya ...

    ReplyDelete
  7. Entri yang baik.. Thanks..btw kathy dah tukar link blog .. Jemput singgah..

    kathyrbain.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. asalam abg abil...awak sihat ke?

    ReplyDelete
  9. asalam abg abil...awak sihat ke?

    ReplyDelete
  10. peringatan yang baik.....pernah gak terkentut...tapi tak la berbuihhh, hahahaha

    ReplyDelete
  11. Prbncangan plg bodoh..

    ReplyDelete
  12. Dah lama tak jenguk blog bro abil,

    Saya antara ibu bapa yang sedang berusaha mempersiapkan diri sebelum diaju pelbagai soalan dari amanah Allah.

    Saya dapati ramai ibu bapa (ibu bapa muda terutamanya) kurang dalam ilmu keibu bapaan...sangat kesian bila jiwa anak-anak kecil yang putih bersih diisi dengan pelbagai hiburan yang melalaikan (peringatan untuk diri saya sendiri juga sebenarnya).

    Semua sibuk mencari rezeki utk anak dan merasakan wang adalah segala-galanya dalam membina masa depan keluarga sampai tidak ada masa memperbaiki diri sendiri dengan ilmu.

    Saya juga pernah bertanya encik suami, ada tak kuliah jumaat cerita psal 'perenting' wutsoever...dia cakap takde pun, asik2 bende yang sama lebih kurang. Tidak menjentik minda jemaah yang mendengar. (mungkin masjid yang suami saya hadir je mcm tu kot). Agak rugi bila wadah sebegitu tidak digunakan sebaiknya untuk meningkatkan ilmu kaum bapa yang sgt penting peranannya dalam institusi kekeluargaan.

    Itu saja luahan rasa saya pada pagi inii, minta maaf kerana komen yang agak panjang. Terima kasih. :)

    ReplyDelete

Followers