Assalamualaikum U guys..
Just nak beritau u guys that Wife saya ni keadaannya agak lemah, tak seperti kebiasaannya. Sejak 2 hari lepas perubahan graf kesihatan Gee turun mendadak dan kakitangan GH Seremban yang datang membuat medical check up Gee Khamis lepas pun memberitau saya bahawa Gee agak berlainan dari kesihatannya sebelum ni. Namun apa out come nya nanti bergantung pada Tuhan kata pegawai perubatan tu..
Sistem penghadaman Gee pun mula tak berapa aktif..But secara fizikalnya, walaupun Gee begitu tetapi Gee nampak tenang sahaja....So...Tidak banyak yang mampu saya jelaskan di sini, Hanya saya bermohon doa u guys agar Allah mempermudahkan segala urusan Gee dalam keadaan yg terbaik buatnya..
Saya memohon maaf juga pada Gee dan u guys sebab tidak dapat nak update seperti biasa seminggu lepas. Saya kini hanya banyak meluangkan masa bersama Isteri kesayangan saya ini buat masa sekarang..Hope u guys faham dan hope u guys doakan yang terbaik buat Isteri saya ini....Thanks yea..Anything nanti saya akan update.....Terima kasih sekali lagi yea U guys..tq..
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa sangka dalam sekelip mata atas kehendak Allah s.w.t & ujian dariNya, isteri tercinta telah di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak. Blog ini adalah sebagai rentetan kehidupan saya & isteri. Dear, blog ini warkah buat tatapan you apabila you sembuh nanti. Warkah ini adalah bukti kasih sayang takkan pudar (InsyaAllah). Kepada pembaca, doa & semangat dari kalian sangat kami perlukan.