Tuesday, 3 December 2013

Luahkan...

Assalammualaikum U guys..
Assalammualaika Ya Fauziah, isteri kesayangan saya..


Sekali lagi lewat I update blog ni, biasa ler, agak sibuk sikit. Nak bercuti pun tak tau bila agaknya I ni. Keluarga I semua dah g bercuti sekarang ni so tinggal la I sorang2 kat sini, sepatutnya join sekali tetapi di sebabkan kerja yg belum selesai kena la I tangguhkan...aduhhhh..

Kalau u guys tengok blog ni tak update, u guys boleh ke FB 'dana sinar fauziah'. Sana pun adakalanya I update tapi I tak link kan kat blog ni. Kira update gak tu..Last week I di Penang membantu ex group I jalankan 'workshop' Preparing for retirement programme selama 3 hari untuk staff Petronas. Peserta ni datangnya dari seluruh pelusuk negeri dan bersama pasangan masing2..Ada 9 modul berkaitan simpanan, pelaburan, insurance, hibah, wasiat dan farait...juga kerohanian. Dalam sama yg sama gak I selitkan isu perhubungan suami isteri lepas bersara nanti..part ni memang keluar airmata dia org, samada sedih atau pun geli hati..jadi meriah kelas!!

Amacam, Hen..sem??

Nak sentuh sikit (ulangkaji bersama) pasal suami isteri ni. Bak kata I sebelum sebelum ni. Eratkan perhubungan tu, mesrakan perjalanan hubungan tu, manja manjakan bersama pasangan kita ni. Jangan simpan apa2 dalam hati, luahkan pada pasangan kita tu. Suami kita kan, isteri kita kan, apa nak malu dan tak perlu simpan apa2..luahkan! (kalau perkara yg boleh mendatangkan kemudaratan, boleh la kita diamkan.)..Ini selalu I dengar, terutamanya dari para isteri kita, lebih suka memendam rasa!.. arghhhh tuiii!!! Memendam rasa konon!! ( Nak buat apa simpan? nak buat sambal tumis!!?).Jadi suami tu apa gunanya..?? Luahkan pada suami tu apa yg u guys rasa kurang senang atau ada masalah. Jangan la kau simpan dalam hati tu, tak selesai la masalah atau kekurangan tu. aduhhhh..Memang la betul ada segelintir suami bila u all sedang luahkan perasaan, suami pulak cm takde perasaan nak mendengar. Ego suami cm tu la gayanya. TETAPI suami tu sebenarnya mendengar n mengambil berat perkara yg isterinya sampaikan, percaya la.( I lelaki, I tau la.) Dalam diam suami akan mencuba menyelesaikan. Hanya luahkan sahaja pada suami atau suami juga luahkan pada isteri. Tak mau simpan simpan lagi lepas ni, tau!!

Nak cerita kesan memendam rasa ni, tak perlu kut. U guys masing2 dah besar, akal dah matang dah. Dan u guys tau kan, memedam rasa ni tak elok, jadi kenapa buat?!! Yang si suami ni pulak..dengar ni. Pompuan (Isteri kita la! bukan yg simpanan!!)..Isteri bila dia bercakap ngan kita, dia org suka sekiranya suami bukan setakat mendengar dengan muka yg serius aje, dia org suka sgt bila mata si suami tu memandang mata isteri.(kalau bawa keta pandang depan!) Dan sedang dalam luahan isteri tu, bertanya padanya hal tersebut. Nampakkan kita memang benar2 nak mendengar. Isteri yg punya suami "A good listener" dia takkan memendam rasa atau perkara yg di sorokkan dari suami!..Suami, jadi la "suami yg mendengar". Itu juga adalah salah satu tanggungjawab kita buat isteri. Listen listen listen..!! Sebenarnya juga, isteri2 kita ni bukan la nak membebankan kita untuk menyelesaikan masalahnya tu, isteri ni hanya ingin meluahkan rasa hati, itu jea. Sedangkan dia org sendiri mampu selesaikan apa yg terpendam. BUT they just WANT U TO LISTEN. That all. Seperti biasa, habis jea isteri tu membebel,,peluk la dia..kan senang tu. Tersentuh hati isteri, lapang hati isteri tu kann..Jadi kukuh la benteng perhubungan kita tuu..emmm.

Pada yg nak kawen tu, pilih la pasangan yg punya ciri "Mendengar". Jangan pilih atas dasar cinta semata mata tau! Tengok kan solat dia, mengaji dia, hukum fekah dia, juga matang fikirannya..ada asas yg sebegitu, baru la ajak kawen..Ni nasihat jea dari I,,bukan I nak mengajar..nasihattt...

eh, ok la..nak mengemas rumah sekejap then nak ke kubur Isteri kesayangan I tu..( Oh my darling, I'm coming Dear..hehehehehe..) Petang nanti ke KL semula. Dan ada lagi nak update nanti..see u guys later then..bye bye..


Followers